Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MENGARANG PUISI
KEMERDEKAAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

TARIKH PERTANDINGAN:
6-14 OGOS 2018 (DUA MINGGU)

TEMPAT:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

ANJURAN:
BIRO AKADEMIK
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2018/2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
DAN
KOPERASI IPGKBL BERHAD
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
1.0 PENGENALAN

Sempena Bulan Kebangsaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus


Batu Lintang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG Kampus Batu Lintang
telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Puisi Kemerdekaan. Pertandingan ini memberi
peluang kepada siswa pendidik untuk menunjukkan bakat mereka dalam mengarang,
menghayati, menyelami isi dan mesej yang cuba disampaikan melalui puisi yang telah
dikarang. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mencungkil potensi yang ada dalam
kalangan murid serta meningkatkan kesedaran dalam diri mereka agar cinta akan negara
melalui aktiviti kebahasaan.

Di samping itu, melalui aktiviti in, Biro Akademik IPG Kampus Batu Lintang sesi
2018/2019 juga berpeluang untuk menjayakan aktiviti tahunan Biro Akademik. Sebanyak 5
kategori telah dipertandingkan dalam Pertandingan Mengarang Puisi Kemerdekaan pada
tahun ini, iaitu kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban, Bahasa Cina dan
juga Bahasa Arab.

Justeru itu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Batu Lintang ingin
memohon sumbangan daripada pihak tuan berbentuk wang tunai sebanyak RM 250 bagi
menampung kos hadiah yang dijanjikan kepada para pemenang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang penulisan puisi dalam kalangan siswa
pendidik.
2.2 Memberi ruang dan pendedahan kepada siswa pendidik untuk mengetengahkan bakat
mereka dalam bidang penulisan sastera sekaligus membina keterampilan dan jati diri
bangsa melalui semangat kemerdekaan.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan karya kreatif khususnya dalam
bidang puisi.
2.4 Mencetuskan idea yang bernas, kreatif dan bersih dalam kalangan siswa pendidik.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Siswa Pendidik IPG Kampus Batu Lintang


4.0 TEMPOH PERTANDINGAN

6-14 Ogos 2018

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH

Bil Kategori Penyertaan Pemenang Perbelanjaan Sumber


Kewangan
1. Bahasa Melayu 9 1/2/3 RM 50
2. Bahasa Inggeris 1 1/2/3 RM 50 Koperasi
3. Bahasa Iban 7 1/2/3 RM 50 IPGKBL
4. Bahasa Cina 4 1/2/3 RM 50 Berhad
5. Bahasa Arab 2 1/2/3 RM 50
JUMLAH RM 250

Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut :

JOHAN Wang Tunai RM 30 dan sijil

NAIB JOHAN Wang Tunai RM 20 dan sijil

KETIGA Wang Tunai RM 10 dan sijil

11.0 PENUTUP

Diharap Pertandingan Mengarang Puisi Kememerdekaan sempena Bulan


Kebangsaan pada kali ini dapat melahirkan lebih ramai siswa pendidik yang kreatif dan
berjiwa sastera menerusi bahasa ibunda masing-masing.Semoga pertandingan ini mampu
menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap siswa
pendidik dan juga warga IPG Kampus Batu Lintang.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar pihak Tuan boleh turut serta dalam
usaha yang murni ini.Sumbangan dari pihak Tuan juga sedikit sebanyak mampu
mengurangkan beban kami bagi membiayai kos bagi pertandingan ini.
Disediakan oleh,

___________________
(MOHD FAWWAZ BIN MOHD SULHI)
Penolong Biro Akademik,
IPG Kampus Batu Lintang.

Disemak oleh,

___________________
(AMER MUSTYKIM BIN ADENAN)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Batu Lintang.

Anda mungkin juga menyukai