Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Setiap ketamadunan yang muncul pasti mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri


dan identiti mereka yang tersendiri. Ini merupakan perlambangan atau simbolik yang
mewakili tamadun yang telah mereka bina demi kelangsungan tamadun mereka baik
dari segi politik, ekonomi mahupun sosial dan beberapa aspek yang lain.Asimilasi
terhadap pelbagai tamadun yang berlaku banyak dipengaruhi oleh faktor sejarah pada
masa lampau yang telah mewujudkan interaksi tamadun yang pelbagai yang kita
dapat rasai pada masa kini. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun
itu sebenamya hasil sikap keterbukaan dalam menerima sebarang perubahan dan
pengaruh tamadun lain. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah
Al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Sejarah telah menunjukkan bahawa interaksi tamadun boleh memberi kesan


dalam dua cara, interaksi positif dan negatif. Interaksi yang positif menyumbang
kepada kedamaian dan kemajuan tamadun seperti mana yang kita dapat lihat
pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Barat yang telah membantu
masyarakat Eropah ketika itu keluar dari Zaman Gelap dan mencetuskan Zaman
Renaissance. Kesan daripada interaksi yang negatif, kita dapat lihat pada masa lalu
berlakunya banyak peperangan berdarah yang meragut jutaan nyawa yang tidak
berdosa, contohnya Konflik Balkan di Bosnia dan pembantaian terhadap bangsa
Yahudi dalam peristiwa Holocaust di Jerman.
2.0 Interaksi Tamadun Melayu, Cina dan India di Malaysia

2.1 Sosiobudaya Tamadun Malaysia

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya ialah hubungan


masyarakat dengan budayanya seperti cara hidup, adat istiadat dan
sebagainya.Antara adat resam yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah
melenggang perut bagi wanita yang mengandungkan anak sulung. Ia bertujuan untuk
mengelakkan kecelakaan terhadap wanita hamil dan bayi yang akan dilahirkannya.
Walaubagaimanapun, adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur Hindu. Upacara
yang sama turut dilakukan atas tujuan yang sama dalam agama Hindu yang digelar
Valaikaapu. Setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu, amalan ini ditentang kerana
berunsurkan khurafat, namun amalan ini masih boleh diteruskan dengan syarat untuk
berubat atau mengurut. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, kita dapat lihat
adat bersanding dan berinai bagi pengantin yang juga diambil dari tamadun India.
Asimilasi yang berlaku antara tamadun Melayu dengan tamadun India dan juga Islam
menjadikan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Asimilasi tamadun cina ke dalam tamadun Melayu, telah melahirkan komuniti


cina peranakan di bandar seperti di Melaka, Kelantan dan juga Penang. Proses
pembudayaan melayu telah berlaku kepada bangsa cina yang berkahwin dengan
orang tempatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka awal kurun 17 dan
membentuk komuniti tersendiri, iaitu Baba Nyonya. Kelompok ini berasal daripada
keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja China untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Bahasa Melayu yang dituturkan
mempunyai banyak perkataan Hokkien. Begitu juga dengan cara masakan mereka
yang dipengaruhi gaya masakana orang Melayu dan sudah menjadi kebiasaan
mereka makan dengan menggunakan tangan kanan. Dari segi kebudayaan dan
pakaian, mereka dilihat menggabungkan pakaian tradisional Melayu dan Cina dengan
memakai baju kebaya bercorakkan kebudayaan cina dan kain sarung batik dari
masyarakat Melayu.
Dalam interaksi ini, nilai yang sama dapat dilihat dalam semua tamadun yang
ada di Malaysia, iaitu nilai keterbukaan yang diamalkan oleh setiap tamadun apabila
berlaku interaksi antara tamadun masing-masing.Prinsip bertolak ansur yang
diamalkan dalam menceduk idea dari tamadun lain telah melahirkan variasi bermakna
dalam ketamadunan dunia.

2.2 Ekonomi Tamadun Malaysia

Daripada hadis nabi Muhammad SAW, sembilan persepuluh punca rezeki


datang dari perniagaan. Islam datang membawa garis panduan yang dijelaskan dalam
Al-Quran berkenaan hal-hal yang berkait dalam kehidupan seperti munakahat dan
mualamat. Dalam urusan jual beli, Islam mengambil kira soal halal haram serta
melarang riba (faedah), penipuan dalam timbangan dan tipu helah lain yang mana
ianya diceritakan berulang kali dan terperinci di dalam Al-Quran. Masyarakat Melayu
menerima Islam secara keseluruhannya sebagai satu cara hidup yang menepati fitrah
dan kehendak manusia.

