Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE- 65 PERINGKAT SEKOLAH


2022

TEMA: “ KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA”

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), SK MIRI.

TARIKH: 24 OGOS 2022

HARI: RABU

MASA: 0700 Pagi – 1200 Tengahari

TEMPAT: KELAS PPKI SK MIRI

ANJURAN:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN MIRI

LOT 1167, BLOK 7, MCLD, JALAN BULAN SABIT,

98000 MIRI, SARAWAK.


KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT SEKOLAH 2022

TEMA: “KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA”

1.0 PENDAHULUAN

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. Ia diperkenalkan
oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr
Annuar Haji Musa hari ini.

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan
infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang
untuk kemudahan rakyat. Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus
maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung
kehidupan ekonomi rakyat.

2.0 MATLAMAT

2.1 Aktiviti sambutan kemerdekaan pada kali ini diharapkan dapat memberi
pendedahan nilai dan semangat kecintaan, patriotik dan kebebasan kepada
murid berkeperluan khas pada tanah air iaitu negara kita Malaysia, iaitu
dengan cara memahami, menghargai dan menghayati erti nilai sebenar
kemerdekaan setelah kita bersama-sama berjuang dalam mengharungi
pandemik Covid 19 yang melanda dunia.

2.2 Aktiviti ini juga diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada murid
berkeperluan pendidikan khas tentang peri pentingnya liputan Internet
dalam pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan
yang dalam kemajuan negara bagi kemudahan rakyat. Kemerdekaan kali ini
memberi pendedahan pada murid tentang nilai kebersamaan, komited
untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang
menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Melalui aktiviti ini, diharapkan dapat:

3.1 Memupuk dan menanam semangat kecintaan pada negara Malaysia dalam
membina nilai jati diri sebagai rakyat Malaysia yang bebas, berwawasan,
mempunyi hala tuju, berakhlak mulia dan positif.

3.2 Memupuk nilai kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta peri
pentingnya keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung
kesejahteraan hidup rakyat.

3.3 Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan antara murid dan
warga PPKI secara menyeluruh tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan
agama selaras dengan tema Kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Keluarga
Malaysia Teguh Bersama” ke arah mencapai keharmonian dan kesejahteraan
keluarga.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Warga Pendidikan Khas yang terdiri daripada:

 41 orang murid PPKI


 3 orang guru PPKI
 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tentatif Program

MASA AKTIVITI

 Murid PPKI berkumpul di ruang legar PPKI


0700 PAGI  Penerangan ringkas aktiviti dan pengagihan Kumpulan

0730 PAGI AKTIVITI 1


HINGGA  Kibar jalur gemilang dan menyanyi lagu partiotik
0930 PAGI
AKTIVITI 2
 Pertandingan Mewarna Poster Merdeka

0930 PAGI REHAT


HINGGA
1000 PAGI

1000 PAGI AKTIVITI 3


HINGGA  Penerangan Logo Keluarga Malaysia Teguh Bersama
1200
TENGAHARI AKTIVITI 4 (KUMPULAN MENGIKUT KELAS MASING-MASING)
 TANGAN KREATIF – Pertandingan melukis dan mewarna logo
“KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA”

1200 BERSURAI
TENGAHARI
6.0 JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi : Puan Masnah Binti Sulong (Guru Besar, Sekolah

Kebangsaan Miri)

Timbalan Pengerusi : Puan Suhaila Binti Sabeh (PK Pendidikan Khas, Sekolah

Kebangsaan Miri)

Penyelaras Program : EN. Ron Joseph

Fasilitator Aktiviti : Guru-guru dan Ppm PPKI, Sk Miri

Ajk fotografi : Puan Pauline Anak Rantai

7.0 KEWANGAN

7.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Penerangan Jumlah (RM) Sumber


Kewangan

1. Hadiah 41 orang X RM2.65 RM108.65 YURAN


KHAS
SEKOLAH
JUMLAH KESELURUHAN RM108.65
8.0 PENUTUP

Diharapkan melalui aktiviti Sambutan Kemerdekaan pada kali ini dapat memberi
pendedahan kepada murid PPKI tentang peri pentingnya erti Kemerdekaan yang
sebenar melalui pemupukan dan penghayatan nilai kecintaan terhadap tanah air kita
dalam membentuk jati diri, bangsa dan agama secara keseluruhan di samping dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dalam hidup bermasyarakat bagi menjamin
keharmonian dan kesejahteraan hidup selaras dengan hasrat Keluarga Malaysia Teguh
Bersama.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………….. ………………………………..

(En Ron Joseph) (Pn Suhaila Binti Sabeh)

Penyelaras Program, PK Pendidikan Khas,

Sekolah Kebangsaan Miri Sekolah Kebangsaan Miri

TARIKH: TARIKH:
KERTAS CADANGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE- 65 PERINGKAT
SEKOLAH 2022

TEMA: “ KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA”

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN

ULASAN:

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

(MASNAH BINTI SULONG)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Miri

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai