Anda di halaman 1dari 57

BIODATA

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


Perkembangan Kanak-kanak saya, Puan Fauziah Binti Hashim kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih
PENDAHULUAN

Kami telah diberi dua tugasan secara individu dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan
pertama terdapat dua perkara yang perlu kami lakukan. Pertama, kami dikendaki untuk
merekod maklumat dua orang murid yang kami pilih. Kami dikehendaki untuk mengumpul
dan merekodkan maklumat tentang latar belakang pencapaian akademik serta tingkah laku
mereka dan persekitaran kelas dan sekolah tersebut.

Kedua, berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi , kami dikehendaki untuk
menulis satu esei membincangkan hasil analisis perkembangan kanak-kanak serta faktor-
faktor yang mempengaruhi perkembangan mereka. Kami juga dikehendaki untuk
mencadangkan bagaimana komuniti sekolah tersebut boleh membantu mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak ini ke tahap optimum.

Dalam tugasan yang kedua juga terdapat dua perkara yang perlu kami lakukan.
Pertama, kami perlu menyediakan satu peta pemikiran yang menjelaskan kategori, ciri-ciri
serta tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas .

Kedua, kami juga dikehendaki untuk menulis esei dengan merujuk kanak-kanak
dalam video yang dipaparkan dan kami perlu mencadangkan bagaimana kami boleh
membantu dalam mencapai perkembangan yang optimum dari aspek kognitif, psikomotor
dan efektif semasa melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah.
SOALAN

Tugasan 1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 menegaskan bahawa
pendidikan adalah untuk semua murid tanpa mengira apa jua keadaan atau kebolehan
murid dan harus diberi perhatian mengikut keperluan masing-masing.
Berdasarkan pernyataan di atas:

(1) Merekodkan maklumat


Anda dikehendaki:
Memilih dua orang murid dari umur 6 hingga 12 tahun
mengumpul dan merekodkan maklumat tentang latar belakang pencapaian akademik
dan tingkah laku kanak-kanak serta persekitaran kelas dan sekolah tersebut.
mendapatkan data-data perkembangan kanak-kanak tersebut dari aspek fizikal, kognitif
dan sosial.
(20 markah)
(2) Laporan Kajian
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tuliskan satu esei membincangkan:
hasil analisis perkembangan kanak-kanak serta faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan mereka.
cadangkan bagaimana komuniti sekolah tersebut boleh membantu mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak ini ke tahap optimum.
(40 markah)

Tugasan 2
Laporan PPPM juga menyebut tentang ekuiti pendidikan di mana ia adalah hak bagi
setiap kanak-kanak. Oleh yang demikian sistem pendidikan kebangsaan mengambil
kira semua murid termasuk murid-murid yang bekeperluan khas.
a) Pengurusan Grafik
Berdasarkan video yang diberi, sediakan satu peta pemikiran yang menjelaskan kategori ,
ciri-ciri serta tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.
(10 markah)
b) Penulisan Esei
Dengan merujuk kepada kanak-kanak dalam video tersebut, cadangkan bagaimana anda
boleh membantu mencapai perkembangan yang optimum dari aspek kognitif, psikomotor
dan efektif semasa melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah
(30 markah)
TUGASAN 1

1. MEREKODKAN MAKLUMAT

Pengenalan

Bagi kerja kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini, kami dikehendaki untuk memilih
dua orang murid dan mengumpulkan serta merekodkan maklumat tentang latar
belakang pencapaian akademik, tingkah laku mereka, persekitaran kelas dan sekolah,
juga data-data perkembangan kanak-kanak tersebut dari beberapa aspek seperti aspek
fizikal, kognitif dan sosial sebagai tugasan pertama. Dalam melaksanakan tugasan
pertama kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak ini, saya telah memilih 2 orang
pelajar perempuan dari sebuah sekolah rendah tempat saya menjalankan Pengalaman
Berdasarkan Sekolah (PBS) pada 4 Ogos 2014 yang lalu iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan Kilimu, Ranau, Sabah. SK. Kilimu merupakan sebuah sekolah luar Bandar
yang telah dibina sejak tahun 2002 lagi. Kedua-dua murid tersebut adalah murid
perempuan tahun 5 dari dua buah kelas yang berbeza iaitu kelas 5 Galaxy dan 5 Orbit.
Maklumat murid

Jadual di bawah menunjukkan maklumat-maklumat diri serta maklumat-maklumat berkaitan


pencapaian akademik dan tingkah laku, serta persekitaran sekolah dan kelas murid-murid
yang saya pilih melalui kaedah soal selidik.

BIODATA MURID 1 MURID 2

1. Nama penuh Elvira Fredollin Aurora Ilia Bt. Rosly


2. Gambar

3. Jantina Perempuan Perempuan


4. Umur 11 tahun 11 tahun
5. Tarikh lahir 22 Oktober 2003 20 Januari 2003
6. Bangsa Dusun Dusun kacukan Bisaya
7. Agama Kristian Islam
8. Alamat Kg Kilimu. 89300 Ranau, Sabah Flat Guru Smk Lohan, 89308
Ranau, Sabah
9. Kelas Tahun 5 Orbit Tahun 5 Galaxy
10. Persekitaran Kurang kemas Sangat kemas
kelas
11. Persekitaran Terlalu besar dan luas namun kurang fasiliti
sekolah
12. Nama ibu Rosnine Kadog Armah Bastin
13. Nama bapa Fredollin Sinddeh Rosly Biun
14. Pekerjaan ibu Suri rumah Guru
15. Pekerjaan Kerja sendiri Guru
bapa
16. Status ibu Bercerai Berkahwin
bapa
17. Tinggal Ibu Ibu dan bapa
bersama?
18. Bilangan Anak kedua dari 3 adik beradik Anak ke 4 dari 5 adik beradik
adik-beradik
19. Bahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Dusun Bahasa Melayu
pengantaraan
di rumah
20. Kedudukan Di kawasan kampung yang agak Di flat guru yang juga terletak
rumah terpencil dan jauh dari kawasan berdekatan kawasan sekolah dan
pekan dan jiran tetangga adalah jiran tetangga adalah majoriti warga
majoriti petani. pendidik
21. Kenderaan ke Berjalan kaki Mengikuti bas sekolah
sekolah
22. Kedudukan 18/25 1/26
dalam kelas
23. Kawan rapat Briana Fay Laila Balqish
24. Kedudukan 16/25 3/26
kawan rapat
di dalam
kelas
25. Subjek Matematik Pendidikan Seni
kegemaran
26. Cita-cita Belum ada Arkitek
27. Hobi Berborak dengan rakan Bermain permainan komputer
Data-data perkembangan kanak-kanak

Saya mendapatkan data-data pada jadual-jadual di bawah menggunakan kaedah


pemerhatian, soal selidik serta ujian.

(i) Fizikal

FIZIKAL MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 (AURORA ILIA BT.


ROSLY)
Berat 59 kg 36 kg
Tinggi 139cm 138 cm
Saiz baju L S
Saiz kasut 6 3
Warna kulit Kuning langsat Putih
Warna rambut Hitam Hitam
Jenis rambut Ikal Lurus
Warna anak Hitam Coklat
mata
Bentuk mata Bundar Bulat
Tahap Sederhana Sangat kemas
kekemasan diri
(ii) Sosial dan emosi

SOSIAL DAN MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 ( AURORA ILIA BT.


EMOSI ROSLY)
Cara bercakap Sopan Sopan
Cara bergaul Mesra dan banyak berbicara Kurang mesra dan lebih banyak
dengan guru mendiamkan diri
dan rakan
Cara makan Agak gelojoh Sopan dan teratur

Keyakinan Tidak yakin Yakin


tampil di
hadapan
Kekerapan Kurang bertanya Kurang bertanya
bertanya
Bahasa yang Bahasa Melayu bercampur Bahasa Melayu baku
digunakan dengan slanga bahasa Ibunda
Reaksi bila Tersenyum girang Tersenyum girang
dipuji
Reaksi bila Menangis Diam dan tunduk
dimarah
(iv) Kognitif

KOGNITIF MURID 1 (ELVIRA MURID 2 ( AURORA ILIA BT.


FREDOLIN) ROSLY)
Keputusan peperiksaan 3[C]2[D] 4[A]1[B]

Kedudukan dalam kelas 18/25 1/26

Cara mewarna Sederhana Kemas

Masa dan ketepatan 45 minit dan semua jawapan 19 minit dan jawapan
menyelesaikan 4 soalan tidak tepat semuanya tepat
matematik
Kekemasan tulisan Kurang kemas Sangat kemas

Kebolehan menggunting Kurang kemas dan tidak Kemas dan menggunting


menggunting mengikut bentuk mengikut bentuk yang dilukis
yang dilukis
Ujian bilangan duit Menjawab kedua-dua baris Menjawab kedua-dua baris
syiling (Kekalan nombor) wang syiling mempunyai wang syiling mempunyai
bilangan yang berbeza bilangan yang sama
Ujian isipadu air dalam Menjawab bahawa isipadu air Menjawab bahawa isipadu air
gelas (Kekalan isi padu) dalam gelas yang lebih tinggi dalam kedua-dua gelas adalah
adalah lebih banyak sama
Ujian saiz doh tanah liat Menjawab bahawa tanah liat Menjawab bahawa kedua-dua
(Kekalan pepejal) yang dipenyekkan mempunyai bentuk tanah liat mempunyai
doh yang lebih banyak doh yang sama
2. LAPORAN KAJIAN

Definisi perkembangan

Mook Soon Sang (2008) menyatakan, perkembangan merupakan satu proses


yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan dan beliau
menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi dapat dilihat pada sifat baru yang berlainan daripada peringkat
lebih awal.

Menurut Santrock (2008), perkembangan ialah perubahan dalam corak biologi,


kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga
ke akhir ayat. Menurut beliau lagi, perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak
dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan dari
sifat yang lebih awal.

Menurut Karl E. Garrisson (2007) pula, perkembangan terhasil daripada tindakan


yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku atau sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

Selain itu, Shaffer (1999) menyatakan, perkembangan merupakan satu proses


perubahan yang berlaku secara kompleks dan perubahan secara kuantitatif adalah
perubahan yang dapat diukur seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini
adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran dari satu peringkat
ke peringkat yang lain. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek
perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor
yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh
disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu.
Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku
Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun , terdapat 5 prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama ialah proses
perkembangan mengikut aturan. Misalnya, seorang bayi pada peringkat awal boleh duduk
dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti oleh kebolehan berdiri dan seterusnya
berjalan. Perkembangan juga boleh bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat
dilihat terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur


daripada keadaan umum kepada keadaan yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar dahulu sebelum otot-otot kecil.

