Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN KAEDAH LIPATAN KERTAS DENGAN LAKARAN GAMBAR RAJAH DALAM MENGATASI KESILAPAN MURID TAHUN 4 DALAM MENYELESAIKAN

OPERASI TAMBAH 2 PECAHAN SETARA 1 SEBAGAI PENGANGKA DAN PENYEBUT YANG BERBEZA Oleh 19 20 Mohd Shafiq Bin Roslan & Sapiah Binti Yusof Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Pecahan merupakan tajuk yang sukar difahami oleh murid-murid. Ia dapat diatasi apabila konsep pecahan dapat difahami dengan jelas. Kajian tindakan ini bertujuan bagi mengatasi kesilapan murid tahun 4 dalam menyelesaikan operasi tambah 2 pecahan setara 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza menggunakan kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu. Kumpulan sasaran murid dipilih berdasarkan analisis dokumen dan perbezaan tahap pencapaian murid. Kajian ini merupakan kajian tindakan dan menggunakan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983). Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah dapat membantu murid menyelesaikan soalan pecahan. Instrumen ujian pra dan pasca serta dokumen telah digunakan dalam kajian tindakan ini bagi menguji kaedah ini. Data dianalisis secara diskriptif bagi ujian pra dan ujian pasca. Dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 87% semasa ujian pasca. Bagi menyokong dapatan data diskriptif, analisis dokumen dan pemerhatian digunakan. Dapatan menunjukkan kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah dapat mengatasi kesilapan murid tahun 4 dalam menyelesaikan soalan pecahan. Diharapkan kaedah ini dapat digunakan oleh murid-murid tahun 5 dan 6 di masa hadapan. (Kata Kunci: Pecahan, Lipatan kertas, Lakaran gambar rajah) PENGENALAN Kajian Tindakan merupakan satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. Menurut Mc Niff (1988) pula, kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan sendiri, menjadi kritis kepada amalan dan bersedia untuk mengubah amalan. Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan di atas, sebagai seorang guru kita haruslah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki amalan kerja supaya sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan menjadi lebih berkesan. Dalam meningkatkan lagi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah menemui satu masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu untuk diatasi dengan segera agar murid-murid dapat meningkatkan kemahiran mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Laporan kajian ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kaedah dan instrumen-instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji serta dapatan yang telah diperolehi. METODOLOGI Objektif Kajian Objektif kajian dalam penyelidikan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus.

19 20

Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Matematik

Muka Surat

63

Objektif Umum Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengatasi kesalahan murid tahun 4 dalam menyelesaikan operasi tambah 2 pecahan setara yang mempunyai 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza menggunakan lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah. Objektif Khusus Objektif khusus dalam kajian tindakan ini adalah seperti di bawah: i) Mendapatkan maklumat tentang tahap kemahiran murid-murid dalam menyamakan penyebut dalam menyelesaikan operasi tambah pecahan setara yang tidak sama penyebut. ii) Memperkenalkan kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah kepada murid-murid tahun 4 untuk mengatasi kesalahan mereka dalam menyelesaikan operasi tambah 2 pecahan setara yang mempunyai 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah murid-murid tahun 4 Ibnu Sina di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu. Kajian ini difokuskan kepada 5 orang murid yang bermasalah dalam menyamakan penyebut pecahan setara. Kumpulan sasaran ini berasal daripada latar belakang keluarga yang berbeza Pelaksanaan tindakan Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian pengkaji akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya pengkaji akan melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan, pengkaji akan memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka pengkaji akan memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua pengkaji akan mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan pengkaji. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya . Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan pengkaji haruslan selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan. Pengkaji telah mengadakan 3 sesi sebagai proses menjalankan tindakan bagi mengatasi kelemahan murid-murid dalam penambahan pecahan 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza. Pengkaji telah menggunakan kaedah lipatan kertas bagi memantapkan konsep penambahan tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid telah dilaksanakan seperti perincian di bawah: Aktiviti 1 Objektif pembelajaran: Pengenalan terhadap kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah dalam pecahan. Langkah-langkah:

Muka Surat

64

Murid melakarkan pecahan

bagi mengenal pasti pengangka dan penyebut pecahan tersebut pula.

dengan melakarkan satu bahagian sahaja bagi mewakili 1 sebagai pengangka daripada 2 bahagian. Selepas itu melakarkan pecahan

Aktiviti 2 Objektif pembelajaran: Kaedah mencantumkan dua pecahan di dalam satu kertas. Langkah-langkah: 1. Dengan mengambil pecahan aktiviti 1 2. Murid melakarkan pecahan terlebih dahulu dan diikuti dengan pecahan pada pecahan yang

, maka murid boleh meneruskan apa yang dilakukan pada

sama dengan syarat sekiranya pecahan pertama dilakarkan secara menegak, dan pecahan kedua dilakarkan secara melintang.

