Anda di halaman 1dari 36

TOPIK 8:

PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
PERKEMBANGAN SEPANJANG HAYAT

Disediakan Oleh:
Najihah Binti Harun
Nor Naimah Binti Ali
Pelan Pembelajaran Peribadi
 Guru merupakan contoh dan rol model yang paling
dekat dengan murid
 Murid belajar bagaimana untuk belajar melalui
perlakuan dan tindakan guru sendiri
 Contoh pelan pembelajaran peribadi;
i] Pembelajaran di rumah
ii] Pendidikan dewasa
iii] Pendidikan berterusan
iv] Pengetahuan pekerja
v] Persekitaran pembelajaran kendiri
Pembelajaran di rumah

 Merupakan satu proses pembelajaran yang


tidak formal
 Ianya boleh berlaku melalui pengawasan
sesuatu pihak yang menyediakan kurikulum
yang telah diluluskan
 Contoh : pembelajaran melalui talian atau
online learning (OLL) yang mana membolehkan
seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu
berada di kolej atau universiti
Pendidikan dewasa

 Merupakan proses pembelajaran dalam


kalangan dewasa melalui kursus-kursus atau
program-program pengajian lanjutan sama
ada di kolej atau universiti
 Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di
tempat-tempat kerja dan kerap dirujuk
sebagai Latihan Pembangunan Staf (LPS)
untuk meningkatkan tahap kecekapan dan
kompetensi dalam kerjaya masing-masing
Pendidikan berterusan

 Menumpukan kepada usaha seseorang


menyambung pengajian di sesebuah kolej
atau universiti sama ada secara sepenuh
masa atau sambilan
 Terdapat pelbagai kaedah dalam pendidikan
berterusan, antaranya:
a. secara tradisional (dijalankan di bilik kuliah atau
makmal)
b. Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)
Pengetahuan pekerja

 Berfokuskan kepada peningkatan profesionalisme


dan latihan kerjaya
 Pengetahuan pekerja menjadi kayu pengukur
terhadap pengetahuan dan keupayaan seseorang
dalam bidang pekerjaan yang dijalankan oleh mereka
 Kemahiran menjalankan kajian mengupayakan
mereka mengenal pasti masalah dan
mengemukakan cadangan mengatasi masalah
sehingga sesebuah organisasi mampu mencapai
matlamat dan memperolehi kualiti
 Contoh; seorang guru perlu meneroka bidang
kerjaya mereka yang berkaitan dengan
pengetahuan pedagogi(pedagogical content
knowledge) , kandungan mata pelajaran (subject
content knowledge), psikologi murid dan
perkara-perkara lain yang melibatkan
pengurusan bilik darjah
Persekitaran pembelajaran kendiri
(PPK)

 Sistem pembelajaran yang memerlukan pelajar


mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri
 Pelajar perlu memahami dan menentukan
matlamat pembelajaran, menguruskan
pembelajaran sendiri dan bersedia berinteraksi
dengan pihak lain
 Pengalaman belajar secara formal dan tidak
formal merupakan gabungan yang
menyempurnakan sesuatu pembelajaran
kendiri
 Konsep pembelajaran sepanjang hayat
menerusi PPK adalah sesuatu yang baru dan
selaras dengan konsep e-learning yang
diperkenalkan
Budaya Membaca

 Mantan perdana menteri menyeru guru-guru


bagi memastikan mereka sentiasa
mengemaskini ilmu pengetahuan mereka
selaras dengan peranan mereka sebagai
pendidik di sekolah
 Guru-guru di negara maju kebanyakannya
menjadikan membaca sebagai rutin sehingga
dapat membincangkan tentang sesuatu isu
tanpa ragu-ragu
 Keupayaan mereka dalam melontarkan idea,
mengupas isu dan menganalisis sesuatu
permasalahan mencerminkan imej seorang
pendidik yang pintar, berilmu dan berwawasan
 Maka, guru di Malaysia perlu bangun dan
mengilap bakat imej guru Malaysia melalui
pembacaan bagi memastikan guru tidak
terpinggir daripada kelompok profesional yang
lain
Panduan menguruskan masa dengan baik

i. Peruntukan masa untuk membaca pada


setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit pada
satu-satu masa terluang
ii. Pastikan membawa buku ke mana-mana
sahaja anda pergi
iii. Kurangkan aktiviti lain yang sia-sia dan isikan
dengan aktiviti berfaedah seperti membaca
iv. Dapatkan satu ruang yang sunyi dan tidak
diganggu ketika membaca
v. Sediakan senarai bahan bacaan yang telah
anda kenal pasti dan buat catatan untuk
mendapatkannya
vi. Kunjungi pameran buku dan kedai buku
untuk memupuk minat membaca
vii. Tentukan matlamat anda dalam
pembacaan bagi memastikan semangan
anda kental dalam amalan membaca
Budaya Menyelidik
 Satu usaha ke arah menggalakkan para pendidik
mengamalkan budaya ilmu melalui aktiviti penyelidikan.
 Apabila amalan ini dapat dilaksanakan, maka para pendidik
dapat menjadikan penyelidikan sebagai satu cara bagi
tujuan mempertingkatkan profesionalisme mereka.
 Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman, melalui punca-
punca yang berwibawa dengan penakulan induktif dan
deduktif, melalui intuitif, melalui pendekatan saintifik dan
wahyu.
 Sebagai manusia biasa kita boleh memperolehi ilmu yang
bersifat sahih melalui penyelidikan.
 Secara umum dapatan kajian berkaitan dengan
pengajaran guru dapat;

• Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi


pendidikan.
• Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Meningkatkan tahap profesionalisme guru.
• Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah
berhubung dengan amalan pengajaran
pembelajaran
• Memberi peluang utk mengukuhkan asas
pengetahuan profesyen perguruan.
• Menyelesaikan masalah-masalah professional
tanpa arahan luar.
• Memperkembangkan kemahiran professional
guru khususnya mengenal pasti teknik atau
kaedah pembelajaran yang berkesan.
• Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-
amalan rutin
• Meningkatkan amalan-amalan professional.
Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership)
dalam memperkenalkan amalan-amalan yang
berkesan.
• Diberikan kuasa untuk membuat keputusan
(empowerment)
• Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui
refleksi kendiri dan usaha sendiri
Budaya Berfikir/ Reflektif
 Refleksi merujuk kepada gambar atau
bayangan dalam cermin, pembalikan,
renungan, kenangan atau pernyataan fikiran
dalam bentuk tulisan atau percakapan.
 John Dewey (1933) - Cara khas penyelesaian
masalah. Proses cognitive aktif dan sedar
untuk menyelesaikan masalah praktik.
 Refleksi merupakan usaha penuh sedar
seseorang individu memaknakan
pengalamannya ke arah membantu
meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan,
sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang
melibatkan proses merenung, menganalisis,
membuat justifikasi serta mengemukakan
cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.
 Shulman (1987) - Dalam konteks perguruan,
kebolehan membuat transformasi dan
refleksi membolehkan guru sentiasa
mempelajari dan memahami sesuatu yang
baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.
Kepentingan amalan reflektif dalam bidang keguruan

 Untuk mengimbangi antara pengalaman


mereka sendiri dengan kejayaan golongan
yang terdahulu
 Amalan reflektif turut termasuk dalam
penyelidikan tindakan
 Pensyarah boleh membimbing dan melatih
dalam pelaksanaan pengurusan p&p dengan
berkesan
 Amalan reflektif juga merupakan pembelajaran
kendiri (self-learning) dalam kalangan guru
dalam perkhidmatan
 Amalan reflektif turut dilakukan ke atas sikap
guru dan kesannya ke atas amalan seharian
Jenis amalan reflektif

Amalan
Amalan untuk
Amalan semasa
ke atastindakan
tindakan
tindakan
Amalan semasa tindakan

 Amalan Reflektif Semerta berlaku semasa


kita sedang bertindak
 Ianya berlaku dalam situasi di mana tindakan
kita mendatangkan kesan yang tidak
dijangka dan bukan sebahagian daripada apa
yang kita rancang
 Ia turut mempunyai fungsi yang kritikal
dalam mempengaruhi cara kita menilai,
berfikir dan menstruktur semula strategi
Amalan reflektif ke atas
tindakan
 Satu bentuk reflektif yang dilakukan setelah
sesuatu tindakan diambil dan boleh berlaku
secara lisan dan bukan lisan
 Ianya bersifat retrospektif dan ianya mungkin
dapat membantu seseorang guru untuk cepat
sedar terhadap peristiwa yang berlaku di
dalam bilik darjah
Amalan reflektif untuk
tindakan
 Ianya berlaku selepas sesuatu tindakan diambil
dan membantu guru memperoleh cara baharu
dalam melaksanakan sesuatu kerja,
mempelajari pengetahuan baharu dan
membina teori
 Merupakan satu tindakan sistematik dan yang
disengajakan untuk menganalisis, membina
dan membentuk semual p&p supaya dapat
menerokai rancangan baru untuk kegunaan
seterusnya
Jenis Penulisan Reflektif (Hatton & Smith,1995)

