Anda di halaman 1dari 5

BLOG GWCP

STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI DAN AMALAN REFLEKSI


Profesional merupakan salah satu Nilai Bitara Upsi yang perlu ada dalam seseorang guru. Dalam
pendekatan itu, profesional merangkumi empat perkara di bawahnya iaitu beretika, iltizam,
kompeten dan cinta ilmu.

1. Beretika.
- Sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi sekolah.
- Menjaga maruah rakan seguru.

2. Iltizam
- Komited dalam menjalankan tugas dan berdedikasi.
- Merancang dan melaksanakan tugas dengan teliti.
- Melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh hati.

3. Kompeten
- Menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisien dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Memastikan pembelajaran bersifat kontemporari dan sesuai digunakan sepanjang zaman..
- Meningkatkan dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan
tajuk pembelajaran.

4. Cinta ilmu
- Menjalankan pennyelidikan dalam bidang tugas mereka. 
- Mempunyai rangkaian dengan rakan guru dan pakar-pakar dalam bidang yang diajar bagi
memastikan ilmu baru sentiasa ditambah dan diperbaharui.

     Profesionalisme merupakan hasil daripada stau proses pemikiran profesional dan tindakan dalam
pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai guru, mereka perlu meningkatkan profesionalisme mereka
dengan membuat pembaharuan, penyemakan semula, bagi komitmen yang baik yang bertujuan
untuk pengajaran di sekolah. Setiap guru perlu menguasai dan mengembangkan pengetahuan,
kemahiran dan kecerdasan sebagai dalam pengajaran di sekolah.

Sistem pendidikan akan berubah-ubah dari semasa ke semasa sama ada dari segi istilah-istilah baru,
kaedah pengajaran-pembelajaran terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi serta penggunaan
komputer dala pendidikan. Oleh itu, guru yang cemerlang harus pendidikannya sepanjang hayat untuk
mempelajari sesuatu untuk tingkatkan kemahiran dalam pengajaran.

Antara strategi peningkatan profesionalisme diri dan amali refleksi ialah :

1. Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam 


    Perkhidmatan
   
Semasa dalam perkhidmatan, guru-guru perlu dilatih semula untuk membangunkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi pedagogi.
Seterusnya ialah, guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan,
kemahiran dan trenda-trenda pengajaran dan pembelajaran yang baru.

2. Amalan Refleksi Dan Penulisan Refleksi Ke Arah


    Peningkatan Profesionalisme Guru     

Dapat memperkayakan diri dan merangsang amalan profesional. Ia juga bertindak sebagai forum
untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan atas konteks pengajaran. Selain itu,
penulisan refleksi ini boleh dijadikan sebagai batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa
membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran.

      Dengan penulisan ini juga memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari
tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Oleh itu, guru dapat mengubahsuai serta membaiki
proses pengajaran mereka dengan efektif.

       Antara strategi nya ialah guru boleh buat penulisan jurnal atau reflektif. Melalui penulisan ini, kita
boleh membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan, seseorang itu melihat semula
dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi . Manakala refleksi ke atas
tindakan pula, di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi
sebelum merancang tindakan susulan.

      Refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan dalaman apabila guru
dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan dapat membentuk
satu pandangan secara logik.
3. Pembentukan Portfolio Pengajaran

Portfolio merupakan dokumen yang menggambarkan proses perkembangan dan rancangan


pencapaian visi di masa akan datang. Portfolio pengajaran mengandungi koleksi bahan-bahan seperti
artifek dan penulisan reflektif yang dapat memperkukuhkan perkembangan diri guru. Selain itu, ia
juga mampu memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti
pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan portfolio secara berterusan
akan bagi peluang kepada guru untuk membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan
perjuangan sepanjang masa.
       Menurut Loughran & Corrigan, 1995 ; Sheldin, 1997, portfolio membantu guru mendokumentasi
dan menerangkan tindakan mereka bagi membuktikan pengetahuan profesional mereka dan
membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan. Selain
itu, ia memberikan galakan kepada guru untuk mengenal pasti halangan-halangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian masalah dengan mengimbas kembali
pengalaman-pengalam lepas dalam portfolio tersebut.
       Proses membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran,
keberkesanan strategi-strategi pengajarandan merangsang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk
masa akan datang.
       Portfolio pengajaran juga menjadi tempat di manna pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi
pengajaran sendiri dan dapat membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan
berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya. 

4. Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang


    Efektif 

Seseorang guru perlu meneroka idea-idea baru mengenai kaedah-kaedah mengajar dalam
pengajaran. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk dalam kalangan guru
untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara profesional.
          Dengan mempersoalkan "apa yang berlaku'', ''mengapa ianya berlaku'' dan ''bagaimana kita
hendak menyelesaikannya'' adalah diperlukan dalam proses perkembangan peribadi sesorang guru.
Selin itu, guru juga wajar menjadikan profesion keguruan yang berasakan kajian dan amalan
pengajaran melalui kajian saintifik dan bukan mendengar pendapat semata-mata.
 
5. Amalan Konsep "Belajar Seumur Hidup"        

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep ini dengan pembacaan, penulisan,
penyelidikan, pengetahuan dan pandangan terhadap terhadap bidang yang diceburi. Dengan ini dapat
menajamkan kecekapan dan keyakinan untuk menjadi seorang yang kreatif, reflektif dan berinovasi
dalam gaya pengajarannya. 
       Selain itu, guru juga mampu untuk memperbaiki diri sendiri sebagai pelajar dalam paradigma
belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan, khususnya dalam teknologi
maklumat dan komunikasi, ICT. Sebagai guru, mereka harus mengasah kemahiran mengajar melalui
ICT dan saling bertukar pendapat dengan guru yang lebih berpengalaman.
      Guru juga boleh membuat jaringan dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej
pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dengan mereka. Program
secara online ini merupkan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan bahan
pengajaran dan pembelajaran secara online.

6. Sistem Pementoran Sebagai Cara Meningkatkan


    Profesionalisme Diri    

Sistem pementoran biasanya berlaku di sekolah, di mana guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru
dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini juga,
setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi
memberinasihat dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berguru-demi-ilmu-bina-generasi-baharu-
tema-hari-guru-tahun-ini-242585

Itu adalah tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaaan kali ke-49
pada tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Isnin menjelaskan tema
itu menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina
generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap
dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

"Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai
kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan
berwibawa.

"Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini
tanpa kehadiran insan bergelar guru.

"Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang," katanya.

Pada masa sama, KPM yakin tema tahun ini dapat memberi semangat baharu kepada guru
serta murid, seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas
agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

https://www.scribd.com/doc/118214041/Latihan3

Latihan Untuk Pembangunan Staf


Staf atau kakikatangan merupakan sumber tenaga manusia yang penting dalam sesebuahorganisasi.
Staf dalam organisasi pendidikan terdiri daripada mereka yang terlibat secaralangsung atau tidak
langsung dalam dunia pendidikan iaitu guru, kakitangan pendidikan,kakitangan pentadbiran termasuk
staf sokongan serta pelajar.Dalam kajian ini, staf merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di
sekolah dan mempunyaihubungan secara langsung dengan pelajar. Sumber tenaga manusia adalah
penting
dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, tumpuan terhadap pembangunan kakitangan ataustaf
adalah penting dari segi menyediakan berbagai kursus dan latihan untuk melahirkankakitangan yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam menggerakkan
pembangunan Negara dalam berbagai bidang. Oleh itu, pembangunan staf pada umumnya boleh meruj
ukkepada peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran individu atau kakitangan sesebuahorganisasi
atau institusi melalui program-program seperti kursus dan latihan supaya dapatdigunakan untuk
membangunkan organisasi.
 
