Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH, KUANTAN PAHANG.

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

KERTAS KERJA :

SAMBUT
AN HARI
KANAK-
KANAK
ANJURAN OLEH :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SKC

TARIKH :
7 DISEMBER 2022
(RABU)

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Malaysia adalah di
antara 150 buah negara yang menyambutnya pada bulan November setiap tahun. Sebagai
membuktikan keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak
sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada setiap tahun.

Namun begitu akibat kekangan masa akibat pelbagai program yang berjalan di akhir tahun,
Sekolah Kebangsaan Cenderawasih bercadang untuk melaksanakan sambutan tersebut serentak
dengan jamuan akhir tahun. Ini bertujuan untuk menggunakan masa dengan baik dan memeriahkan
lagi sambutan Hari Kanak-kanak dengan memberikan ruang murid untuk beriadah secara sihat di
dalam kelas.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan hari Kanak-Kanak adalah Memberi penghormatan dan pengiktirafan
kepada kanak-kanak yang juga merupakan warga SECENDRA dan mencetuskan kesedaran
kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan,
kebajikan serta hak Kanak-kanak sentiasa dipelihara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Bersama meraikan kanak-kanak bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia serentak
dengan jamuan Akhir tahun.

3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.

3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-
kanak.

3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-
emosi, sahsiah dan rohani.

3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas dan murid tahun 1 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Cenderawasih, Kuantan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

7 November 2022 (Rabu)

6.0 TEMPAT

- DI dalam kelas masing-masing


7.0 MASA

Unit bimbingan dan Kaunseling ingin meminta kelonggaran dari pihak pentadbir untuk
membenarkan murid balik awal pada hari kejadian. Majlis ini diharapkan dapat ditamatkan pada
pukul 12.30 petang.

7.1 Jamuan Bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi (tahap 1 dan 2)

7.2 Permainan Dalaman (Indoor games) pada pukul 11.00pagi hingga 12.30 petang (tahap 1 dan 2)

- permainan di bawa oleh murid dari rumah

- (contoh permaiman – dam ular, catur, batu Seremban, Saidina, Sahiba)

JAWATANKUASA INDUK

- Seperti Lampiran A

8.0 CADANGAN PELAKSANAAN / MASA AKTIVITI

7.40 - Ucapan Guru Besar dan memasang lagu sepanjang jamuan berlangsung

8.30 - Jamuan Tahap 1 dan 2

10.30 - Kemas kelas

11.00 - Permainan Dalaman (Indoor games)

12.30 – sesi persekolahan tamat

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i) Sumbangan PIBG : Rm1500.00 (goodies)

ii) Sumbangan makan dibuka kepada ibu bapa yang ingin menyumbang.

10.0 PENYELIAAN

11.1 Guru Besar


11.2 Guru Penolong Kanan
11.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling dan AJK UBK
11.4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh :

NIZA ROSNIZA BINTI ABDULLAH TN HJ MISTAM BIN SHARBINI SAUDI BIN JAMIL
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PK KO KURIKULUM GURU BESAR
JAWATANKUASA BERTINDAK
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH, KUANTAN PAHANG

PENGERUSI : ENCIK SAUDI BIN JAMIL


NAIB PENGERUSI : TN HJ MISTAM BIN SARBINI
PN SITI ROHANA BINTI SHAHARUDIN
PN NORMALA BT REJAB
PN FATIMAH BT MAT ASIN
SETIAUSAHA : PN NIZA ROSNIZA BINTI ABDULLAH @ BAHARUM
PENYELARAS : PN T MANIMALA A/P TAMOTHARAN

JK GAMBAR
PN SURIYATY BINTI SHAMSUDIN
PN SURAINI BINTI SAHAT
PN RAHIMAH BINTI ABDULLAH

PENGACARA MAJLIS
PN NIZA ROSNIZA BINTI ABDULLAH @ BAHARUM

JK AKTIVITI DAN KAWALAN MURID


PN T. MANIMALA A/P TAMOTHARAN
DAN SEMUA GURU MATAPELAJARAN

JK PENYEDIAAN GOODIES
CIK JAMILAH BINTI ZULKEFLY
PN SITI NOOR AZIANA BINTI SHEIKH AHMAD
DAN SEMUA GURU BANTU KELAS TAHAP 1 DAN 2

JK JAMUAN
SEMUA GURU KELAS DAN PEMBANTU GURU KELAS

Anda mungkin juga menyukai