Anda di halaman 1dari 11

Kertala Sari Seri Betara Patih Gajah

Ratu Melaka Majapahit Mada


Laksamana
PANDUAN MENULIS
BAHASA MELAYU STANDARD
1) Murid perlu ingat bahawa jawapan yang
ditulis mestilah dalam bahasa Melayu
Moden.
2) Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
3) Gariskan perkataan-perkataan bahasa
klasik yang boleh ditukar.
4) Jangan menokok tambah butir-butir lain
yang tiada dalam petikan bahasa klasik.
5) Nama-nama khas jangan ditukar.
6) Ketahui perbezaan antara bahasa klasik
dengan bahasa istana (tidak perlu tukar).
7) Struktur ayat bahasa klasik bertentangan
dengan bahasa moden. Sebagai contoh:
• Bahasa klasik : Maka berangkatlah
baginda ke istana.
• Bahasa moden : Lalu baginda berangkat
ke istana.
o (Baginda tidak perlu ditukar kerana
bahasa istana.)
8) Kekerapan menggunakan struktur ayat pasif
dalam bahasa klasik.
Sebagai contoh:

• Bahasa klasik : Maka oleh diparang oleh


Hang Tuah kepala dua orang yang
mengamuk itu terbelah dua.

• Bahasa moden : Lalu Hang Tuah memarang


kepala dua orang yang mengamuk itu dan
terbelah dua.
9) Sebelum menjawab soalan, senaraikan
dahulu watak-watak dalam petikan prosa
klasik tersebut. Pastikan anda berjaya
mengenal pasti beberapa watak yang
mempunyai persamaan agar pemilihan
kata ganti nama tepat dan sesuai.
10) Gugurkan perkataan klasik seperti
maka, arakian, syahadan, ataupun
perkataan yang tidak perlu.
12) Susunan ayat mestilah menggunakan
Bahasa Melayu standard.
BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
KLASIK MODEN KLASIK MODEN

dian bahari
masyghul ceritera
sahaya dikendarai
lasykar marhaen
bercempera pitis
kepetangan citra
gemala buana
SOALAN 1
Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit
yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi
ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka
Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. 'Adapun negeri
Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun
seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di
Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka
itu.'
SOALAN 1

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard


Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah
Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang
dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu
sudah mati.
Maka Patih pun hairan.
Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam
hatinya.
'Adapun negeri Melaka itu sukar binasa
maka puas hatiku.
Adapun seperti khabar penjurit tujuh
bersaudara yang di Bukit Cina itu,
nescaya alahlah Melaka itu.'

Anda mungkin juga menyukai