Prinsip ketiga ialah pertumbuhan dan perkembangan ialah satu proses yang berlaku
secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiran sedia
ada akan bertambah. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Prinsip keempat ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi
kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Contohnya, sesetengah
kanak-kanak dapat berjalan pada umur sepuluh bulan manakala ada yang hanya boleh
berjalan pada umur lapan belas bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada
perbezaan di antara manusia yang boleh dilihat di dalam sebuah bilik darjah.

Prinsip kelima ialah perkembangan ialah hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam diri
seseorang individu contohnya merangkak, duduk, berjalan, dan kemudian berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.

Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi


yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang
sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika dia
kerap berlatih untuk berenang.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Menurut Rohani Abdullah (2001), terdapat lima aspek perkembangan kanak-kanak


iaitu aspek jasmani, emosi, rohani, kognitif dan sosial. Aspek-aspek berikut pula dipengaruhi
oleh dua faktor iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku Perkembangan
Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, baka merujuk kepada ciri-ciri
biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Ciri-ciri
yang kita warisi daripada ibu bapa terkandung di dalam gen-gen ini. Tidak dapat dinafikan
bahawa pertumbuhan dan perkembang dipengaruhi oleh faktor genetik individu seperti
bentuk badan, ketinggian, rambut dan juga warna mata. Baka juga boleh mempengaruhi
penyuburan mental individu seperti pandai dan tidak pandai dan . Kenyataan ini disokong
lagi oleh hasil kajian ahli-ahli psikologi seperti Galton (1865) , Newman (1937) dan Shieldo
(1962) yang menyatakan bahawa baka mempengaruhi dalam perbezaan kecerdasan dan
kebolehan intelek setiap individu.

Antara contoh pengaruh baka terhadap perkembangan kanak-kanak ialah sahsiah,


kecerdasan dan sosial individu. Contohnya, dari segi sahsiah, individu yang mempunyai saiz
badan yang besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain dan banyak aktiviti
yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Oleh itu, individu tersebut akan sukar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut dan menyebabkan individu tersebut berasa
rendah diri. Ini akan membawa kepada perkembangan sahsiah yang tidak sihat. Dari segi
kecerdasan pula, ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan perbezaan kecerdasan ibu bapa mereka. Selalunya, ibu bapa yang bijak pandai
akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai dan sebaliknya. Seterusnya ialah aspek
sosial individu. Contohnya, jika seseorang individu berasal daripada keturunan yang
mempunyai saiz badan yang besar, individu tersebut akan menghadapi kesukaran untuk
menyertai aktiviti-aktiviti tertentu dan mereka akan berasa malu untuk menyertai aktiviti-
aktiviti sosial. Oleh itu, perkembangan sosial dan emosinya akan terjejas.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), persekitaran pula merujuk
kepada semua pengalaman seseorang individu yang dihadapi di rumah, bersama jiran,
sekolah, masyarakat serta semua tempat di mana individu tersebut berada. Ia juga termasuk
pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi
pemakanan dan kesihatan serta gaya hidup ibu. Misalnya, adakah ibu merokok semasa
mengandung, usia ibu serta rawatan yang diterimanya dan keadaan emosi ibu. Pemakanan,
taraf sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat
serta persekitaran dunia menyumbang kepada pengalaman selepas lahir individu. Semua
ini akan mempengaruhi perkembangan manusia.

Contohnya, keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi yang baik dan kukuh akan
membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini mampu menyediakan makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan
pendidikan yang baik dan sempurna kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang
memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak akan
menyebabkan anak-anak mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Faktor pemakanan juga
mempengaruhi perkembangan fizikal, mental dan rohani anak-anak. Contohnya, jika anak-
anak diberikan makanan yang seimbang dan berzat, kesihatan mental, emosi dan fizikal
mereka akan berkembang dengan baik.

Urie Bronfenbrenner, seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan,perkembangan


kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak
tersebut. Menurut teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) seperti yang ditulis
oleh Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak
untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, persekitaran kanak-kanak terdiri dari satu
set sistem sosial kompleks dan saling berkaitan yang mempunyai lima lapisan sistem, iaitu
Mikrosistem, Mesosistem, Ekosistem, Makrosistem dan Kronosistem.

Sistem Mikrosistem ialah persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak


tersebut seperti interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik-beradik, rakan dan
guru. Sistem Mesosistem pula melibatkan interaksi ibu bapa dengan pengasuh, ibu bapa
dengan jiran, ibu bapa dengan rakan dan ibu bapa dengan sekolah. Seterusnya, Sistem
Ekosistem pula melibatkan kanak-kanak contohnya peraturan-peraturan tempat kerja ibu
bapa seperti cuti dan waktu kerja fleksi. Ekosistem juga merangkumi saudara-mara dan
rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga. Sistem Makrosistem pula merupakan
perkembangan individu yang melibatkan norma-norma dan nilai masyarakat. Sistem
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa sebagai
contoh kanak-kanak masa kini lebih fokus kepada permainan komputer berbanding kanak-
kanak pada zaman dahulu yang suka bermain di persekitaran rumah.
Definisi perkembangan fizikal kanak-kanak

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan


bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia
(Woofolk & Margets, 2007). Semasa membesar, kanak-kanak akan mengalami perubahan
dalam ketinggian, berat badan dan menjadi lebih kuat serta dapat melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal yang lebih kompleks.

Teori perkembangan fizikal kanak-kanak

Menurut Robert Havighurst (2000), prinsip asas dalam perkembangan fizikal


bermula dari kepala dan berunsur ke kaki. Contohnya, kanak-kanak dapat mengawal
kepalanua terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tangan dan kaki. Seterusnya, arah
perkembangan berlaku iaitu daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Contohnya,
seorang bayi selepas kelahiran akan cuba untuk mencapai objek yang dilihatnya tetapi
gagal namun setelah beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya
untuk menggenggam objek dan seterusnya bayi dapat memegang objek menggunakan
jarinya kerana ototnya sudah berkembang. Kebolehan bayi akan bertambah jelas dan
spesifik selepas itu. Sebagai contoh, apabila bayi terhantuk, mereka akan menangis kuat.
Selepas beberapa bulan, jika insiden yang sama berulang, mereka masih akan menangis
dengan kuat namun mereka sudah boleh menunjuk bahagian badan yang sakit kerana
terhantuk. Selepas itu, aspek berbeza akan berkembang pada tahap yang berbeza. Kaki
dan tangan akan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja
tetapi bahagian bahu akan mengambil masa yang lebih lama.
Data dan perbincangan ujian perkembangan fizikal kanak-kanak

FIZIKAL MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 (AURORA ILIA BT.


ROSLY)
Berat 59 kg 36 kg
Tinggi 139 cm 138 cm
Saiz baju L S
Saiz kasut 6 3
Warna kulit Kuning langsat Putih
Warna rambut Hitam Hitam
Jenis rambut Ikal Lurus
Warna anak Hitam Coklat
mata
Bentuk mata Bundar Bulat
Tahap Sederhana Sangat kemas
kekemasan diri
Jadual 1: Data-data fizikal murid-murid yang dikaji

Jadual 1 di atas menunjukkan data ujian perkembangan fizikal dua orang murid
perempuan tahun 5 yang merangkumi berat, tinggi, saiz baju, saiz kasut, warna kulit, warna
rambut, jenis rambut, warna anak mata, bentuk mata dan tahap kekemasan. Murid-murid
yang terlibat kedua-duanya diambil dari kelas yang berbeza. Daripada jadual di atas, jelas
kelihatan terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara dua orang murid tersebut.

Dari segi ketinggian, Elvira Fredolin dan Aurora Ilia Bt. Rosly mempunyai ketinggian
yang tidak jauh bezanya iaitu 139 cm dan 138 cm. Purata ketinggian mereka ialah 138.5 cm.
Ini menunjukkan pada tahap ini, ketinggian mereka adalah hampir sama.

Dari segi berat badan dan saiz baju, Elvira Fredolin jauh lebih berat dan badannya
bersaiz lebih besar berbanding Aurora Ilia Bt. Rosly. Berat Elvira Fredolin ialah 59 kg dan
saiz bajunya ialah saiz L manakala berat Aurora Ilia ialah 36 kg dan saiz bajunya ialah saiz
S. Setelah disoal selidik, didapati bahawa ahli keluarga Elvira Fredolin semuanya
mempunyai saiz badan yang besar dan Elvira Fredolin juga menyatakan bahawa dia makan
dua kali pada waktu malam iaitu makan malam pada pukul 7.00 pm dan sejam sebelum tidur
setiap malam. Aurora Ilia pula menyatakan bahawa ayah dan ibunya mempunyai saiz badan
yang sederhana dan ibunya sangat mementingkan pemakanan yang simbang. Dari segi
baka, ibu bapa yang mempunyai saiz badan yang besar selalunya akan melahirkan anak-
anak yang turut mempuyai saiz badan yang besar. Dari segi pemakanan pula, pemakanan
yang tidak sihat dan tidak seimbang akan menyebabkan saiz badan kanak-kanak tidak
sesuai dengan umur mereka terutamanya yang menghidap obesiti.

Jika dikira Body Mass Index (BMI) kedua-dua murid ini, Elvira Fredoline mempunyai
BMI yang tidak normal kerana mencatatkan BMI sebanyak 29.7 menunjukkan dia
mempunyai berat badan yang berlebihan manakala BMI Aurora Ilia Bt. Rosly pula
mencatatkan BMI normal iaitu 18.9.

Dari aspek saiz kasut pula, saiz kasut Elvira Fredolin ialah saiz 6 manakala saiz
kasut Aurora Ilia ialah saiz 3 iaitu separuh daripada saiz kasut Elvira Fredolin. Setelah
menjalankan soal selidik, kaki ibu bapa Elvira Fredolin adalah bersaiz besar manakala saiz
kaki ibu bapa Aurora Ilia Bt. Rosly adalah sederhana. Ini menunjukkan, saiz kaki murid-
murid tersebut dipengaruhi oleh faktor baka.

Dari segi warna kulit pula, Elvira Fredolin mempunyai kulit yang berwarna kuning
lasngsat yang juga merupakan warna kulit kaum Dusun manakala Aurora Ilia Bt. Rosly
mempunyai warna kulit putih susu kerana Aurora berdarah kacukan Dusun iaitu kaum yang
mempunyai kulit berwarna kuning langsat dan kaum Bisaya yang mempunyai warna kulit
putih susu. Ini menunjukkan, warna kulit mereka dipengaruhi oleh faktor baka.

Dari aspek warna rambut dan jenis rambut, kedua-dua orang murid mempunyai
rambut berwarna hitam tetapi jenis rambut mereka berbeza. Elvira Fredolin mempunyai jenis
rambut ikal mayang manakala Aurora Ilia Bt. Rosly mempunyai jenis rambut yang lurus.
Setelah disoal selidik, didapati bahawa bapa kepada Elvira Fredolin berambut ikal manakala
ibu bapa Aurora Ilia Bt. Rosly kedua-duanya berambut lurus. Jelasnya, aspek ini juga
dipengaruhi oleh faktor baka.

Dari segi warna anak mata dan bentuk mata, Elvira Fredolin bermata bundar dan
anak matanya berwarna hitam manakala Aurora Ilia Bt. Rosly bermata bulat dan anak
matanya berwarna coklat kerana dia berdarah kacukan Dusun dan Bisaya.

Dari aspek tahap kekemasan diri atau penampilan, tahap kekemasan diri Elvira
Fredolin ialah sederhana manakala tahap kebersihan Aurora Ilia Bt. Rosly ialah sangat
kemas. Setelah disoal selidik, didapati bahawa ibu Elvira Fredolin akan memastikan Elvira
akan berpenampilan kemas ke sekolah namun menurut Elvira, sebaik sahaja sampai di
sekolah pada awal pagi, dia akan bermain di padang sekolah menggunakan pakaian
seragam sekolah bersama rakan-rakannya sementara menunggu kelas bermula. Oleh itu,
pakaian seragam sekolahnya akan menjadi kotor dan berkedut-kedut. Menurut Aurora Ilia
Bt. Rosly pula, ibu dan bapanya yang juga bekerja sebagai guru telah mendidik dia dan
adik-beradiknya untuk memastikan tahap kekemasan diri pada tahap yang memuaskan
setiap hari. Oleh itu, Aurora sentiasa menjaga kekemasan dirinya kerana dia ingin kelihatan
bersih dan menyenangkan seperti kedua-dua ibu bapanya. Jelasnya, aspek ini dipengaruhi
oleh faktor persekitaran.

Konklusinya, perkembangan fizikal kanak-kanak ini mengalami proses


perkembangan yang berbeza-berbeza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran.
Definisi perkembangan kognitif kanak-kanak

Kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran (Rohani A. 2007). Kemahiran kognitif
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti
mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup
individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan kepada pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan kanak-kanak yang berlaku daripada
satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Teori perkembangan kognitif kanak-kanak

Untuk mengkaji perkembangan kognitif, dua teori utama akan dibincangkan iaitu teori
utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland , Jean Piaget. Teori ini
memainkan peranan untuk membantu memahami cara kanak-kanak berfikir.

Menurut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel (2009) , Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat iaitu Peringkat Deria Motor
(0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun), dan
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 7-11 tahun, mereka berada pada tahap ketiga
berdasarkan teori Jean Piaget. Pada peringkat ini, mereka berkebolehan berfikir secara logic
walaupun pemikiran mereka terikat dengan situasi yang konkrit. Mereka sepatutnya
memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.

Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan


perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi,
menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini,
perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang
menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri
ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
Dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1970), terkandung 5 konsep asas
iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi. Skema merujuk kepada
kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-
syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Adaptasi pula
merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keseimbangan akan berlaku apabila kanak-kanak
mempunyai kecenderungan semula jadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajar
dengan kehendak persekitaran. Seterusnya ialah asimilasi. Asimilasi ialah proses
penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema sedia ada. Proses asimilasi
yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi. Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur
kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-
kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

Jean Piaget mendapati, kemampuan manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan
yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Menurut Nani M. dan Rohani A. (2007), terdapat beberapa faktor yang


mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal.
Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir
secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi
negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula ialah
persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan
keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif
Data dan perbincangan ujian perkembangan kognitif kanak-kanak

KOGNITIF MURID 1 (ELVIRA MURID 2 ( AURORA ILIA BT.


FREDOLIN) ROSLY)
Keputusan peperiksaan 3[C]2[D] 4[A]1[B]

Kedudukan dalam kelas 18/25 1/26

Cara mewarna Sederhana Kemas

Masa dan ketepatan 45 minit dan semua jawapan 19 minit dan jawapan
menyelesaikan 4 soalan tidak tepat semuanya tepat
matematik
Kekemasan tulisan Kurang kemas Sangat kemas

Kebolehan menggunting Kurang kemas dan tidak Kemas dan menggunting


menggunting mengikut bentuk mengikut bentuk yang dilukis
yang dilukis
Ujian bilangan duit Menjawab kedua-dua baris Menjawab kedua-dua baris
syiling (Kekalan nombor) wang syiling mempunyai wang syiling mempunyai
bilangan yang berbeza bilangan yang sama
Ujian isipadu air dalam Menjawab bahawa isipadu air Menjawab bahawa isipadu air
gelas (Kekalan isi padu) dalam gelas yang lebih tinggi dalam kedua-dua gelas adalah
adalah lebih banyak sama
Ujian saiz doh tanah liat Menjawab bahawa tanah liat Menjawab bahawa kedua-dua
(Kekalan pepejal) yang dipenyekkan mempunyai bentuk tanah liat mempunyai
doh yang lebih banyak doh yang sama
Jadual 2: Data-data kognitif murid-murid yang dikaji

Jadual 2 menunjukkan butiran-butiran berkaitan kognitif murid-murid yang saya kaji.


Butiran-butiran tersebut merangkumi keputusan peperiksaan, kedudukan dalam kelas, cara
mewarna, masa dan ketepatan menyelesaikan 4 soalan matematik, kekemasan tulisan,
kebolehan menggunting, ujian bilangan duit syiling, ujian isipadu air dalam gelas dan ujian
saiz doh tanah liat.

Dari segi keputusan peperiksaan dan kedudukan dalam kelas, Elvira Fredolin
mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan dan kedudukan yang agak
belakang dalam kelas. Dia mendapat 3 C dan 2 D dalam peperiksaan yang dijalankan oleh
pihak sekolah baru-baru ini. Dia juga mendapat kedudukan ke 18 daripada 25 orang pelajar
dalam kelas. Aurora Ilia Bt. Rosly pula mendapat 4 A dan 1 B dalam peperiksaan baru-baru
ini dan kedudukannya di dalam kelas ialah pertama daripada 26 orang pelajar. (Slip sebenar
keputusan murid-murid boleh dilihat pada bahagian lampiran). Setelah disoal selidik,
didapati bahawa rakan baik Elvira Fredoline yang juga merupakan murid dalam kelas yang
sama dengannya juga mendapat kedudukan yang agak tercorot dalam kelas iaitu pada
kedudukan ke 16 daripada 25 orang pelajar. Selain itu, Elvira juga menyatakan bahawa
abangnya yang kini berumur 25 tahun masih menganggur dan hanya mempunyai sijil
Penilaian Menengah Rendah kerana berhenti sekolah setelah ibu dan bapanya bercerai.
Menurut Elvira Fredoline, dia sangat meminati subjek matematik namun setakat ini dia
belum ada cita-cita. Juga didapati bahawa persekitaran kelas Elvira Fredoline iaitu kelas 5
Orbit agak berselerak dan tidak teratur. Suasana kelas tersebut juga cenderung untuk
mempengaruhi minat dan fokus Elvira Fredoline untuk belajar dalam kelas. Keadaan kelas
Elvira Fredoline boleh dilihat pada gambar rajah 1 di bawah. Berbeza dengan Elvira
Fredoline, Aurora Ilia Bt. Rosly mempunyai pencapaian yang cemerlang dan agak
memuaskan di sekolah. Setelah disoal selidik, didapati bahawa 3 orang kakak Aurora Ilia Bt.
Rosly yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti luar negara juga
merupakan pelajar-pelajar terbaik negeri Sabah ketika mereka berada di sekolah rendah
dan sekolah menengah. Aurora Ilia Bt. Rosly juga mengatakan kedua ibu bapanya yang
nekerja sebagai guru juga sering memberi motivasi dan dorongan kepadanya untuk belajar
bersungguh-sunggu. Kawan baik kepada Aurora Ilia Bt. Rosly iaitu Laila Balqish juga
mendapat kedudukan kedua di dalam kelas bagi peperiksaan sekolah yang dijalankan baru-
baru ini. Menurut Aurora Ilia Bt. Rosly, dia sangat meminati subjek Pendidikan Seni dan dia
bercita-cita untuk menjadi arkitek kelak. Kelas Aurora Ilia Bt. Rosly iaitu kelas 5 Galaxy
sangat kemas, cantik serta tersusun. Keadaan kelas Aurora Ilia Bt. Rosly boleh dilihat pada
gambar rajah 2. Faktor persekitaran seperti latar belakang keluarga, rakan-rakan,
persekitaran tempat belajar sangat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Keluarga yang mempunyai latar pendidikan yang baik selalunya melahirkan anak-anak yang
pandai. Suasana tempat belajar yang cantik dan kemas serta kondusif turut akan
menyebabkan minat dan fokus murid untuk belajar meningkat dan ini sekaligus akan
menyuburkan perkembangan mental ke arah yang baik.
Gambar rajah 1: Keadaan kelas Elvira Fredoline, 5 Orbit
Gambar rajah 2: Keadaan kelas Aurora Ilia Bt. Rosly , 5 Galaxy

Dari segi cara mewarna, saya menguji kebolehan mereka dengan memberikan
mereka kertas mewarna dan pensil warna yang sama jenama dan membiarkan mereka
mewarna kertas warna masing-masing dengan tenang di perpustakaan. Setelah mereka
siap mewarna, saya membandingkan hasil kerja mereka. Saya dapati hasil kerja Aurora Ilia
Bt. Rosly adalah lebih kemas dan teratur berbanding hasil kerja Elvira Fredoline. (Hasil kerja
murid boleh dilihat pada lampiran). Aurora Ilia Bt. Rosly menggemari subjek Pendidikan Seni
kerana menurut Aurora, dia biasa melihat ayahnya melukis dan mewarna. Oleh itu, secara
tidak langsung Aurora juga meminati subjek tersebut. Menurut Elvira Fredoline pula, tiada
antara ahli keluarganya yang menunjukkan minat dalam seni. Oleh yang demikian, dia juga
kurang minat kepada perkara-perkara seperti mewarna dan melukis. Jelasnya, aspek ini
dipengaruhi oleh aspek persekitaran.

