Anda di halaman 1dari 2

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor.

Nombor yang memberi


nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga
boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam
dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi
yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga
kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya
menggunakan matematik untuk menerangkannya. Cuba bayangkan hidup kita tanpa
matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan
berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak,
tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak
tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik.
Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan
terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi
dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu. Menyedari betapa pentingnya ilmu
matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada
matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan
satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir.
Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali
untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik. Ilmu matematik adalah
berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak
menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah
mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu
Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali
dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan
yang rapat dengan minda manusia. Orang yang mudah menguasai matematik biasanya
seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan
mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan
matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang
hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia
hingga ke zaman moden ini. Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam
kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak
perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran
dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita
perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan
operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru
dalam belanjawan kita. Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada
membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Termaterma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan.
Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan
untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan
di kilang-kilang. Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting
dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas
penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan
keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan
sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang
bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang
kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang
tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting
dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang
sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah

selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu
fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang
kukuh dan jitu. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan
sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan
pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur
amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.

Anda mungkin juga menyukai