Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat
menyiapkan Kajian Tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya
mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak.
Kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam
menyiapkan laporan ini.
Terutamanya kepada Guru Besar Sk Kampung Angus Puan Sinariah Bt
Hassan dan barisan pentadbir yang lain yang begitu bersungguh-sungguh membantu
dan memudahkan kajian saya, serta tidak putus-putus memberi sokongan yang padu.
Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dihulurkan kepada mentor saya iaitu Pn.
Norias Bt Zubair serta murid-murid Tahun 4 yang menjadi responden Kajian
Tindakan saya ini .
Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan khas untuk ibubapa saya, sokongan dan kasih sayang mereka merupakan
dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan ini.
Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.

Sekian, terima kasih.


Arif Bin Ab Bakar
Sk Kampung Angus

CELIK AL-QURAN : KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH


PILIHAN DALAM SUKATAN PELAJARAN
Arif Bin Ab Bakar
Sk kampung Angus

ABSTRAK
Hafazan adalah satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid. Mereka
menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Ini menyebabkan soalan
dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan
kepada daya ingatan ditinggalkan kosong oleh murid, atau sekadar meneka jawapan
yang disediakan. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran menghafaz surah, dan
memilih semua murid Tahun 5 sebagai kumpulan sasaran. Tinjauan awal telah dibuat
melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta melalui ujian pra lisan. Hasil
tinjauan awal menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam menghafaz surah-surah
pilihan adalah pada tahap lemah dan masih memerlukan banyak latihan. Aktivitiaktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menghafaz adalah
penggunaan kad ayat, Program "Sahabat Hafaz" dan bacaan ayat al-Quran daripada
qori dan qoriah yang terkenal. Aktiviti yang dijalankan dapat menyakinkan murid
tentang wujudnya kaedah lebih mudah untuk menghafal. Selain itu disediakan juga
ganjaran hadiah, ini menjadikan bidang tilawah adalah masa yang dinanti-nanti oleh
murid untuk mendapat hadiah. Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan
dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan murid yang
telah menguasai hafazan telah meningkat, manakala bagi perasaan takut dalam diri
pelajar juga telah menurun . Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian
tindakan ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbagai halangan dihadapi
sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat
murid yang paling malas dalam kelas ini turut melibatkan diri dan menyatakan
seronok belajar menghafal.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Kajian ini adalah bertitik tolak daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan
pelajar dalam menguasai kemahiran menghafaz surah-surah pilihan dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam. Perkara inilah yang dihadapi oleh pelajar Sekolah
Kebangsaan Kampung Angus yang merupakan sebuah sekolah luar bandar. Apa yang
hendak dikatakan di sini adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil
ringan dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini kerana
mata pelajaran ini tidak termasuk dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu masalah
kepada mereka, kerana pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam seperti ibadah, aqidah, akhlak, sirah, tilawah al-Quran, amali dan
jawi. Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran
yang perlu dipelajari seperti pengertian surah bacaan surah, dan hafazan. Bidang
hafazan misalnya, memerlukan penumpuan yang penuh teliti terhadap surah-surah
yang ingin dihafaz. Ramai pelajar yang masih belum menguasai hafazan walaupun

mereka tahu membaca al-Quran. Saya pernah bertanyakan kepada mereka dan
jawapan yang diberikan mudah sahaja, Kami sudah hafal, tetapi sukar untuk ingat.
Selain itu, ada dalam kalangan mereka, yang pernah bertanyakan kepada saya cara
menghafaz surah dengan teknik yang mudah diingati. Saya cuba memikirkan apakah
cara terbaik untuk membantu pelajar mengatasi masalah ini.

2.0 FOKUS KAJIAN


Fokus kajian ini memberi tumpuan kepada kaedah untuk mengatasi masalah pelajar
tahun 5 untuk menghafal surah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam.. Hasil
daripada ujian pra, saya dapati semua murid tahun 5 gagal mentasmiq hafazan
dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga sebilangan pelajar yang cuma dapat
menghafaz separuh dan ada juga pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz
dengan betul dari segi aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya. Kelemahan ini
dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik minat
murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap
murid itu sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka
dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz surah-surah
dalam peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan sehingga mereka
memasuki alam persekolahan menengah nanti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut :
3.1 Objektif umum
Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, khususnya
dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang
bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.
3.2 Objektif khusus
i. membaca surah Al-Adiyat dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid
ii. menghafaz surah Al-Adiyat dengan betul, lancar dan mengikut hukum tajwid.
iii. menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Adiyat dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tahun 5 dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini. Berdasarkan
pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan bimbingan
untuk meningkatkan kemahiran menghafaz.

