Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

--------------------------

KEM KECEMERLANGAN SPM


PRINSIP PERAKAUNAN
PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

09HB – 12HB APRIL 2015

ANJURAN:
SMK TAMBULION KOTA BELUD

DENGAN KERJASAMA:
BIRO PENDIDIKAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN KOTA BELUD

“CEKAP, CEPAT DAN TEPAT


KECEMERLANGAN ILMU MEMBENTUK AKHLAK“

Kertas Konsep ini dikemukakan kepada :

Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO


Bahagian KOTA BELUD

dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan dan peruntukan


kewangan.
1.0 PENGENALAN
Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia merupakan tunjang utama memacu hala tuju
Negara dan juga Global. Oleh itu, pihak SMK Tambulion berasa amat berbesar hati untuk
berkerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dalam SPM di Daerah Kota
Belud. Satu Program dirangka khas iaitu KEM KECEMERLANGAN PRINSIP
PERAKAUNAN SPM 2015 DAERAH KOTA BELUD.

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan ditawarkan sebagai subjek Elektif di sekolah-sekolah


menengah dan ia merupakan salah satu subjek yang amat diminati oleh pelajar tetapi
sukar dikuasai oleh pelajar bumiputera khususnya. Sejajar dengan itu, kursus ini diadakan
dan ianya merupakan sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar
kelas. Kursus ini juga menggabungkan pengajaran menggunakan Kaedah Kecerdasan
Pelbagai (KBAT) bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan peserta kursus serta
membina keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2015.

2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan skema pemarkahan selaras dengan kehendak LCCI dan SPM

3.0 OBJEKTIF
Selepas menghadiri kursus, para peserta akan dapat:

a) Menguasai konsep ABLEH,


b) Menggunakan ‘body language’ sebagai pemudahcara menguasai akaun
c) Mengingati dengan Teknik Lagu, ‘Mnemonic’ dan Peta Minda
d) Mengetahui dan mengira pelarasan
e) Merekod pelarasan dengan betul dalam Jurnal dan Lejar
f) Menyediakan penyata kewangan dengan pelarasan.
g) Menguasai Inovasi: KOMPAS PPB [Penyata Penyesuaian Bank]

4.0 SKOP KURSUS


Peserta kursus diberi kecekapan menguasai Penyata Kewangan dan Pelarasan dalam:

a) Keempunyaan Tunggal
b) Perkongsian
c) Pengeluaran
d) Kelab dan Persatuan
e) Rekod Tak Lengkap

5.0 SASARAN
Terbuka khusus untuk pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Prinsip
Perakaunan SPM.
Sekolah yang dijangka terlibat ialah:
(i) SMK Tambulion Kota Belud
(ii) SMK Narinang Kota Belud
(iii) SMK Arshad Kota Belud
(iv) SMK Pekan Kota Belud
(v) SMK Pekan 11 Kota Belud
(vi) SMK Usukan Kota Belud
(vii) SMK Taun Gusi Kota Belud

Program ini juga menjemput pelajar sekolah dari daerah


(i) Tenghilan
(ii) Tamparuli
(iii) Tuaran
(iv) Kota Kinabalu
(v) Putatan
(vi) Papar

6.0 TARIKH
09hb - 12hb April 2015
(Khamis hingga Ahad)

7.0 TEMPAT
SMK TAMBULION KOTA BELUD

8.0 MOTTO
“Cekap, Cepat dan Tepat Kecemerlangan Ilmu Membentuk Akhlak”

9.0 SIJIL
1. Sijil Penyertaan akan diberi kepada semua peserta kursus.
2. Sijil Kecekapan Perakaunan akan dberi kepada peserta kursus yang lulus dalam
Ujian Kecekapan.

10.0 KONSEP KURSUS


Peserta kursus akan mengikuti kursus sepenuh masa.
Peserta kursus akan menginap di asrama sekolah.

11.0 BARANG KEPERLUAN


 Pakaian untuk 4 hari 3 malam iaitu baju riadah, solat dan kursus termasuk baju
sekolah
 Kasut Sukan/Selipar
 Peralatan Keperluan Mandian
 Alat tulis/kertas kajang
 Ubat-ubatan (jika ada)
 Barangan peribadi (jika perlu)
 Wang saku

CATATAN:
Telefon bimbit/barang-barang berharga dan barangan peribadi BOLEH DIBAWA dan
DIGUNAKAN sepanjang kursus. WALAU BAGAIMANAPUN sekiranya hilang
penganjur tidak akan bertanggungjawab.
DILARANG memakai pakaian seksi dan seluar pendek.
12.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN
a) Dewan
b) Kerusi dan meja pelajar
c) Komputer
d) Pencetak
e) Scanner
f) LCD
g) Skrin LCD
h) Papan putih
i) Whiteboard
j) Extension wayar
k) P.A. System
l) Kertas mahjong
m) Manila Kad
n) Peralatan Alat tulis
o) Gam
p) Gunting/pisau
q) Selotep/double side tape
r) Radio
s) Kertas A4

13.0 KANDUNGAN PROGRAM


Program ini akan dijalankan dalam bentuk
i) Ujian bertulis individu
ii) Latihan berkumpulan
iii) Bengkel dan
iv) Simulasi.

