Anda di halaman 1dari 5

SK.

ISKANDAR PERDANA
BANDAR BARU SERI ISKANADR
32610 SERI ISKANDAR

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI LAHIR
&
MAJLIS AKHIR TAHUN
MURID PRASEKOLAH IBNU SINA
TAHUN 2021

TARIKH : 10 DISEMBER 2021


HARI: JUMAAT
MASA: 8.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI
1. PENDAHULUAN

Program Sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Lahir Murid Prasekolah Ibnu Sina Tahun
2021 diadakan adalah untuk memberikan satu penghargaan dan pengalaman yang bermakna
kepada kanak-kanak ini. Majlis yang melibatkan pernyertaan dan kerjasama yang erat daripada
pihak ibu bapa seharusnya memberikan impak yang besar dari segi sosioemosi kanak-kanak.
Dengan itu, pihak kami menganjurkan majis ini sebagai tanda kasih sayang kami kepada
kanak-kanak prasekolah dan juga sebgaai tanda terima kasih kepada para ibu bapa prasekolah
yang selama ini memberikan sokongan dan sumbangan kepada pihak prasekolah.

2. RASIONAL

Program ini bertujuan untuk memupuk sikap saling bekerjasama, saling menghargai, dan
saling menyayangi di kalangan murid-murid prasekolah, ibubapa, keluarga, rakan-rakan,
guru dan sekolah.

3. MATLAMAT

Melalui program yang dijalankan, murid-murid prasekolah akan dapat mengetahui bahawa
diri mereka amat berharga dan mereka disayangi oleh ibu bapa dan guru mereka.

4. OBJEKTIF

Melalui program ini, murid-murid akan dapat :

 Melakukan aktiviti-aktiviti sukaneka bersama rakan-rakan, dan guru yang akan


menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati, saling bekerjasama dan
saling menyayangi.
 Merasakan diri mereka dihargai dan disayangi apabila ibu bapa turut
menyumbang tenaga ke sekolah dan melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah.
 Mewujudkan perasaan suka dan senang dengan sekolah di kalangan murid-
murid prasekolah.
 Bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan seterusnya apabila mereka
berasa yakin dengan pencapaian diri masing-masing.
5. PENGANJUR

Prasekolah Ibnu Sina

6. SASARAN

 25 orang Murid Prasekolah Ibnu Sina


 2 orang Guru Prasekolah / PPM
 1 orang Guru Pendidikan Islam

7. TEMPAT

Kelas Ibnu Sina

8. TARIKH PERLAKSANAAN

10 Disember 2021 (Jumaat)

10. SUMBER KEWANGAN

10.1 Peruntukan Duit PCG Prasekolah

10.3 Sumbangan pihak lain.

11. ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. PERKARA HARGA CATATAN


1. Makanan jamuan :

Mcdonald RM 10.00 x 25 orang - Sumbangan


Kuih dan puding ibubapa dan
Air Milo Ais = RM 250.00 guru serta
Kek Hari Lahir PPM
Goodies hari lahir

2. Hadiah Hari Lahir dan Akhir Tahun RM 25.00 x 25 orang - Peruntukan


-Beg Sekolah dan Set Alat tulis Duit PCG
= RM 625.00 Prasekolah
Jumlah RM 875.00
14. TENTATIF

MASA TENTATIF PROGRAM

7.15 – 7.30 pagi - ketibaan murid


7.30 – 8.00 pagi - sarapan
8.00 – 9.00 pagi - Aktiviti My Bubble (tiup belon)
9.00 – 10.30 pagi - Pertandingan kerusi beracun
10.30 – 11.30 pagi - Majlis Hari Lahir
- Jamuan
11.30 – 12.00 tghri - Majlis Penutupan
- Majlis penyampaian hadiah Akhir tahun
12.00 – 1.00 ptg - Membersihkan kelas
- Bersurai

15. HARAPAN DAN PENUTUPAN

Dengan terlaksananya program Hari Kanak-kanak dan Majlis Hari Lahir Murid Prasekolah Ibnu
Sina Tahun 2021 ini, dapat memberikan satu pegalaman yang sungguh menyeronokkan dan
bermakna kepada mereka sebelum mereka melangkah ke Tahun 1. Semoga dengan
sumbangan dan sokongan ibu bapa di dalam program ini akan membina hubungan yang positif
di antara pihak ibu bapa dan sekolah SK Iskandar Perdana khususnya.   

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh

………………………………….. ………………………………

SARINAH BINTI MADJIT AHAMAD FADZIL BIN ARIFF


GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR
IBNU SINA SK ISKANDAR PERDANA
SK ISKANDAR PERDANA

Anda mungkin juga menyukai