Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN KOTA BELUD

WDT 137, 89158,

KOTA BELUD, SABAH.

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE:

1) DESA CATTLE DAIRY FARM, KUNDASANG


2) SABAH TEA GARDEN, NALAPAK, RANAU

ANJURAN:
KELAB KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI
DAN
PERSATUAN SEJARAH
1.0 PENGENALAN
Kecemerlangan pendidikan haruslah sejajar dengan wawasan 2020 untuk melahirkan generasi
yang berkebolehan dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelajar-pelajar perlu didedahkan dan
diberi peluang untuk memperolehi seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan bagi
mempertingkatkan keyakinan diri mereka untuk menjayakan hasrat negara yang dicita-citakan.

Sehubungan dengan itu, demi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang,
mereka perlu dibimbing bukan sahaja dari segi intelek semata-mata tetapi juga perlu seimbang
dari segi rohani, jasmani dan emosi. Keseimbangan dari segala aspek perlu untuk memupuk
semangat pelajar mempertingkatkan mutu pelajaran mereka dari semasa ke semasa.

2.0 RASIONAL

Lawatan sambil belajar ini dirancang dan akan dilaksanakan untuk membantu mereka menimba
pengalaman yang sebelum ini mereka tidak rasai di sekolah. Selain itu, ia dapat menjana
perkembangan minda dan memupuk pemikiran yang positif serta membina. Di samping itu dapat
mewujudkan keselesaan fikiran dan keseimbangan emosi dalam usaha melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Pelajar dapat menimba pengalaman yang baru yang boleh didapati ditempat yang akan
dilawati.
3.2 Pelajar dapat menjana minda untuk menimba ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti
sepanjang lawatan.
3.3 Pelajar dapat menanam sifat kerjasama melalui aktiviti yang dijalankan.
3.4 Pelajar dapat membentuk sahsiah diri yang baik, selain diharapkan dapat memantapkan
disiplin diri pelajar melalui penerapan aktiviti luar.
3.5 Pelajar dapat membina semula keyakinan terhadap pelajaran dan akan berusaha untuk
mempertingkatkan prestasi pelajaran.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir lawatan sambil belajar ini, pelajar akan dapat menghasilkan catatan pengalaman yang
ditulis di setiap tempat lawatan/ aktiviti. Catatan pengalaman ini akan ditulis oleh setiap pelajar
semasa lawatan tersebut. Jurnal ini akan dipamerkan di papan maklumat Kelab
Keusahawanan dan Koperasi dan Persatuan Sejarah.

5.0 PESERTA LAWATAN

Lawatan sambil belajar ini akan disertai seramai 40 orang pelajar terpilih dari Kelab
Keusahawanan dan Koperasi dan Persatuan Sejarah. Lawatan ini turut disertai oleh 4 orang
guru-guru penasihat kelab dan persatuan tersebut.

6.0 TARIKH LAWATAN

Lawatan sambil belajar ini dijadualkan pada 16 April 2015 (1 hari).

7.0 TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI

Antara tempat-tempat yang akan dilawati seperti yang berikut:

1) Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang


2) Sabah Tea Garden, Nalapak, Ranau
8.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi Encik Bakri Dani (Pengetua SMK Pekan Kota Belud)


Naib Pengerusi Encik Injan Malul (Penolong Kanan 1, SMK Pekan Kota Belud)
Setiausaha Cik Shariatulfaizah Mahali
Bendahari Puan Rostinah Salimon
AJK Pengangkutan Cik Masti Agoh
AJK Dokumentasi Pn.Adeline Wong
AJK Makanan dan Minuman Pn. Jaireh Usah
AJK Disiplin En. Mohd Arif Ismail
AJK Keselamatan dan En. Perli Anti
Kebersihan

9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL PERKARA PERUNTUKAN SUMBER

1. Pengangkutan Bas Sekolah (3 buah) Tajaan sekolah

2. Sarapan pagi RM10 X 44 orang = RM440.00 Tajaan dan sumbangan


dan makan tengah sekolah dan duit pelajar
hari.

3. Air mineral RM

4. Bayaran masuk ke
Taman Tamadun
Islam dan River RM 20X 36 orang (sekali masuk) = RM 720.00
Cruise

JUMLAH BESAR = RM
10.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi - Sarapan pagi


- Bertolak dari sekolah

9.30 pagi - Melawat ladang teh organik


- Melihat cara-cara teh diproses di kilang
- Membeli cenderahati

12.00 tghr - Makan tengah hari


- Solat

1.30 petang - Melawat ladang lembu susu terbesar di Sabah


- Melawat kilang pemprosesan susu lembu
- Membeli produk tenusu keluaran Desa

Melalui lawatan ini, diharapkan para pelajar akan menambahkan pengalaman dan pengetahuan serta
mengenali potensi diri ke arah mempertingkatkan keupayaan masing-masing dan menjadi pelajar
yang cemerlang.

Disediakan oleh:

.............................................

SHARIATULFAIZAH MAHALI

Ketua Guru Penasihat

Kelab Keusahawanan dan Koperasi

SMK Pekan Kota Belud

Sabah.

Anda mungkin juga menyukai