5.0 TINJAUAN AWAL


Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan
mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu
mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini.
Permasalahan murid-murid ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:
(a) Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz
(b) Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran
(c) Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.
Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, saya menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif iaitu penggunaan borang soal selidik, dan melakukan ujian
pra. Data-data ini dianalisis berdasarkan kaedah kuantitatif.
.
6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN TEKNIK KAD AYAT, LAGU HAFAZAN DAN SAHABAT
HAFAZ.
Aktiviti ini merupakan salah satu daripada keadah-keadah dalam bidang hafazan, ia
dapat menarik minat murid dalam aktiviti-aktiviti menghafaz. Kerana aktiviti ini tidak
mengfokuskan kepada satu keadah sahaja iaitu menghafaz berpandukan teks. Tetapi
keadah ini memperbagaikan aktiviti semasa menghafaz yang melibat pelajar dengn
guru, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan peralatan ICT, ini dapat memberikan
hiburan kepada pelajar dalam aktiviti menghafaz. Antara aktivit-aktiviti tersebut
ialah:Aktiviti 1: Penggunaan kad ayat.
Langkah 1: Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang
dihafaz.
Langkah 2: Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari
tersebut melalui komputer.

Langkah 4: Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid


dilatih menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara individu,
kumpulan dan kelas.
Pemerhatian.
Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan yang
disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan dengan
baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa P&P dijalankan.
Refleksi.
Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya.

Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat


Langkah 1: Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara
berlagu.
Langkah 2: Murid diperdengarkan dengan bacaan guru.
Langkah 3: Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu
yang sukar seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah
dan bersifat kanak-kanak dan dekat di hati mereka.
Langkah 4: Murid mengulang ayat secara berulang kali dan murid telah
didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang hafazan.
Langkah 5: Murid diarahkan berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri
sambil mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid
daripada berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan.
Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati menunjukkan
peningkatan dalam hafazan.
Refleksi.
Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin
meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak dapat
menghafaz dengan baik.

Aktiviti 3: Program "Sahabat Hafaz"

Langkah 1: Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz.


Langkah 2: Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang
kedua.
Langkah 3: Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang
pertama.
Langkah 4: Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
Pemerhatian.
Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid lebih aktif untuk
menghafaz.
Refleksi.
Menerusi aktivitisahabat hafiz ini, menunjukkan peningkatan murid dalam hafazan
mereka. Kerana mereka tidak rasa segan dan malu semasa menghafaz.

5.3 REFLEKSI KAJIAN


Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja
yang diberikan kepada murid, ujian hafazan semasa sesi P&P dan ujian akhir tahun
didapati mempunyai peningkatan yang memberangsangkan. Ini kerana aktiviti yang
dijalankan oleh guru dapat menarik minat pelajar dengan bantu oleh bahan bantu
mengajar yang menarik dapat memudahkan pelajar untuk menghafaz.
Hasil kajian tindakan ini, saya amat yakin bahawa kajian ini dapat memberi manfaat
kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat kejayaan murid dan seterusnya
memberikan kepuasan kepada saya setelah melihat murid berjaya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan
seterusnya untuk mengatasi masalah hafazan di kalangan murid. Oleh itu, saya
bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya memfokuskan kepada cara-cara
untuk membantu murid yang tidak minat dalam bidang hafazan. Ini kerana, melalui
pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum mempunyai kemahiran yang
baik dalam menghafal al-quran.
Ini menyebabkan mereka rasa bidang hafazan membebankan kepada mereka, kerena
mereka menghafaz tanpa mengetahui keadah sebenar hafazan. Dengan kajian ini,
saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan dapat membantu murid

menguasai bidang hafazan dengan baik sebelum mereka melangkah ke alam sekolah
menengah.

KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2012

LAMPIRAN

BIL

NAMA MURID

KELAS

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Murid G

BIL

NAMA MURID

KELAS

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Murid G

SOAL SELIDIK

UJIAN PRA

UJIAN PRA

UJIAN AKHIR

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN


1. Jantina
Lelaki (
2.

Perempuan (

Adakah anda minat dengan subjek hafazan?


(
)
(
)
(
)

a. Minat
b. Kurang minat
c. Tidak minat

3. Anda mula mempelajari Al-Quran di:a. Rumah


(
)
b. Sekolah tadika
(
)
c. Sekolah rendah (KAFA) (
)
4. Berapa kali anda membaca menghafal al-Quran di rumah
Setiap hari
(
)
Seminggu 1 kali (
)
Seminggu 3 kali (
)
Tidak pernah
(
)

BAHAGIAN B: FAKTOR PENGUASAAN HAFAZAN


1. Adakah anda suka Ustaz / Ustazah yang mengajar anda disekolah? : Ya
Tidak
2. Adakah anda faham dengan cara ustaz / ustazah mengajar anda ? : Ya
Tidak
3. Adakah anda tahu membaca Al-Quran?
4. Adakah anda pandai keadah hafazan?
5. Adakah anda mengenal huruf hijaiyyah?

Ya
Ya
Ya

Tidak
Tidak
Tidak

Anda mungkin juga menyukai