Anda di halaman 1dari 3

PENDEKATAN INDUKTIF

Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon
Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang
melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan
mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin
Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat
generalisasi hanya setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih
dikenali dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut beliau,
dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan
jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar
menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba, 1962).

Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang
mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan
sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh
yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induktif, ia juga
menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya
merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid
memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran
dan pembelajaran sesuatu subjek matter, pendekatan deduktif melibatkan pelajar-pelajar
mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta
melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan,
kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka untuk berfikir
secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu
mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai
latar belakang. Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada pelajar
membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda.
BANDING BEZA ANTARA PENDEKATAN DEDUKSI DENGAN PENDEKATAN
INDUKSI

BANDING BEZA

PENDEKATAN
DEDUKTIF

PENDEKATAN
INDUKTIF

1) Kedua-duanya adalah proses pemikiran.


2) Pendekatan yang digunapakai untuk membantu
murid untuk membuat kesimpulan setelah
mengikuti pelajaran Matematik.
3) Kedua-dua pendekatan ini dipraktikkan oleh guru
PERSAMAAN

di dalam kelas mengikut tahap pemahaman murid.


Dimana murid yang agak lemah menggunkan
pendekatan induktif manakala pendekatan
deduktif digunakan untuk pelajar yang mudah
faham dan mereka boleh menjana idea mereka
sendiri berdasarkan topik pembelajaran.

PERBEZAAN

1) Pada peringkat

1) Guru merancang aktiviti

permulaan, sesuatu

pengajaran yang

masalah atau hipotesis

berkisar daripada contoh

diperkenalkan dan

khusus kepada suatu

ditakrifkan. Guru dan

generalisasi atau

pelajar mengemukakan

kesimpulan umum.

cara penyelesaian masalah.


Dalam konteks ini,
generalisasi yang
dikemukakan harus
dinyatakan secara
eksplisit.
2) Penggunaan pendekatan

2) Bahan bantu mengajar

deduktif harus mengikut

harus disediakan untuk

langkah demi langkah.

membantu pelajar
membuat kesimpulan.

3) Beberapa contoh

3) Contoh khusus yang

digunakan untuk

releven dan sesuai harus

menerangkan generalisasi

dipelbagaikan untuk

atau peraturan.

menerangkan sesuatu

Berdasarkan contoh yang

supaya generalisasi

digunakan, pelajar meniru

dapat dicapai dengan

atau menghafal contoh dan

mudah.

membentuk contoh lain.


4)Pelbagai aktiviti

4) Guru membimbing

dijalankan untuk

pelajar untuk membuat

meningkatkan pemahaman

kesimpulan dengan

pelajar terhadap isi

memberi peluang

pelajaran yang

kepada pelajar untuk

disampaikan. Latihan

memerhati dan

menulis untuk mengesan

menganalisis contoh

kebolehan pelajar

agar generalisasi dapat

menguasai kemahiran turut

dibuat

diberikan.

5) Kesimpulan dibuat

5) Proses pengajaran dan

berdasarkan bukti yang

pembelajaran

ada setelah memahami

berdasarkan pendekatan

konsep serta contoh yang

induktif menekankan

diberikan.

pengajaran secara urutan


yang tepat, iaitu contohcontoh spesifik kepada
umum

Anda mungkin juga menyukai