 Penulisan Deskriptif
Penulisan yang menerangkan keadaan atau
peristiwa dengan hanya menulis tarikh, tempat
tanpa sebarang penerangan mengenai sebab,
aktibat dan kaitan peristiwa serta kesannya
terhadap sikap dan kepercayaan diri penulis
Tidak bersifat reflektif.
Hanya laporan peristiwa tanpa memberi sebab,
akibat dan kesan.
Tidak ada alasan atau justifikasi.
 Refleksi Dialog
- Terdapat kata-kata bisikan hati, seakan
berbincang sendiri (monolog). Membantu
penerokaan lebih luas (di luar dirinya) .
Membawa kesedaran diri dan pengetahuan
baru.
- Bersifat lebih terbuka.
 Refleksi Kritikal
- Mengaitkan peristiwa / pengalaman bilik darjah dengan
perkara di luar bilik rutin bilik darjah seperti falsafah
diri, isu-isu masyarakat dan moral.
- Penulis memberi makna terhadap peristiwa yang telah
berlaku kepada dirinya dan peranannya sebagai insan
guru.
- Penulisan jenis ini perlu dilatih kerana ia boleh menjadi
alat yang berkesan dalam pendidikan guru untuk
menjadikan guru permulaan lebih terbuka kepada
nilai-nilai masyarakat tempat ia bertugas.
Penulisan Jurnal Reflektif
Bey(1987) mencadangkan soalan-soalan berikut bagi memupuk Pemikiran Reflektif
dan Metakognitif).

• What am I doing? (Apa yang saya lakukan?)

• Why am I doing it? (Mengapa saya lakukannya?)

 What do I feel? (Apa yang saya rasa?)

 What did I learn? (Apa yang saya pelajari?)

 What other way can I do it? (Apakah ada cara lain boleh saya lakukan?

 What will I do? (Apa yang akan saya lakukan) (Format ini sesuai untuk dijadikan
catatan jurnal refleksi selepas setiap P&P)
CARA PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Tarikh:
Tempat:
Masa:
Aspek:

A. Catatan peristiwa atau kejadian atau masalah


B. Perasaan atau pandangan tentang catatan
C. Analisis terhadap sebab berlaku peristiwa
D. Cadangan tindakan untuk mengatasi
E. Tempoh masa penyelesaian
F. Cara memenuhi kejayaan
PENGURUSAN PORTFOLIO

1.Portfolio atau profil profesional merupakan satu


koleksi dokumen yg memberi gambaran ttg seorang
profesional dari segi pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian.

2.Portfolio merupakan satu bentuk sejarah pencapaian


pelajar yg didokumentasi dan diperkukuhkan dgn
bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui
penulisan reflektif. Portfolio bukan sekadar rekod
perkhidmatan (Shulman,1992).
Ciri-ciri Portfolio

 Hasil akhir-pelajar terlibat dengan refleksi kendiri.


 Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar.
 Portfolio berbeza dengan folder.
 Aktiviti pelajar dari sudut rasional, matlamat, pengalaman,
hala tuju dan harapan.
 Matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Mesti dikemas
kini setiap masa.
 Boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa tetapi
tidak bercanggah.
 Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya
kemajuan dan perkembangan dalam sesuatu perkara.
Jenis Portfolio

1. Portfolio Kerja –
- Koleksi hasil kerja harian pelajar sendiri.
- Catatan, lakaran, draf awal, hasil akhir yg tlh
dibuat pelajar.
- Milik pelajar sendiri.
-Penilaian formatif dan bersifat diagnostik.
2. Portfolio Dokumentari –

- Koleksihasilkerjakhususuntukpenilaian.
- Bukti-bukti proses yang dijalankan bagi
menghasilkan sesuatu tugas/perkara.
- Bahan yang menggambarkan pencapaian
pelajar.
3. Portfolio Hasil

 Koleksi dipilih khas-menggambarkan hasil


terbaik pelajar.
 Mengandungi hasil akhir sahaja.
 Menggambarkan pencapaian objektif
pembelajaran sesuatu matapelajaran/perkara.
 Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar.
 Penilaian sumatif untuk menentukan sijil, gred,
penempatandll.

Anda mungkin juga menyukai