Anda di halaman 1dari 38

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENTAKSIRAN 1
KULIAH 2 :
PENGAJARAN

Pensyarah Kursus;
Dr. Che Ghani Haji Che Kob
Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UPSI
Tel: 05-4806134 / 019-3876048
Email: cheghani@fptv.upsi.edu.my
Definisi Pengajaran
Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus
ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa
perubahan tingkah laku di kalangan mereka.
Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru
untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau
pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana yang
dinamakan bilik darjah.
Mengikut Koh Boh Boon (1985), pengajaran adalah satu proses
yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk
kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh, motivasi,
persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu.
Definisi Pengajaran
(Concise Oxford English Dictionary)

• Untuk memberikan maklumat secara sistematik kepada


seseorang, atau mengenai sesatu subjek atau kemahiran
• Untuk mempraktik secara profesional
• Untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan
arahan dan latihan
• Untuk mempertahan dan mengamalkan sesuatu prinsip
moral
• Untuk berkomunikasi, mengajar pada prinsip moral
• Untuk mendorong seseorang melalui teladan atau
hukuman untuk melakukan atau tidak.
• Untuk membuat seseorang segan untuk melakukan perkara
yang
Istilah lain membawa maksud
pengajaran…
• Mendidik.. • …..
• Membimbing.. • …..
• Menghurai.. • ……
• Menerangkan..
• Menunjukkan…
• Memberitahu..
• Mencerita…
• Mengarah…
• Mengurus…
• Melatih….
Definisi Pendidikan :
datang daripada perkataan didik,
bermaksud:
• Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu
jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi
menghubungkan murid-murid melalui pemahaman
yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan
itu dikawal baik oleh kaedah tertentu.
Definisi Pendidikan :
datang daripada perkataan didik,
bermaksud:
• Untuk membawa...
• Untuk mengarahkan...
• Untuk memimpin...
• Melatih atau membangunkan pengetahuan,
kemahiran, minda atau watak, terutama oleh
pendidikan formal...
• Untuk mengajar...
• Untuk membentuk dan membangunkan...
Perbezaan antara
Pengajaran dan Pendidikan
• Pengajaran
• Sebahagian dari pendidikan
• Fokus kepada menyampaikan pengetahuan untuk
sesuatu mata pelajaran atau kemahiran.
• Pendidikan
• Pembangunan menyeluruh seseorang
• Melibatkan pemindahan pengetahuan dalam sesuatu
bidang atau kemahiran.
• Memberi perhatian terhadap moral, spiritual dan
pembangunan fizikal seseorang individu.
Adakah mengajar itu
satu cabang sains atau
cabang seni???
Pengajaran : Sains
• Pengajaran melibatkan “perancangan”
• Ciri-ciri perancangan = ciri-ciri sains; seperti
berikut:
• Sistematik, objektif dan Systematic dan objective
• Maklumat dibentang secara tersusun
• Merujuk kepada Davies (1981), cabang sains
dalam pengajaran penting kerana:
• Menerangkan apa yang mesti dilakukan
• Menitik beratkan tentang bagaimana pengajaran dilaksanakan.
Pengajaran : Sains
• Melibatkan elemen berikut:
• Menyaring perkara penting daripada bahan-bahan
yang tidak penting;
• Membuat perkara yang sukar menjadi mudah; dan
• Membuat perkara yang kompleks menjadi mudah
difahami
• Fahaman tentang SAINS penting untuk
menjadi seorang guru – Kenapa?
“Untuk menjadi guru anda perlu mengetahui teknik-
teknik asas dalam pengajaran atau pengetahuan yang
membolehkan anda untuk melakukan kerja”
Pengajaran : Seni
• Guru beraksi/membuat persembahan sambil
menyampaikan pengetahuan
• Pelajar mahu satu pengalaman yang seronok dan
mahu belajar sesuatu yang berfaedah.
• Kesenian dalam pengajaran - tidak boleh diajar.
Bagaimana untuk mengambil alih?
– Diperolehi melalui pengalaman
– Belajar dari pengalaman itu
Guru : Cekap dan Berkesan
• Mematuhi semua prosedur dan langkah
yang perlu diambil
• Memenuhi sebelah sains pengajaran
• Melakukan apa yang difikir betul
• Menitik beratkan bagaimana pengajaran
dilakukan
• Memilih cara yang terbaik melakukan
pengajaran
Guru : Cekap dan Berkesan
• Sentiasa mengukur pengajaran yang telah
dilakukan untuk memastikan pelajar belajar
• Melakukan dengan pendekatan, kaedah,
teknik dan strategi yang betul
• Menitik beratkan kenapa pengajaran itu
dilakukan dan adakah objektifnya berjaya
dicapai
Guru : Cekap dan Berkesan
• Empat kemahiran utama guru yang cekap dan
berkesan (Davies, 1981)
– Sensitif - ertinya menjadi peka terhadap keperluan
pembelajaran dan keperluan orang yang terlibat dalam
pembelajaran.
– Diagnostik - cara dapat menentukan apa yang diperlukan ,
dan apa yang perlu dilakukan
– Pakar - bermakna memilih kaedah pengajaran -
pembelajaran yang betul,
– Fleksibel - fleksibel untuk melaksanakan pengajaran
dalam situasi yang memerlukan perubahan dan berbeza-
beza mengikut rancangan
Pengajaran Yang Baik
• Memerlukan kedua-dua cekap dan berkesan
• Kriteria :
– Bergantung kepada keperluan situasi
– Bergantung kepada keperluan guru
• HASIL PEMBELAJARAN apabila pelajar-
pelajar:
– Memahami subjek yang mereka pelajari
– Boleh aplikasikan apa yang dipelajari dalam
siatuasi baru kehidupan seharian
– Mempunyai keinginan untuk pembelajaran
seterusnya
Peranan Guru
Dua peranan UTAMA guru:
– Peranan mengurus– sebagai pengurus ,
guru bertanggungjawab untuk keadaan di
mana pembelajaran boleh berlaku. Mereka
perlu berusaha untuk mewujudkan keadaan
yang terbaik untuk pembelajaran. Ini adalah
peranan sosial pengajaran.
– Peranan mengajar– tugas yang
berorientasikan pengajaran dimana guru perlu
menyampaikan pengetahuan yang berimpak
dalam pelbagai ilmu.
Peranan Guru
Kawal dan Kaedah
Disiplin pengajaran

