Anda di halaman 1dari 1

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Jika kaya, dia boleh membeli barangan kamaliyah. Sebagai seorang Muslim yang
patuh/taat, dia akan cuba meminimumkan penggunaan barangan ini ke titik C5 walaupun
dia mampu memaksimumkan hingga ke titik C7.
Besederhana di dalam penggunaan sangat digalakkan di dalam Al-Quran, antara firman
Allah:
Surah Al-Furqan ayat 67
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka
adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Kenyataan bahawa seorang Muslim perlu membelanjakan sebahagian hartanya untuk
orang lain, surah Al-Baqarah ayat 215:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan
(dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu
belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak
yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan
(ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Kutukan Allah terhadap orang-orang kaya yang tidak memberi kepada orang miskin, susah
dalam surah Yasin ayat 47:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang
dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orangorang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah kami memberi makan kepada
orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini
hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.

Semester Ogos 2006/2007

Anda mungkin juga menyukai