Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERSATUAN

BAHASA MALAYSIA
2018

PERTANDINGAN PESTA PANTUN

SMK BALABAN JAYA


1. PENGENALAN

Persatuan Bahasa Malaysia, SMK Balaban Jaya sesi 2018 bercadang untuk menganjurkan
pertandingan Pesta Pantun bagi ahli-ahli persatuan. Pertandingan ini diadakan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pantun secara praktikal. Melalui
pertandingan ini juga pelajar diharapkan dapat mengubah persepsi terhadap mata pelajaran
bahasa Malaysia. Justeru diharapkan agar pertandingan ini dapat menarik minat pelajar
untuk mempelajari dan mendalami bahasa Malaysia.

2. OBJEKTIF

Melalui pelaksanaan pertandingan ini, pelajar diharap dapat:

2.1 Meningkatkan pengetahuan berbahasa.


2.2 Menjadi pelajar yang peka dengan hal-hal semasa.
2.3 Membina keyakinan diri untuk bercakap di khalayak.
2.4 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

3. TARIKH PELAKSANAAN

Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh : 3 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 7.10 am - 1.00 pm
Tempat : SMK Balaban Jaya, Beluran

4. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Myrene Gidung


Naib Pengerusi : Puan Hanisah Obing
Ketua Guru Penasihat : En. Aji Zul Abdul Latip
Penolong Guru Penasihat : Pn. Suria Salleh

5. SASARAN

Semua pelajar daripada persatuan Bahasa Malaysia SMK Balaban Jaya.


6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM
1 Menengah Atas
 Tempat Pertama 20
 Tempat Kedua 17
 Tempat Ketiga 13
2 Menengah Rendah
 Tempat Pertama 20
 Tempat Kedua 17
 Tempat Ketiga 13
JUMLAH 100
7. PENUTUP

Diharapkan program ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Dengan
adanya program ini, maka akan dapatlah melahirkan pelajar yang berketerampiam dalam
bidang bahasa seterusnya membantu mereka dalam pencapaian yang cemerlang dalam
bidang akademik.

DISEDIAKAN OLEH

_____________________
(AJI ZUL BIN ABDUL LATIP)
GURU PERSATUAN BAHASA MALAYSIA
SMK BALABAN JAYA, BELURAN

DISEMAK OLEH

_______________________
(EN.SENGUAN MUSA)
PENOLONG KANAN KOKUM
SMK BALABAN JAYA

DISAHKAN OLEH

___________________________
(PN. MYRENE GIDUNG)
PENGETUA
SMK BALABAN JAYA

Anda mungkin juga menyukai