Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU TUGASAN PROJEK TAJUK PROJEK: Penyelesaian Masalah algebra

linear NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: MTE3110 Algebra Linear

SEMESTER: 5

TARIKH MULA: 13 Julai 2013

TARIKH HANTAR: 31 Ogos 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: Kerja Kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3

1. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear. 2. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan
masaalah berkaitan.

3. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear. 4. Mengenal pasti set vektor yang diberi sebagai ruang vektor atau subruang
vektor.dalam R2 atau R3

5. Menentukan sifat vektor menggunakan hasil darab skalar(dot product) 6. Menentukan sama ada set vektor yang diberi membentuk basis dan mencari dimensi
dan rank berkaitan basis tersebut. 7. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ruang vektor dalam penggunaan seharian. Objektif Kerja Kursus Di akhir projek ini, pelajar seharusnya telah dapat: 1. Menyelesaikan sistem persamaan linear secara kiraan atau dengan matriks menggunakan matriks 2. Mengaplikasikan konsep sistem persamaan linear untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. 3. Menentukan penentu dan songsangan sebarang matriks 2x2 dan 3x3. 4. Mereka cipta satu sistem laluan trafik seperti dalam kehidupan seharian dengan penyelesaiannya melalui sistem persamaan linear

Projek (Tugasan Kerja Kursus-100 % wajaran 50%)

I) Tugasan 1 (25 % markah kerja kursus, 5% refleksi)- Tugasan individu

Tugasan ini terdiri daripada 6 soalan yang melibatkan topik-topik yang merangkumi pelbagai cara menyelesaikan masalah mekanis sistem persamaan linear. Anda dikehendaki menyelesaikan tugasan ini secara individu Arahan: 1. 2. Baca nota berkaitan dengan carta menyelesaikan sistem persamaan linear. Baca setiap soalan dalam tugasan dan menyelesaikan soalan itu dalam kertas A4.

II) Tugasan 2 (25 % markah kerja kursus, 5% refleksi)- Tugasan individu

Dalam bahagian ini, anda dikehendaki untuk menyelesaikan 11 soalan yang melibatkan Matrik Algebra dan menggunakan Petua Cramer untuk menyelesaikan sistem persamaan linear . Serahkan Tugasan 1 dan Tugasan 2 sebelum tarikh tamat penyerahan laporan. III) Projek mini - Tugasan berpasangan

Bahagian kerja kursus ini diagihkan 35% markah keseluruhan kerja kursus dan melibatkan penggunaan operasi baris permulaan untuk menyelesaikan sistem persamaan linear yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Arahan:

Dalam bahagian (a) , tentukan sistem persamaan linear yang betul untuk masalah laluan trafik di beberapa simpang trafik yang diberikan.

2. Selesaikan persamaan-persamaan yang berikut bagi mendapatkan nilai-nilai pembolehubah dalam model matematik itu 3. Dalam Bahagian (b), secara berpasangan, rekacipta satu sistem laluan trafik dimana penyelesaiannya dapat ditunjukkan sebagai penyelesaian sistem persamaan linear dalam 3 atau 4 pembolehubah. Penyelesaian anda perlu melibatkan operasi baris permulaan. 4. Tugasan anda perlu dibuat dalam kertas saiz A4 dan diserahkan sebelum tarikh tamat penyerahan.

Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang diberikan: a) Nama b) Angka giliran c) Nombor Kad Pengenalan d) Kumpulan/unit e) Nama Pensyarah Kursus/ Mata pelajaran f) Tarikh Hantar:

Tugasan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

1 Persembahan yang baik dan mudah dibaca 2. Langkah-langkah pengiraan yang sistematik dan jelas. 3. Laporan yang tersusun dan berstruktur jelas. 4. Sintesis idea, maklumat dan data yang asli

Disediakan oleh

Disemak oleh

__________________ (En Mohd Afifi Bin Bahurudin Setambah)

_______________________ ( ) Pakar Bidang(SME): Jabatan Matematik

Disahkan oleh,

_________________ ( ) Ketua Jabatan: Jabtan Matematik IPGKTI

Anda mungkin juga menyukai