Masyarakat Cina yang sinonim dengan ajaran Buddha mempunyai konsep


hak-hak kehidupan yang terdapat dalam Jalan Lapan Lapis Mulia (eight fold path).
Aspek moraliti yang ditekankan dalam ajaran Buddha digelar sebagai Sila yang
meliputi lapan jalan tersebut iaitu pertuturan yang betul,perbuatan yang betul dan
pekerjaan yang betul. Apa yang dapat disimpulkan melalui ajaran tersebut, kita harus
menjaga hak manusia lain dengan sifat-sifat yang mulia ketika menjalankan kegiatan
ekonomi. Konsep Dao Li (jalan tatasusila)dalam ajaran Konfucius menekankan
peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan iaitu hubungan
manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan perhubungan politik.

Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma iaitu jalan
kehidupan yang berlandaskan kebenaran dan juga konsep Karma yang membawa
maksud apa yang dialami manusia merupakan hasil perbuatan mereka pada masa
dahulu atau sekarang. Sekiranya dilihat secara menyeluruh, setiap tamadun dengan
pengaruh agama masing-masing mempunyai persamaan dalam usaha menjaga dan
mempertahankan hak-hak dan keadilan ketika menjalankan ekonomi. Tanpanya,
kehidupan manusia akan menjadi huru-hara dan mementingkan diri.

2.3 Pendidikan Tamadun Malaysia

Matlamat utama pendidikan dalam setiap tamadun adalah untuk melahirkan


peribadi unggul dalam diri seseorang. Kesinambungan tamadun bergantung kepada
pemimpin dan masyarakat yang hebat dan bijaksana dalam menjaga ketamadunan
yang telah dibina. Sejarah telah membuktikan jatuhnya sesuatu tamadun itu adalah
berpunca dari pemimpin yang lemah. Masyarakat Melayu berpandukan kepada
pendidikan yang dibawa oleh syariat Islam dalam membentuk peribadi manusia.
Perutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman adalah untuk menjadi teladan
terbaik buat umat manusia. Tuntutan menuntut ilmu di dalam Surah Al-Alaq wahyu
pertama baginda telah menggalakkan umat Islam mencari ilmu keduniaan dan akhirat,
ilmu fardu kifayah dan juga ilmu fardu ain.

Ajaran Konfucius turut menekankan keperibadian yang mulia. Konsep Zhong


Yong yang bermaksud kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana
dan mengelakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Pendidikan dalam
masyarakat Cina menekankan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa Cina. Ajaran Hindu dalam tamadun India menitik beratkan transformasi sifat
yang perlu dicapai melalui proses mencari diri sendiri untuk mencapai tahap
keunggulan kendiri. Begitu juga dalam ajaran Buddha. Bhagawan Sri Sathya Sai Baba
(2000:5) menyatakan penyataan yang menarik, “Tujuan pengetahuan adalah kearifan,
tujuan peradaban adalah kesempurnaan, tujuan kebijaksanaan adalah kebebasan
dan tujuan pendidikan adalah karakter yang baik”.
3.0 Penutup

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa interaksi tamadun yang


berselisih telah berlaku sejak dari dulu lagi telah wujudkan sedikit sebanyak
persamaan dan perbezaan yang positif dan memberi makna yang mendalam dalam
pembentukan tamadun Malaysia yang ada pada hari ini.Kenikmatan dan keharmonian
yang kita kecapi kini merupakan hasil daripada interaksi yang positif oleh nenek
moyang kita dahulu tanpa ada perasaan hegemoni atau ingin mendominasi tamadun
lain.Selain itu, dapat juga diketahui bahawa teologi dan agama telah menjadi asas
pembentukan sesebuat tamadun yang pernah wujud di dunia ini.Kegemilangan
tamadun Yunani, tamadun Mesir, tamadun Rom, tamadun China, tamadun Indus dan
tamadun Islam suatu ketika dahulu banyak meletakkan agama sebagai institusi
tertinggi dalam kerajaan mereka.
Rujukan

 Azhar Hj. Mad Aros,Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.Shah Alam.
 Al-Quran ,Surah al-Hujurat ayat 13, Surah al-Baqarah ayat 254
 Bidja, I Made. (2006). Serba-Serbi Dharma Wacana. Denpasar : Panakom.
 Chandra Muzaffar et.al, Pengenalan Ilmu Ketamadunan, dalam Tamadun
Islam dan Tamadun Asia, Cetakan Keempat, 2004, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, hlm. 14
 Kamal Shah Rani, Tamadun dan Pemikiran Islam,Jabatan Pengajian
Umum,KPTMKL, halaman 1-8
 Sumanggala. (2001).Pengenalan Kepada Buddhisme. Dimuat turun daripada
http://dhamma-bm.tripod.com/main.htm
 Sazelin Arif.(2007) .Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.Shah Alam.
 Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah
Alam: UiTM, hlm. 49.

Anda mungkin juga menyukai