Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERTUBUHAN MUAFAKAT GURU

CEMERLANG SELANGOR (MGCS) & KOLOKIUM & INOVASI PENDIDIKAN


2022

Bismillah Hirrahman Nirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

Dan Salam Syawal.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini dalam

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERTUBUHAN MUAFAKAT GURU


CEMERLANG SELANGOR (MGCS) & KOLOKIUM & INOVASI PENDIDIKAN
2022
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Dalam era globalisasi pendidikan yang semakin berkembang pesat terutamanya pada

zaman milenium ini, dunia pendidikan mengalami pelbagai perubahan di mana satu

ledakan ilmu yang bukan sahaja perlu dipelajari malah perlu dikuasai. Ia menjadi satu

kemestian untuk melengkapkan diri seseorang individu agar berupaya menghadapi

keseimbangan hidup di dunia kontemporari yang semakin mencabar. Justeru itu,

dengan penganjuran program seperti ini saya percaya banyak input yang berguna akan

anda perolehi. Saya juga yakin program yang dianjurkan ini secara tidak langsung

dapat membantu memperkembangkan pemikiran kreatif dan inovatif guru dalam

menghadapi fenomena pendidikan di abad ke-21.

Guru Cemerlang khususnya memainkan peranan dari sudut perkongsian ilmu

pengetahuan dan kepakaran bidang, dari aspek profesional dan personal. Berdasarkan

dapatan kajian, antara peranan yang dimainkan oleh peserta adalah seperti

perkongsian kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan, menarik di dalam kelas,

penggunaan dan pembinaan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang pelbagai. Guru

Cemerlang juga berperanan sebagai jurulatih dan permentoran seperti penulisan kertas
kerja dan penganjuran bengkel-bengkel di sekolah. Kajian juga mendapati yang GC

turut berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan isu dalam kalangan guru

dan pentadbir dan orang rujukan bagi masalah peribadi yang dihadapi oleh guru di

sekolah mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, disarankan agar lebih banyak

sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka memainkan

peranan sebagai Guru Cemerlang di sekolah.Dengan adanya pemikiran kreatif dan

inovatif di kalangan Guru Cemerlang pasti wujudkan soalan-soalan terbuka yang

dapat mencungkil daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea baru serta

mencetuskan pemikiran bertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu

penyusunan semula pengetahuan dan proses asimilasi iaitu menggabungkan

pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada.

Hadirin hadirat sekalian,

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan

bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Fungsi dan

peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu,

jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah

sebagai agen perubahan. Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan

tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas

dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Justeru,

saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang

perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah.

Dari segi pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif guru cemerlang di dalam

pendidikan abad ke 21 adalah untuk mengkaji proses pemikiran yang lebih tinggi.

Namun konsep pemikiran yang diperkenalkan oleh beberapa tokoh memberi pelbagai
istilah pemikiran itu sendiri serta mencetus peranan yang lebih besar di kalangan

pendidik. Antaranya pemikiran di anggap sebagai cuba jaya, celik akal, mencari

makna, pembentukan konsep dan juga pembinaan maklumat. Dalam proses

pembelajaran yang memberi anak didik kita peluang bercakap, memberi pendapat dan

membuat keputusan, akan menambahkan kualiti pemikiran mereka di sekolah. Kanak-

kanak yang berinteraksi dengan orang dewasa dan menerima layanan yang positif

akan muncul sebagai pemikir yang lebih berkesan.Di situlah peranan guru untuk

mencungkil dan mendidik anak murid kita agar terus bergerak ke hadapan.

Maka bertepatan dengan program yang dianjurkan ini bagi memperlihatkan

kebolehan guru-guru kita berkarya dalam menghasilkan inovasi-inovasi yang kreatif

sudah tentu membuka ruang dan peluang bagi mereka untuk membawa perubahan

agar pembelajaran murid di sekolah lebih menyeronokkan seterusnya meningkatkan

prestasi murid-murid dalam pelajaran.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa dan bariskan urus setia

yang memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi demi menjayakan program

yang amat baik ini.Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

Akhir kata, dengan lafaz, Bismillahhir rahmannir rahim, saya dengan rasminya
merasmikan PELANCARAN PERTUBUHAN MUAFAKAT GURU CEMERLANG
SELANGOR (MGCS) & KOLOKIUM & INOVASI PENDIDIKAN 2022 pada
tahun ini.
Sekian

Wabillahittaufiq Walhidayah . Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai