Anda di halaman 1dari 2

1) Salah faham dalam menjana kesimpulan secara Induktif

Pendekatan ini pula perlukan bimbingan daripada guru secara betul , jika tidak pelajar akan
menemui rumus yang salah. Kefahaman awal pelajar perlu dititikberatkan agar pelajar boleh
menjawab persoalan dengan betul. Contohnya rumus luas segitiga dengan segiempat. Luas
segitiga = x tapak x tinggi , manakala luas segiempat = panjang x lebar. Pelajar perlu
difahamkan bahawa dua segitiga yang sama besar akan membentuk sebuah segi empat.

KAEDAH - KAEDAH UNTUK MENGATASI KESILAPAN

Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara
inkuiri kepada murid. Contohnya bagai mana mencari rumus luas segitiga daripada luas
segirmpat. 2 segitiga yang sama didekatkan menjadi satu segiempat.Guru meminta murid
befikir bagaimana rumus luas segitiga diperolehi.
Fasa 2: Murid mengumpulkan maklumat daripada situasi yang dilihat.
Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam
situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin
bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang
diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu rumus. Murid
membentangkan hasil dapatan dengan cara sendiri mereka memahami bagaimana rumus
tersebut diperolehi. Ini akan membantu murid lain membentuk kefahaman mereka sendiri.
Fasa 5: Murid diminta untuk membuat analisis inkuiri dan guru akan menunjukkan rumus
sebenar dan meminta murid membuat perbandingan dan guru akan membuat satu ketetapan
tentang rumus yang diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai