Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2007 1. Pengenalan


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

2.

Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

3.

Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.

4.

Objektif Rancangan
Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

5.

Sekolah Terlibat.
5.1 5.2 5.3 SK Kayan, 32030, Sitiawan Perak SJK (T) Kampung Kayan, 32030, Sitiawan, Perak. SJK (C) Uk Dih, Kampung Koh Sitiawan, Perak.

6.

Program Yang Akan Dijalankan


6.1 6.2 6.3 Program Padu Anak Malaysia Sambutan Hari Raya Lawatan Sambil Belajar - Pertandingan dan Aktiviti Sukan. - Majlis Ramah Mesra.. - Lawatan ke tempat bersejarah.

6.1

Program Padu Anak Malaysia 6.1.1 Pengenalan Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 6.1.2 Jenis Aktiviti Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti Sukan.

6.1.3

Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. 6.1.4 Objektif

Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu sama lain. 6.1.5 Sasaran Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah. 6.1.6 Tarikh dan Masa 5 November 2007 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi. 6.1.7 Jawatankuasa RUJUK LAMPIRAN.

6.2

Sambutan Hari Raya 6.2.1 Pengenalan Hari Raya Aidilfitri dikenali juga sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh orang Islam pada 1 Syawal, iaitu bulan ke 10 dalam takwin Islam. Perayaan ini juga lebih dkenali sebagai Hari Raya Puasa kerana dirayakan setelah umat Islam sempurna mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadhan. 6.2.2 Jenis Aktiviti Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Majlis Ramah Mesra. 6.2.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

6.2.4

Objektif

Dapat meningkatkan pengetahuan tantang sambutan Hari Raya Aidilfitri serta menghormati umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. 6.2.5 Sasaran Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah. 6.2.6 Tarikh dan Masa 5 November 2007 (Isnin) bermula jam 12.00 tengah hari. 6.2.7 Jawatankuasa RUJUK LAMPIRAN.

6.3

Lawatan Sambil Belajar. 6.3.1 Definisi Program lawatan ke tempat-tempat yang dapat meningkatkan pengetahuan am murid. 6.3.2 Jenis Aktiviti

Lawatan ketempat bersejarah dan ke pusat flora dan fauna seperti zoo negeri dan taman bunga. 6.3.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. 6.3.4 Objektif

Dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang tempat-tempat yang dilawati serta dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum.

6.3.5

Sasaran Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap sekolah.

6.3.6

Tarikh dan Masa 21 November 2007 (Rabu)

6.3.7

Tempat Lawatan Kuala Kangsar dan Taiping

6.3.8

Guru Pengiring Empat orang guru pengiring dari setiap sekolah yang terlibat.

6.3.9 Tarikh 21 / 11 / 2007 (Rabu)

Jadual Lawatan Masa 7.00 am 9.00 am 9.10 am 10.00am 10.30 am 11.30am 12.30pm 1.30pm 3.00pm 4.00pm 5.00pm 7.00pm Aktiviti Memulakan perjalanan dari Sitiawan Sampai di Bandar Kuala Kangsar Mengujungi Istana lama Kuala kangsar Melawat Balai Seni Kuala Kangsar Mengunjungi Sungai Perak dengan menaiki feri Bertolak ke Bandar Taiping Sampai di Bandar Taiping dan makan tengahari. Melawat Zoo Taiping Melawat Tasik Taiping Melawat Muzium Taiping Bertolak pulang ke Sitiawan Sampai ke sekolah masing-masing

6.3.10 Jawatankuasa RUJUK LAMPIRAN.

7. 9.

Perbelanjaan kesemua program Kesimpulan

Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.

Disediakan oleh:

Disemak Oleh:

Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai