Anda di halaman 1dari 2

TAJUK PROPOSAL:

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENAMBAHAN PECAHAN


BAGI MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN
KAEDAH GAMBAR RAJAH

1.0)

PENDAHULUAN
Matematik ialah salah satu subjek penting dan teras di peringkat sekolah. Murid perlu

menguasai operasi asas dalam matematik yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Program matematik KBSR bertujuan mengembangkan salah satu
kemahiran asas iaitu kemahiran mengira dalam kalangan murid. Dalam program yang
memakan masa enam tahun ini, murid dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira
melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah-langkah yang logik. Matematik KBSR
bertujuan membolehkan murid memahami beberapa pola dan ciri nombor, menggunakan
sistem nombor perpuluhan, dan merangsang minat murid untuk menghayati matematik.

Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran,
nombor bulat dan operasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi; wang; ukuran dan
sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik,
matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkankefahaman murid dalam konsep
nombor dan kemahiran asas mengira. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan
keindahan matematik. Terdapat tujuh objektif yang telah disenaraikan, yang merangkumi
kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan masalah.

Matematik merupakan satu cabang ilmu yang seringkali dianggap sukar oleh muridmurid.

Ramai

muridtidak

suka

matematik

dan

menganggap

matematik

sukar

danmembosankan. Nik Aziz (1992) menyebut istilah matematik menandakan suatucabang


ilmu yang kompleks. Hal ini menyebabkan masih ramai murid yang gagal menguasai
kemahiran asas tambah, tolak , bahagi dan darab sekaligus lemah dalam menguasai

Anda mungkin juga menyukai