Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENUTUPAN BINA INSAN GURU 2014 SEMESTER 6

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus Bina
Insan Guru dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Melalui kerja kursus ini,
saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang banyak dalam menjadi seorang
guru yang berkualiti dan berkredibiliti.
Program ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan
etika keguruan kepada semua guru pelatih. Guru pelatih dapat membina pemikiran
positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Justeru itu, fokus utama
program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sikap-sikap yang harus dimiliki oleh
seorang guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memupuk semangat keguruan
dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal pembentuk penjana negara
masa hadapan.
Saya perlu membentuk pelbagai sikap positif dalam diri untuk tampil sebagai
seorang guru yang berkaliber di sekolah kelak. Rupa-rupanya, segala aktiviti yang
dilaksanakan semasa program berlangsung mempunyai objektif tersendiri demi
memastikan perkembangan potensi guru pelatih secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia sesuai dengan apa
yang digariskan dalam matlamat pendidikan negara. Untuk melahirkan pelajar yang
berkualiti, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan sikapsikap positif terlebih dahulu.
Saya dan rakan-rakan sekelas hanya terlibat dalam pembentangan laporan temu
ramah yang telah diadakan di sekolah. Walaupun saya tidak dipilih sebagai
pembentang bagi aktiviti tersebut, saya masih dapat memupuk beberapa nilai atau
perkara positif dalam diri saya. Sebagai contohnya, saya sedar bahawa kemahiran
bercakap di khalayak ramai amat penting bagi seorang guru. Tambahan pula,
seseorang yang berucap di hadapan perlulah mempunyai keyakinan dan keberanian
yang tinggi supaya mesej dapat disampaikan kepada penonton. Sebagai seorang guru,

amat penting untuk mempunyai suara yang lantang dan jelas supaya murid-murid dapat
mendengar dan memahami isi pelajaran.
Menerusi ceramah yang telah diadakan oleh Tn.Hj.Shaiful Lizan bin Suparman
yang bertajuk Guru Inovatif telah mendedahkan telah pemikiran guru, strategi
pembelajaran, pembaharuan dan persediaan guru. Beliau telah berkongsi pengalaman
tentang teknik hipnosis yang mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan
murid-murid. Saya mengetahui beberapa aktiviti seperti kad snap, kad suku kata,
eksplorasi minda, roller coaster maths fun dan sistem mentoring pelajar kepada pelajar
yang boleh diadakan di dalam kelas.
Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang
sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu
mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis.
Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu, guru dapat
menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan budaya ilmu dalam
inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam
ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan
guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator,
penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran.
Selain itu, menerusi pameran yang diadakan, saya dapat mengetahui dan
melihat pelbagai bahan-bahan bantu mengajar yang berinovasi dan kreatif. Bahanbahan sebegitu mampu menarik minat murid sekaligus dapat menyerapkan budaya
pembelajaran yang kreatif dalam kalangan murid-murid. Guru-guru juga dapat
menambah baik strategi dan kaedah pengajaran mereka menggunakan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan yang dapat meningkatkan kemahiran kritis dan kreatif murid.

Anda mungkin juga menyukai