Anda di halaman 1dari 17

PANTUN

Milik asli masyarakat Melayu Digunakan untuk menyampaikan perasaan dan fikiran Asal kata pantun berdasarkan kata

toen, tuntun, tonton, atuntun, matuntun, panton atau pantun.

komsas 2005

puisi tradisional

Ciri-Ciri dan Sifat Pantun


Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea Rangkap terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan Jumlah perkataan setiap baris sekitar 3 hingga 5 patah perkataan Jumlah sukukata dalam setiap baris sekitar 8-12 suku kata

komsas 2005

puisi tradisional

Skema rima di tengah dan / atau di hujung baris adalah berjajar berselangan Struktur pantun terdiri daripada 2 unit iaitu unit pembayang dan unit maksud Setiap rangkap memiliki kesatuan idea tersendiri Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai, world-view dan tanggapan masyarakat setempat.

komsas 2005

puisi tradisional

Pantun yang baik mempunyai perhubungan idea dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud Melahirkan muzik bahasa yang dipengaruhi oleh rangkapan, matra dan rima serta harmoni dan kesatuan kata.

komsas 2005

puisi tradisional

Pantun dibahagikan pula kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk dan isi.

Bentuk pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan 8 kerat

komsas 2005

puisi tradisional

Contoh pantun 2 kerat: Gendang gendut (a) tali kecapi (b), Kenyang perut (a) suka hati (b).

Taptibau (a) puyuh padang (b), Hilang pisau (a) berganti parang (b).

komsas 2005

puisi tradisional

komsas 2005

Contoh pembacaan dan cara melagukan pantun


puisi tradisional

Contoh: Pantun 4 kerat


Tenang tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi sedikit rasa nak junjung.

komsas 2005

puisi tradisional

Contoh Pantun 6 Kerat:


Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru.
komsas 2005 puisi tradisional 9

Contoh Pantun 8 Kerat:


Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang.
komsas 2005 puisi tradisional 10

PANTUN BERDASARKAN ISI


Pantun Budi:

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.

komsas 2005

puisi tradisional

11

Pantun kanak-kanak:

Jangan gergaji pokok talas, Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas, Perut kosong badan tak sihat.
Pantun Perpisahan:

Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai.
komsas 2005 puisi tradisional 12

Pantun Hiburan:

Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli berangan, Kami ucapkan selamat datang, Apa yang kurang dicaci jangan .
Pantun Teka Teki:

Tanam pisang sulung tahun, Malam-malam tanak nasi; Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi?
komsas 2005 puisi tradisional 13

Pantun Nasib:

Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.
Pantun Peribahasa:

Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau.
komsas 2005 puisi tradisional 14

Pantun Kiasan:

Tebang gelam tebang kenanga, Batang tumbuh menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

komsas 2005

puisi tradisional

15

Pantun Kiasan
Tebang gelam tebang kenanga, Batang tumbuh menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

komsas 2005

puisi tradisional

16

Pantun Kiasan
Tebang gelam tebang kenanga, Batang tumbuh menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

komsas 2005

puisi tradisional

17

Anda mungkin juga menyukai