Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM

 
1. Nama Program : Hari Jejak Jaya

2. Tarikh : 23 September 2022

3. Hari / Masa : Jumaat ( 9:30 pagi hingga 12:00 tengah hari)


 
4. Tempat : Di dalam kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
 
5. Objektif :
1. Melaporkan keputusan pentaksiran bilik darjah, Pentaksiran
Pertengahan Tahun dan prestasi semasa anak-anak di kelas.

2. Perbincangan dua hala bersama ibu bapa/penjaga

untuk meningkatkan pencapaian anak-anak.

6. Sasaran : Semua murid dan ibu bapa/penjaga SK Desa Amanpuri

7. Penilaian Program:

Program berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada semua warga SK Desa
Amanpuri
.
 7.1 Kekuatan Program:

7.1.1 Program dirancang dengan baik dan berlangsung mengikut yang dirancang.
7.1.2 Waris dimaklumkan dengan baik melalui pelbagai saluran komunikasi.
7.1.3 Bahan-bahan laporan pencapaian murid disediakan dengan lengkap dan
tersusun

7.2 Kelemahan Program:


7.2.1 Bersama murid di dalam kelas agak mengganggu perbincangan dengan ibu
bapa kerana murid bising tanpa kawalan.
7.2.2 Ibu bapa/penjaga berjumpa guru kelas terlalu lama menyebabkan giliran
menunggu jadi lama dan Panjang.

8. Cadangan Penambahbaikan :
8.1 Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga akan dijalankan di dewan, manakala murid
bersama guru pembantu berada di dalam kelas masing-masing.
8.2 Masa untuk seorang ibu bapa/penjaga berjumpa guru kelas akan dihadkan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

………………………………………
Norhafizah binti Mohd Yusof
Penyelaras
Hari Jejak Jaya
SK Desa Amanpuri

DIsemak oleh:

……………………………………….
Junaida binti Ismail
PK Pentadbiran
SK Desa Amanpuri

Disahkan oleh:

…………………………………….
Ahmad Azizi bin Alias
Guru Besar
SK Desa Amanpuri

LAMPIRAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai