Anda di halaman 1dari 4

Laporan

Penyelarasan Pemilihan Laporan Kajian Tindakan


Peringkat Pemilihan Kajian Tindakan

Tarikh : 25 Oktober 2010


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Bestari PPD Petaling Utama
Kehadiran : 1. Puan Roszaini binti Abd Rahman (PPD Petaling Utama)
2. Puan Rosizan binti Mohd Yusof ( SMK Bandar Sri Damansara 2)
3. Puan Chia Hak Tee ( SMK Bandar Utama Damansara 4)
4. Encik Zaini bin Mat Husin ( SMK Sekyen 10 Kota Damansara)
5. Cik R.Yogaesvaree ( SJK(C) Sungei Way )
6. Puan Siti Norhafisyah binti Azib ( SK Bandar Utama Damansara)
7. Puan Faridah binti Edi (SK Taman Dato’ Harun (1)

Pertama sekali pihak Pengurusan Akademik PPD Petaling Utama ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua sekolah di Daerah Petaling Utama kerana telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan Kajian Tindakan peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Unit Pengurusan Akademik PPD Petaling Utama telah
menerima sebanyak 144 laporan daripada 175 laporan yang sepatutnya dihantar .

Hasil Pemilihan Laporan mendapati kebanyakan laporan yang dihantar tidak menepati
kriteria yang ditetapkan selari dengan kehendak Bahagian Perancangan & Penyelidikan
Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Butiran di bawah menunjukkan
Dapatan Pemilihan Kajian Tindakan yang telah dijalankan.
Dapatan Pemilihan Laporan Kajian Tindakan

PERKARA BILANGAN PERATUS (%)

Bilangan Yang Menepati Garis 10 6.9%


Panduan dan Skema Pemarkahan

Bilangan Yang Tidak Menepati 134 93.1%


Garis Panduan dan Skema
Pemarkahan

Catatan:

Bilangan Kajian Tindakan yang menepati semua kriteria yang ditetapkan adalah 10 buah
laporan. Ini menunjukkan bahawa ramai pengkaji kurang pemahaman terhadap format
Laporan Kajian Tindakan yang telah ditetapkan.

Aspek-aspek yang tidak menepati Laporan Kajian Tindakan


Antara aspek-aspek yang tidak menepati kriteria Pemilihan Laporan Kajian Tindakan

1. Tajuk tidak menunjukkan hala tuju kajian


2. Penulisan abstrak kurang tepat.
3. Fokus kajian tidak jelas.
4. Tiada dapatan analisis data hasil tinjauan awal berdasarkan jadual dan graf.
5. Pelaksanaan tindakan oleh pengkaji tidak menunjukkan huraian yang lengkap.
6. Tiada kelainan dari segi tindakan yang dijalankan.
7. Kegagalan pengkaji dalam penulisan kajian tindakan adalah tidak menepati format.
8. Pencapaian objektif kajian perlu penambahbaikan
9. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian tidak dinyatakan dengan jelas.
10. Tidak menyatakan instrument
11. Tidak menghuraikan dapatan kajian
12. Impak kajian tiada perincian
13. Tidak ada data yang membuktikan Permasalahan Kajian dan Data Dapatan Kajian
Tindakan.

Cadangan penambahbaikan :

1. Format penulisan Laporan Kajian Tindakan yang lebih sistematik


2. Pendedahan tentang metadalogi dan pembentukan instrument yang sesuai diperlukan.
3. Penulisan dan impak perlu didedahkan kepada pengkaji.
4. Dapatan analisis data berdasarkan jadual dan graf perlu dihuraikan untuk
pengukuhan.
5. Pelaksanaan oleh pengkaji perlu dihuraikan dengan lebih terperinci dengan
menggunakan instrumen yang telah dipilih.

BIL KRITERIA PERKARA PERATUS CATATAN


(%)
1. Muka Hadapan Tajuk kajian(Hala 24 %
Tuju ,Tindakan
Kumpulan Sasaran
2. Tinjauan Awal Dapatan Analisis Data 45 %
3. Impak Kajian Hasil Kajian 5%
4. Pelaksanaan Aktiviti dan Perincian 2.1 %
Huraian
5. Pencapaian Rumusan Keseluruhan 0.7 %
Objektif Laporan
Pihak pemilihan laporan kajian tindakan telah bersetuju memilih 5 daripada 144 buah
laporan yang terbaik untuk dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah daerah Petaling
Utama sebagai rujukan. Namun begitu, pihak pengurusan akademik hanya memerlukan 2
buah laporan sahaja untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Selangor.

Bil Nama Pengkaji Tajuk Kajian Nama Sekolah


1 Mona Binti Mustapha 2PIC can improve Year 4 Alfa pupils’ SK Seksyen 9
understanding on Simple Present Kota Damansara
Tense

2 Wong Suing Ming Jom Belajar Sifir: Snake and Ladder SMK Lembah Subang
Bersama Pelajar Tingkatan 1 Taurus

3 Julieana binti Abdul Meningkatkan Kefahaman Konsep SK Sri Petaling


Rahman Tambah dan Tolak (Pengumpulan
Semula) Bagi Murid Tahun Dua
Pemulihan Khas
4 En.Hardev Singh Meningkatkan Kemahiran Murid SMK Katholik
Mengukur Bearing Dengan
Menggunakan Kaedah Main Peranan
Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Geografi
5 Sheela Devi a/p John Problems With Subject-Verb- SMK La Salle
Gnanamani Agreement Among Form Six
Students

Disediakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kajian Tindakan PPD Petaling Utama


25 OKTOBER 2010.

(ROSZAINI BINTI ABD RAHMAN)

Anda mungkin juga menyukai