Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM KOLABORASI TEKNIKAL PVMA


2017

Tarikh :- 16 November 2017

Tempat :-

INSTITUT KEMAHIRAN MARA,


Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah.

ANJURAN :-

PANITIA PVMA PEMBUATAN PERABOT


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SYED ALWI, 01000 KANGAR PERLIS.
KERTAS KERJA PROGRAM KOLABORASI TEKNIKAL PVMA 2017

1. PENDAHULUAN

Salah satu program yang sangat berkesan bagi menambahkan pengetahuan dalam bidang
yang luas dalam pembuatan perabot. Program yang akan diadakan ini, dapat memberikan
pendedahan kepada para pelajar tentang jurusan pengajian dan peluang pekerjaan.Selain itu,
program ini akan membuka minda para pelajar untuk memilih haluan sendiri selepas tamat
pengajian tingkatan lima.

Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai satu usaha
berterusan kearah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan
perabot.

2. OBJEKTIF

- Membina kolaborasi antara Smk Syed Alwi dan IKM Alor Setar, Kedah.
- Memberi pendedahan tentang keperluan tenaga mahir dunia pembuatan perabot Negara.
- Membuka minda pelajar untuk memilih haluan setelah tamat tingkatan lima.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat hidup.

3. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran program ini adalah 36 orang yang merupakan pelajar tingkatan 4 Vokasional
dan tingkatan 5 Vokasional.

4. PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti Program Teknikal seperti berikut:

Tarikh : 16 November 2017


Tempat : Institut Kemahiran Mara, Alor Setar,, Kedah.
Pelajar : 36 orang, 4 orang guru
Aktiviti : 1. Taklimat
2. Lawatan bengkel
5. ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Pendapatan:
Kutipan Pelajar :-
Sumbangan luar :-
Sumbangan :-
Sumbangan PIBG : RM 200.00
Lain-lain :-
JUMLAH : RM 200.00
Jumlah Pendapatan ( jumlah pendapatan mesti sama jumlah
perbelanjaan)

Perbelanjaan:
Sewa : -
Makan & Minum peserta : RM 200.00
JUMLAH : RM 200.00

6. JAWATAN KUASA PROGRAM

Penaung : En. Kaman Bin Halit


: Pn. Puzirah Binti Abd Lateh

Pengerusi : En. Mohd Norizal Bin Mustapa

Setiausaha : Pn. Suhaina Binti Mustafa

Pengangkutan : En. Ahmad Eismat Bin Mohd Rejab

7. TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 16 November 2017


Hari : Khamis

Masa Aktiviti

8.00 pagi - Bertolak daripada SMK Syed Alwi


8.45 pagi - Tiba di IKM, Alor Setar Kedah.
9.00 pagi - Taklimat 1
10.30 pagi - Rehat makan/minum
11.00 pagi - Taklimat 2
1.30 petang - Rehat makan/minum
2.00 ptg - Bertolak dari IKM Alor Setar, Kedah.
2.40 ptg - Tiba di Smk Syed Alwi, Perlis
8. PENUTUP

Perlaksanaan program adalah mewujudkan satu kolaborasi yang penting bagi memenuhi
keperluan ilmu pembuatan perabot dan pengalaman kepada para pelajar. Harapan semoga pelajar
yang dilahirkan oleh sekolah dapat memiliki ilmu yang tidak hanya didapati secara formal di
sekolah sahaja, bertepatan dengan visi dan misi iaitu melahirkan insan yang berpengetahuan di
dunia dan akhirat. Program ini juga dapat membuka ruang dan peluang untuk pelajar lebih
bersemangat mendalami kemahiran bidang perabot dan menyumbang kepada Negara pada masa
akan datang. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerehaan Ilahi,

Disediakan oleh,

…………………………..
( SUHAINA BINTI MUSTAFA )
Setiausaha
Program Kolaborasi Teknikal
SMK Syed Alwi

Anda mungkin juga menyukai