Dari segi kekemasan tulisan dan kebolehan menggunting pula, saya telah
memberikan tugasan kepada mereka untuk menyalin semula ayat yang telah diberi pada
kertas yang telah disediakan dan saya juga memberi mereka tugasan untuk menggunting
bentuk-bentuk yang terdapat pada kertas yang telah diberikan mengikut bentuk yang telah
dilukis. Hasil kerja bagi kedua-dua tugasan ini menunjukkan hasil kerja Aurora Ilia Bt. Rosly
adalah jauh lebih kemas berbanding hasil kerja Elvira Fredoline. Tulisan tangan Aurora
adalah sangat kemas dan teratur manakala tulisan tangan Elvira kurang kemas dan tidak
teratur. (Tulisan tangan murid boleh dilihat pada bahagian lampiran.) Hasil guntingan Aurora
juga jauh lebih kemas berbanding hasil guntingan Elvira. Aurora menggunting bentuk
mengikut garisan yang telah dilukis manakala Elvira menggunting bentuk tidak mengikut
garisan yang telah dilukis. Hasil guntingan mereka boleh dilihat pada rajah 3 dan rajah 4.
Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa Aurora sering membantu guru kelasnya
menggunting kertas-kertas origami untuk dijadikan perhiasan kelas. Dia juga sering berlatih
untuk mencantikkan tulisan tangannya dengan menyalin semula cerita-cerita menarik yang
dijumpainya dari buku di perpustakaan manakala Elvira pula menyatakan bahawa dia tidak
suka menulis dan dia jarang memegang gunting kerana ibunya tidak membenarkannya
memegang benda-benda tajam. Jelasnya, aspek-aspek yang dinyatakan di atas dipengaruhi
oleh faktor persekitaran.
Gambar rajah 3: Hasil guntingan Aurora Ilia Bt. Rosly
Gambar rajah 4: Hasil guntingan Elvira Fredoline
Untuk ujian pengiraan, saya telah memberikan mereka 4 soalan matematik
tahun 4 dan mengambil masa mereka untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Dari
segi masa dan ketepatan menyelesaikan 4 soalan matematik pula, Aurora Ilia Bt.
Rosly menyiapkan soalan dengan jawapan semua betul dalam masa 19 minit
manakala Elvira Fredoline pula menjawab soalan dengan jawapan semua salah dan
mengambil masa 45 minit.( Hasil kerja mereka boleh dilihat pada bahagian lampiran.)
Setelah disoal selidik, saya dapati bahawa ayah Aurora Ilia Bt. Rosly merupakan
seorang guru Fizik dan beliau sering memberi anak-anaknya soalan-soalan Matematik
untuk dijawab. Oleh yang demikian, selain mewarisi kepandaian ayahnya dalam
subjek Matematik, Aurora juga sering membuat latih tubi Matematik. Saya mendapati
bahawa ibu Elvira Fredoline hanya bersekolah sehingga tingkatan 3 lalu berhenti
sekolah kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak memuaskan suatu ketika
dahulu. Jelasnya, latar belakang pendidikan keluarga sangat mempengaruhi dalam
aspek ini. Contohnya, jika sesebuah keluarga itu berlatar belakangkan pendidikan
tinggi, maka anak-anak yang dilahirkan akan mempunyai tahap perkembangan kognitif
yang baik.

UJIAN BILANGAN DUIT SYILING SEBELUM SELEPAS

NAMA Sama Tidak Sama Tidak


sama sama
Elvira Fredoline
Aurora Ilia Bt. Rosly
Jadual 2.1: Jadual menunjukkan data-data ujian bilangan duit syiling yang dijalankan
ke atas ke dua-dua orang murid

Jadual 2.1 menunjukkan butiran mengenai ujian bilangan duit syiling yang dijalankan
ke atas murid-murid tersebut. Dalam ujian ini, kedua-dua orang murid tersebut dikehendaki
menyatakan sama ada bilangan duit syiling yang disusun dalam dua baris yang berbeza
adalah sama atau tidak. Pada mulanya, duit syiling disusun selari dengan kadar jarak yang
sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang
sama akan ditanya sekali lagi kepada murid. Jawapan murid terhadap bilangan kedua-dua
baris duit syiling tersebut akan direkodkan.
Gambar rajah 5: Gambar menunjukkan kedua-dua orang murid ketika sedang diuji
dengan ujian bilangan duit syiling.

Daripada jadual 2.1 , untuk soalan pertama, kedua-dua murid menyatakan


bilangan duit syiling adalah sama. Selepas susunan duit syiling diubah, Elvira
Fredoline menyatakan bahawa bilangan duit syiling yang diubah susunannya lebih
banyak daripada susunan yang tidak diubah jaraknya manakala Aurora Ilia Bt. Rosly
menyatakan bahawa bilangan duit syiling tetap sama setelah diubah susunannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat operasi Konkrit ( 7 11


tahun ) sudah boleh menyatakan bilangan duit syiling adalah sama walaupun baris
kedua dipanjangkan susunannya. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak dalam
peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan.

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa Elvira Fredoline masih
belum dapat menguasai prinsip Identiti seperti yang terkandung pada konsep
Pemuliharaan manakala Aurora Ilia Bt. Rosly telah mencapai peringkat operasi Konkrit
dan telah menguasai prinsip Indentiti seperti yang terkandung pada konsep
Pemuliharaan. Dalam prinsip Identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang
ditambah atau dikurangkan, bilangan objek adalah sama walaupun bentuk dan
susunannya diubah.

UJIAN ISIPADU AIR DALAM GELAS SEBELUM SELEPAS

NAMA Sama Tidak Sama Tidak


sama sama
Elvira Fredoline
Aurora Ilia Bt. Rosly
Jadual 2.2: Jadual menunjukkan data-data ujian isipadu air dalam gelas yang
dijalankan ke atas kedua-dua orang murid

Jadual 2.2 menunjukkan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas
murid-murid tersebut. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang
lebih tinggi dan runcing digunakan. Pada mulanya, isipadu air yang sama dimasukkan ke
dalam dua bekas yang sama saiz. Murid dikehendaki menentukan sama ada isipadu air
tersebut adalah sama ataupun tidak dan jawapan mereka direkodkan. Seterusnya, salah
satu bekas yang berisi air tadi dituangkan di dalam bekas yang mempunyai saiz yang lebih
tinggi dan runcing itu dan murid dikehendaki untuk menentukan sama ada isipadu air
tersebut adalah sama ataupun tidak.
Gambar rajah 6: Gambar menunjukkan kedua-dua murid ketika ujian isipadu air
dalam gelas sedang dijalankan

Seperti yang boleh dirujuk pada jadual 2.2, untuk soalan pertama, kedua-dua murid
menyatakan isipadu air adalah sama. Selepas salah satu air dalam gelas dituangkan di
dalam gelas yang lebih tinggi dan runcing itu, Elvira Fredoline menyatakan bahawa isipadu
air dalam gelas yang lebih tinggi dan runcing itu adalah lebih banyak daripada isipadu air
dalam gelas yang asal manakala Aurora Ilia Bt. Rosly menyatakan bahawa isipadu air dalam
kedua-dua gelas adalah sama.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun)
sudah dapat menyatakan isipadu air itu tetap sama walaupun dituangkan ke dalam bekas
yang berbeza.

Dalam ujian ini, jelas terbukti bahawa Elvira Fredoline masih belum menguasai
prinsip identiti yang terdapat dalam konsep Pemuliharaan manakala Aurora Ilia Bt. Rosly
telah menguasai prinsip Identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh
mengetahui jika tiada bilangan yang ditambahkan atau dikurangkan, bilangan objek tetap
sama walaupun bekasnya berubah.

UJIAN SAIZ DOH TANAH LIAT SEBELUM SELEPAS

NAMA Sama Tidak Sama Tidak


sama sama
Elvira Fredoline
Aurora Ilia Bt. Rosly
Jadual 2.3: Jadual menunjukkan data-data ujian saiz doh tanah liat yang dijalankan
ke atas kedua-dua murid.

Jadual 2.3 menunjukkan butiran-butiran mengenai ujian saiz doh tanah liat yang
dijalankan ke atas dua orang murid. Dalam ujian ini, dua doh tanah liat yang mempunyai
saiz yang sama digunakan. Pada mulanya, kedua-dua doh tanah liat tersebut dibentukkan
menjadi bulat kemudian murid dikehendaki untuk menentukan jika saiz doh kedua-dua tanah
liat adalah sama atau tidak. Selepas itu, salah satu tanah liat akan diubah bentuknya
menjadi leper dan murid dikehendaki untuk menentukan sama ada saiz doh kedua-dua
tanah liat adalah sama atau tidak.
Gambar rajah 7: Gambar menunjukkan kedua-dua murid ketika ujian saiz doh tanah
liat sedang dijalankan

Seperti yang boleh dilihat pada jadual 2.3, pada soalan pertama, kedua-dua murid
menjawab bahawa saiz doh kedua-dua tanah liat adalah sama. Namun, setelah salah satu
doh tanah liat diubah bentuk menjadi leper, Elvira Fredoline menyatakan bahawa saiz doh
tanah liat tersebut tidak sama dengan saiz doh tanah liat yang tidak diubah bentuknya.
Aurora Ilia Bt. Rosly pula menyatakan bahawa saiz doh tanah liat adalah tetap sama setelah
salah satu doh tanah liat diubah bentuknya.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun) mampu
menentukan bahawa kedua-dua saiz doh tanah liat adalah sama walaupun bentuknya
diubah.

Kesimpulannya,daripada ujian saiz doh tanah liat ini, terbukti bahawa Elvira
Fredoline belum menguasai prinsip Identiti yang terdapat dalam konsep Pemuliharaan
manakala Aurora Ilia Bt. Rosly sudah boleh menguasai prinsip Identiti tersebut. Dalam
prinsip Identiti. kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.
Definisi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak

Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku mereka yang
bertajuk Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
perkembangan sosial kanak-kanak ialah kemahiran menjalin perhubungan sosial dan
menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat. Menurut Wong
Kiet Wah , Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid, dan Azlina
Ahmad (2013) dalam buku mereka yang bertajuk Perkembangan Kanak-kanak,
perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung
dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini
meliputi cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Pendapat ini turut
disokong oleh Ainee binti Hajah Ahmad , pelajar Pra-syarat bagi mata pelajaran Psikologi
Perkembangan. Hal ini disebabkan perkembangan ini melibatkan proses sosialisasi yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian
sosial mereka. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua
peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn,
1979).

Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku mereka yang
bertajuk Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan juga,
perkembangan emosi kanak-kanak didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami
oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
Emosi datang dari pelbagai bentuk seperti emosi gembira, marah, sedih, takut, gentar dan
sebagainya. Tahap emosi juga pelbagai dan secara kasarnya emosi dikelaskan sebagai
emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif adalah seperti gembira, teruja, girang
manakala emosi negatif adalah seperti marah, sedih, dan kecewa.

Teori perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Mengikut teori Erik Erikson dalam buku Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) ,
beliau menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran
kanak-kanak. Menurut beliau lagi, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil
daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan
peringkat perkembangan psikososial iaitu peringkat asas kepercayaan lawan asas
ketidakpercayaan dimana bayi perlu mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada
penjaga. Sekiranya tidak, ketidakpercayaan akan timbul. Peringkat kedua ialah autonomi
lawan keraguan di mana perkembangan kanak-kanak tertumpu pada fizikal. Sekiranya
mereka berjaya, mereka akan percaya pada keupayaan diri. Jika tidak, keraguan pada
keupayaan diri akan timbul. Peringkat ketiga ialah inisiatif lawan rasa bersala dimana kanak-
kanak cuba berdikari dan sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah. Peringkat
keempat ialah industri lawan rasa rendah diri dimana kanak-kanak perlu menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan jika tidak, rasa rendah diri akan timbul.
Peringkat kelima ialah identiti lawan kekeliruan identiti dimana remaja mencari identiti diri.
Peringkat keenam ialah keintiman lawan keasingan dimana individu mula membentuk
keintiman dalam perhubungan. Peringkat ketujuh ialah generativiti lawan kekakuan dimana
individu mulai berkeluarga dan mempunyai kerjaya yang baik. Jika tidak, perasaan
mementingkan diri akan timbul. Peringkat kelapan ialah integriti lawan kekecewaan.dimana
individu mula mencari kejayaan hidup dan karier. Jika gagal, kekecewaan akan timbul.

Data dan perbincangan ujian perkembangan sosial kanak-kanak

SOSIAL MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 ( AURORA ILIA BT.


ROSLY)
Cara bercakap Sopan Sopan
Cara bergaul Mesra dan banyak berbicara Kurang mesra dan lebih banyak
dengan guru mendiamkan diri
dan rakan
Cara makan Agak gelojoh Sopan dan teratur

Keyakinan Tidak yakin Yakin


tampil di
hadapan
Kekerapan Kurang bertanya Kurang bertanya
bertanya
Bahasa yang Bahasa Melayu bercampur Bahasa Melayu baku
digunakan dengan slanga bahasa Ibunda
Reaksi bila Tersenyum girang Tersenyum girang
dipuji
Reaksi bila Menangis Diam dan tunduk
dimarah
Jadual 3: Data-data sosioemosi murid-murid yang dikaji
Jadual 3 di atas menunjukkan butiran-butiran sosioemosi dua orang murid
yang saya kaji iaitu Elvira Fredoline dan Aurora Ilia Bt. Rosly. Jadual 3 di atas
merangkumi cara murid bercakap, cara murid bergaul dengan guru dan rakan, cara
murid makan, keyakinan murid tampil di hadapan, kekerapan bertanya dan bahasa
yang murid gunakan.

Dari segi cara bercakap, kedua-dua murid tersebut bercakap dengan cara
yang sopan. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dengan norma
masyarakat sekeliling dan mereka tidak kasar ketika berbicara. Setelah disoal selidik,
saya mendapati bahawa Elvira Fredoline kini dijaga oleh ibunya kerana ibu dan
bapanya telah bercerai ketika dia masih kecil lagi. Oleh itu, Elvira Fredoline
dibesarkan dengan lemah lembut dan penuh kesopanan oleh seorang ibunya dan
tanpa bapa. Elvira juga menyatakan bahawa ibunya jarang memarahinya. Ibunya
juga sangat lemah lembut dan bersopan ketika berbicara. Menurut Aurora pula, ayah
dan ibunya yang bekerja sebagai guru sangat sopan orangnya. Oleh itu, ketika
berada di rumah, dia dan adik-beradiknya berkomunikasi antara satu sama lain
dengan sopan dan tidak kasar. Menurut Aurora lagi, ayah dan ibunya akan menegur
dia dan adik-beradiknya jika mereka bertutur dengan kasar dan kurang sopan.
Jelasnya, aspek ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dari aspek cara bergaul dengan guru dan rakan, Elvira Fredoline adalah lebih
mesra dan banyak berbicara berbanding Aurora Ilia yang lebih banyak mendiamkan
diri dan kurang mesra. Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa Elvira sangat
rapat dengan ibu dan abangnya. Dia menyatakan bahawa mereka sering berbual
ketika berada di rumah. Hobi Elvira juga adalah berborak dengan rakan. Aurora pula
menyatakan bahawa dia jarang berbual dengan ibu bapanya mahupun adik-
beradiknya kerana mereka jarang berada di rumah. Jika ahli keluarganya berada di
rumah sekalipun, mereka hanya akan berbicara soal akademik. Jelasnya, aspek ini
juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dari segi cara makan pula, Elvira Fredolin makan dengan gelojoh manakala
Aurora Ilia Bt. Rosly makan dengan sopan dan teratur. Setelah disoal selidik, saya
mendapati bahawa selain berborak dengan rakan, Elvira merupakan seorang
pencinta makanan. Begitu juga dengan ahli keluarganya. Dia menyatakan bahawa
jika ada masa lapang, ibunya akan memasak makanan kegemarannya dan Elvira
akan makan makanan tersebut dengan pantas kerana dia ingin memakan makanan
tersebut lebih dari sekali sebelum adik beradiknya yang lain menghabiskan makanan
tersebut. Oleh itu, dia terbiasa dengan cara makan yang gelojoh. Menurut Aurora
pula, ibu bapanya mendidik dia dan adik-beradiknya untuk makan secara beradab
dan mengikut aturan. Ibu bapanya sangat mementingkan disiplin dan peraturan.
Oleh itu, Aurora makan dengan sangat sopan dan teratur. Jelasnya, aspek ini juga
dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dari aspek keyakinan untuk tampil di hadapan pula, Elvira Fredoline sangat
tidak yakin manakala Aurora Ilia Bt. Rosly yakin untuk tampil di hadapan. Setelah
disoal selidik, didapati bahawa Elvira malu untuk tampil ke hadapan kerana dia
berbadan besar. Dia menyatakan bahawa dia malu dan takut diejek oleh rakan-rakan
sekelas yang lain jika dia berdiri di hadapan mereka di dalam kelas. Dia mengatakan
bahawa dia tidak selesa dengan saiz badanya yang gemuk. Aurora pula menyatakan
bahawa dia suka tampil ke hadapan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dia ada
dan dia suka akan cabaran dan soalan-soalan yang diberikan oleh gurunya apabila
dia disuruh untuk tampil ke hadapan kerana dia yakin bahawa jika dia berkongsi ilmu
yang dia tahu, ilmu tersebut akan lebih kukuh diingati. Aurora juga mengatakan
bahawa ibu bapanya telah memupuk keyakinan diri dalam diri Aurora dan adik-
beradiknya sejak kecil lagi. Jelasnya, faktor persekitaran mempengaruhi dalam
aspek ini.

Dari aspek kekerapan bertanya pula, kedua-dua murid tersebut kurang


bertanya apabila guru mengajar dalam kelas. Setelah disoal selidik, saya dapati
bahawa Elvira tidak tahu apa yang dia tidak faham dalam pelajaran. Oleh itu, dia
tidak yakin untuk bertanya kerana dia takut jika rakan-rakannya yang lain akan
mentertawakannya. Saya juga dapati bahawa latar pendidikan keluarga Elvira adalah
rendah. Oleh itu, bertanya soalan seperti tidak dipraktikan dalam keluarga mereka.
Menurut Aurora pula, dia lebih suka melayari internet untuk mencari maklumat
mengenai hal yang dia tidak faham. Aurora menggunakan IPad yang dibeli oleh
ayahnya untuk mencari maklumat-maklumat yang dia ingin tahu. Oleh itu, Aurora
kurang bertanya kepada guru. Jelasnya, aspek ini juga dipengaruhi oleh faktor
persekitaran.

Dari segi bahasa yang digunakan pula, Elvira Fredoline menggunakan


bahasa Melayu bercampur dengan bahasa ibundanya iaitu bahasa Dusun manakala
Aurora Ilia Bt. Rosly pula menggunakan bahasa Melayu baku dalam pertuturan.
Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa ibu Elvira Fredoline memahami
bahasa Melayu namun tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Di rumah, ibu
Elvira bertutur dalam bahasa Dusun dengan dia dan adik-beradiknya namun Elvira
dan adik-beradiknya bertutur dalam bahasa Melayu bercampur dengan bahasa
Dusun antara satu sama lain. Elvira tinggal di kawasan pedalaman dan dikelilingi
oleh jiran-jiran yang bekerja sebagai petani dan hanya bertutur dalam bahasa Dusun.
Rakan-rakan Elvira di sekolah pula bertutur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Elvira
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Dusun.
Aurora pula menyatakan bahawa ibu bapanya bertutur dalam bahasa Melayu
dengan dia dan adik-beradiknya. Rakan-rakan serta Aurora juga bertutur dalam
bahasa Melayu. Aurora tinggal di kawasan sekolah yang dikelilingi oleh rumah-
rumah guru. Jiran-jirannya semua berpendidikan tinggi dan aras bahasa yang
digunakan oleh mereka adalah aras bahasa Melayu yang baik. Oleh itu, bahasa
Melayu Aurora sangat baik. Jelasnya, aspek ini juga dipengaruhi oleh faktor
persekitaran.

