Anda di halaman 1dari 9

SK DESA BAIDURI (BBA4043)

PERSIARAN BAIDURI
56000 CHERAS SELANGOR
BBA4043@moe.edu.my
Blog sekolah : http://skdesabaiduri-sel.blogspot.com
No. Tel : 03-91003792 No Faks : 03-91003791

DOKUMENTASI
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH 2022
17 MEI 2022 (SELASA)
1.0 PENDAHULUAN

Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Laporan Razak)


sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
(Legislatif Council Malaya) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh sambutan
perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16
Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin
ke arah kehebatan negara. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah memilih Tarikh 17 Mei
2022 untuk Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru kali ini bertemakan “Guru Tunjang
Sekolah Sejahtera.”

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan seorang pendidik melalui
tugas – tugas yang telah diamanahkan.
2.2 Mewujudkan perasaan menghargai guru atas usaha mereka untuk memberi
kejayaan pada masa depan kepada agama, bangsa dan negara.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik
anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani
dan emosi.
3.2 Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik, ibu bapa
dan pelajar di sekolah ini ke arah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat
kecemerlangan.
3.3 Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah
meningkatkan kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi
kebendaan bahkan juga dari segi moral dan keagamaan.

4.0 LAPORAN AKTIVITI

Pada 17 Mei 2022 yang lalu, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) telah
mengadakan Sambutan Hari Guru yang bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri.

Majlis dimulakan dengan 3 rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku,lagu Negeri Selangor
dan lagu Sekolah. Kemudian, ucapan pengacara majlis disusuli dengan doa yang dibacakan
oleh Ustaz Abdul Hakim bin Sanusi. Seterusnya, Encik Zainuddin bin Mohd Tajar telah
membacakan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ucapan dan pelancaran Sambutan Hari Guru telah dilaksanakan oleh Puan
Norazmah binti Hussin, Guru Besar SK Desa Baiduri. Setelah selesai pelancaran, semua
guru berdiri sambil melafazkan ikrar serta menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Kami
Guru Malaysia.

Setelah selesai nyanyian lagu tersebut, semua guru berdiri di atas pentas untuk
mengambil gambar sebagai gambar kenang-kenangan. Aktiviti program seterusnya ialah
permainan ringkas yang melibatkan guru lelaki dan guru perempuan. Guru lelaki telah
bermain permainan “Sampin Kreatif”, manakala guru perempuan pula bermain permainan
“Siapa Panjang”. Permainan tersebut sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi selepas 2
tahun dalam fasa pandemik Covid-19, semua guru berpeluang bermain semula tanpa
adanya penjarakkan sosial seperti sebelum ini.

Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan menyampaikan anugerah kepada para


guru yang telah memenangi anugerah dikategorikan. Pemenang anugerah tersebut dibuat
melalui undian secara “online” oleh para murid. Antara anugerah guru yang telah
dikategorikan ialah Anugerah Guru Paling Anggun, Anugerah Guru Paling Garang,
Anugerah Guru Paling Comel, Anugerah Guru Paling Sempoi, dan Anugerah Guru Paling
Comel.

Sebelum majlis berakhir, semua murid telah memberikan hadiah kepada guru
masing-masing sebagai tanda penghargaan dan kasih terhadap guru mereka. Para guru
sungguh terharu dan gembira dengan pemberian hadiah daripada murid-murid tersayang.

Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengah hari. Para guru telah dijemput untuk
menjamu selera di kantin. Makanan tersebut telah disediakan oleh pihak kantin sekolah.
Tarikh/ Masa Pelaksanaan Aktiviti Sambutan Hari Guru
17 Mei 2022 (Selasa)

10:00 pagi
Perhimpunan rasmi di dataran acara sambutan hari guru
dimulakan
 Gimik pembukaan (guru)
 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu
Sekolah
 Doa hari guru
 Ucapan ketua pengawas
 Ucapan guru besar
 Bacaan ikrar guru
 Nyanyian lagu Guru Malaysia
 Sesi bergambar
 Penyampaian hadiah murid Tahun 5 dan 6 kepada guru
 Penyampaian hadiah murid Tahun 4 kepada guru*

11:00 pagi  Games Guru


i. Permainan Sampin Kreatif
ii. Siapa Panjang
12:00 tengah hari  Majlis Bersurai
 Jamuan di kantin

5.0 ISU PROGRAM / AKTIVITI

5.1 Masa yang terhad. Ahli BKGK tidak sempat menyediakan hadiah kepada para
guru di mana berlakunya kekangan masa yang terhad.

5.2 Acara mengucapkan Selamat Hari Guru daripada para murid tiada dijalankan.
Para murid tidak diberi peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dalam
keadaan berbaris panjang kepada para guru disebabkan akan memakan masa yang
lebih panjang kerana bilangan murid yang sangat ramai.
6.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM / AKTIVITI

6.1 Mempelbagai aktiviti yang lebih menarik agar guru akan lebih berminat
melibatkan diri dalam permainan kecil

6.2 Menyusun pelbagai strategi akan dilaksanakan pada masa akan datang untuk
memastikan murid berminat untuk membuat persembahan pada Hari Guru yang
akan datang

6.3 Meningkatkan lagi muafakat antara guru BKGK dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti pada masa depan

7.0 PENUTUP

Sepanjang program dilaksanakan, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan telah


berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan Sambutan Hari Guru
yang telah dirancang mengikut susun atur acara yang telah ditetapkan. Murid-murid
telah berjaya menunjukkan penghargaan kepada semua guru mereka. Di samping
itu, Sambutan Hari Guru ini telah melahirkan nilai kerjasama dan hubungan yang
erat antara warga pendidik, ibu bapa dan pelajar di sekolah ini ke arah menjadikan
institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.

Semoga kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dan guru-guru
dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun hadapan. Segala program yang diaturkan
adalah khusus bagi meningkatkan permuafakatan dalam kalangan guru.

Disediakan oleh : Tarikh : 31 Mei 2022

……………………......
(PYLISSIA JANNET ANAK LIAP)
Setiausaha BKGK
LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR
SAMBUTAN HARI GURU 2022
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Anda mungkin juga menyukai