Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Rabu

Tarikh : 28 Ogos 2019

Mata Pelajaran : Sains

Masa : 8:45 am hingga 9:45 am (60 minit)

Kelas : 5 Brilliant

Bil. Murid : 34 orang

Tema : Sains fizikal

Tajuk : 7.0 Elektrik

Standard Kandungan : 7.2 Litar elektrik lengkap

Standard Pembelajaran :

7.2.4 Melakarkan gambarajah litar elektrik menggunakan simbol

7.2.5 Mengeksperimen untuk membezakan kecerahan mentol dalam litar lengkap


dengan mengubah bilangan mentol atau bilangan sel kering.

Sukses kriteria :Pada akhir pembelajaran , murid-murid akan dapat

i) Melakarkan satu litar elektrik yang lengkap


ii) Menjawab sekurang-kurangnya tiga soalan daripada lima soalan dengan
betul yang berkaitan dengan eksperimen kecerahan mentol

Kemahiran Saintifik (KS) :

Kemahiran Proses Sains :Memerhatikan, berkomunikasi,


mengeksperimen

Tabiat Berfikir (Habits Of Mind) : Berterusan, menggunakan pengetahuan lepas

Kemahiran Berfikir Kritis (KB Kritis) : Menganalisis


Kemahiran Berfikir Kreatif (KB Kreatif) : Menjanakan idea, menghubungkaitkan,
membuat gambaran mental

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Mengaplikasi

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Kemahiran berfikir

Sumber Pengajaran dan pembelajaran : Topeng Thomas Edison, gambar mentol,


gambar bateri , gambar suis, lembaran kerja (lakaran litar elektrik), kad manila, kad
tugasan, lembaran kerja (litar elektrik), kad manila , sticky notes

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :

-Bekerjasama

-Berani mencuba

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui tentang maksud tenaga elektrik.

Pembelajaran abad ke-21 : Berkumpulan

Pentaksiran bilik darjah : Lembaran kerja


Langkah Isi Aktiviti Pengajaran dan Catatan
/Masa Kandungan Pembelajaran
Orientasi Cerita 1. Guru memakai topeng KPS :
(5 minit) Thomas Thomas Edison. Memerhatikan
Edison 2. Guru menceritakan Thomas KB Kreatif :
Edison yang menghasilkan Membuat
mentol berbantukan gambaran
gambar. mental
3. Guru bertanya soalan BBM : Topeng
kepada murid-murid. Thomas
Jawapan : Soalan : Murid-murid, boleh Edison
Kecerahan cuba teka apakah yang akan
mentol kita pelajari hari ini?
Pencetusan Simulasi- litar 1. Guru memberikan beberapa KPS:
idea elektrik gambar bahan kepada Memerhatikan,
(15 minit) lengkap setiap kumpulan (Sila rujuk berkomunikasi
Lampiran 1). KB Kreatif :
2. Murid-murid dikehendaki Menjanakan
berbincang dan melakonkan idea,
litar elektrik lengkap. menghubungk
3. Murid akan menggunakan aitkan,
topi untuk menunjukkan litar membuat
elektrik lengkap. gambaran
4. Guru akan memilih satu mental
kumpulan untuk melakukan KBAT :
simulasi tersebut. Mengaplikasi
Sikap saintifik
dan nilai murni:
Bekerjasama
BBM : Gambar
mentol,
gambar bateri,
gambar suis.
Penstrukturan Lakaran litar 1. Murid-murid dikehendaki KPS :
semula idea elektrik melakarkan litar elektrik Memerhatikan
(15 minit) lengkap berdasarkan KB Kreatif :
persembahan rakan secara Menghubungk
berkumpulan (Sila rujuk aitkan
Lampiran 2). Sikap saintifik
Penjelasan 2. Guru menjelaskan tentang dan nilai murni
guru kecerahan mentol dan faktor : bekerjasama
yang mempengaruhi BBM :
kecerahan mentol dengan Lembaran
menggunakan kad manila. kerja (lakaran
litar elektrik),
kad manila
PAK 21 :
Berkumpulan
Pentaksiran :
Pemerhatian
Aplikasi idea Eksperimen 1. Guru memberikan kad KPS:
( 20 minit ) kecerahan tugasan dan lembaran kerja Memerhatikan,
mentol kepada setiap kumpulan mengeksperim
(Sila rujuk Lampiran 3). en
2. Murid-murid dikehendaki KB Kritis :
membina litar elektrik seperti Menganalisis
yang telah ditetapkan. KB Kreatif :
3. Secara berkumpulan, murid- Menghubungk
murid akan memerhatikan aitkan
kecerahan mentol. EMK :
4. Murid dikehendaki Kemahiran
mencatatkan pemerhatian. berfikir
5. Murid akan bertukaran Sikap saintifik
kumpulan untuk dan nilai murni
memerhatikan kecerahan : Berani
mentol. mencuba
6. Murid dikehendaki KBAT :
mencatatkan pemerhatian. Mengaplikasi
7. Guru akan mengutip BBM : Kad
lembaran kerja dan tugasan,
menyemak hasil kerja murid lembaran kerja
kemudian. (litar elektrik)
PAK 21:
Berkumpulan
Pentaksiran :
Lembaran
kerja
Refleksi Parking lot 1. Guru bertanya soalan KPS :
(5 minit) kepada murid-murid. Berkomunikasi
KB Kreatif :
Jawapan : Menganalisis
Soalan : Murid-murid, apakah
kecerahan BBM : Kad
yang telah dipelajari hari ini?
mentol manila, “sticky
notes”
Jawapan :
Soalan : Apakah faktor yang
bilangan
mempengaruhi kecerahan
mentol dan
mentol?
bilangan sel
kering

