Anda di halaman 1dari 14

Konsep dan Kerangka Pembelajaran Kolaboratif

Written by AZMAN BIN SAFII. Posted in PAK21

John Amos Comenius, seorang ahli akademik pada kurun ke-16th telah
memperkenalkan satu pendekatan yang perlu diikuti dalam proses
pengajaran, iaitu konsep di mana guru menggunakan kaedah kurang
mengajar tetapi murid murid lebih banyak belajar (teachers teach less but
learners learn more). Ideanya adalah untuk melibatkan murid-murid lebih
aktif dalam proses pembelajaran mereka sendiri.

Comenius diikenali hari sebagai "Bapa Pendidikan Moden" yang telah


merintis kaedah pendidikan yang moden. Comenius pernah ditawarkan
untuk menjadi presiden pertama di Universiti Harvard, namun beliau telah
menolak tawaran tersebut. Comenius juga ialah orang pertama yang
menggunakan gambar dalam buku teks. Pada hari ini dan pada abad ke-21
gagasan pemikiran Comenius berkaitan pembelajaran murid semakin
diamalkan secara meluas dalam pendekatan pembelajaran yang
dinamakan sebagai Pembelajaran Kolaboratif

Apakah Pembelajaran Kolaboratif?

Smith and McGregor (1992) menjelaskan bahawa pembelajaran kolaboratif


adalah satu istilah yang memayungi pelbagai pendekatan pembelajaran
yang melibatkan usaha Intelek sesama murid atau murid-murid dengan
guru. Biasanya murid-murid melaksanakan aktiviti secara berkumpulan
seramai dua atau lebih, saling mencari persefahaman, penyelesaian atau
mencipta suatu hasil pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti pembelajaran kolaboratif sangat pelbagai dan meluas, tetapi


kebanyakannya berpusatkan kepada aktiviti murid untuk meneroka sesuatu
sesi pembelajaran atau penggunaan bahan pembelajaran. Ini bermaksud
dalam pembelajaran kolaboratif sesi pembelajaran bukan sekadar
penyampaian atau penerangan daripada seorang guru semata-mata.
Objektif Pembelajaran Kolaboratif.

Penggunaan pendekatan pembelajaran kolaboratif bermatlamat untuk


membantu murid supaya dapat belajar dengan lebih berkesan. Adalah
penting untuk kita mempertimbangkan strategi pengajaran yang melampaui
penguasaan isi dan idea-idea semata-mata, tetapi sebaliknya
mengabungjalin kemahiran murid dalam tiga aspek berikut;

Penglibatan – sifat pembelajaran kolaboratif adalah menekankan pelibatan


sosial dan intelektual. Kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan dalam prestasi dan tumpuan murid berdasarkan
kepada perbezaan tahap pelibatan murid dalam sesi pembelajaran. Murid-
murid yang terlibat dengan aktif dalam pembelajaran memperlihatkan
pencapaian yang lebih tinggi berbanding murid-murid yang pasif.

Kerjasama dan kerja berpasukan – dalam aktiviti kolaboratif, murid-murid


pasti berhadapan dengan perbezaan pendapat dan mereka perlu
berusaha untuk mengenali dan menanganinya. Oleh itu pendekatan
kolaboratif dilihat berupaya membantu membina komuniti pembelajaran
dalam kalangan murid.

Tanggungjawab Komuniti – Pembelajaran kolaboratif menggalakkan murid


untuk membina sifat bertanggungjawab terhadap diri, kumpulan dan
komunitinya. Penglibatan dan peranan mereka dalam bilik darjah boleh
membantu mereka berhadapan dengan cabaran apabila berada dalam
persekitaran komuniti yang lebih luas. Pembelajaran kolaboratif menjadikan
murid lebih berani untuk menyampaikan pandangan dengan lebih aktif
dalam membentuk idea-idea dan nilai-nilai mereka. Pembelajaran
kolaboratif juga menjadikan mereka lebih sensitif terhadap pandangan dan
pendapat orang lain.

Jika di tangan seorang yang pakar pembuat tali, helaian jerami yang
disimpul bersama-sama, boleh membentuk tali dengan kekuatan dan
ketahanan yang lebih utuh. Maka, samalah seperti seorang guru yang
komited dan kreatif, mengabung jalin kemahiran murid-muridnya yang
pelbagai tahap kecerdasan hingga berupaya menghasilkan pembelajaran
yang bermakna.

Andaian tentang pembelajaran.

Ahli akademik yang mendokong pendekatan kolaboratif mencadangkan


bahawa, pembelajaran kolaboratif merupakan satu pendekatan yang perlu
diutamakan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pandangan ini adalah berasaskan andaian bahawa;

a) Pembelajaran merupakan satu proses konstruktif yang aktif (Learning is an


active constructive process)

b) pembelajaran bergantung pada kaya dengan konteks (Learning


depends on rich contexts)

c) Murid atau murid adalah pelbagai (Learners are diverse)

d) Pembelajaran adalah proses sosialisasi (Learning is inherently social)

Proses Konstruktif Aktif (Active constructive process) – Pembelajaran


merupakan Proses Konstruktif Aktif kerana untuk mengetahui maklumat
terbaru, idea atau kemahiran, murid perlu bekerjasama secara aktif dengan
cara yang memberi makna. Dalam situasi pembelajaran Kolaboratif murid
akan mencipta sesuatu yang baru dengan menggabungkan bahan baru
dengan sesuatu yang mereka sudah tahu atau menggunakannya untuk
menyusun semula apa yang mereka fikir mereka tahu.

Kaya dengan konteks (Rich contexts) –Idea daripada aktiviti-aktiviti


pembelajaran Kolaboratif adalah untuk melibatkan murid dalam tugasan
atau soalan-soalan yang mencabar. Pembelajaran bukannya bermula
dengan fakta-fakta dan idea-idea dan kemudiannya berpindah kepada
aktiviti, sebaliknya pembelajaran kolaboratif sering bermula dengan
masalah. Ini mengubah peranan murid dari pemerhati kepada pengamal.
Kaya dengan konteks mencabar murid untuk mengamalkan dan
membangunkan kemahiran penyelesaian masalah (problem-solving
skills) dan penakulan aras tinggi (higher-order reasoning)

Kepelbagaian (Diversity) – Murid-murid kita membawa pelbagai perspektif


ke dalam bilik darjah – pelbagai latar belakang, gaya pembelajaran,
pengalaman dan cita-cita.

Kewujudan Intemasi Pergaulan (Inherent sociability) - pembelajaran


kolaboratif menghasilkan sinergi Intelek daripada pemikiran yang datang
dari pelbagai latar belakang murid untuk menyelesaikan masalah dan
memberi rangsangan kebersamaan dalam aspek sosial, penglibatan dan
usaha.

Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran Kolaboratif boleh dilaksanakan dalam lima pendekatan iaitu,


Pembelajaran Koperatif (Co-operative learning), Kumpulan Penulis (Writing
groups), Komuniti Pembelajaran (Learning communities), Pengajaran Rakan
Sebaya (Peer teaching), Pembelajaran Berasaskan masalah (Problem-based
learning) dan Kumpulan Perbincangan (Discussion groups)

1) Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif adalah pendekatan yang digunakan secara meluas


dalam kalangan guru-guru. pembelajaran koperatif digunakan secara
meluas disebabkan oleh pelbagai faktor. Pertamanya, pembelajaran
koperatif adalah pembelajaran yang bersandarkan kepada teori
pembelajaran yang jelas. Pembelajaran Koperatif mempunyai sandaran
yang kukuh berdasaran terori pembelajaran termasuk Antropologi (Meade,
1936), sosiologi (Coleman, 1961), ekonomi (von Mises, 1949), Sains Politik
(Smith, 1759) psikologi (Piaget, 1950; Vygotsky 1978).
Faktor kedua ialah penggunaan pembelajaran koperatif sebagai
pendekatan pengajaran yang berkesan juga telah disahkan lebih dari 900
penyelidikan yang dilakukan oleh ahli akademik sama ada dari segi
kekarapan dan keluasan skop khususnya berkaitan matlamat pembelajaran
iaitu koperatif, persaingan dan individualistik.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada penggunaan secara meluas


pembelajaran koperatif adalah kepelbagaian kaedah pembelajaran
koperatif yang sedia ada yang boleh digunakan semasa mengajar.

Mengapa menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif ?

a. Merangsang pembelajaran murid dan pencapaian akademik

b. Meningkatkan kepuasan murid dengan pengalaman pembelajaran


mereka

c. Membantu murid membangunkan kemahiran dalam Komunikasi lisan

d. Mengembangkan kemahiran sosial murid

e. Meningkatkan harga diri murid

f. Meningkatkan tumpuan murid

g. Membangunkan komuniti murid

Elemen Pembelajaran Koperatif

Terdapat lima elemen pembelajaran koperatif yang dapat dirumuskan


seperti berikut:

a. Kesalingbergantungan Positif (Positive interdependence)

b. Interaksi bersemuka (Face-to-face interaction)

c. Akauntabiliti individu dan kumpulan (Individual and group accountability)


d. Kemahiran interpersonal dan kumpulan kecil (Interpersonal and small
group skills)

e. Proses secara kumpulan (Group processing)

BIL ELEMEN DISKRIPSI

1 Kesalingbergantungan Usaha setiap ahli diperlukan ke arah kejayaan


Positif (Postive kumpulan.
interdependence)
Setiap ahli perlu menyumbang idea, usaha dan
tenaga dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

Setiap ahli dalam kumpulan memberi


sumbangan yang tersendiri mengikut peranan,
tanggungjawab, kemahiran dan keupayaan
masing-masing

2 Interaksi Bersemuka Memberi penjelasan lisan bagaimana mahu


(Face-to-face mengatasi sesuatu masalah.
interaction)
Memberi penjelasan sesuatu ilmu yang dikuasai
kepada orang lain dalam kumpulan.

Membuat semakan antara satu sama lain untuk


saling memahami.

Membincangkan seuatu konsep yang telah


dipelajari.

Mengaitkan pembelajaran semasa dnegan


sesuatu yang telah dipelajari.

3 Akauntabiliti individu Memastikan saiz kumpulan sentiasa kecil, supaya


dan kumpulan penglibatan yang lebih menyeluruh.
(Individual and group
Memberikan ujian secara individu kepada setiap
accountability)
murid.

Menilai murid secara lisan dan dilakukan secara


rawak.

Memerhati setiap kumpulan kekerapan ahli-ahli


dalam kumpulan memberi sumbangan kepeada
gerak kerja yang dilakukan.

Menugaskan seorang murid dalam setiap


kumpulan berperanan sebagai penyemak.

Memastikan murid menmberi tunjuk ajar apa


yang mereka telah dipelajari kepada orang lain.

4 Kemahiran Kemahiran sosial yang perlu dipelajari.


interpersonal dan
- Kepimpinan
kumpulan kecil
(Interpersonal and - Membuat keputusan
small group skills)
- Membina kepercayaan (Trust-building)

- Komunikasi

- Kemahiran mengurus konflik

5 Proses Kumpulan. Ahli kumpulan berbincang bagaimana prestasi


mereka untuk mencapai matlamat dan
mengekalkan hubungan kerja yang berkesan.

Memberi penjelasan apakah tindakan ahli yang


berkesan dan tidak berkesan.
Membuat keputusan apakah tingkah laku yang
perlu diteruskan ataupun yang mahu diubah.

Pendekatan Jigsaw (Jigsaw Approach)

Kaedah yang sangat berguna untuk menggalakkan pembelajaran koperatif


pada mana-mana tahap pendidikan yang pada asalnya dibangunkan oleh
Elliot Aronson (1978). Setiap murid dalam kumpulan mempunyai satu
maklumat yang perlu dipelajari oleh murid lain dan setiap murid mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan setiap maklumat yang ada pada mereka
perlu disampaikan kepada ahli kumpulan.

2) Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning /PBL)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah kaedah pembelajaran


berpusat, berasaskan terori pembelajaran semasa termasuklah konstruktisme,
sosial konstruktisme dan pembelajaran situasi.Dalam bilik darjah PBM, murid
akan diberi tugasan untuk menangani masalah yang kompleks dan realisitk,
yang telah disediakan dengan berhati-hati untuk memenuhi matlamat dan
objektif pembelajaran. Murid melakukan aktiviti secara kumpulan dibawah
seliaan fasilitator untuk menyelesaikan masalah.

Semasa murid berbincang menyelesaikan masalah, merka belajar


kemahiran melaksanakan kerja berkumpulan, teknik penyelesain masalah,
teknik menyiasat untuk mendapatkan maklumat, kandungan topik dan
mereka menerima pendedahan supaya berfikir seperi seorang yang pakar
dalam bidangnya.

Sejarah moden PBM bermula pada awal 1970-an di sekolah perubatan


Universiti McMaster, Kanada, walaupuan sejarah intelektualnya jauh lebih
lama. Dewy telah membicarakannya apabila beliau bercakap menegenai
“keterlibatan”.

3) Komuniti Pembelajaran

Pada umumnya Jenis-jenis Komuniti pembelajaran terbahagi kepada empat


jenis iaitu seperti berikut;

a. Komuniti pembelajaran: fokus pada pembelajaran bersama-sama,


berkongsi, membina hubungan

b. Komuniti amalan: fokus ke arah amalan professional

c. Komuniti pertanyaan: tumpuan menanyakan tentang sesuatu perkara


dan isu/ bidang

d. Komuniti Pengetahuan: fokus ke arah pengetahuan

Komuniti Pembelajaran adalah bertepatan dengan konsep pendidikan


mengikut sudut pandangan Pembelajaran Sosiobudaya dan konstruktisim
(Lave & Wenger). Terdapat dua persoalan penting berkaitan perkara ini
iaitu;

1) Apakah penglibatan sosial dan pelbagai proses yang berlaku menyediakan


konteks yang 'betul' untuk pembelajaran?

2) Apakah bentuk penyertaan bersama yang mungkin diperlukan apabila


melibatkan murid dalam pembelajaran jenis ini?

Proses mendidik mengikut pandangan Sosiobudaya;


Sosial Budaya

Apa yang kita buat Apa yang kita tahu

Struktur interaksi Struktur makna

Apa yang kita lakukan secara Apa yang kita bersama tahu
bersama
Kepercayaan
Tindakan

Proses mendidik mengikut pandangan Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang melihat pengetahuan


sebagai hasil daripada pengalaman yang terhasil dari gabungjalin
pengetahuan sendiri dengan pengalaman orang lain. Selain daripada
menggalakan terbinanaya komuniti pembelajaran secara besemuka,
komuniti pembelajaran elektronik (e Learning Community) sejajar dengan
transformasi dalam gelambang teknologi semasa.

Walau bagaimanapun melaksanakan aktiviti dalam talian akan mencipta


berbagai-bagai perasaan dalam kalangan guru dan murid. Seringkali aktiviti
terebut menjerumuskan guru dan murid untuk melalui
pengalaman pembelajaran secara silo atau pengasingan. Pengasingan
mempunyai dua dimensi iaitu sama ada dimensi jarak dan tempat dan
keduanya dimensi psikologi (jarak dalam pemikiran dan perasaan atau
kejiwaan).

Alat-alat e Pembelajaran
Asas komuniti dalam talian ialah keupayaan mewujudkan hubungan sosial
yang erat, kewujudan kepercayaan, perkongsian nilai-nilai dan berlakunya
sosialisasi dalam organisasi.Kualiti hubungan antara ahli-ahli dalam kumpulan
adalah ciri yang penting dalam komuniti dalam talian

4) Pengajaran Rakan Sebaya

Pengajaran rakan sebaya adalah satu kaedah yang mana seorang murid
mengajar murid lain, di mana murid yang pertama ialah seorang yang mahir
dan murid yang kedua adalah seorang baru (novis). Jangan terkeliru
dengan tunjuk ajar rakan sebaya - satu konsep yang agak baru yang direka
oleh Profesor Harvard Eric Mazur pada awal 1990-an. Faedah-faedah utama
pengajaran rakan sebaya adalah banyak, tetapi tidak terhad kepada yang
berikut iaitu:

a. Murid menerima lebih banyak masa untuk pembelajaran individu.

b. Interaksi secara langsung antara murid menggalakkan pembelajaran aktif.

c. Guru-guru rakan sebaya memperkukuhkan pembelajaran mereka sendiri


dengan mengajar orang lain.

d. Murid berasa lebih selesa dan terbuka apabila berinteraksi dengan rakan
sebaya yang.

e. Rakan-rakan dan murid berkongsi wacana yang sama, membolehkan


kefahaman yang lebih jelas.

f. Pengajaran rakan sebaya adalah alternatif yang cekap dari segi


kewangan untuk mengambil lebih banyak kakitangan.
g. Guru-guru menerima lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada
pelajaran berikutnya.