Dari segi emosi pula, melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, reaksi
kedua-dua murid yang saya kaji apabila dipuji oleh guru dalam kelas adalah sama
iaitu mereka tersenyum dengan girang. Ini menunjukkan bahawa mereka
menunjukkan reaksi emosi yang positif dan sesuai dengan tindakakan yang
dilakukan oleh guru mereka. Apabila dimarah oleh guru pula,saya dapati Elvira
Fredoline menangis. Setelah disoal selidik, saya dapati bahawa Elvira Fredoline
dimanjakan oleh ibunya di rumah. Oleh itu, dia menangis apabila dimarahi oleh guru.
Aurora Ilia Bt. Rosly pula hanya diam dan tunduk apabila dimarahi oleh guru. Setelah
disoal selidik, saya dapati bahawa ibu bapa Aurora sangat tegas. Oleh itu, Aurora
sudah biasa dimarahi dan dia tidak menangis apabila dimarahi. Dengan itu, saya
dapati kedua-dua orang murid yang saya kaji mempunyai emosi yang seimbang
kerana mereka memberi reaksi yang sesuai dengan tindakan yang dilakukan oleh
guru mereka.

Kesimpulannya,perkembangan sosioemosi antara dua orang murid ini adalah


berbeza dan faktor persekitaran adalah faktor yang mempengaruhi perbezaan
perkembangan sosial mereka ini.
Cadangan untuk pihak sekolah bagi membantu perkembangan kanak-kanak ke
tahap optimum.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum. Setelah
menjalankan Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) di sekolah tempat kedua-dua
murid yang saya pilih itu bersekolah iaitu SK. Kilimu, Ranau, saya mendapati
bahawa sekolah tersebut sangat besar dan mempunyai banyak kelas kosong serta
terbiar. Selain terlalu besar dan kosong, sekolah tersebut juga kelihatan sangat
suram dan tidak ceria. Gambar sekolah tersebut boleh dilihat pada gambar 8.
Howard ( 1974 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya
sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Perkembangan
Kurikulum ( 1981 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik
di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan
pembelajaran yang lancar. Iklim merupakan elemen penting dalam pembinaan
persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ia menjadi penanda awal dalam proses
pembentukan para murid bagi mencapai kualiti pendidikan secara menyeluruh
seterusnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. Menurut Parker J.
Palmer ( 1998 ), suasana bilik darjah turut mempengaruhi perlakuan pelajar. Mereka
berasa bosan, rimas dan tidak selesa untuk belajar dengan tekun di dalam bilik
darjah. Mereka lebih seronok jika dibawa ke bilik sumber yang berhawa dingin atau
ke perpustakaan.
Gambar rajah 8: Gambar menunjukkan kawasan SK. Kilimu, Ranau.

Oleh itu, cadangan pertama saya adalah untuk membuatkan suasana dan
persekitaran sekolah terutamanya kelas dijadikan lebih ceria untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Menurut Ting Len Siong & Dr. Hj. Muhamad
Sidek Said ( 2007 ), kelas yang kondusif boleh diwujudkan dengan menggunakan
ruang dinding sebagai ruang melekatkan atau menampal hasil kerja murid, bahan
pengajaran, bahan hiasan dan sebagainya. Selain itu, ruang siling boleh
diaplikasikan sebagai tempat menggantung mobile, hiasan, dan hasil kerja murid
yang bersesuaian termasuk bahan pengajaran. Selain itu, lokasi khas untuk
menempatkan bahan-bahan rujukan seperti kamus, malajah, akhbar, peta, dan
bahan manipulatif termasuk juga tugasan murid yang disalin dalam bentuk CD
disimpan untuk tujuan kegunaan pada masa hadapan juga perlu diadakan dan
menyediakan tempat khas bagi bekas makanan dan minuman di bahagian belakang
kelas. Seterusnya, untuk persekitaran sekolah pula, bangunan sekolah bolehlah
dicat dengan warna yang lebih terang berbanding warna-warna tanah yang suram
seperti coklat dan kelabu. Pihak sekolah juga boleh membuat mural serta menampal
banyak info-info menarik pada dinding-dinding kosong di sekolah dan di dalam kelas
bagi menghilangkan suasana suram yang terdapat pada sekolah tersebut. Dengan
itu, suasana pembelajaran kondusif akan dapat dilaksanakan dan hal ini akan
membantu perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi intelek dan kognitif
dan secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi akedemik murid-murid di
sekolah tersebut. Selain itu, daripada membiarkan banyak kelas di sekolah tersebut
kosong dan terbiar, pihak sekolah seharusnya memikirkan cara untuk menigisi kelas
tersebut seperti membuat kelas khas untuk kelas bercerita, kelas menjahit, kelas
tempat bermain alat-alat permainan yang dapat membantu perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intetek murid-murid , dan kelas-kelas yang menyeronokkan dan
sesuai dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah. Penggunaan kelas yang
efektif akan mempengaruhi perkembangan kognitif serta sosioemosi kanak-kanak.
Faktor persekitaran ini akan mempengaruhi secara besar kadar perkembangan
kognitif kanak-kanak yang juga merupakan murid-murid dalam sekolah tersebut.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, interaksi dan


komunikasi antara guru dengan murid dan murid dengan murid memainkan peranan
penting. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi
melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru
menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Jones ( 1995 ),
pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru
dengan murid. Lebih banyak berlaku komunikasi dan interaksi antara guru dengan
murid, maka lebih banyak guru dapat membantu dan memahami murid. Hal ini
seterusnya akan meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Selain daripada persekitaran fizikal sekolah, iklim kondusif antara guru dan
murid juga perlu diwujudkan. Pembinaan interaksi dan komunikasi dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif
kepada kedua-dua belah pihak. Bagi pihak guru, dapat melicinkan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran, guru menjadi semakin bermotivasi, murid lebih
senang dikawal, kerjasama antara guru dengan murid dapat melancarkan perjalanan
aktiviti dan dalam masa yang sama dapat menaikan imej guru. Manakala di pihak
murid pula, mereka akan lebih berminat untuk belajar, berani berdamping dan
berhubung dengan guru, meningkatkan motivasi murid, dan prestasi akademik akan
meningkat. Saya berpendapat proses pembinaan interaksi dan komunikasi yang
berkesan ini mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan seseorang guru. Oleh
itu, saya mencadangkan agar guru menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
dengan suasana bilik darjah ketika mengajar. Selain itu, saya juga mencadangkan
agar guru-guru di sekolah tersebut sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di kalangan
murid-murid. Penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid dalam bilik darjah
sangat penting. Ia perlu dilaksanakan dan diamalkan sepanjang masa. Perkara ini
perlu diberi perhatian serius memandangkan komuniti bilik darjah terdiri daripada
berbagai etnik, sosiobudaya, tingkah laku, emosi, dan gaya pembelajaran. Menurut
Kirk & Kirk ( 1994 ), murid-murid berbeza dari segi kognitif , dan emosi. Menurut
Woolfolk ( 1990 ), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan
mengawal tingkah laku murid. Tugas guru bukan hanya menyampaikan isi
pengajaran semata-mata. Banyak elemen lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya
ialah memberi motivasi dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.
Guru boleh memberi pujian kepada murid-murid yang melakukan sebarang perkara
positif walaupun kecil, dalam masa yang sama elakkan guru menggunakan kata-kata
negatif terhadap murid kerana ia boleh membunuh semangat dan keinginan untuk
belajar.

Seterusnya, tidak ada makna segala tindakan untuk menjadikan iklim dan
budaya sekolah serta kelas yang kondusif sekiranya tugas perguruan sebenar
diabaikan. Oleh yang demikian, seseorang guru mesti melaksanakan tugas
pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin dan bertepatan dengan objektif
Falsafah Pendidikan Negara. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan
selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang
bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan
tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang
berjaya ( Shuib & Johari, 2001 ).

Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar guru-guru di sekolah tersebut


menjadikan pengajaran lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video,
perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam
aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh
diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan
maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan
membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan
kepada rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang dan
berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing
melalui classnet dalam bilik darjah bestari itu. Semua perancangan pengajaran dan
pembelajaran saya akan tercapai dengan dibantu oleh suasana bilik darjah kondusif
seperti yang dihuraikan sebelum ini.

Cadangan saya seterusnya ialah transformasi dan pembaharuan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dilakukan oleh tenaga pengajar. Guru
haruslah peka dengan kebolehan dan minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi
yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat
mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila
mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan
meningkat.Sebagai seorang pendidik, meneliti perbezaan fizikal murid-murid adalah
sangat penting kerana pendidik perlu melihat potensi dan kekurangan murid dan
dapat melaksanakan proses pengajaran mengikut tahap muridnya. Pengaruh
perbezaan individu dari aspek fizikal mampu mematikan minat dan masa depan
murid-murid (Sheldon, 1992). Dengan mengetahui perbezaan fizikal individu akan
membantu guru mengawal dirinya supaya tidak menyinggung hati dan perasaan
muridnya serta dapat memahami pelajarnya dengan lebih baik agar guru dapat
menyalurkan pengajaran yang bukan sahaja berkesan tetapi juga dapat diaplikasikan
oleh murid-murid.

Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pemilihan


kaedah pengajaran yang tepat akan menjadikan proses P&P lebih menarik dan
berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza
terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu
bijak melihat kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi
yang menarik dan tidak menjemukan. Selain itu, guru perlu merancang variasi
penyampaian. Guru seharusnya menggunakan segala kebolehan dan bakat yang
dikurniakan contohnya bermain muzik, bercerita dan sebagainya. Selain itu, guru
perlu bijak mengawal intonansi suara agar murid-murid sentiasa terhibur. Guru juga
mestilah sentiasa memastikan tahap kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum
memulakan pengajaran. Bagi murid yang cerdas, guru perlu membimbing dalam
proses pengkayaan ilmu manakala bagi pelajar yang kurang cerdas guru perlulah
sentiasa membimbing dan melakukan aktiviti asas dan mudah untuk memudahkan
mereka memahami pembelajaran yang disampaikan.
Selanjutnya, semasa menjalankan PBS di SK. Kilimu, saya juga dapati
bahawa terdapat segelintir pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga
yang tidak berkemampuan terpaksa berjalan kaki dari rumah ke sekolah pada jarak
yang jauh iaitu lebih kurang 4 kilometer setiap hari untuk mendapatkan ilmu di
sekolah dan setelah menyoal selidik guru-guru di sekolah tersebut, saya dapati
bahawa kebanyakan murid lemah di sekolah tersebut adalah berlatar belakangkan
keluarga yang berpecah-belah dan sering mengalami konflik seperti pergaduhan
besar-besaran dalam keluarga. Dengan keadaan tersebut, kebanyakan murid yang
menghadapi masalah yang telah saya nyatakan di atas sering ponteng sekolah dan
ini menyebabkan prestasi akedemik mereka merundum. Oleh itu, saya
mencadangkan agar pihak sekolah membantu para murid yang menghadapi
masalah tersebut untuk mencari sekolah rendah yang berasrama memandangkan
SK. Kilimu tidak mempunyai asrama dan memindahkan pelajar-pelajar yang layak ke
sekolah berasrama tersebut untuk memberi mereka peluang meneruskan pelajaran
dan meningkatkan prestasi mereka dari segi akedemik dan kokurikulum. Dengan
adanya usaha pihak sekolah untuk membantu murid-murid tersebut, hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sudah tentu dapat dicapai dan modal insan cemerlang yang
akan memimpin negara pada masa akan datang seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat dilahirkan.

Kesimpulannya, pihak sekolah harus memainkan peranan dalam membentuk


perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil
dan sempurna dan seterusnya kanak-kanak ini akan menjadi aset negara yang
paling bernilai.

Rumusan

Teori perkembangan perlu difahami oleh guru kerana ini akan sedikit
sebanyak memberi panduan kepada guru tentang perkembangan yang dilalui oleh
seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi
perkembangan kognitif, fizikal dan sosialnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh
faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.
Teori perkembangan ini juga memberi panduan kepada guru dan tentang
perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak
adalah berbeza dari perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh
faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya. Pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dari satu sama yang lain. Ini
berlaku kerana terdapat perbezaan yang nyata dari segi genetik yang boleh
membezakan seseorang dari segi fizikal.

Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif ( 2005), bagi memahami perbezaan
individu kanak-kanak, guru bolehlah cuba memahami perbezaan-perbezaan itu,
menerimanya,berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu mereka.
Seterusnya, guru mestilah mempelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza
dari segi kognitif dapat faedah dari satu-satu pelajaran dan mengumpulkan pelajar
mengikut pencapaian mereka, iaitu kumpulan A, B dan C. guru boleh memberi
bimbingan yang lebih kepada pelajar lemah di dalam kumpulan C, manakala pelajar
yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar yang sederhana
pencapaiannya di dalam kumpulan B. Di samping itu, guru bolehlah
mempellbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan pelajar yang
berbeza. Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya.

Pengetahuan mengenai teori perkembangan kanak-kanak akan memberi


banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat
keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiap satu
teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang
dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita
mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak
TUGASAN 2

A) PENGURUSAN GRAFIK

Pengenalan

Untuk tugasan dua bagi kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak ini, saya telah
ditayangkan sebuah video kanak-kanak yang menghidap Autisme. Melalui video
tersebut, kami dikehendaki untuk menyediakan satu peta pemikiran yang menjelaskan
kategori, ciri-ciri serta tingkahlaku kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.
KANAK-KANAK AUTISTIK
Autistic disorder /
Pervasive
Sindrom Autism
Sindrom Asperger Developmental
a Disorder
Komunikasi Intelektual dan kognitif
Jarang menggunakan Satu kumpulan yang
bahasa, dan sukar diajak Mempunyai purata berkongsi keadaan
bercakap antara atas purata IQ gangguan sebagai
Dapat mengingati fakta, kemerosotan nilai
Interaksi sosial kebiasaan mereka
bentuk, data, waktu dan
dalam kesalingan
Tidak mempedulikan lain-lain yang disukai
sosial, gangguan
perasaan orang lain.
perkembangan yang
Anti-sosial Komunikasi
memberikesan pada
Gemar bermain secara Berbahasa agak formal
komunikasi dan
bersendirian. menggunakan
manifestasi terhad serta
Tidak suka disentuh tatabahasa yang tinggi.
tingkah laku yang
Mempunyai masalah
berulang-ulang.
Ketidakupayaan bercakap dan tidak
Kelainan biasa
imaginasi memahami percakapan
termasuk Autisme,
Tidak dapat memikirkan orang lain.
Sindrom Asperger, dan
atau mencari sesuatu Tidak boleh
Pervasive
permainan untuk berkomunikasi dengan
Developmental
bermain. baik.
Disorder Not Otherwise
Gemar melakukan Specified (PDD-NOS).
sesuatu aktiviti yang Interaksi sosial
lebih menampilkan
sama tanpa jemu-jemu Tidak menghiraukan
perbezaan secara
seperti menyusun benda orang lain
Tidak sensitif pada klinikal dengan
dengan warna yang mengambil kira
keperluan, perasaan dan
sama dan menyusun kecacatan sosial dan
pemikiran orang lain.
alat-alat permainan. Tidak mahu bertentang komunikasi.
Fizikal mata atau menunjukkan
Perut buncit dan ekspresi muka apabila
mengalami Bowel bercakap.
Impaction Tidak suka sentuhan

Hiperaktif ataupun hippoaktif , dan suka mencederakan diri.

Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang,
mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

Tidak suka pada perubahan daripada apa yang sedang dilakukannya dan dapat duduk dengan lama
tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

PETUNJUK Kategori kanak-kanak Ciri-ciri khusus kanak- Tingkah laku kanak-


autistik kanak autistik kanak autistik
B) PENULISAN ESEI

Usaha-usaha membantu kanak-kanak Autistik mencapai perkembangan optimum dari


aspek kognitif, psikomotor dan efektif semasa melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan di bilik darjah.

Pengenalan

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku yang bertajuk
Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, asalnya
perkataan autism ialah daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud
sendiri dan dan isme yang bermaksud aliran. Dalam konteks ini, Autos merujuk kepada
seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri

Autisme merujuk kepada gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada


anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Leo Kanner
(1943) menggunakan istilah autistik yang bermakna lari dari realiti. Beliau membezakan
autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil. ,
terlalu sayang pada sesuatu objek yang tertentu. dan keinginan yang kuat untuk
bersendirian. Pada tahun 1943 di Pusat Perubatan John Hopkin,seorang ahli psikiatri
kanak-kanak dari Amerika iaitu Leo Kanner menjalankan kajian ke atas 11 kanak-kanak
Autistik selama beberapa tahun. Pemerhatian beliau terhadap pengidap Autisme yang
menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan
diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza
daripada orang biasa. Oleh itu, Leo Kanner (1943) merumuskan bahawa, Autisme
didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau individu yang
tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut
Kannar (dalam Safari, 2005), Autisme sebagai ketidakmampuan untuk berinteraksi dengan
orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang
mempengaruhi kanak-kanak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial
atau mengembangkan komunikasi secara normal.

Dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Wong Kiet Wah, Khairuddin


Muhamad dan Azlina Ahmad (2013), dinyatakan bahawa National Autism Society of
Malaysia (NASOM) atau Persatuan Autisme Kebangasaan Malaysia telah menyenaraikan
ciri-ciri kanak-kanak Autistik seperti berikut iaitu tidak suka bertentang mata, tidak
menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi, tidak mengenal bahaya dalam
kehidupan seharian, tidak suka disentuh, seolah-olah tidak merasa kesakitan,menangis dan
menjerit tanpa sebab yang ketara, kemahiran motor tidak sekata, masalah menyesuaikan
diri dengan kanak-kanak lain, berkelakuan seperti orang pekak, bermain alat permainan
yang terhad dalam cara yang luar biasa dan bertingkahlaku hiperaktif atau pasif keterlaluan.

Masalah-masalah sampingan yang dihadapi oleh kanak-kanak Autistik

NASOM, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Wong Kiet Wah, Khairuddin
Muhamad dan Azlina Ahmad (2013), juga telah menyenaraikan masalah-masalah
sampingan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengidap Autisme. Antaranya ialah
masalah perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak Autisme adalah
berbeza dengan kanak-kanak lain. Kebanyakan individu Autisme mempunyai tumpuan yang
singkat atau terhad, namun begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka memberi
tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Kanak-kanak Autisme juga
tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan
dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat perkara yang telah
berlaku. Oleh yang demikian, kanak-kanak Autisme juga tidak mampu melihat perkaitan
antara dua perkara.

Seterusnya ialah masalah perkembangan bahasa. Bahasa bagi kanak-kanak


Autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi mereka yang boleh bertutur, kanak-kanak ini
banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas
bahasa secara kreatif. Topik perbualan kanak-kanak autisme adalah terhad di samping
bermasalah dalam bahasa badan yang bersesuaian.

Selain itu ialah masalah perkembangan komunikasi. Kanak-kanak Autisme tidak


mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka
tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki. Sangat sukar
mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian
terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak Autisme juga sukar memahami
bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir
dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau
salah.

Selanjutnya ialah masalah perkembangan sosial. Kanak-kanak Autisme menjadi


handikap apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka kerap dikatakan cuba mengelak
daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak
suka bermain dengan rakan-rakan lain.
Akhir sekali ialah masalah perkembangan emosi. Kanak-kanak Autistik sukar
membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa
perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Individu Autisme
juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada
kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu, individu Autisme menunjukkan
beberapa ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan badan yang kaku dan suara yang
mendatar atau monotonous seperti robot.

Usaha-usaha membantu kanak-kanak Autistik mencapai perkembangan optimum

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang


memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri
mental,keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Menurut NASOM, maksud Autisme adalah seperti berikut: Autisme adalah satu
kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang
pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak
dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku.
namun individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Maka jelaslah di sini
bahawa mereka yang menghidap Autisme juga tergolong dalam kategori berkeperluan khas.
Oleh yang demikian kanak-kanak Autistik juga memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai
seperti kanak-kanak normal. Dengan itu, usaha-usaha yang untuk membantu murid-murid
Autistik mencapai perkembangan yang optimum dari aspek kognitif serta melaksanakan
pembelajaran dan pemudahcaraan yang efektif di dalam kelas haruslah diwujudkan oleh
guru-guru bagi membantu mereka berkembang dari segala aspek dan dapat menimba ilmu
serta menikmati hidup kurniaan Tuhan seperti insan biasa.

Pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang mengalami kelambatan dalam


perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang
pembelajaran. Memandangkan Autisme merupakan masalah kecacatan sepanjang hayat,
maka adalah mustahil untuk menyembuhkan kanak-kanak Autisme menjadi normal seperti
kanak-kanak biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak Autisme dapat dipulihkan menjadi
lebih baik jika diberi pendidikan yang bersesuaian dengan mereka. Masalah bahasa dan
komunikasi yang mereka hadapi boleh dikurangkan sedikit sebanyak dan memberi ruang dan
peluang kepada mereka untuk berinteraksi seperti biasa. Sebagai pendidik, guru-guru
seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi
dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui
pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian
berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka
capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Menurut Sandra F. Rief (2011) dalam buku
beliau yang bertajuk Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak Berkeperluan Khas, terdapat
banyak cara untuk mendekati dan mendidik kanak-kanak berkeperluan khas termasuk
Autisme untuk berkembang dari segi emosi, rohani, intelek dan sosial iaitu dengan strategi
bahasa , strategi kesenian bahasa atau lisan dan strategi penulisan.

Kanak-kanak Autisme sangat sukar menumpukan perhatian kepada bacaan yang


mempunyai perenggan yang panjang dan mengandungi perkataan yang susah. Mereka lebih
cenderung untuk mudah menghafal perkataan yang singkat. Oleh itu, untuk strategi bahasa,
guru-guru boleh menarik perhatian kanak-kanak Autisme dengan menggunakan tiga
peringkat dalam usaha mendidik mereka untuk belajar membaca. Peringkat-peringkat ini
ialah, penggunaan gambar, penggunaan gambar dan suku kata pendek dan penggunaan suku
kata panjang pada kad imbas. Menurut Vacca (2007), beliau menyatakan bahawa guru perlu
menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan
menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin
(2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak
memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah. Penggunaan gambar pada kad imbas
tersebut bertujuan untuk menarik minat pelajar dan seterusnya guru perlu menyebut objek
yang terdapat dalam gambar tersebut berulang kali bersama-sama dengan pelajar.
Mengunakan gambar yang sama, guru perlu beralih kepada peringkat yang kedua iaitu
dengan meletakkan perkataan di bawah gambar tersebut. Kanak-kanak perlu diajar untuk
membaca perkataan tersebut berulang-ulang dan akhirnya, guru perlu membuang gambar
pada kad imbas tersebut dan melatih kanak-kanak untuk menyebut perkataan tersebut tanpa
bantuan gambar. Berdasarkan kepada kenyataan NASOM yang mengatakan bahawa individu
Autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas dan kerap kali mereka menunjukkan
kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik,
maka penggunaan muzik dalam proses pengajaran kaedah membaca sudah tentu dapat
membantu kanak-kanak membaca dengan lebih baik. Ahli sains menyatakan bahawa kanak-
kanak yang terdedah kepada muzik dan instrumen mempunyai potensi yang lebih baik untuk
cemerlang dalam akademik. Dengan ini, guru boleh menggunakan lagu sebagai set induksi
untuk mengajar murid Autisme. Dengan adanya muzik iringan, kanak-kanak Autistik dapat
menyanyi sambil membaca lirik. Hal ini dapat memberi kesan positif kepada kanak-kanak ini
dalam aspek pembacaan.
Untuk strategi kesenian bahasa atau lisan, terdapat banyak perkara yang boleh guru
lakukan untuk memperbaik masalah lisan murid Autistik. Pertama, guru perlu melatih murid
untuk mematuhi arahan yang mudah. Sebagai contoh, arahan Duduk , Lihat dan
sebagainya. Arahan yang mudah ini akan memberi pemahaman kepada murid dan dia mampu
mengikutinya. Guru juga perlu memastikan murid autistik menyebut perkataan arahan
bersama guru dengan tujuan murid tersebut dapat mengingat arahan dan melakukannya.
Seterusnya guru boleh memberi arahan yang lebih panjang selepas terdapat perubahan pada
murid yang mematuhi arahan mudah. Seterusnya, guru bolehlah mengaplikasikan teknik
Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) dalam proses memperbaik masalah
komunikasi kanak-kanak autisme. Teknik AAC yang mempunyai 3 komponen iaitu teknik
komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi. Teknik komunikasi terbahagi kepada
dua iaitu dengan bantuan dan tanpa bantuan. Teknik komunikasi tanpa bantuan ini boleh
dipraktikkan oleh guru bersama murid Autistik dalam kelas. Hal ini kerana kaedah ini tidak
memerlukan alat sokongan luaran atau prosedur khas. Guru hanya perlu menggunakan
kaedah pertuturan, bahasa isyarat, bahasa badan dan mimik muka. Selain itu, kaedah ini tidak
menggunakan kos mahupun sebarang alat sokongan luar. Namun demikian, guru perlu
melakukan kaedah ini berulang kali setiap hari untuk memastikan kanak-kanak Autistik dapat
mengingat pembelajaran mereka dengan mudah.
Aspek tulisan kanak-kanak autisme juga boleh diperbaik dengan melakukan strategi
penulisan. Oleh itu, untuk strategi penulisan, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan
oleh guru untuk membantu masalah tulisan kanak-kanak Autistik. Misalnya,guru bolehlah
mengajar kanak-kanak Autistik cara memegang pensel dan alat tulis dengan betul. Guru perlu
membimbing murid dengan memegang tangan murid sambil membimbing menulis. Murid
juga perlu mengimbangkan kestabilan tangan ketika menulis dan menggerakkan tangan
secara konsisten. Selain itu, sebelum murid boleh diajar dengan kemahiran menulis, guru
perlu memastikan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak tersebut. Guru perlu
menekankan kemahiran motor halus kanak-kanak dengan melakukan aktiviti ringkas seperti
menguli doh. Dengan menguli doh, saraf dan urat murid tidak akan menjadi tegang dan
seterusnya memudahkan murid untuk memegang pensel dengan baik. Latihan pra-tulisan
amat penting bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan tulisan. Guru perlu
memperkenalkan latihan pra-tulisan yang terdiri daripada menulis mengikut garisan bertitik,
membentuk huruf di udara, dalam air dan di atas pasir, latihan membentuk garisan lurus,
bentuk melengkung dan sebagainya. Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu
tugasan atau latihan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak
memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain
mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Kesabaran dan ketabahan
diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak Autisme ini kerana tanpa kesabaran dan
ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.

Kesimpulan

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kajian kes ini, walaupun Autisme
merupakan suatu ketidakupayaan yang tidak dapat disembuhkan, namun begitu,
individu Autisme ini haruslah dibantu melalui pendidikan yang terancang untuk
memberikan mereka peluang untuk turut sama berkembang dan meningkatkan potensi
yang mungkin ada pada mereka. Oleh itu, para guru haruslah mencuba sedaya-upaya
untuk melakukan usaha-usaha seperti yang telah dinyatakan di atas untuk membantu
mereka yang istimewa ini. Kesabaran membimbing dan mengajar anak-anak istimewa
ini amat penting supaya mereka terus berkeyakinan dan bersemangat mempelajari
sesuatu perkara yang diminati. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan
keperluan khas ini perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. Dengan itu,
guru-guru perlulah menyemaikan nilai-nilai positif seperti kasih sayang, keikhlasan,
bertanggungjawab dan kesabaran dalam diri mereka untuk mendidik murid-murid yang
berkeperluan khas seperti Autisme ini dan para guru haruslah sentiasa meningkatkan
usaha mereka serta sentiasa memikirkan idea-idea kreatif untuk melaksanakan kaedah
pengajaran baru untuk membantu murid-murid berkeperluan khas ini selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan mampu memperkembang potensi diri ke tahap yang optimum.
Refleksi

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa
yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada
dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada
pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia
memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya
pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman
saya mengenai teori-teori perkembangan kanak-kanak adalah agak kurang. Namun, setelah
melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahai dengan baik teori-teori tersebut.

Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan murid-murid
secara lisan dengan betul semasa menemu bual mereka untuk mendapatkan maklumat-
maklumat mereka. Sebelum ini, kemahiran berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah
melaksanakan kerja kursus subjek Pendidikan Awal Kanak-kanak ini, saya dapat menguasai
kemahiran tersebut dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat
menguasai komunikasi lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan bertukar-
tukar pendapat dengan rakan-rakan sekelas dan ini merupakan salah satu perkara yang
harus saya banggakan kerana sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang
berkomunikasi secara lisan dengan rakan-rakan saya disebabkan oleh kurangnya keyakinan
komunikasi kerana di rumah saya dan ahli keluarga saya bertutur dalam bahasa Dusun iaitu
bahasa ibunda kaum saya.

Sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengadakan sesi soal selidik
dan menjalankan ujian ke atas orang lain. Namun, semasa melaksanakan kerja kursus ini,
saya berpeluang untuk menyoal selidik dan menjalankan ujian ke atas dua orang murid
tahun 5. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi saya kerana
sebelum ini, saya kurang mengambil kisah tentang perbezaan orang-orang di sekeliling
saya. Kini, saya lebih memahami orang di sekeliling saya kerana semua orang berbeza dari
setiap aspek.

Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan pertama dalam kerja kursus ini,
saya kini lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Perkembangan Kanak-
kanak ini. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati topik-
topik dan teori-teori yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat
melaksanakan dan mengaplikasikan ujian-ujian berkaitan teori yang telah kami pelajari ke
atas dua orang murid yang saya kaji itu.

Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan
tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua
esei dengan tajuk yang berbeza. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai
sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi
ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan
rujukankerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami
adalah agak terhad. Contohnya, untuk tugasan kedua bagi kerja kursus ini, saya telah
diberikan tajuk Autisme. Namun, saya menghadapi kesukaran untuk mencari buku rujukan
berkaitan Autisme di perpustakaan kerana hanya terdapat sebuah buku yang berkaitan
dengan Autisme terdapat di perpustakaan dan buku tersebut telah dipinjam terlebih dahulu
oleh senior. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang
seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga
mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap
bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung
kepada orang lain.

Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas


dan rakan-rakan daripada kelas TESL semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling
membantu antara satu sama lain terutamanya dalam perbincangan kami semasa
menyiapkan kerja kursus ini. Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat
antara satu sama lain bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama
dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan
rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak
pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam
memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang
membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai