Anda di halaman 1dari 4

Dalam karangan anda, anda boleh tulis tentang: 500 pp

1. Mengapa anda patut dipilih sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize.


2. Kisah anda sebagai seorang guru, latar belakang anda, mengapa anda memilih untuk
mendedikasikan kerjaya anda untuk mengajar, dan mengapa anda percaya anda telah
memberikan sumbangan cemerlang terhadap profesion keguruan ini.
3. Pencapaian terbangga anda sebagai seorang guru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Danial Heryanto b. Zainal Abidin, Guru Cemerlang
Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman Pelabuhan Klang, Selangor.Ini
merupakan sekolah kedua saya dan kini merupakan tahun keempat saya berada di sekolah ini.
Sebagai seorang guru pelbagai peristiwa manis mahupun pahit telah saya raih bersama rakan
sekerja yang lain. Kini tibalah masanya saya menyahut cabaran daripada mantan guru besar
sekolah saya iaitu Encik Hamidi b. Shariff untuk menjadi pemenang pertandingan Malaysia
Teacher Prize pada tahun ini.
Sebagai seorang guru, sumbangan saya dalam profesien ini amat banyak dan begitu
bermakna buat diri saya.Semestinya seluruh jiwa dan raga telah saya berikan demi untuk anak
didik dan masa depan sistem pendidikan negara.Pelbagai jawatan dan juga sumbangan telah
saya berikan sepanjang karier saya sebagai seorang guru yang kini menghampiri 23 tahun
perkhidmatan. Namun apa yang menyebabkan saya tercabar untuk menjadi pemenang
Malaysia Teacher Prize kerana kejayaan serta pengorbanan yang saya lakukan demi
membawa anak murid kami meraih kejayaan di pentas dunia. Saya mahu kongsikan segala
ilmu dan kemahiran yang saya ada untuk melahirkan generasi berkemahiran dan menonjol ke
peringkat tertinggi.
Bagaimana saya membawa pembaharuan terhadap sekolah saya yang ketika itu tidak
begitu menyerlah namun berbekalkan semangat dan inisiatif, nama Sekolah Kebangsaan
Kampung Idaman kini menjadi bualan kerana kejayaan yang diraih dalam bidang
INOVASI.Walaupun anak didik kami murid sekolah rendah, tiada yang mustahil kerana kami
mampu bersaing dengan pelajar-pelajar sekolah menengah di serata dunia.Anak didik kami
mampu berhujah dan berbicara dengan orang luar dan yang paling penting keyakinan mereka
amat tinggi apabila berdepan dengan juri-juri yang berbicara dalam Bahasa Inggeris!
Sejak dari tahun 2012, saya telah bergerak secara solo dalam bidang inovasi ini.
Walaupun saya merupakan seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu namun minat saya
terhadap inovasi amat tinggi.Namun sehingga satu ketika, saya mula terfikir kejayaan yang
saya miliki dalam bidang inovasi perlu dikongsikan kepada orang lain.Saya mengambil
tanggungjawab itu untuk melahirkan inovator-inovator cilik seterusnya menaikkan nama sekolah
bersama rakan pasukan Inovasi sekolah saya. Berkat sokongan pentadbir dan PIBG, bermula
dari tahun 2019 sehinggalah sekarang, kejayaan demi kejayaan diraih sehinggalah berjaya
menjulang nama sekolah di persada dunia (sila lihat CV dan pencapaian yang diraih). Yang
paling membanggakan dan akan saya kenang sehingga akhir hayat adalah di mana ramai anak
murid kami kini berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh berbekalkan sijil
dan anugerah yang diraih serta minat dan kemahiran mereka dapat dalam bidang inovasi hasil
didikan yang kami berikan.
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh kami dalam bidang Inovasi tentunya membuatkan
saya teruja dan bersemangat untuk meneruskan legasi ini.Banyak anugerah dan pengiktirafan
yang telah kami dapat.Berita kejayaan kami juga seringkali disiarkan di dada akhbar dan satu
ketika kami juga telah dijemput oleh pihak MHI TV3 untuk memperkenalkan produk inovasi
kami.Satu pencapaian yang saya tidak pernah terfikir untuk diraih.Syukur Alhamdulillah berkat
usaha kami sebagai satu pasukan, InsyaAllah usaha ini akan diteruskan lagi selagi sumbangan
saya masih diperlukan di sekolah ini.Kisah saya seterusnya akan saya ceritakan lebih
mendalam berkenaan dengan kaedah dan teknik baharu mengajar melalui inovasi
pembelajaran yang saya ilhamkan dan akan saya kongsikan bersama.