TUGAS Sumber dan TUGAS


MENGURUS Motivasi Bahan MENGAJAR
pengajaran

Menyusun
Kumpulan Pengurusan
pelajar pengetahuan
KENAPA MENGAJAR….?
• Keinginan untuk bekerja dengan kanak-
kanak atau golongan yang lebih muda
• Suka kepada pengajaran
• Pengaruh guru
• Keinginan memberi perkhidmatan
• Keuntungan fizikal
Tanggungjawab Sebagai Guru

• Tanggungjawab kepada pelajar


• Tanggungjawab kepada ibu bapa
• Tanggungjawab kepada masyarakat dan
bangsa
• Tanggungjawab kepada
sekolah/kolej/universiti dan profesion
perguruan
Mari kita mendalami
apakah yang dikatakan
mengajar…..
Konsep Pengajaran
• Roberl Glaser (1968) - pengajaran adalah satu proses
yang melibatkan empat elemen utama, iaitu :
a. objektif pengajaran,
b. pengetahuan sedia ada,
c. kaedah mengajar
d. penilaian pencapaian.

– Semua elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama


lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
– Pengajaran menurut beliau adalah hasil daripada interaksi
antara guru, murid, isi pelajaran, objektif pengajaran dan
persekitaran.
Konsep Pengajaran
– Sebenarnya, terdapat banyak tafsiran tentang
istilah pengajaran.
- Secara keseluruhannya, pengajaran dalam
konteks masa ini boleh ditafsirkan sebagai:
a. satu proses,
b. bidang komunikasi ,
c. bidang sains
d. bidang seni.
a. Konsep Pengajaran sebagai satu proses
 Pengajaran melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran yang membolehkan murid-murid
mempelajari dan menguasainya secara berkesan.
 Mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan
murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan
baru.
 Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat
dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur yang
sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan.
 Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan,
pelaksanaan dan penilaian.
b. Konsep PengajaranSebagai satu bidang komunikasi

• Pengajaran harus melibatkan aktiviti-aktiviti


perhubungan dan interaksi antara guru dan murid
dan antara sesama murid.
• Dalam pendidikan formal, pengajaran hanya dapat
berlaku apabila wujudnya interaksi seperti ini
secara berterusan dalam bilik darjah. la bertujuan
untuk menyebarkan pengetahuan, sikap, dan
kemahiran-kemahiran yang lain bagi mendapatkan
gerak balas yang dikehendaki.
Konsep Pengajaran

Pengirim Mesej Saluran Penerima


• Guru • Isi • Peralatan n
• Murid Pelajaran • Murid
• Guru

Rajah: Proses Komunikasi Pembelajaran


c. Konsep Pengajaran Sebagai satu sains

• Pengajaran adalah satu siri aktiviti yang berbentuk


saintifik, kerana pengajaran sentiasa melibatkan aspek-
aspek pedagogi dan psikologi yang telah dikaji, diselidik
serta diuji oleh ahli dan pakar pendidik.
• Semua perancangan, pengelolaan, penyampaian dan
penilaian dalam satu proses pengajaran dikendalikan
secara sistematik berdasarkan teori-teori dan prinsip,
kaedah serta teknik mengajar yang telah disarankan oleh
pakar-pakar ini.
• Aspek psikologi pembelajaran yang melibatkan
perkembangan murid dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani juga ditekankan secara seiringan.
d. Konsep Pengajaran sebagai satu seni
• Pengajaran biasanya melibatkan elemen-elemen seperti
emosi, nilai dan tingkah laku manusia.
• Pengajaran dan pembelajaran hanya akan lebih bermakna
apabila unsur-unsur ini ditekankan kepada murid-murid.
• Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran,
mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani
yang tersendiri.
• Kepakaran guru mengeksploitasi pengetahuan dan
pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik
dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengan keperluan
murid, merupakan satu seni yang paling berharga kepada
guru-guru tersebut.
d. Konsep Pengajaran sebagai satu seni
• Melalui bakat dan seni mengajar yang tersendiri, guru-
guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran
yang sempurna.
• Kebolehan menggunakan kreativili sendiri seperti ini
perlu dilatih dan seterusnya dikuasai untuk membolehkan
terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.
PROSES PENGAJARAN
 Proses pengajaran adalah satu pergerakan lakuan mengajar
yang dilakukan oleh guru-guru di dalam bilik darjah.
 Dalam satu pengertian yang lebih luas, proses pengajaran
biasanya melibatkan beberapa aktiviti penting, umpamanya
aktiviti perancangan, aktiviti perlaksanaan, aktiviti menilai
dan aktiviti mendapatkan maklum balas.
 Dalajn bidang pengajaran dan pembelajaran, beberapa
model pengajaran telah diperkenalkan oleh beberapa orang
tokoh pendidik yang pakar dalam bidang ini.
 Model-model pengajaran yang telah terbukti
keberkesanannya :
i. Model Pengajaran Robert Glaser
ii. Model Pengajaran Sim.
Model Pengajaran Robert Glaser
Robert Glaser (1962) telah memperkenalkan model
pengajarannya dengan membahagikan pengajaran kepada empat
komponen penting iaitu:

Proses pengajaran berdasarkan Model Robert Glaser


Model Pengajaran Robert Glaser

Objektif Pengajaran
 Proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran. Objektif
pengajaran adalah perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat
oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari.
 Objektif pengajaran merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan
prosesnya. Ia juga merujuk kepada perubahan tingkah laku, perolehan dan
penguasan ilmu pengetahuan, nilai serta kemahiran.
 Objektif adalah aspek utama yang ditekankan oleh model ini. Sama ada objektif
am atau objektif tingkah laku, kedua-duanya hendaklah dinyatakan dengan jelas,
padat dan mengikut tatacara menuliskan objektif yang sebenar.
 Bidang (domain) yang hendak diperkembangkan dalam diri murid-murid harus
dikenali, iaitu sama ada bidang kognitif (mental), afektif atau psikomotor.
 Objektif yang ditentukan haruslah sepadan dengan kebolehan dan kemampuan
murid-murid dan bukannya bersesuaian dengan kebolehan guru.
 Objektif tersebut hendaklah sesuai iaitu tidak terlalu mudah atau terlalu sukar
sehingga pelajar tidak dapat memainkan peranan mereka dalam proses
pembelajaran.
 Aspek masa dan persekitaran juga harus diambil kira apabila memikirkan tentang
objektif.
Model Pengajaran Robert Glaser

Pengetahuan Sedia Ada


 Robert Glaser menerangkan bahawa pengetahuan sedia
ada adalah pintu bagi tingkah laku kemasukan dalam
proses pengajaran.
 Guru menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk
merancang dengan baik kandungan dan strategi
pengajaran dan pembelajaran.
 Pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan
intelek, aras motivasi dan penentu-penentu sosial serta
budaya murid-murid. Dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran, guru harus memandang berat komponen
ini, untuk membolehkan mereka menghasilkan satu
bentuk pengajaran yang berkesan.
Model Pengajaran Robert Glaser

Kaedah Mengajar
 Komponen ini menekankan strategi tertentu yang
melibatkan satu siri aktiviti secara sistematik dan efektif.
 Semua ini biasanya berlandaskan prinsip dan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran tertentu.
Model Pengajaran Robert Glaser

Penilaian
 Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada murid-
murid telah dapat mencapai objektif yang telah
ditentukan oleh guru atau tidak.
 Penilain dilakukan melalui proses bersoal jawab,
pemerhatian, ujian formal atau tidak formal dan
sebagainya.
 Hasil penilaian ini akan menyediakan maklumat penting
untuk membolehkan guru mengesan kelemahan dan
kekuatan pengajaran mereka. Ini seterusnya
membolehkan mereka merancang dan memperbaiki
strategi mereka untuk pengajaran yang lebih berkesan.
Model Pengajaran Sim.
Sim beranggapan bahawa proses pengajaran melibatkan
interaksi lima komponen penting :

 Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, proses berinteraksi boleh


berlaku antara guru dan murid dengan satu, dua, atau tiga komponen
yang lain. Semasa berlakunya interaksi, salah satu komponen akan
menjadi fokus utama.
 Interaksi kepada objektif
 Interkasi kepada persekitaran
 Interkasi kepada isi kandungan
Model Pengajaran Sim
Interaksi Objektif

1. Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru harus


berlandaskan kebolehan, keupayaan mental dan fizikal murid-
murid.
2. Objektif yang dicadangkan oleh guru harus dapat memaparkan
perubahan tingkah laku murid-murid.
3. Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru harus dalam
bentuk eksplisit. Ini membolehkan perubahan tingkah laku
murid-murid dilihat dengan jelas selepas proses pengajaran
dan pembelajaran berakhir.
Model Pengajaran Sim
Interaksi Isi Pelajaran

 Isi pelajaran adalah segala ilmu pengetahuan, saranan, mesej,


peralatan, media dan cara-cara yang digunakan.
 Perkara-perkara yang menjadi perhatian dalam interaksi ini
termasuklah:
• Isi pelajaran yang ditentukan oleh guru harus sesuai dan bertepatan dengan
minat, keupayaan dan kebolehan murid-murid.
• Isi pelajaran yang ditentukan dan diperingkatkan oleh guru hendaklah
mempunyai urutan yang baik dan sistematik. Ini penting untuk membolehkan
isi pelajaran dapat diikuti oleh murid-murid dengan mudah.
• Isi pelajaran yang dirancangkan dan disampaikan oleh guru hendaklah
mengikut strategi dan kaedah-kaedah tertentu untuk membolehkan murid-
murid memperolehinya secara berkesan.
Model Pengajaran Sim
Interaksi Persekitaran

 Sim mendefinisikan persekitaran sebagai satu keadaan atau


organisasi, yang melibatkan segala aspek budaya,
sosioekonomi, lokasi, masa dan sebagainya yang terlibat dalam
sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran.
 Dalam interaksi ini, perkara-perkara yang ditekankan
termasuklah:
• Kemudahan di tempat belajar haruslah dapat memenuhi keperluan dan
memperkayakan pengajaran.
• Kemudahan bahan-bahan sokongan hendaklah berfungsi dan sesuai.
• Keadaan tempat belajar yang dikelolakan oleh guru haruslah sesuai dengan
perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani serta sosial murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai