Anda di halaman 1dari 9

2.

Bina satu rancangan pengajaran harian Asas Akhlak Islamiah/Tilawah al-


Quran/Asas Ulum Syariyyah yang sesuai dengan sekolah rendah atau sekolah
menengah. Huraikan kenapa kaedah-kaedah yang dipilih dalam rancangan tersebut
sesuai dengan murid-murid dalam kelas anda?

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Feqah

Kelas : 2 Bakri

Tarikh : 19 Jun 2014

Masa : 7.40 8.40 Pagi

Bilangan Murid : 35 orang murid

Tajuk : Zakat

Objektif : Murid dapat:

1- Membaca isi pelajaran dengan baik dan


betul dengan bantuan guru.
2- Menyatakan hukum zakat dengan betul dan
jelas.
3- Menyatakan kepada siapa diberikan zakat
dengan betul.

Kemahiran Berfikir : Menilai, Membanding Beza, Mengumpul


Maklumat

Penerapan Nilai : Displin, Taat, Bertanggungjawab Dan Bersemangat

Gabung Jalin : Tauhid dan Akhlak

EMK : Nilai Murni, ICT

Penyerapan Ilmu : Sivik

Bahan Bantu Mengajar : Gambar, Kad Imbasan Dan Power


Point,audio,komputer

1
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN /
/ MASA PEMBELAJARAN IMPAK
Pendahul Doa pelajar - Guru meminta murid Nilai :
uan membaca doa belajar disiplin
(2 Minit) sebelum memulakan
pelajaran
- Murid membaca doa belajar
beramai-ramai sebelum
memulakan pelajaran





Set Gambar peminta - Guru memaparkan 2 keping
Induksi sedekah. gambar kepada
( 3 Minit) murid dan bertanya
beberapa soalan kepada
murid.
- Murid menjawab soalan
guru.
- Guru menjelaskan tentang
kedua-dua gambar tersebut
Gambar orang kepada murid
belajar. - - Guru membuat perkaitan
gambar dan soalan serta
jawapan murid dengan tajuk
yang akan dipelajari

Soalan :
1. Gambar
apakah yang
kamu lihat?

2
2. Apakah yang
sedang
dilakukan?
3. Mengapa
mereka
melakukan
perkara
tersebut?
4. Bagaimana
cara untuk
membantu
mereka?
Langkah Hukum zakat - Guru mempamerkan ayat Nilai :
1 yang mengandungi hukum Taat
( 18 Minit Hukum zakat zakat kepada murid
) wajib ke atas - Guru membaca ayat yang
setiap orang dipaparkan dan meminta Kaedah :
Islam yang murid mengikutinya secara Syarahan
memiliki harta kelas dan individu ulangan
- Murid membaca ayat yang
dipaparkan secara kelas dan BBM :
individu dengan bantuan Power point
guru.
- Guru memberi penerangan
tentang hukum zakat kepada
murid
- Murid mendengar
penerangan guru tentang
hukum zakat
- Murid menyebut berulang-
ulang hukum zakat secara
kelas dan individu
Langkah Kepada siapa Nilai :
2 diberikan zakat - Guru menyanyi lagu yang Bertanggungjaw
( 16 Minit mengandungi orang-orang ab
) ORANG FAKIR yang layak diberikan zakat
- Guru menerangkan kepada Kaedah :
ORANG MISKIN murid-murid tentang maksud menyanyi
lagu BBM :
ORANG YANG - Murid menyanyi berulang- audio
MEMERLUKAN ulang lagu golongan yang

3
layak diberikan zakat

Langkah Soalan :- - Guru meminta murid datang Nilai :


3 ke hadapan kelas untuk Berani
( 18 1) Apa hukum memilih jawapan bagi soalan Bersemangat
Minit) zakat? yang disediakan
a) Sunat - Murid datang kehadapan Kaedah :
b) Wajib kelas bergilir-gilir untuk Soal Jawab
c) Makruh menjawab jawapan yang
d) Harus betul BBM :
Power Point
2) Kepada siapa
diberikan zakat?

i)_____________
ii)____________
iii)____________

Ustaz
Doktor
Orang Fakir
Kedua ibu
bapa
Orang Kaya
Orang Miskin
Penutup Rumusan Penutup Kognitif : Impak :
( 5 Minit) pengajaran - Murid merumuskan isi pelajaran 30/35 orang
yang telah dipelajari dengan murid telah
baik mencapai
objektif
Penutup Sosial : pengajaran dan
- Guru menyatakan kepada murid pembelajaran
supaya menjadi orang yang iaitu dapat
pemurah, suka membantu dan menyatakan
lain-lain hukum zakat
dan golongan
yang layak
menerima zakat.
Murid yang
belum
menguasai akan

4
diberi
bimbingan
dalam aktiviti
yang lain.

Rancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting bagi seorang


guru .Hal ini kerana ,guru perlu membina dan merancang kaedah bagaimana untuk
mengajar sebelum mereka masuk kedalam kelas .Guru juga perlulah merancang
kaedah-kaedah yang baik dan bagus supaya murid-murid dapat belajar dengan
mudah dan faham .Antara kaedah yang saya gunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran saya adalah Kaedah Nyanyian .Kaedah menyanyi adalah kaedah yang
sangat digemari oleh murid-murid terutama sekali disekolah rendah .Caranya
adalah guru akan menyanyikan lagu dan murid-murid akan mengikutinya .Hal ini
kerana menghafal sesuatu fakta amat sukar bagi murid-murid .Maka akhirnya
murid-murid akan merasa bosan dan kurang tumpuan .Menyedari akan hakikat
murid-murid di zaman generasi y kini yang cenderung kepada muzik maka amat
wajarlah nyanyian diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P).Kebaikkannya murid-murid akan lebih memberikan tumpuan dan lebih
seronok .

5
Kedua adalah Kaedah Soal Jawab Iamerupakan satu kaedah yang wajib digunakan
oleh setiap guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini
digunakan bukan sekadar untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar di
dalam memahami pengajaran yang disampaikan. Malah ia juga digunakan untuk
mencungkil bakat dan kemampuan murid terbabit.

Melalui kaedah ini, kita akan dapat mengenali dan mendampingi pelajar kita dengan
sebaiknya.. Harus diingat, kaedah ini juga dapat digunakan untuk menilai hasil
pelajaran/ aras yang dicapai oleh seseorang guru. Kerana itu, mereka perlulah
menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu
yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang
dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya.

Ketiga adalah Kaedah simulasi atau main peranan Aktiviti dimulakan dengan
penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan oleh murid tersebut dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian meminta murid memainkan
peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati kepada murid lain seperti
menilai. Kaedah inicmenekankan kepada ekspresi dan perasaan. Perbincangan
diadakan melibatkan kesan teknik main peranan diadakan. Kemudian membuat
keputusan berasaskan generalisasi dan ulangi aktiviti tersebut dengan melibatkan
murid lain.
Kebaikkan Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga
meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga
berkesan dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep.

Kaedah keempat yang saya gunakan adalah Kaedah latih tubi .Ia bertujuan untuk
menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu
pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau
memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting
dalam latih tubi adalah maklumat khusus yang perlu diketahui .Kaedah latih tubi
mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh

6
menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas
bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya
konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:
mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu,
iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu
berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian
dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.

Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah
latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah
yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk
memahami apa yang diajar.

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan


imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari
idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea
terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan,
fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada
penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak
dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu
kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya,
peraturan sumbang saran meliputi sebarang idea diterima,semua murid mesti aktif
memberi pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin,
dilarang mengkritik sebarang idea,idea-idea dinyatakan secara spontan,

pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya.

Kaedah kelima adalah kaedah bercerita .Melalui penyampaian cerita, guru dapat
membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian
kerana cerita merupakan bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan
kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai
hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Jika guru berjaya membina
suasana penceritaan yang menyenangkan dan mengasyikkan, mereka juga akan
lebih menumpukan perhatian sepenuhnya dan akan memudahkan mereka

7
memahami cerita yang disampaikan. Pemahaman murid terhadap cerita boleh diuji
menerusi soal jawab antara guru dan murid mengenai pengajaran dan nilai murni
daripada cerita yang disampaikan serta murid mampu untuk merumuskan isi-isi
penting dalam cerita. Hal ini seterusnya dapat mencerna minda dan daya imiginasi
serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kedua, cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni mampu menanamkan sikap
jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lain yang berguna dalam pembentukan
budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Mereka akan menjadikan nilai dan
tauladan yang diperoleh menerusi sesebuah cerita sebagai panduan untuk
menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Sebagai contoh, guru meminta
murid melakonkan watak dalam cerita. Hal ini bukan sahaja dapat disematkan
dalam fikiran dan jiwa murid, malah dapat memupuk serta mengembangkan sikap
keyakinan diri serta sikap positif dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan
objektif utama program pemulihan dalam KBSR.

Akhir sekali adalah kaedah pandang dengar (audio visual).Kaedah ini dinyatakan
oleh Allah dalam peristiwa Israk Mikraj ,seperti firmanNya :-

Maksudnya Maha Suci Tuhan yang memperjalankan hambaNya pada malam hari
dari Masjid al-Haram Ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati sekelilinginya .Supaya
Kami perhatikan keterangan-keterangan Kami kepadanya.Sesungguhnya Dia
mendengar lagi melihat

(Surah Al-Israk:1)

Kesimpulan daripada ayat tersebut , Rasulullah telah dibawa berjalan dan Makkah
ke Baitul Maqdis pada suatu malam, diperlihatkan dan didedahkan kepada pelbagai
peristiwa dan kejadian sepanjang pengembaraannya. Peristiwa-peristiwa yang
diperlihatkan itu berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan yang boleh mewujudkan
insan yang beriman dan bertakwa. Justeru, Baginda bukan sahaja diisrak dan
dimikrajkan, bahkan diperlihatkan pelbagai peristiwa menerusi penyaksian
pancainderanya yang diinterpretasikan semula oleh Jibrail, dengan kata lain

8
pengembaraan yang merangkumi kisah-kisah serta gambaran yang menjelaskan
kisah tersebut agar dapat menguatkan lagi daya ingatan dan keyakinan Rasulullah
saw .Kaedah pembelajaran yang dikembangkan seperti itu boleh dinamakan
sebagai kaedah pandang dengar (audio visual).Hasil daripada kaedah ini saya
dapati ia mengukuhkan ilmu dan membentuk peribadi murid-murid saya disamping
dapat mengapliksikan teknologi dalam pendidikan .

Anda mungkin juga menyukai