14.0 TENTATIF PROGRAM


09hb April 2015 (Khamis)
03.00pm-06.00pm Pendaftaran
08.00pm-09.00pm Ujian Pra-Kecekapan
09.00pm-11.00pm Talks: Aku Budak Akaun

10hb April 2015 (Jumaat)


08.00am-10.00am ABLEH – “Body Language”
10.30am-11.30am Latihan Dalam Kumpulan 1
02.00pm-04.00pm Pelarasan Kewangan 1
a- Akaun Kawalan
b- Terakru dan Terdahulu
04.30pm-05.30pm Riadah
08.00pm-09.00pm Kuiz 1 - antara sekolah-sekolah
09.00pm-11.00pm Pelarasan Kewangan 2
a- Susutnilai & Peruntukan
b- Hutang Lapuk & Peruntukan
11hb April 2015 (Sabtu)
08.00am-10.00am Pelarasan Kewangan 11
a- Pembetulan Kesilapan
b- Rekod Tak Lengkap
10.30am-12.30pm Inovasi KOMPAS PBB:
PENYATA PENYESUAIAN BANK
02.00pm-05.30pm Kembara Perakaunan
08.00am-09.00pm Kuiz II – antara kumpulan
09.00am-12.00pm Malam Kebudayaan Perakaunan
- Persembahan mengikut sekolah
(bebas)
- Persembahan kumpulan

12hb April 2015 (Ahad)


08.00am-09.00am UJIAN KECEKAPAN
11.00am Majlis Penutupan

TENTATIF ACARA PERASMIAN PENUTUPAN

10.30 - Para peserta mengambil tempat


- Ketibaan Tetamu Kehormat
- Ketibaan Perasmi
11.00 - Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
- Bacaan Doa
- Pembentangan Sidang Pleno
- Nyanyian Lagu-lagu Akaun
- Ucapan Alu-aluan : Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah
KOTA BELUD
- Ucapan dan Perasmian oleh:
YAB Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah
Ketua UMNO Bahagian KOTA BELUD
Merangkap ADUN Usukan
- Penyampaian
 Sijil Kursus
 Hadiah
 Sijil Penghargaan
 Cenderamata
- Jamuan Ringan
- Bersurai
15.0 STRUKTUR ORGANISASI
Penaung: 1.) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KOTA BELUD
11.) Pegawai Pendidikan Daerah, PPD KOTA BELUD

Penasihat I:En. Jainor Sair


Penolong Kanan Pentadbiran
(Pemangku Pengetua)
SMK Tambulion Kota Belud

Penasihat II: En. Rusdi Bin Suin


Pengerusi
Biro Pendidikan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagain Kota Belud

Penasihat III: En. Mokilau Rudin


Ketua Bidang Jabatan Teknik dan Vokasional
SMK Tambulion Kota Belud

Pengarah: En. Zamri Bin Ahmad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Tambulion Kota Belud

Tim. Pengarah: En. Azuwan Bin Marjan @ Norjan


Pengerusi
Biro Hubungan NGO
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud

Setiausaha: Cik Shariatulfaizah Mahali


SMK Pekan Kota Belud

Bendahari: Pn. Julie Elizabeth Santi


SMK Taun Gusi Kota Belud

AJK :
1. Guru-guru Prinsip Perakaunan
Sekolah Daerah Kota Belud

2. Pelajar Tingkatan 4 Perakaunan


SMK Tambulion Kota Belud

2. Bekas pelajar-pelajar Perakaunan

3. Belia-belia pemuda UMNO


16.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Yuran kursus adalah RM10.00 setiap pelajar.

17.0 KESIMPULAN
Kem Kecemerlangan SPM Prinsip Perakaunan Daerah Kota Belud dengan kerjasama
Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud diharap dapat menanamkan
semangat motivasi yang tinggi kepada para pel;ajar disamping memberi pendedahan
teknik belajar yang berkesan. Selain itu memberi kesedaran kepentingan ilmu dalam
membentuk modal insan yang cemerlang. Secara tidak langsung dapat melonjakkan nama
Pergerakan Pemuda UMNO dalam memartabatkan kecemerlangan akademik di dalam
Daerah Kota Belud.

Kertas Konsep ini disediakan oleh:

ZAMRI BIN AHMAD


Pengarah Projek
Kem Kecemerlangan SPM
Prinsip Perakaunan Daerah Kota Belud

Anda mungkin juga menyukai