Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A: SOALAN KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

MARKAH PENUH : 30 MARKAH

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 26-30 Menepati tema bahan rangsangan


Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
Penggunaan tanda baca betul dan tepat
Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
dan menggunakan ungkapan yang menarik
Idea relevan, huraian jelas dan matang
Baik 20-25 Menepati tema bahan rangsangan
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
Penggunaan tanda baca betul dan tepat
Penggunaan kosa kata luas
Wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
Idea relevan, huraian jelas
Memuaskan 15-19 Masih menepati tema bahan rangsangan
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan
ayat
Penggunaan tanda baca masih betul dan
tepat
Penggunan kosa kata umum
Wacana masih lengkap, unsur bahasa
masih bervariasi
Idea masih relevan, huraian masih jelas
Kurang 10-14 Masih/kurang menepati tema bahan
memuaskan rangsangan
Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
ayat
Kesalahan tatabahasa /ejaan ketara
Penggunaan kosa kata terhad
Wacana kurang lengkap, unsur bahasa
kurang bervariasi
Idea masih /kurang relevan, huraian
masih / kurang jelas
Pencapaian 01-09 Murid tidak menunjukkan penguasaan
minimum kemahiran menulis
Murid tidak memahami tema bahan
rangsangan
Idea tidak menepati tema bahan
rangsangan
Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

__________= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas )

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

BAHAGIAN B : KARANGAN RESPONS TERBUKA

(100 Markah)

PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara Pemeriksaan

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan pada peringkat dan kriteria


yang ditetapkan.
2. Jika karangan
a. Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa.
b. Terlalu panjang - periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan.
3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak 1/2 markah dan pemotongan maksimum 3
markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:
( ) = Kesalahan isi

__________= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas )

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca


BIL. KRITERIA DESKRIPSI

1. BAHASA Kegramatisan - Kata (morfologi)


( Mekanis ) - Ayat (sintaksis)
Tanda baca
Ejaan

2. LARAS Pemilihan kata


(Dinamis)

3. IDEA ( Isi ) Tema


Isi utama
Pengembangan
( Huraian/bahasa/hujahan/contoh
)
Kerelevanan

4. PENGOLAHAN Wacana
Logik
Pemerengganan
Format

5. GAYA BAHASA Keindahan bahasa


Ungkapan
Peribahasa
KRITERIA PENSKORAN

PERI NG K AT M AR K AH KRITERIA

Cemerlang 80 100 Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas


dan tepat.
( 90 100 )
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
( 80 89 )
gramatis.
Ejaan dan tanda baca yang betul.
Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat.
Idea yang relevan mengikut tugasan,
dihuraikan dengan jelas dan matang,
disertakan dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan sangat menarik dan berkesan
serta pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
Gaya bahasa menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Kepujian 66 79 Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.


( 73 79 ) Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
( 66 72 )
minimum.
Ejaan dan tanda baca yang betul.
Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Idea yang relevan mengikut tugasan,
dihuraikan dengan jelas dan matang,
disertakan dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau
PERI NG K AT M AR K AH KRITERIA

frasa.

Baik 51 - 65 Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.


( 58 65 ) Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum.
(51 57 )
Ejaan dan tanda baca masih betul.
Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
Penggunaan kosa kata masih tepat.
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian
isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
Pengolahan masih menarik dan
pemerengganan masih sesuai.
Wacana masih lengkap.
Penggunaan unsur bahasa masih
bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
masih berkesan.

Memuaskan 36 50 Penggunaan pelbagai jenis kata masih


tepat/kurag tepat.
( 43 50 )
Ayat masih /kurang gramatis.
( 36 42 )
Ejaandan tanda baca masih betul.
Laras bahasa kurangsesuai.
Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian
isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
Pengolahan masih/kurang menarik.
Wacana masih/kurang lengkap.
Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi .
Gaya bahasa kurang menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
kurang menarik.

Kurang 21 - 35 Penggunaan kata kurang tepat.


memuaskan ( 28 35 ) Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
(21 27 ) Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca
yang ketara.

Idea masih relevan / idea bercampur aduk
PERI NG K AT M AR K AH KRITERIA

dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan


contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan
tidak seimbang.
Unsur bahasa tidak bervariasi.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah.

Pencapaian 01 20 Keseluruhannya menunjukkan penggunaan


kata dan ayat yang tidak gramatis.
Minimum ( 11 20 )
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca
( 01 10 )
yang ketara.
Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan
tidak seimbang dan tidak sesuai.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah dan tidak
menarik.
Keseluruhan karangan sukar / tidak
difahami.

Car a m enul i s

K - Per i ngkat Mar kah cont oh K - 75

-E - Mak. 3 m ar kah -E - 03

-F - Mak. 2 m ar kah -F - 02

Jum l ah - Mar kah ber si h J - 70


CADANGAN ISI SOALAN BAHAGIAN B

Soalan 1

A. Format- Rencana
Tajuk 1 markah
Nama Penulis 1 markah
B. Murid perlu menulis sebuah rencana tentang Langkah-langkah Memupuk Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat.

Cadangan Isi
1. Peranan ibu bapa menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak mereka sejak kecil.
2. Mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman.
3. Mengadakan majlis rumah terbuka/Hari Keluarga
4. Penubuhan unit kawalan kejiranan seperti Rukun Tetangga.
5. Menyuburkan budaya kunjung mengunjung.
6. Kempen memupuk semangat kejiranan

Soalan 2
A. Format Tiada
B. Murid dikehendaki menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebagai
persediaan untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan.
C. Dimensi : Diri

Cadangan isi

1. perlu mempunyai pengetahuan


2. perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi
3. membiasakan diri bekerja dalam pasukan/kumpulan
4. penguasaan dalam kemahiran menyelesaikan masalah
5. mempunyai sikap positif

Soalan 3

A. Format Tiada
B. Murid dikehendaki menjelaskan langkah-langkah untuk menghargai jasa guru
C. Dimensi Diri

Cadangan isi:

1. Menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru


2. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah
3. Prihatin dan menunjukan kasih sayang terhadap guru
4. Menziarahi guru ketika mereka menghadapi kesusahan dan sakit.
5. Mendoakan kesejahteraan guru.

Soalan 4

A Format - Tiada

B P elajar dikehendaki menjelaskan langkah menangani isu pemerdagangan manusia.

C Dimensi- Antarabangsa

Cadangan isi.

Pendahuluan
Masalah Pemerdagangan manusia pada zaman sekarang semakin berleluasa di negara
kita
ini adalah kerana kelalaian sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di atas
masalah yang serius ini.
oleh itu,langkah langkah untuk menghalangnya harus diambil dengan kadar segera

Isi-isi
Undang undang dikuatkuasakan
Undang undang haruslah segera dikuatkuasakan dan diketatkan.Hal ini kerana apabila
undang undang dikuatkuasakan,masalah pemerdagangan manusia di negara kita akan
berkurangan.
Selain itu,apabila undang undang dikuatkuasakan,pihak pihak yang terlibat di dalam
kes pemerdagangan manusia tersebut akan mula takut.
Apabila langkah ini dilakukan dengan cepat dan cekap,masalah pemerdagangan
manusia akan berkurangan di negara kita

-Kemasukan pelancong asing diketatkan


Malaysia sekarang sering dikunjungi oleh pelancong pelancong asing.Sesetengah
pelancong asing bukan hanya bertujuan untuk melancong di malaysia ini.

Tetapi mereka ingin membawa orang orang di Malaysia yang telah diperdagangkan
untuk ke luar negara

.Justeru,pihak berkuasa perlulah mengetatkan atau mengehadkan kemasukan


pelancong asing di negara kita.kita seharusnya mengambil tindakan yang tegas di
dalam maslah ini.
-Mengawal pintu masuk dengan lebih teliti
Pihak pihak yang berkenaan seperti pihak Imigrisen,Polis,dan lain lain lagi yang
berkenaan perlulah sentiasa memantau di setiap sempadan sempadan dan pintu masuk
yang ada di Negara kita untuk membanteras masalah pemerdagangan manusia di
Negara kita.
Selain itu,pihak tersebut juga harus bekerjasama antara satu sama lain.

Jika kita dapat mengawal pintu masuk dan sempadan sempadan yang ada di Negara
kita dengan selamat,kita akan dapat mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang
berlaku di Negara kita pada masa kini.

Koordinasi antara kementerian


Seharusnya pihak kementerian mengambil berat tentang isu pemerdagangan manusia
yang sedang berlaku pada masa kini.
Pihak kementerian seharusnya bekerjasama membuat iklan dan menyiarkan di akhbar
atau majalah tentang masalah pemerdagangan manusia pada masa kini.
Justeru dengan langkah langkah ini dapat memberi peringatan kepada masyarakat
supaya berhati hati dan tidak menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Kesimpulan
Apabila langkah langkah seperti di atas dapat dilaksanakan dengan cekap,berkesan
dan pantas.Masalah pemerdagangan manusia akan tidak berlaku lagi dan tidak akan
menjadi isu yang besar dan diheboh heboh kan lagi.

Soalan 5

Format- Tiada

B- Pelajar dikehendaki memberi pendapat tentang keistimewaan sebuah novelyang telah


dibaca.

Dimensi- KOMSAS

Cadangan isi

Strategi:T=Keistimewaan diri
K=Kekuatan dan kelemahan dari segi tema, plot, perwatakan, nilai,
F= Ulasan

Isi:
Tema
Watak dan Perwatakan
Plot
Nilai
Mesej

Anda mungkin juga menyukai