Anda di halaman 1dari 1

Syarat untuk memaksimumkan utility / Keseimbangan Pengguna

Kita tahu bahawa barangan yang kita perolehi / kita guna akan memberikan kepuasan kepada
kehendak dan keperluan kita. Kita juga tahu bahawa penggunaan sesuatu barangan bukanlah
percuma. Kita perlu membeli menggunakan sumber / peruntukan pendapatan yang kita ada.
Dengan sebab itu, sebelum membuat keputusan pembelian, pengguna selalunya
membandingkan harga barangan tersebut dengan utility / kepuasan nilai pembelian barangan
itu. Pengguna akan bertanya sama ada barangan berkenaan benar-benar berpatutan (berbaloi)
dengan harga yang dibayar dengan tingkat kepuasan yang diperolehi. Jika berpatutan, maka
pengguna akan membeli. Proses perbandingan ini memastikan pengguna merasa puas dengan
pembelian sesuatu barangan.
Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan utility
/ kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu barangan,
maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut. Pada tingkat
kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam keseimbangan. Di
dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan apabila harga sama
dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga ayam goreng RM3.00
seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang diperolehi, maka untuk memenuhi
kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan penggunaan / pembelian unit terakhir ayam
goreng mestilah sama dengan 3 unit marginal utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa:
Harga ayam goreng = Marginal Utiliti ayam goreng
Pc
=
MUc
Jika kombinasi dua barang, maka pengguna memaksimumkan utility apabila,
MUA
PA

MUB
PB

Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan
jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi barangan
tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan kedua-dua
syarat dipenuhi seperti contoh di bawah.
Ayam Goreng
Burger
Unit yang
digunakan /
Marginal
Marginal
Jumlah Hasil
Jumlah Hasil
dibeli
Utiliti
Utiliti
1
24
24
10
10
2
44
20
18
8
3
62
18
25
7
4
78
16
31
6
5
90
12
36
5
6
96
6
40
4
7
100
4
43
3
Harga ayam goreng adalah RM2.00 dan harga burger RM1.00. Peruntukan pendapatan yang
diberi adalah sebanyak RM10.00. Apakah kombinasi ayam goreng dan burger yang dapat
memaksimumkan kepuasan / utility pengguna ini.

Anda mungkin juga menyukai