Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH


48000 RAWANG, SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’,
maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program
tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk
memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa.
Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan
berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan
secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha
membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan
yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada
pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti
sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.

4.0 DESTINASI

Singapura & Johor Bharu

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 18 - 19 Oktober 2012


Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 7.00 pagi – bertolak
12.30 malam – tiba di Rawang

6.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM
PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama peserta
lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru
yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan
nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu
sahaja).

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL NAMA PELAJAR


1. Abdul Khalis bin Zainudin
2. Chee Siew Chong
3. Chong Ne Fong
4. Hiran Raj a/l Ganesan
5. Kannan a/l Mumudi Vanten
6. Liew Wei Soing
7. Mohammad Syazwan b Adanan
8. Muhamad Firdaus b Hasim
9. Muhamad Hazrul b Hussin
10. Muhammad Afiq b Abdul Rahman
11. Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini
12. Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi
13. Muhammad Roszaiman b Hasnol
14. Nur Afiq Hakim b Mohd Aris
15. Sulaiman bin Ismail
16. Syukri bin Sallehudin
17. Wong Jia Herng
18. Wong Leong Chun
19. Yong Wai Keat
20. Ainur Shakira bt. Jamaludin
21. Jamuna a/p Veraiah
22. Nur Hamizah bt. Rosli
23. Nurizzati bt. Sallehodin
24. Raihana bt. Ahmad
25. Than Kai Qi

SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL. NAMA
1. En. Norkasani b. Kamar
2. En. Md. Nawawi b. Hassan
3. Pn. Marhaini bt. Dasiron
4. Pn. Rosita bt. Mohd Said
5. Pn. Nirmala a/p Palaniandy
6. Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
7. Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
8. Pn. Mastura bt. Abd Hamid
9. Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
10. Pn. Noor Jannah bt. Salleh
11. Pn. Hairani bt. Harun
12. Pn. Asmahani bt. Hussin

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


Bas (Duit LPBT) 1 x RM 3000.00 RM 3000.00
Pakej ke Singapura 25 x RM 236 .00 RM 5900.00
(Tanggungan Sendiri) (pel) RM 3960.00
12 x RM 330.00
(guru)
Jumlah RM 12860.00

7.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Hamidah bt. Husin


(Pengetua SMK Rawang)

Naib Pengerusi : En. Norkasani b. Kamar


(Pen. Kanan PPKI, SMK
Rawang)
Setiausaha : Pn. Siti Aishah bt.
Khairudin
Bendahari : Pn. Nirmala a/p
Palaniandy
AJK Pengangkutan : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul
Aziz
AJK : Pn. Mastura bt. Abd
Dokumentari/Dokumentasi Hamid
Pn. Noor Jannah bt.
Salleh
AJK Makanan dan Minuman : Pn. Nirmala a/p
Palaniandy
AJK Disiplin : Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b.
Hassan
AJK Keselamatan/kebersihan : Pn. Hairani bt. Harun
Pn. Asmahani bt. Hussin

7.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA


1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

2. Bendahari :
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan :
Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran, memastikan bas
mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar
semasa di dalam bas.

4. AJK Makanan & Minuman :


Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

6. AJK Disiplin :
Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

7. AJK Keselamatan & Kebersihan :


Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3 TENTATIF LAWATAN

HARI PERTAMA
7.00 AM BERTOLAK KE JOHOR BHARU
12.00 PM MAKAN TENGAHARI DI JB
1.00 PM CHECK IN HOTEL
2.00 PM LAWATAN SEKITAR JB
7.00 PM BERIADAH DI DANGA BAY
9.00 PM BALIK KE HOTEL

HARI KEDUA
7.00 AM SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM BERTOLAK KE SINGAPURA
9.30 AM MELAWAT SENTOSA ISLAND
10.00 AM UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)
7.00 PM BERTOLAK DARI SINGAPURA
12.30 AM DIJANGKA TIBA DI RAWANG
7.4 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar
diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama
rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan
hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta
yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN) (NORKASANI B. KAMAR)
Setiausaha Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang SMK
Rawang
*(Boleh ditukar kepada Setiausaha
Program Lawatan)

Disahkan oleh :

……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL
SEBERANG PERAI
BUKIT MINYAK
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TAMAN TAMADUN ISLAM DI PULAU WAN MAN,
TERENGGANU DARUL IMAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


2013

1.0 PENGENALAN
Kecemerlangan pendidikan haruslah sejajar dengan wawasan 2020 untuk melahirkan generasi
yang berkebolehan dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelajar-pelajar perlu didedahkan dan
diberi peluang untuk memperolehi seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan bagi
mempertingkatkan keyakinan diri mereka untuk menjayakan hasrat negara yang dicita-citakan.

Sehubungan dengan itu, demi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang,
mereka perlu dibimbing bukan sahaja dari segi intelek semata-mata tetapi juga perlu seimbang
dari segi rohani, jasmani dan emosi. Keseimbangan dari segala aspek perlu untuk memupuk
semangat pelajar mempertingkatkan mutu pelajaran mereka dari semasa ke semasa.

2.0 RASIONAL

Lawatan sambil belajar ini dirancang dan akan dilaksanakan untuk membantu mereka menimba
pengalaman yang sebelum ini mereka tidak rasai di sekolah. Selain itu, ia dapat menjana
perkembangan minda dan memupuk pemikiran yang positif serta membina. Di samping itu dapat
mewujudkan keselesaan fikiran dan keseimbangan emosi dalam usaha melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Pelajar dapat menimba pengalaman yang baru yang boleh didapati ditempat yang akan
dilawati yang berkisar dengan sejarah ketamadun Islam suatu masa dahulu.
3.2 Pelajar dapat menjana minda untuk menimba ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti
sepanjang lawatan.
3.3 Pelajar dapat menanam sifat kerjasama melalui aktiviti yang dijalankan.
3.4 Pelajar dapat membentuk sahsiah diri yang baik, selain diharapkan dapat memantapkan
disiplin diri pelajar melalui penerapan aktiviti luar.
3.5 Pelajar dapat membina semula keyakinan terhadap pelajaran dan akan berusaha untuk
mempertingkatkan prestasi pelajaran.

4.0 HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir lawatan sambil belajar ini, pelajar akan dapat menghasilkan catatan pengalaman yang
ditulis di setiap tempat lawatan/ aktiviti. Catatan pengalaman ini akan ditulis oleh setiap pelajar
semasa lawatan tersebut.Jurnal ini akan dipamerkan di papan Persatuan Pendidikan Islam
SMVSP.

5.0 PESERTA LAWATAN

Lawatan sambil belajar ini akan disertai seramai 36 orang pelajar terpilih dari Panitia
Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Lawatan ini turut disertai oleh 6 orang guru.

6.0 TARIKH LAWATAN

Lawatan sambil belajar ini dijadualkan pada 19 – 21 April 2013.

7.0 TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI

Antara tempat-tempat yang akan dilawati seperti yang berikut:

 Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu


 Balai Cerap di Kuala Terengganu
 Kilang Keropok Lekor di Kg Losong
 Lata Tembakah

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL PERKARA PERUNTUKAN SUMBER

1. Pengangkutan Bas Sekolah Tajaan sekolah

2. Makan/minum RM 35 X 36 orang (untuk 3 hari) = RM 1260.00 Tajaan dan sumbangan


sekolah dan duit pelajar

RM 20X 36 orang (sekali masuk) = RM 720.00

3. Bayaran masuk ke
Taman Tamadun
Islam dan River
Cruise
JUMLAH BESAR = RM 1980.00

9.0 TENTATIF PROGRAM

19 April 2013 ( Jumaat )

3.00 ptg - Bertolak dari MVSPPP ke Terengganu

9.00 malam - Berehat di di Wakaf Che Yeh dan makan malam

11.00 malam - Menginap di Sek Men Teknik Pasir Mas

20 April 2013 ( Sabtu )

7.00 pagi - Sarapan

8.00 petang - Bertolak ke Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man

12.30 tgh hari - Makan di Restoren Nasi Kukus dan bersolat di Masjid Kuala

Terengganu

2. 00 petang - Bertolak ke Sekolah Imtiaz, Bandar Kuala Terengganu bagi

tujuan melihat kemajuan dan kecemerlangan para pelajar di

sekolahyang merupakan antara terbaik di negeri Terengganu.

6.00 petang - Bermalam di S M Teknik Kuala Terengganu


21 April 2013 (Ahad)

8.00 pagi - Sarapan pagi

9.00 pagi - Bertolak dari SM Teknik Kuala Terengganu

10. 00 pagi - Singgah di Kedai Payang, Kuala Terengganu

- Singgah di kedai kerepok lekor dan losong

12. 00 tgh hari - Bertolak pulang ke SMV SPPP

Melalui lawatan ini, diharapkan para pelajar akan menambahkan pengalaman dan pengetahuan serta
mengenali potensi diri ke arah mempertingkatkan keupayaan masing-masing dan menjadi pelajar
yang cemerlang.

Disediakan oleh:

.............................................

Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

Guru Panitia Pendidikan Islam

Sek Men VokasionalSeberang Perai

Anda mungkin juga menyukai