Soalan-soalan untuk dipertimbangkan ketika merancang pengajaran yang


berkesan, adalah penting bagi memastikan keperluan pembelajaran murid
menjadi fokus dalam reka bentuk pengajaran.

Semasa melaksanakan pengajaran rakan sebaya, matlamat pelajaran


hendaklah jelas dan bermakna sejak dari mula. Soalan-soalan berikut akan
dapat membantu pendidik memberi tumpuan kepada reka bentuk
pengajaran pendidik agar pengajaran lebih seimbang untuk manfaat
murid.

a. Apa perlu murid belajar?

b. Apakah yang murid pelajari?

c. Pendekatan pengajaran manakah yang boleh meningkatkan


pembelajaran murid?

5) Kumpulan Penulis

Menulis dikenal pasti sebagai aktiviti yang dianggap mencabar dan


memberi tekanan kepada murid. Menurut Huang, Wong et.al (2008),
kecacatan utama dalam penulisan murid sekolah rendah ialah kurangnya
penglibatan, perbendaharaan kata yang terhad dan salah serta struktur
perenggan yang tidak teratur.

Shen & Nie (2013) pula dalam kajiannya mendapati pengajaran penulisan
ala tradisional sentiasa dikritik dalam pelbagai aspek iaitu dilihat terlalu
berpusatkan guru, hanya berorientasikan peperiksaan dan gagal melibatkan
pengalaman sebenar murid.
Kumpulan Penulis adalah sekumpulan murid yang dimotivasikan untuk
belajar bersama-sama dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam
penulisan dan membangunkan kemahiran murid dalam aspek berikut;

a. Membina keyakinan diri

b. Memperbaiki kemahiran murid,

c. Memberi motivasi kepada murid

d. Menghindarkan diri dari belajar secara bersendirian.

6) Kumpulan Perbincangan

Menggunakan reka bentuk kualitatif, para penyelidik mengenai


pembelajaran telah mengenalpasti empat cara yang berbeza murid
menggunakan kaedah perbincangan dalam usaha menggalakkan
pembelajaran.

a. Mencabar idea – setiap murid sama ada idea diri sendiri dan orang lain
dengan matlamat meningkatkan kefahaman

b. Untuk mengembangkan idea-idea – menggunakan idea orang lain untuk


memperbaiki pemikiran mereka sendiri

c. Untuk memperoleh idea-idea – menggunakan perbincangan sebagai


cara untuk mengumpul idea-idea

d. Untuk menyemak idea – memastikan idea mereka adalah idea yang


tepat, supaya mereka sebenar-benarnya telah belajar perkara yang betul
Rumusan

Pembelajaran kolaboratif merupakan suatu peralihan dari pengajaran tipikal


berpusatkan guru atau berpusatkan kuliah di bilik-bilik kelas kepada
pengajaran berpusatkan murid, sama ada murid dengan murid, murid
dengan guru atau murid dengan bahan-bahan pembelajaran.

Dalam pembelajaran kolaboratif, taklimat, syarahan, mendengar dan


mengambil nota bukanlah tidak wujud tetapi ia hidup bersama-sama
dengan proses-proses pembelajaran lain yang menyasarkan penglibatan
aktif murid dalam perbincangan dan gerak kerja dengan bahan
pembelajaran.

Guru yang menggunakan pendekatan pembelajaran kolaboratif cenderung


untuk menganggap diri mereka bukan sebagai seorang pakar yang
menyampaikan ilmu, sebaliknya lebih kepada sebagai seorang pembimbing
agar proses pembelajaran lebih bercambah. Proses pengajaran kolaboratif
ini adalah satu usaha untuk mewujudkan komuniti pembelajaran.

Bahan ditulis oleh admin sebagai sebagaian daripada modul pembangunan


kompentensi Pengetua dan Guru Besar bagi keperluan bimbingan Pegawai
SIPartners+.

http://www.jprisma.com/v1/index.php/program/pak21/29-konsep-dan-
kerangkan-pembelajaran-kolaboratif

Anda mungkin juga menyukai