2. Guru memberikan “sticky


notes” kepada setiap murid.
3. Murid dikehendaki menulis
apa yang difahami atau apa
yang menyebabkan
kekeliruan murid terhadap
topik pembelajaran.
Catatan refleksi (pelajar guru):

Guru dapat menarik minat murid untuk belajar apabila guru menceritakan cerita Thomas
Edison sambil memakai topeng. Guru juga dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran apabila guru bertanya soalan kepada murid-murid sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid dapat membuat perkaitan aktif antara
pengalaman sedia ada dan pengetahuan yang dipelajari. Hal tersebut kerana soalan guru
telah merangsang murid untuk berfikir dan mengimbas kembali tentang apa yang diajar.
Namun, guru tidak menyampaikan arahan tentang langkah-langkah keselamatan
sebelum murid menjalankan eksperimen. Ini mungkin merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan soket bateri terbakar. Soket bateri terbakar mungkin disebabkan murid tidak
menyambung wayar soket dengan betul. Guru juga tidak menerangkan kemahiran proses
sains sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid. Murid kurang faham tentang
pembolehubah dimanipulasi dalam eksperimen.
Justeru, guru jelasnya perlu menerangkan langkah keselamatan sebelum murid
menjalankan eksperimen agar dapat mengelakkan berlakunya kecelakaan. Guru perlu
mendedahkan serba sedikit tentang kemahiran proses sains seperti mengawal
pembolehubah agar murid boleh lebih memahami eksperimen yang telah dijalankan.

Catatan pensyarah penyelia:

Catatan guru pembimbing :


Lampiran 1
Lampiran 2
Perhatikan persembahan rakan-rakan anda. Lakar litar elektrik yang telah dilakonkan.
Lampiran 3
Kad tugasan

Misi rahsia Misi rahsia

Eksperimen A Eksperimen B

Bina satu litar elektrik Bina satu litar elektrik


yang terdiri daripada yang terdiri daripada
dua bateri, empat empat bateri, dua
mentol dan wayar mentol dan wayar
Lembaran kerja

Nama kumpulan :____________________________________________

Kelas : ____________________________

Sila catatkan pemerhatian anda.

Eksperimen A

Satu litar elektrik yang terdiri daripada dua bateri, empat mentol dan wayar.

1. Apakah pembolehubah dimanipulasi bagi eksperimen tersebut?


_______________________________________________________
_______________________________________________________
2. Bagaimanakah nyalaan mentol di dalam eksperimen tersebut?
_______________________________________________________
_______________________________________________________

Eksperimen B

Satu litar elektrik yang terdiri daripada empat bateri, dua mentol dan wayar.

3. Apakah pembolehubah dimanipulasi bagi eksperimen tersebut?


_______________________________________________________
_______________________________________________________
4. Bagaimanakah nyalaan mentol di dalam eksperimen tersebut?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
5. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kedua-dua
eksperimen tersebut?
_______________________________________________________
_______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai