Anda di halaman 1dari 1

SAJAK

ROTI
ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA

Rangkap 1 MAKSUD RANGKAP


Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.

Rangkap 2
Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti dibakar, kemudian melihat roti yang
rangup itu terhidang.

Rangkap 3
Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti
itu sampai kenyang dan bersendawa.

Rangkap 4
Bagi orang yang beriman dan mempunyai perikemanusiaan yang tinggi, selepas berasa kenyang
mereka teringat akan orang miskin yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang yang
beriman memikirkan tugas untuk membela orang miskin.

Rangkap 5
Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang
yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman

TEMA & PERSOALAN


Tema
Orang yang beriman, ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin.
.
Persoalan
(a) Keharuman bau roti yang dibakar membangkitkan selera.
(b) Kelaparan menyebabkan manusia tidak dapat menahan nafsu makan.
(c) Makanan sedap membuatkan manusia makan dengan banyak.
(d) Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin.
(e) Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.

BENTUK SAJAK
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris dan rangkap kedua hingga kelima
mempunyai lima baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersabar ketika menunggu
untuk mendapatkan sesuatu.

NILAI MURNI Kita hendaklah memikirkan orang lain agar


orang lain turut mendapat rezeki.
Kita hendaklah ingat akan keadaan orang lain
Kesabaran
yang kurang bernasib
Baik Hati
baik.
Kesyukuran
Kita hendaklah melatih diri agar menjadi orang
Kemimanan
beriman.
Kesederhanaan
Kita mestilah bersyukur atas nikmat kurniaan
Tuhan.

UNSUR GAYA BAHASA


Hiperbola.
Contohnya, nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa.

Metafora:
Contohnya, percikan iman.

Personifikasi.
Contohnya, selera kian menggelepar.

Simile.
Contohnya, terhidang seumpama permaidani terhampar.

Asonansi.
Contohnya, Bagi pemilik iman di dada (perulangan vokal i)

Aliterasi.
Contohnya, Bila begitu selamanya (perulangan konsonan b).

Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ialah abaa


Rima akhir bagi rangkap kedua hingga kelima aaaaa.

Anda mungkin juga menyukai