Menurut Jaafar Muhammad (1985), latihan bermaksud pendidikan yang didapati untukmemahirkan
atau memperolehi sesuatu kepandaian. Konsep latihan selari dengan konsep pembelajaran di mana
individu mendapat kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang akanmenimbulkan perubahan tingkah
laku yang kekal.Mengikut Sibson (1976), latihan dibentuk untuk memberi kemahiran yang diperlukan
olehkakitangan dalam melaksanakan tugas mereka. Hackett (1979) pula berpendapat latihan
ialahsejumlah masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepada pekerja-pekerja baru atau
lamauntuk memberitahu serba sedikit tentang polisi organisasi, peraturan kerja dan sebagainya.
Ia bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berpenge-tahuan dan mahir dalam bidangnya.Secara
formalnya, latihan ialah kursus-kursus yang dibentuk untuk melahirkan pekerja yang berkualiti.Stephan
(1978) telah mengkategorikan latihan kepada lima bahagian iaitu pendidikan pra- perkhidmatan,
latihan orientasi, latihan induksi , latihan dalam perkhid-matan dan
pendidikan berterusan. Menurut beliau lagi, latihan dalam perkhidmatan ialah proses yang dilalui oleh
mereka yang sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi.Latihan kakitangan di dalam sesebuah
organisasi bermula dengan analisis keperluan latihan.Menurut Wan Azmi Ramli (1994), berdasarkan
penemuan analisis ini sesebuah organisasiharus menyediakan latihan yang diperlukan oleh
kakitangannya. Latihan adalah perlu bagimelengkapkan kakitangan dengan kemahiran dan
pengetahuan serta sikap positif untukmeningkatkan lagi prestasi mereka dalam menghasilkan keluaran
atau perkhidmatan yang berkualiti. Ini disokong
oleh Mahadavan (1997) yang mengatakan bahawa program latihanatau pembangunan staf mesti
mengambil kira keperluan dan keutamaan guru. Ini adalahkerana keperluan bagi setiap peserta adalah
berbeza-beza. Oleh itu, jika ia tidak dirancangdengan teliti, ia boleh menimbulkan tanggapan yang
negatif di kalangan guru kerana merekamerasakan program latihan yang dihadiri tidak relevan dan
tidak dapat menyelesaikanmasalah yang mereka hadapi.

Latihan Komputer Dalam Peningkatan Profesionalisme Perguruan


Guru merupakan individu yang bertugas di organisasi sekolah dan secara khususnya bertanggungjawab
dalam mendidik para pelajar. Sementara perguruan adalah profesionalismemereka yang terlibat dengan
pendidikan di sekolah. Dalam bidang pendidikan, seorang guruyang sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan mementingkankejayaan dan kebajikan pelajarnya
dikatakan mempunyai profesionaliti yang tinggi. Dengankata lain, guru itu melihat perguruan dan
tugasnya bukan semata-mata sebagai pekerjaannyatetapi sebgai profesionnya.Profesionalisme
perguruan sering dikaitkan dengan profesionalisme atau profesionaliti
yang boleh ditafsirkan secara berbeza-beza. Menurut Hoyle (1980) profesionalisme adalah sikapdan
tindakan yang menyentuh tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan sepertihal-hal tentang
syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah dan jadual tugas
sementara profesionaliti pula merujuk kepada sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan
oleh seseorangterhadap profesionalismenya serta taraf pengetahuan dan keterampilan dalam
bidang pekerjaan itu.Latihan dapat meningkatkan professional khususnya dalam bidang perguruan. Ini
disokongoleh Hussein Haji Ahmad (1991), dalam kertas kerjanya “Keberkesanan Penyelia GuruDalam
Meningkatkan Profesionalisme Mereka” mengatakan berbagai aktiviti perlu diadakanuntuk
meningkatkan profesionalisme dalam pendidikan supaya guru dapat
memainkan peranan yang lebih berkesan dalam meninggikan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam 
bilik darjah. Namun dalam menyediakan latihan pembangunan staf era teknologi maklumat bukanlah
satu perkara yang mudah. Menurut McKenzie (1991), berbagai pengubahsuaian latihan perludilakukan
untuk agar ia dapat diamalkan. Pendekatan tradisional yang tertumpu kepadamengubah tingkah laku
guru akan menjadikan sesuatu program itu suatu pembaziran.Pelbagai pendekatan yang berbeza
diaplikasikan dan dilaksanakan bersesuaian dengankeperluan kumpulan kakitangan yang berbeza.

Jenis Latihan Komputer


Pelaksanaan “Kursus 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan” dan “Kursus PendidikanJarak Jauh
Dalam Bidang Komputer” yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dalam melaksanakan Sekolah Bestari, BahagianPendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dipertanggungjawabkan untukmelatih guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut
sejak tahun 1998. Oleh itu, Pelaksanaan“Kursus 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan” dan
“Kursus Pendidikan Jarak JauhDalam Bidang Komputer” adalah untuk melahirkan guru yang
berketrampilan bagimengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi seperti multimedia dan komunikasi
digitaldalam pengajaran dan pembelajaran serta mengurus bilik darjah yang mempunyai
kemudahanteknologi multimedia.Manakala “Kursus Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran” yangdianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daedah adalah
untukmembolehkan guru-guru dari daerah itu mempunyai peluang untuk meningkatkan
kemahiranmereka dalam bidang komputer, seterusnya mengintegrasi penggunaan teknologi
multimediadalam pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai