Anda di halaman 1dari 1

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, tidak melatah ditempelak Azwan

Ali dan memilih untuk memohon maaf secara terbuka kepada Azwan Ali di laman sosial
Twitter. Azwan menempelak Nabil kerana dikatakan tidak menegurnya dan bersikap
sombong ketika mengerjakan ibadat umrah, baru-baru ini. "Saya sebenarnya tidak nampak
kelibat dia pun di Jeddah sampai ke KLIA. Jadi, bagaimana saya hendak menegur beliau
kerana saya tak nampak pun dia (Azwan)? "Tak pernah lagi saya tak menegur orang kalau
sudah nampak depan mata. Saya malas nak melayan isu ini dan kalau boleh hendak
menjauhkan diri daripada perkara negatif. "Lagipun saya baru pulang dari rumah Allah,
malaslah hendak bergaduh. Oleh itu, saya memilih untuk memohon maaf di Twitter. Saya
rasa tindakan itu paling tepat untuk dilakukan oleh saudara Islam kepada saudara Islam," kata
Nabil kepada BH Online. Azwan memuatkan kata-kata menempelak itu di laman twitternya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69090

Anda mungkin juga menyukai