Muka Surat

65

3. Jika ada kawasan yang dilakar bertindih, murid akan melakar pada bahagian yang kosong bagi menggantikan lakaran yang bertindih tersebut dan mengira semula jumlah kawasan yang dilakar.

Aktiviti 3 Objektif pembelajaran: Menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah. DAPATAN KAJIAN Kajian ini mendapati terdapat peningkatan yang ketara bagi setiap murid terhadap keputusan ujian yang diadakan selepas kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah diperkenalkan. Berdasarkan analisis ujian pra dan pasca yang telah dijalankan, didapati peningkatan sebanyak 87% terhadap murid-murid semasa ujian pasca. Melalui analisis dokumen juga, didapati murid-murid boleh menerima kaedah lipatan kertas dengan melakar gambar rajah. Ini dapat meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara seterusnya berjaya menyakinkan murid- murid untuk menjawab soalan berkaitan pecahan setara. Selain itu, murid- murid juga didapati lebih selesa menggunakan kaedah lakaran gambar rajah berbanding menggunakan sifir semasa menyelesaikan soalan pecahan setara. Semasa ujian pra, kebanyakkan murid- murid tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan soalan tersebut Analisis ujian pra dan pasca

Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


5 4 3 2 1 0 Murid Murid Murid Murid Murid Murid 1 2 3 4 5 6 Murid Perbezaan markah pencapaian murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan rajah di atas,peningkatan markah murid dapat dilihat dengan jelas pada ujian pasca. 4 orang murid telah menjawab kelima-lima soalan dengan tepat dengan mencapai markah 100%. Hanya 2 orang murid sahaja yang gagal menjawab kesemua soalan mungkin disebabkan kecuaian semasa melakarkan gambar rajah soalan tersebut.
Soalan

Ujian Pra Ujian Pos

Muka Surat

66

Analisis dokumen. Contoh kesalahan murid menjawab dalam bentuk lazim.

Ini jelas membuktikan bahawa murid telah membawa cara penambahan dalam bentuk lazim terhadap soalan pecahan. Jika ini tidak diatasi, murid akan melakukan kesalahan yang sama pada setiap jenis soalan. Bagi kesalahan yang kedua, murid telah menambah nombor pecahan mengikut lajurnya. Sebagai contoh murid 3 telah menjawab dengan menambah nombor pecahan mengikut lajur dalam rajah 2. Contoh kesalahan murid menjawab ikut lajur.

Ini menunjukkan bahawa murid telah menambah pengangka dan penyebut pada lajur kedua sebagai pengangka dan menambah pengangka dan penyebut pada lajur pertama sebagai penyebut. Hal ini menyebabkan murid tidak tahu apa yang dilakukannya menyebabkan menambah nombor yang ada sebagai jawapan akhir. Murid juga sering melakukan kesalahan yang sama seperti menambah pecahan mengikut baris nombor pecahan tersebut. Sebagai contoh murid 5 telah menambahkan pecahan mengikut nombor pada setiap baris dalam rajah 3. Contoh kesalahan murid menjawab ikut baris

Muka Surat

67

Ini menunjukkan bahawa murid hanya menambah nombor pada baris di atas sebagai pengangka kepada jawapan akhir dan hasil tambah nombor pada baris bawah sebagai penyebut.

PERBINCANGAN Hasil daripada ujian pra dan pasca serta analisis dokumen yang dijalankan terhadap murid, penggunaan kaedah lipatan kertas dengan melakar gambar rajah mampu untuk Membantu murid- murid dalam mengatasi kesalahan murid dalam penambahan pecahan setara 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza. Menurut Principles and Standard for School Mathematics (NCTM 2000), ia menggalakkan guru dan murid menggunakan pendekatan yang pelbagai apabila menjalankan aktiviti Matematik kerana ia akan memberi satu impak kepada murid-murid tersebut. Dalam kajian ini, didapati terdapat peningkatan yang ketara bagi setiap murid terhadap keputusan ujian yang diadakan selepas kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah diperkenalkan. Berdasarkan ujian pra dan pasca yang telah dijalankan, didapati peningkatan sebanyak 60% terhadap murid 1, 100% terhadap murid 2, 100% terhadap murid 3, 80% terhadap murid 4, 80% untuk murid 5 dan 100% untuk murid 6. Ini disebabkan peningkatan yang ketara oleh murid semasa ujian pasca. Ia juga membuktikan bahawa kaedah lipatan kertas dengan melakar gambar rajah berkesan dalam mengatasi kesalahan muridmurid tahun 4 dalam menyelesaikan operasi penambahan pecahan 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza. Melalui lakaran yang ditunjukkan pada analisis dokumen dapat membuktikan lagi dengan melakar gambar rajah pecahan tersebut ia dapat meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep pecahan tersebut.

Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penambahan pecahan setara 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza dalam menyamakan pecahan yang tidak sama penyebut. Pernyataan di atas di sokong oleh hasil analisis dokumen yang telah dijalankan. Berdasarkan hasil analisis dokumen iaitu hasil jawapan murid semasa menjalankan ujian pra dan ujian pasca, terdapat perbezaan cara dalam menyamakan penyebut. Dalam ujian pra, terdapat juga murid yang tidak tahu bagaimana untuk menyamakan penyebut pecahan tersebut kerana mereka tidak memahami konsep pecahan tersebut. Contoh jawapan murid 1 soalan 2, murid menjawab dengan menggunakan bentuk lazim. Dalam ujian pasca, murid-murid sudah boleh menyamakan penyebut bagi pecahan yang tidak sama penyebut dalam menyelesaikan operasi tambah. Murid-murid melakar gambar rajah berdasarkan pecahan yang dinyatakan bagi menyamakan pecahan tersebut. Melalui lakaran gambar rajah, murid-murid yang lemah dapat mengatasi masalah dalam menyamakan penyebut pecahan tersebut. Ini membuatkan murid-murid bertambah yakin untuk menjawab soalan pecahan apabila mereka tahu bagaimana menyamakan penyebut selain dengan menggunakan kaedah darab silang. Semua murid dapat menggunakan kaedah ini dengan jayanya dalam menyamakan penyebut. Ini dapat disokong oleh (Aziz Omar, 2002) bahawa pengalaman yang dijana oleh kanak-kanak merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan Matematik dalam minda mereka. CADANGAN Berdasarkan dapatan yang telah dibincangkan, penggunaan kaedah lipatan kertas dengan melakar gambar rajah dalam mengatasi kelemahan murid-murid tahun 4 semasa menjawab soalan operasi pecahan setara 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza adalah sangat berkesan. Terdapat beberapa cadangan bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran murid-murid Kajian ini hanya memberi fokus terhadap topik pecahan setara. Dicadangkan supaya kajian ini dikembangkan kepada topik-topik lain dalam tajuk pecahan seperti penambahan pecahan dan penolakan pecahan bagi penyebut yang berlainan. Dengan ini ia akan memantapkan lagi konsep murid-murid dalam topik pecahan. Penggunaan pecahan di dalam aktiviti seharian adalah diharapkan agar ia boleh diaplikasikan apa yang dibelajar semasa di sekolah. Apabila ia digunakan, ia akan membuatkan murid-murid akan mengingati konsep pecahan tersebut. Bahan bantu pengajaran dalam kajian ini hanya menggunakan kertas A4. Dicadangkan agar kajian akan datang menggunakan bahan yang lebih efektif dan mudah untuk digunakan. Sebagai contoh penggunaan kertas lut sinar bagi membezakan 2 pecahan di dalam kaedah lipatan kertas di kalangan

Muka Surat

68

murid-murid lemah. memberangsangkan.

Jika

tidak,objektif

kajian

mungkin

tidak

membuahkan

hasil

yang

Kaedah ini harus diperkenalkan kepada murid-murid tahun 5 dan 6 kerana ia sesuai bagi memahami konsep penambahan pecahan yang melibatkan 1 sebagai pengangka dan penyebut yang berbeza. Untuk kajian seterusnya, dicadangkan untuk menggunakan jumlah sampel yang lebih besar supaya kaedah pengumpulan data dapat dipelbagaikan. Pertambahan sampel membolehkan kajian berbentuk eksperimen dapat dijalankan bagi menguji keberkesanan kaedah lipatan kertas dengan lakaran gambar rajah. SENARAI RUJUKAN Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib (2009), Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi tajuk pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar (2006). Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib, 2009. Pedagogical Content Knowledge of Mathematic Teachers on Fraction: A Case Study at Primary Schools. Malaysian Journal of Education 34 (1)(2009): page 131-153 Mok Soon Sang (1996): Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean, Rabiyah Fakir Mohd, 2005 Mathematics Textbook Year 4, Integrated Curriculum For Primary Schools, Page 29-47. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Barnett Rich, Ph.D. Elementary Algebra: Crash Course Elementary Algebra: Understanding Fractions, page 92-95 Barbara Jaworski 1994. Investigating Mathematics Teaching: A Constructivist Enquiry: Studies in Mathematics in Mathematics Educations series: 5, page 4. London, Washington DC: The Falmer Press. Frank J. Swetz & Liew Su Tim 1982. Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Malaysia. Siri Pengajaran Fajar Bakti: Pengajaran Matematik yang Baik, page 4&5. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd. Noor Shah Saad, 2002. Teori & Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri I Edisi Kedua Pelbagai Kecerdasan Dalam Matematik. Page 103-115. Petaling Jaya: Prentice Hall Grace Moone & Cornelis de Groot 2006/2007. Teaching Children Mathematics Fraction Action, Page 266-271. Definisi Kajian Tindakan. Diakses apada 8 March 2011 daripada http://www.Scribd.Com/Doc/10430809/Definisi-Kajian-Tindakank3. What are fraction. Retrieved on viewpub tid-6-pid-23.html.. 8 March 2011 from http://www.letzhop.com/module-Pagesetter-

Muka Surat

69

Anda mungkin juga menyukai