Dalam tidak melebihi 500 perkataan, sila huraikan pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) anda dan tonjolkan antara hasil yang boleh diukur yang merupakan hasil
daripada amalan pengajaran anda tersebut.
Dalam karangan anda, anda boleh menulis tentang: 500pp

1. Pendekatan instruksional yang kreatif dan/atau inovatif yang anda percaya telah
memberikan impak kepada pendidikan anak-anak murid anda atau yang telah membantu
mereka dalam mengatasi sebarang cabaran yang mereka mungkin tempuhi.
 
Sebagai contoh, memperkenalkan penggunaan teknologi dalam bilik darjah, mereka bentuk
semula cara anda mengajar kurikulum,
bekerjasama dengan organisasi luar, penggunaan strategi yang memupuk kemahiran insani
dan keperibadian yang lebih luas dalam diri anak muda yang membantu perkembangan
mereka sebagai sumber tenaga kerja masa depan dan masyarakat, dll.
 
2. Memberikan contoh yang jelas tentang bagaimana cara pengajaran anda telah
menghasilkan keputusan yang cemerlang dari sudut keberhasilan murid.
 
Sebagai contohnya:
 Keputusan peperiksaan/pentaksiran yang menunjukkan kemajuan murid.
 Penambahbaikan dalam hasil pemeriksaan sekolah atau pengiktirafan khas yang
diberikan kepada sekolah, kelas atau murid-murid anda.
 Bilangan murid yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian
tinggi atau berjaya bergraduasi, atau penambahbaikan tingkah laku murid atau
kehadiran.
 
(Sila sertakan nombor/markah semasa menjelaskan impak yang anda telah hasilkan
terhadap murid-murid anda.)

Dalam tidak melebihi 500 patah perkataan, sila huraikan apakah yang anda lakukan melangkaui
keperluan peranan anda dalam memastikan murid-murid anda mendapat pendidikan yang anda
rasa layak untuk mereka serta usaha yang anda lakukan di dalam komuniti di luar daripada
tugas anda sebagai guru.
Sebagai contoh:

1. Melaksanakan program khas di luar waktu persekolahan, memberikan sesi tuisyen peribadi,
mendekati keluarga murid dan komuniti untuk sokongan mereka, atau memberi bimbingan
kepada murid dalam aspek lain dalam kehidupan mereka untuk membantu mereka fokus
dalam pembelajaran mereka.
 
2. Pengumpulan dana daripada komuniti, kerja-kerja sukarela, penyertaan dalam anugerah
komuniti, ceramah, seminar; keahlian dalam organisasi tempatan, sumbangan penulisan
dalam media atau bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menangani masalah tertentu
dalam komuniti.

Dalam tidak melebihi 300 patah perkataan, sila huraikan tentang sumbangan anda kepada
profesion perguruan.
Dalam karangan anda, anda boleh menulis tentang:

1. Bagaimana anda berkongsikan tentang komitmen dan semangat anda terhadap profesion
perguruan kepada komuniti pendidikan.
 
2. Bagaimana anda telah menggalakkan individu/orang ramai untuk menceburi atau terus
berjuang dalam profesion perguruan ini.
 
3. Bagaimana anda telah membantu rakan sekerja dalam mengatasi cabaran yang dialami di
sekolah.
 
Sebagai contoh, aktiviti pengajaran atau pementoran rakan guru di sekolah anda, di
sekolah-sekolah lain atau di Institut Perguruan; menyumbang kepada perdebatan awam
mengenai profesion perguruan melalui aktiviti wawancara, ceramah, penerbitan arkitel atau
blog, penyertaan dalam kempen media sosial atau persidangan yang memberi sumbangan
terhadap profesion perguruan.

Dalam tidak melebihi 200 patah perkataan, sekiranya anda memenangi Malaysia Teacher
Prize, sila huraikan perancangan anda untuk membelanjakan wang tersebut dalam jangka
masa pendek dan dalam jangka masa 5 tahun akan datang.
Wang tersebut akan menjadi milik anda untuk dibelanjakan mengikut kehendak anda. Namun
begitu, sila kongsikan sebarang projek yang anda berminat untuk jayakan dengan wang tersebut.
 
Sebagai contoh, projek yang berkaitan dengan pengajaran, sekolah atau komuniti yang dapat
menerima manfaat hasil daripada wang ganjaran ini dan pengiktirafan antarabangsa daripada
anugerah ini.

Anda mungkin juga menyukai