Anda di halaman 1dari 21

NORIANA SULAIMAN...

HBML1203

DEFINISI FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Iaitu ilmu yang
mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu
mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agakagakan,ramalan,sentimen atau falsafah. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu diberada di
bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif. Linguistik Deskriptif menghuraikan
bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa itu digunakan
dalam bidang fonologi,morfologi,sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Ia hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak membuta
perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu.
Misalnya Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan,
diftong,sistem sukukata,perkataan,frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat
perbandingan antara sistem ini dengan sistem bahasa Inggeris, bahasa Perancis,bahasa Jepun
dan bahasa Cina.
DEFINISI
Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat panjang
sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan kajian bidang ini
dilahirkan sejajar dengan perkembangan displin-displin lain dalam linguistik. Oleh itu
terdapat beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang diberikan oleh tokoh-tokoh
bahasa. Di bawah ini dinyatakan beberapa definisi atau pengertian serta pendapat tentang
fonetik.
1. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana,1948:51) memberikan definisi fonetik
sebagai Ilmu yang menyelidiki penghasilan,penyampaian dan penerimaan bunyi
bahasa.
2. Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai Fonetik mengkaji
bunyi bahasa dari segi penyebutan,pendengaran atau sifatnya...Fonetik amnya ialah
pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

3. Abdul Hamid Mahmood (2007:16) merumuskan bahawa Fonetik mengkaji bunyibunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari
segi cara pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang
terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
4. The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai The study and
classification of speech sounds.
Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam bidang
fonologi. Berikut ialah pandangan tentang definisi atau pengertian tentang fonologi.
1. F.Parker (1974: 112) memberikan pengertian fonologi sebagai ....suatu bidang yang
mengkaji sesuatu bahasa,iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.
2. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61)memberikan definisi
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa
mengikut fungsinya.
3. Abdullah Hassan dalam

bukunya

,Linguistik

Am

Untuk

Guru

Bahasa

Malaysia(1993:40) menyatakan bahawa Fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang


berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.
4. Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya, Linguistik Fonetik Dan Fonologi Bahasa
Melayu(2007:17) menyimpulkan fonologi sebagai Kajian terhadap fungsi-fungsi
bunyi bahasa[1].
Kesimpulannya, berdasarkan pendapat- pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan
tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik iaitu kajian mengenai bunyibunyi bahasa. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu rentetan
bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu,
fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas
yang dimaksudkan di sini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang
ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya
diistilah sebagai fonemik.Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada:
1. Fonetik artikulasi
2. Fonetik akustik
3. Fonetik auditori.
FONETIK AKUSTIK

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada
pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula
terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental(Fo),
intensiti dan durasi.Parameter-parameter ini,iaitu frekuensi fundamental(Fo) yang diukur
dalam unit Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB) dan durasi dalam unit saat(s)
mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari sudut pendengar,ketiga-tiga parameter
ini dipersepsikan sebagai kelangsingan bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.

Kesemua

yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat dikatakan sering kali semua ini
terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter
yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma-norma maknanya
ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh bunyi em dalam bahasa
Melayu boleh menggantikan ya dalam ayat berikut :
Awak yang makan roti itu? atau
Awak yang pergi ke sana? dan sebagainya. Sebaliknya jika lafaz bunyi em yang diberikan
kepanjangan lafaz yang tertentu seperti :
emmmmm.........
Maka jawapan ya kepada soalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku. Jawapan em
tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral . Hanya si pendengar dan si penutur yang
hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Dia
sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah tertulis dalam manamana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,kekuatan dan kepanjangan lafaz
bunyi.Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi
mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku itu.
Grafik signal adalah seperti di bawah. Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang
kandungannya terdiri daripada fitur-fitur prosodi seperti kelansingan,kelantangan dan
kepanjangan. Signalakustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi
mendapatkan bacaan parameter Fo. Selain itu, melalui program ini juga dapat diperlihatkan
bentuk spektrogram dan formannya.

FONETIK ARTIKULASI

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu


bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan
bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara yang tidak
bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Manakala
organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran
bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ
artikulator aktif ialah seperti lidah,bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala artikulator
pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras.
Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara
penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi
yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan.
Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi masing-masing.
Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-bunyi yang diucapkan.
Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan bunyi manakala daerah
artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ
dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan binyibunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras
bersuara atau tak bersuara, geseran gusi dan sebagainya. Secara terperinci, kita dapat melihat
grafik saluran vokal seperti berikut :
1 Bibir atas
2 Bibir bawah
3 Gigi atas
4 Gigi bawah
5 Gusi
6 Lelangit keras
7 Lelangit lembut
8 Anak tekak
9 Hujung lidah
10 Hadapan lidah
FONETIK AUDITORI

11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Tengah lidah
Belakang lidah
Akar lidah
Epiglotis
Pita suara
Rongga tekak
Rongga Hidung
Rongga mulut
Rahang
Tenggorok

Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan
soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang beebeza. Proses
yang yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,yang melibatkan pendengar. Penutur
menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bbentuk kod-kod yang tertentu
seperti bunyi,kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak
4

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung.
Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi
tuturan seperti yang diklasifikasikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran yang
terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya
mempunyai makna emosi tertentu. Dan makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu kod
yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Lazimnya dalam
mendapatkan rujukan makna emosi ini,keabsahannya perlu dilakukan dengan menggunakan
kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Soal selidik ini perlu dilakukan ke atas
penutur bahasa yang data bunyinya sedang dianalisis bagi menjamin ketepatan dapatan ujian
tersebut.
MATLAMAT ILMU FONETIK DAN FONOLOGI
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna
bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Dengan mempunyai
ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa baku
berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan
semua daerah dan kawasan yang lain.Bahasa Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu
yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan,ejaan dan tatabahasa. Bahasa
Melayu baku kini digunakan sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa pentadbiran
dan bahasa pengantar pendidikan. Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek
sebutan merupakan satu bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah
teransang pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku
yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan memancarkan
kejituan dalam aspek tertentu.
Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah
sangat releven kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan
kosa kata dan struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan
buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk
menjadi pemangkin pengaliran ilmu di antara guru dan pelajar pelajar. Dalam bidang
pendidikan pula, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guru-guru untuk
membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang gagap semasa
bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk
5

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan
sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama
melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh, jika terapi pertuturan
dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid
akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.Ia
membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat
membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan
murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami
oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi
bahasa yang lebih bermakna.

SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran
bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa
perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya
terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari
segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bidang fonologi ialah satu bidang yang mengkaji satu
daripada aspek terpenting dalam bahasa, iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut oleh kebanyakan
orang sebagai fonetik. Sebenarnya, antara fonetik dan fonologi terdapat perbezaan. Tugas
bidang fonologi sebenarnay adalah merumus, menghurai dan menjelas dengan teliti segala
bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang
tertentu.Salah satu pecahan kecil dalam bidang fonologi ialah fonem. Ahli-ahli bahasa telah
memberikan pelbagai definisi tentang fonem. Fonem merupakan bunyi-bunyi bahasa yang
dapat membezakan erti. Dalam bahasa Melayu terdapat 33 fonem. 24 fonem merupakan
fonem asli dan sembilan fonem pinjaman. Daripada jumlah fonem asli itu, enam daripadanya
merupakan fonem vokal dan 18 fonem konsonan.
A) Bunyi-Bunyi Vokal
Pengertian Vokal
6

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada


paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Ini bererti bunyi-bunyi vokal boleh kita
dengar dengan jelas. la lebih panjang daripada bunyi konsonan. Terdapat beberapa takrif
tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar dengan sifat-sifat vokal
yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripada paruparu, Daniel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetica mengatakan:
Vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan udara dari paru-paru keluar
berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh
menimbulkan bunyi-bunyi geseran.
(Arbak Othman, 1983:54)
Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam A Course In Modern
Linguisti memberikan maksud vokal sebagai:
Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada
arus udara.
(Abrak Othman,1983:54)
Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyibunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.
Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga
mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi
konsonan. Dengan ini, peranan pita suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga kerongkong
dan rongga mulut mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan frekuensi yang tertentu.

Antara kriteria yang menentukan bunyi vokal ialah :


i.

Bahagian lidah, iaitu lidah hadapan, tengah lidah dan belakang lidah.

ii.

Ketinggian lidah dinaikkan.

iii. Kedudukan bibir sama ada bundar atau hampar.


iv. Luasnya bukaan rahang.
7

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Jenis-jenis Vokal.
Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
Vokal hadapan
Vokal tengah
Vokal belakang
Jenis vokal, lambang dan nama vokal dapat dilihat dalam rajah yang berikut:
Jenis vokal

Lambang

Vokal Hadapan

[i]

Nama vokal

[ e ] Vokal hadapan sempit Vokal hadapan

[e] [a]

separuh sempit Vokal hadapan separuh


luas Vokal hadapan luas

Vokal Tengah
Vokal Belakang

[]

Vokal tengah pendek Vokal tengah

[3]

panjang

[ u ] [ o ] [ Vokal belakang sempit Vokal belakang


]

separuh

sempit

Vokal

belakang

separuh luas
Bagi vokal [ e, 3 ] dan [ c ], tidak ada huruf yang khusus dalam system tulisan. Huruf
yang digunakan untuk melambangkan vokal ini ialah 'e' dan vokal [ ] ialah huruf 'c'.
Vokal ini hanya wujud dalam dialek-dialek daerah.
Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu boleh dilihat dalam gambar rajah bawah :

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Kedudukan vokal bahasa Melayu

6.1.3 : Vokal Hadapan Sempit [ i ]


Hadapan lidah dinaikkan tinggi tanpa memyentuh lelangit keras.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara.
Keadaan bibir hampar.
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal sempit [ i ] seperti yang terdapat dalam perkataan berikut :
di hadapan

di tengah

di belakang

ikan [ ikan ]

tipu [tipu]

topi [topi]

itik [itek]

pita [pita]

padi [padi]

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]


Hadapan lidah dinaikkan tanpa menyenyuh lelangit keras tetapi lebih rendah daripada vokal
hadapan sempit [ i ].
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru dapat menggetarkan selaput
suara.
Keadaan bibir hampar .
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh sempit [ e [ seperti dalam perkataan
berikut :
di hadapan

di tengah

ekor [ ekor ]

kekok [ kekok ]

elok [elok ]

merah [ merah ]

di belakang
kole [ kole ]

10

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Tengah Pendek [ ]


Bahagian tengah lidah dinaikkan kearah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya arus udara yang keluar dari paru paru dapat menggetarkan
selaput suara.
Bibir dibundarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek [] seperti dalam perkataan berikut::Dihadapan

ditengah

dibelakang

Empat[mpat]

pekak[pka ]

Emak[ma?]

temat[tnat]

11

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ]


Hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras,tidak menyentuh lelangit keras,tetapi lebih rendah
daripada bunyi vokal hadapan separuh sempit [ e ].
Hujung lidah tercecah ke gusi dan gigi sebelah bawah.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak ke rongga hidung
Bibir di hamparkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan separuh luas [ ] seperti yang terdapat
dalam perkataan-perkataan berikut :

di hadapan

di tengah

di belakang

enak [ na? ]

belok [b l ]

lode [ lod ]

esok [ so?]

katil [ kat l ]

tempe [ temp ]

12

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Hadapan Luas [ a ]


Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras .
Anak tekak dan lelengit lembut menutup rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara.
Bibir dihamparkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas [ a ] seperti dalam perkataan-perkataan yang
berikut :

di hadapan

di tengah

di belakang

adik [ adi? ]

mata[ mata ]

saga [ saga ]

aku [ aku ]

batik [ bate? ]

bola [ bola ]

13

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Belakang Sempit [ u ]


Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetepi
tidak mencecah lelengit lembut .
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak supaya udara dari paruparu dapat menggetarkan selaput suara
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara.
Bibir dibundarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang sempit [ u ] seperti dalam perkataan-perkataan
berikut :
Di hadapan

di tengah

di belakang

Ubat [ ubat ]

sudu [ sudu ]

pintu [pintu]

14

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Unta [ unta
[ budu ]

budu
batu [ batu ]

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]


Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke lelangit keras.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat
udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya arus udara dapat menggetarkan selaput suara.
Bibir dibundarkan.
Bunyi yang dihasilakan ialah vokal separuh sempit [ o ] seperti dalam perkataanperkataan berikut:
Di hadapan

Di tengah

Di belakang

Otot [ ot?t ]

tolak [ ola? ]

koko [ koko ]

Otak [ ota? ]

kekok [ kko? ]

pidato [ pidato ]

15

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Belakang Separuh Luas []


Belakang lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya arus udara-udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput
udara.
Bibir dibundarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang separuh luas [ ] seperti dalam perkataanperkataan berikut.
Di hadapan

Di Tengah

Di Belakang

Orang [ rang]

golok [g l k]

teko [tek

Oleh

bolot [b l t]

soto [s t ]

[ leh]

Vokal Tengah Panjang []


tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaan semasa menghasilkan vokal separuh sempit.
Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara kerongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput suara.
Bibir dibundarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah panjang [] seperti dalam perkataan-perkataan
berikut:-

16

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Dihadapan

ditengah

dibelakang

daya[daj]

usaha[usah]

Bunyi-Bunyi Konsonan.
Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara. Ketika
tnengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan,
sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan
juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan
sengau, iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu. Proses ini dinamakan sengauan.
Konsonan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
i.

Konsonan Melayu asli

ii.

Konsonan pinjaman

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli, iaitu:


Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ].
Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].
17

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ].


Konsonan letupan gusi bersuara [ d ].
Konsonan letupan lelangit lembut tidah bersuara [ k ].
Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
Hentian glotis [ ? ] .
Konsonan letupan lelangit keras gusi tidak bersuara [ 6 ].
Konsonan letupan lelangit keras bersuara [ ].
Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ].
Konsonan getaran gusi bersuara [ r ].
Konsonan geseran glotis bersuara [ h ].
Konsonan sisian gusi bersuara [ 1 ].
Konsonan sengau dua bibir bersuara [ m ].
Konsonan sengau gusi bersuara [ n ].
Konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ ] .
Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ].
Separuh vokal dua bibir bersuara [ w ].
Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ].
Terdapat 8 konsonan Melayu pinjaman:
Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara [ f ].
Kosonana geseran bibir gigi bersuara [ v ].
Konsonan geseran gigi tidak bersuara [ ].
Konsonan geseran gigi bersuara [ ]
Konsonan geseran gusi bersuara [ z ].
Konsonan geseran lelangit keras tidak bersuara [ ].
Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ].
Konsonan geseran lelangit lembut bersuara [ ] .

18

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu.

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]


1 . Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari
paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
19

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

3. Pita suara direnggangkan.


4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta merta.
6 . Bunyi yang dihasilkan ialah letupan konsonan dua bibir tidak bersuara[ p ]

Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ].


Sama seperti menghasilkan bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara, yang
berbeza ialah:
i.

Pita suara dirapatkan.

ii.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.


iii. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan konsonan dua bibir bersuara [ b }

seperti

dalam perkataan-perkataan yang berikut:


Bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]
di hadapan

di tengah

pasu [ pasu ] apit [ apit ]


Bunyi

di belakang
atap [ atap ]

konsonan

di hadapan

di tengah

letupan

dua

bibir

bersuara

[b]

di belakang
20

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

balik [ bale ? ]

sabun [ sabun ]

rebab [ rebab ]

BIBLIOGRAFI

Dewan Bahasa dan pustaka. (2005). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. Al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2005). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Arbak Othman. (2006). Permulaan Ilmu Linguistik- Satu Pengenalan Konsep dan
Bidang Kajian Secara Teoritis. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn.
Bhd.

21

Anda mungkin juga menyukai