Anda di halaman 1dari 8

SMK TAMAN SCIENTEX

PERSIARAN SCIENTEX 2, TAMAN SCIENTEX


81700 PASIR GUDANG, JOHOR.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN


MINAT MURID DALAM PEMBELAJARAN
MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MY
CARD

AZFAZILA BT MOHAMAD PAIZ


871228-11-5108

NOVEMBER 2017

ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 ABSTRAK 1
2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 2
3 FOKUS KAJIAN 2
4 OBJEKTIF KAJIAN 3
5 KUMPULAN SASARAN 3
6 PELAKSANAAN KAJIAN 3,4,5
7 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN 5
8 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN 6
9 PENUTUP 6

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap
penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan. Seramai 29 orang murid dalam
Tingkatan 4 Sains dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini. Tinjauan
awal yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan peperiksaan akhir tahun
Tingkatan 4 Sains menunjukkan murid tidak dapat mengingati dan menguasai konsep
dan formula Matematik Tambahan dengan tepat. Masalah ini menyebabkan mereka
tidak dapat menjelaskan hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian
masalah Matematik Tambahan. Satu kaedah kad konsep dan formula serta contoh
penyelesaian mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut tajuk yang berbeza
diberikan diikuti dengan sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian
diselesaikan dalam tempoh 3 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan
keputusan menunjukkan lebih 50% murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan
prestasi semakin meningkat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.


Dalam keputusan Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 4 Sains, peratus kelulusan
Matematik tambahan ialah 20.69%. Saya merasa amat kecewa, marah, sedih serta
rasa bersalah kerana saya mengajar murid ini semenjak Tingkatan 4 lagi untuk
Matematik Tambahan. Semasa pengajaran dan pembelajaran saya telah berusaha
mengajar sebaik mungkin, menyediakan modul saya sendiri, memberi pendedahan
format peperiksaan SPM dan memberi pinjaman pelbagai buku rujukan dan modul
soalan SPM dari JPN. Saya juga telah memaksa murid membuat pembetulan semua
soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun iaitu kertas 2 dan memperbanyakkan kerja
rumah dengan harapan murid dapat membaiki kelemahan masing-masing. Namun
menghampakan saya. Daripada pemerhatian dan analisis yang dibuat kelemahan murid
ialah tidak mengingati formula, tidak memahami konsep, kurang bertanya guru serta
tidak tahu apa kehendak soalan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap
Matematik Tambahan termasuk formula, konsep dan penyelesaian soalan dengan
menggunakan kaedah kad. Tajuk yang dipilih ialah Statistik . Tajuk ini merupakan tajuk
yang amat penting dalam kertas 1 dan kertas 2. Murid perlu mengingati banyak konsep
dan formula dalam bab ini seperti min, mod, median, julat antara kuartil, sisihan piawai,
varians yang mana jawapan berbeza jika data tidak terkumpul atau data terkumpul.
Konsep dan formula yang banyak ini menyebabkan murid keliru dan sukar mengingati.
Oleh itu, kajian ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan Matematik Tambahan
dengan baik dan mereka dapat memberikan kaedah penyelesaian dengan tepat dan
betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran
Matematik Tambahan dalam Peperiksaan SPM.

3.2 Objektif khas


3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid mengingati konsep dan formula
3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan formula dan
konsep untuk menjawab soalan kertas 1 dan 2.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 29 orang pelajar tingkatan 4 Sains yang
terdiri daripada 1 orang pelajar India dan 28 orang pelajar Melayu di mana 9
daripadanya adalah pelajar lelaki dan 20 daripadanya adalah pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Analisis Tinjauan Masalah


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian
dan ujian.

Pemerhatian.
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan pelajar menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan soalan Statistik
dengan kaedah atau formula yang tepat.

Ujian.
Ujian pra yang terdiri daripada 5 soalan diberikan kepada pelajar untuk
mengesan sejauh mana keupayaan pelajar menyelesaikan soalan Statistik kertas 1 dan
kertas 2. Sebanyak 10 daripada 29 orang pelajar sahaja dapat menjawab 3,4, atau 5
soalan dengan betul.

5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

AKTIVITI 1

Guru membahagikan murid kepada 7 kumpulan. Satu kumpulan terdiri


daripada 4 atau 5 orang murid. Setiap kumpulan diberikan sub tajuk dan setiap
kumpulan dilantik ketuanya. Ketua kumpulan akan berbincang supaya ahlinya membuat
kad konsep ,kad formula berbeza dan kad contoh penyelesaian mudah.

Kumpulan 1 : Min, mod, median, julat antara kuartil bagi data tak terkumpul
Kumpulan 2 : Sisihan piawai, varians bagi data tak terkumpul
Kumpulan 3 : Min, mod, median, julat antara kuartil bagi data terkumpul
Kumpulan 4 : Sisihan piawai, varians bagi data terkumpul
Kumpulan 5 : Menyenaraikan formula-formula dalam statistik
Kumpulan 6 : Menulis formula baru jika berlaku penambahan, penolakan,
pendaraban atau pembahagian ke atas data asal bagi min,
mod, median, julat antara kuartil, sisihan piawai dan varians
Kumpulan 7 : Contoh penyelesaian mencari median bagi data terkumpul
secara formula

AKTIVITI 2

Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan dengan ahli masing-


masing untuk menulis konsep, formula dan contoh penyelesaian yang berbeza antara
satu sama lain. Agihan tajuk diberikan oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu
menulis satu kad formula, satu kad konsep dan satu kad contoh penyelesaian soalan.

AKTIVITI 3
Kertas warna disediakan kepada setiap murid untuk menulis konsep , formula
dan contoh mengikut kreativiti masing-masing supaya jelas dan menarik. Sampul plastik
berpin disediakan untuk meletakkan maklumat tersebut. Murid diberi masa 1 minggu
untuk menyiapkannya.

AKTIVITI 4

Apabila kad-kad bagi setiap kumpulan telah siap kad tersebut dipakai pada
pakaian masing-masing selama 1 minggu. Mereka akan saling mengingati matlumat-
maklumat pada kad-kad yang dipakai oleh rakan-rakan lain. Guru sentiasa mamantau
perkembangan ini.

AKTIVITI 5

Ujian Pos dilakukan yang terdiri daripada 5 soalan kertas 1 dan kertas 2.

Pemerhatian : Murid dapat mengingati konsep, formula dan mengingati kaedah


penyelesaian yang dipakai dan ia berkesan untuk menjawab soalan.

Ujian Pos : Sebanyak 18 daripada 29 orang pelajar dapat menjawab 3,4, atau 5
soalan dengan betul

6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan ada peningkatan.
Terdapat 2 orang murid mendapat markah terbaik (80 - 89). Kaedah my card banyak
membantu murid untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan formula yang
mana ini membantu murid semasa menjawab soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan
kertas 2 dalam peperiksaan SPM terutamanya dalam tajuk Statistik. Kaedah kad juga
menambahkan keakraban sesama pelajar. Saya berasa sangat gembira kerana
pencapaian pelajar telah meningkat dan P&P juga telah berjalan dengan lebih seronok
dan berkesan.

7.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN.


Oleh kerana kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan
dan pemahaman pelajar, maka saya akan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran
tajuk yang lain.

8.0 PENUTUP.

Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan guru-guru
Matematik Tambahan yang lain khususnya di sekolah saya. Semoga dengan pelbagai
pendekatan yang digunakan oleh para guru dapat memudahkan pelajar menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengnan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai