Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)
2010

1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.
Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah
dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun
2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat


antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan
perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama,
budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk


bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam
masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
harmoni.

2. Konsep
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam
kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
penggemblengan tenaga dan kepakaran.

3. Matlamat
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat
muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.
4. Objektif Rancangan
 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan
murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara
bersama-sama.
 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan
mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
 Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai
kaum di sekolah.
 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk
menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

5. Sekolah Terlibat.
5.1 SK Kayan, 32030, Sitiawan Perak
5.2 SJK (T) Kampung Kayan, 32030, Sitiawan, Perak.
5.3 SJK (C) Uk Dih, Kampung Koh Sitiawan, Perak.

6. Program Yang Akan Dijalankan


6.1 Program Padu Anak Malaysia - Pertandingan dan Aktiviti
Sukan.
6.2 Sambutan Hari Raya - Majlis Ramah Mesra..
6.3 Lawatan Sambil Belajar - Lawatan ke tempat
bersejarah.

6.1 Program Padu Anak Malaysia

6.1.1 Pengenalan

Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat


membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif,
mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum.

6.1.2 Jenis Aktiviti


Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan
Aktiviti Sukan.

6.1.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,


memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan
mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

6.1.4 Objektif

Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki


dan tangan dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah
dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu sama lain.

6.1.5 Sasaran

Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap


sekolah.

6.1.6 Tarikh dan Masa

5 November 2007 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi.

6.1.7 Jawatankuasa

RUJUK LAMPIRAN.

6.2 Sambutan Hari Raya

6.2.1 Pengenalan

Hari Raya Aidilfitri dikenali juga sebagai Hari Raya Puasa,


Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri disambut
oleh orang Islam pada 1 Syawal, iaitu bulan ke 10 dalam takwin
Islam. Perayaan ini juga lebih dkenali sebagai Hari Raya Puasa
kerana dirayakan setelah umat Islam sempurna mengerjakan ibadat
puasa pada bulan Ramadhan.
6.2.2 Jenis Aktiviti

Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Majlis Ramah Mesra.

6.2.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,


memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan
mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

6.2.4 Objektif

Dapat meningkatkan pengetahuan tantang sambutan Hari Raya


Aidilfitri serta menghormati umat Islam merayakan Hari Raya
Aidilfitri.

6.2.5 Sasaran

Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap


sekolah.

6.2.6 Tarikh dan Masa

5 November 2007 (Isnin) bermula jam 12.00 tengah hari.

6.2.7 Jawatankuasa

RUJUK LAMPIRAN.

6.3 Lawatan Sambil Belajar.

6.3.1 Definisi

Program lawatan ke tempat-tempat yang dapat meningkatkan


pengetahuan am murid.

6.3.2 Jenis Aktiviti

Lawatan ketempat bersejarah dan ke pusat flora dan fauna


seperti zoo negeri dan taman bunga.

6.3.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan
mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta
dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

6.3.4 Objektif

Dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang tempat-


tempat yang dilawati serta dapat berkomunikasi dengan rakan
pelbagai kaum.

6.3.5 Sasaran

Seramai 96 orang pelajar iaitu 32 orang pelajar setiap


sekolah.

6.3.6 Tarikh dan Masa

21 November 2007 (Rabu)

6.3.7 Tempat Lawatan

Kuala Kangsar dan Taiping

6.3.8 Guru Pengiring

Empat orang guru pengiring dari setiap sekolah yang terlibat.

6.3.9 Jadual Lawatan

Tarikh Masa Aktiviti


21 / 11 / 7.00 am Memulakan perjalanan dari Sitiawan
2007 9.00 am Sampai di Bandar Kuala Kangsar
(Rabu) 9.10 am Mengujungi Istana lama Kuala kangsar
10.00am Melawat Balai Seni Kuala Kangsar
10.30 am Mengunjungi Sungai Perak dengan menaiki
11.30am feri
12.30pm Bertolak ke Bandar Taiping
1.30pm Sampai di Bandar Taiping dan makan
3.00pm tengahari.
4.00pm Melawat Zoo Taiping
5.00pm Melawat Tasik Taiping
7.00pm Melawat Muzium Taiping
Bertolak pulang ke Sitiawan
Sampai ke sekolah masing-masing

6.3.10Jawatankuasa

RUJUK LAMPIRAN.

7. Perbelanjaan kesemua program

BIL BUTIRAN JUMLAH


1 Program Pertandingan dan aktiviti sukan
(RM 400.00 X 3 buah sekolah) RM 1 200.00
2. Program Sambutan Hari Raya
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X
3 buah sekolah) RM 960.00
3 Prorgam Lawatan Sambil Belajar
(RM 960.00 X 3 buah sekolah) RM 2 880.00
4 Topi untuk pelajar
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X
3 buah sekolah) RM 960.00
JUMLAH RM 6 000.00

8. Butiran Perbelanjaan
8.1 Program Pertandingan dan Aktiviti Sukan

Hadiah Murid 96 murid X RM 10.00 = RM


960.00
Air Minuman 6 kotak X RM 12.50 = RM
75.00
Glass paper 12 helai X RM 1.00 = RM 12.00
Cellotape 6 biji X RM 2.50 = RM 15.00
Brown paper 60 helai X RM 0.50 = RM
30.00
Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00

JUMLAH A = RM 1 200.00
8.2 Program Sambutan Hari Raya

Makan murid 96 murid X RM 10.00 = RM


960.00
Topi murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00

JUMLAH B = RM 1 920.00

8.3 Program Lawatan Sambil Belajar

Sewa Bas RM 700.00 X 3 sekolah = RM 2 100.00


Makan Tengahari 96 murid X RM 5.00 = RM 480.00
Tiket Zoo Taiping 96 murid X RM 1.00 = RM 96.00
Tambang Feri Sungai Perak 96 murid X RM 1.00 = RM
96.00
Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00

JUMLAH C = RM 2 880.00

Jumlah A + B + C = RM 6 000.00
9. Kesimpulan
Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat
sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah
yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang
perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program
seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta
disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai