Anda di halaman 1dari 14

PENDIDIKAN

INTEGRASI
DEFINISI
• 1. Kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian dari bagai sudut, antaranya
sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.
• 2. Psikologi : sentiasa berkait rapat dengan personaliti total iaitu individu itu adalah insan total dan segala
unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial
sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.
• 3. Sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna:
• Sudut perhubungan di antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang
pelajar, dan di antara pelajar dengan guru.
• Perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan di antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat
dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan di antara pelbagai institusi masyarakat itu 11
• 4. Pedagogi : integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan
kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam
pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar
KONSEP INTEGRASI
• Dalam KSSR ianya lebih dikenali sebagai kesepaduan.
• Konsep bersepadu dalam KSSR-
• Penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, Bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
dilakukan secara berintegrasi dan menyeluruh
• Sebabnya-Tujuan KSSR dalam Pendidikan-pembangunan individu insan
seimbang dari segi JERIS
PENEGASAN TERHADAP KONSEP
INTEGRASI
• Oleh itu, beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses
PDP yang mengandungi aspek berikut:
• A)Penghubungjalinan
• B)Penyerapan
• C)Penerapan
• D)Pemulihan
PENGHUBUNGJALINAN
Sebagai proses menginntegrasikan pelbagai bidang kemahiran nagi
mewujudkan suatu pelajaran yang integrative dan menyeluruh
Berbagai kemahiran dapat disampaikan secara harmoni sama ada dalam satu
atau banyak mata pelajaran
Strategi yang berkesan menjadikan pdp lebih menarik dan bermakna
Jadi pelajar boleh menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan
cara bersepadu
JENIS –JENIS PENGHUBUNGJALINAN
• Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
• Penghubungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam
sesuatu mata pelajaran lain
• Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
PENYERAPAN
• Suatu proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isis pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar
• Proses ini lebih kepada unsur pengetahuan
• Yang bermakna penyerapan merupaka proses integrase unsur-unsur isi
kandungan daripada dua tau lebih mata pelajaran
• Contoh, guru BM mengambil artikel sains ke dalam pdp
PENERAPAN
• Konsep ini membawa maksud penerapan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan
GERKO
• Nilai –nilai tersebut
• Nilai murni
• Nilai kewarganegaraan
• Nilai kemasyarakatan
• Niai alam sekitar
• Nilai kemanusiaan
• Nilai ketuhanan
Penerapan ada dua pendekatan
• 1) Pendekatan implisit
• Guru menerapkan secara tidak langsung dalam pdp
• Contoh, guru vakap benar, menunjukkan ketrampilan
• Datang awal ke kelas
• Memuji pelajar

-semua akan diperhatikan oleh pelajar dan menjadi ikutan oleh mereka
2) Pendekatan Eksplisit
• Penerapan nilai secara terang melalui peraturan, arahan , pekeliling
tentang perkara yang diharapkan dan tidak diharapkan
• Program khusus seperti sambutan hari guru, hari kemerdekaan, kempen
kebersihan, kempen anti rokok dan sebagainya
• Program ini bertujuan untuk memupuk nilai
• Contoh lain-guru Pendidikan Islam mengajar topik dalam buku teks
tentang nilai.(ini juga dianggap eksplisit)
• Penerapan eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan cara
pelaksanaan dan penilaiannya jelas
PEMULIHAN
• Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu
khususnya dalam kemahiran asas 3M
• Beberapa perkara perlu diambil kira termasuk
• (i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan;
• (ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan
mengikut keperluan kognisi murid;
• (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan
bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan
menguasai hasil pembelajaran
• (iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian,
lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan
konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.
PENGAYAAN
• Pengayaan : pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana
• Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid
dengan aktiviti pengayaan.
• Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri
80% dalam praujian
JENIS-JENIS PENGGAYAAN
• 1)Penggayaan berbentuk pengukuhan
Menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru
• 2)Penggayaan berbentuk perkembangan
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti ini boleh
meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam.
Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri

Anda mungkin juga menyukai