Anda di halaman 1dari 11

SULIT 1103/1

1103/1
BAHASA MELAYU
Kertas 1
September
2017
2 ¼ jam

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5


TAHUN 2017
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)
___________________________________________________________________
MODUL 3
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
PERATURAN PEMARKAHAN

1103/1© Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT


BAHAGIAN A: SOALAN KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN
MARKAH PENUH : 30 MARKAH

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Cemerlang 26-30  Menepati tema bahan rangsangan
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
 Penggunaan tanda baca betul dan tepat
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat
 Wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
dan menggunakan ungkapan yang menarik
 Idea relevan, huraian jelas dan matang
Baik 20-25  Menepati tema bahan rangsangan
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
 Penggunaan tanda baca betul dan tepat
 Penggunaan kosa kata luas
 Wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
 Idea relevan, huraian jelas
Memuaskan 15-19  Masih menepati tema bahan rangsangan
 Bahasa masih gramatis dari segi kata dan
ayat
 Penggunaan tanda baca masih betul dan
tepat
 Penggunan kosa kata umum
 Wacana masih lengkap, unsur bahasa masih
bervariasi
 Idea masih relevan, huraian masih jelas
Kurang 10-14  Masih/kurang menepati tema bahan
memuaskan rangsangan
 Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
ayat
 Kesalahan tatabahasa /ejaan ketara
 Penggunaan kosa kata terhad
 Wacana kurang lengkap, unsur bahasa
kurang bervariasi
 Idea masih /kurang relevan, huraian masih /
kurang jelas
Pencapaian 01-09  Murid tidak menunjukkan penguasaan
minimum kemahiran menulis
 Murid tidak memahami tema bahan
rangsangan
 Idea tidak menepati tema bahan rangsangan
Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:
( ) = Kesalahan isi
__________= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas )
// = Kesalahan ejaan yang berulang
= Kesalahan tanda baca

BAHAGIAN A : (30markah)

Lihat rajah di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan penggunaan media sosial kepada remaja.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Skop : Kebaikan penggunaan media sosial


a. Format : Tiada
b. Diharapkan calon dapat :
3 Kebaikan penggunaan media sosial kepada remaja
4 menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan:
a. menambahkan kenalan
b. menjimatkan masa
c. mendapat maklumat terkini

5 Kemungkinan :
1. Sekiranya calon mengambil satu idea sahaja yang diberi dan ditambah dengan isi yang
lain, layak diberikan cemerlang. Periksa seperti biasa.
2. Calon menghuraikan satu idea sahaja. Diterima. Periksa seperti biasa.
3. Sekiranya jumlah perkataan kurang 200 patah perkataan, tidak boleh cemerlang kerana
huraian dianggap tidak berkembang – maksimum kurang memuaskan.
4. Calon menulis idea lain selain daripada yang terdapat dalam bahan rangsangan tetapi
masih menyentuh tugasan soalan – kepujian Atas

Komen pemeriksa:
T =Tugasan
I =Idea
B =Bahasa
( Lebih baik jika pemeriksa dapat memasukkan P = Pengolahan dalam komen)

BAHAGIAN B : KARANGAN RESPONS TERBUKA


(100 Markah)

PERINCIAN PEMARKAHAN
Cara Pemeriksaan
1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan pada peringkat dan kriteria yang
ditetapkan.
2. Jika karangan
a. Kurang daripada 350 patah perkataan, periksa seperti biasa.
b. Terlalu panjang - periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan.
3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak 1/2 markah dan pemotongan maksimum 3 markah.
Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.
5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:
( ) = Kesalahan isi
__________= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas )
// = Kesalahan ejaan yang berulang
= Kesalahan tanda baca
BIL. KRITERIA DESKRIPSI

1. BAHASA  Kegramatisan - Kata


( Mekanis ) (morfologi)
- Ayat (sintaksis)
 Tanda baca
 Ejaan

2. LARAS  Pemilihan kata


(Dinamis)

3. IDEA ( Isi )  Tema


 Isi utama
 Pengembangan
( Huraian/bahasa/hujahan/contoh
)
 Kerelevanan

4. PENGOLAHAN  Wacana
 Logik
 Pemerengganan
 Format

5. GAYA BAHASA  Keindahan bahasa


 Ungkapan
 Peribahasa

KRITERIA PENSKORAN
PE RINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 80 – 100  Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan


( 90 – 100 ) tepat.

( 80 – 89 )  Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang


gramatis.
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
 Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat.
 Idea yang relevan mengikut tugasan,
dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan
dengan contoh yang sesuai.
 Pengolahan sangat menarik dan berkesan
serta pemerengganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Kepujian 66 – 79  Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.


( 73 – 79 )  Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
( 66 – 72 ) gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
 Idea yang relevan mengikut tugasan,
dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan
dengan contoh yang sesuai.
 Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa masih menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau
PE RINGKAT MARKAH KRITERIA
frasa.

Baik 51 - 65  Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.


( 58 – 65 )  Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi
(51 – 57 ) terdapat kesalahan yang minimum.
 Ejaan dan tanda baca masih betul.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
 Penggunaan kosa kata masih tepat.
 Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian
isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
 Pengolahan masih menarik dan
pemerengganan masih sesuai.
 Wacana masih lengkap.
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
 Gaya bahasa masih menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
masih berkesan.

Memuaskan 36 – 50  Penggunaan pelbagai jenis kata masih


( 43 – 50 ) tepat/kurag tepat.

( 36 – 42 )  Ayat masih /kurang gramatis.


 Ejaandan tanda baca masih betul.
 Laras bahasa kurangsesuai.
 Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
 Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian
isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
 Pengolahan masih/kurang menarik.
 Wacana masih/kurang lengkap.
 Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
kurang menarik.

Kurang 21 - 35  Penggunaan kata kurang tepat.


memuaskan ( 28 – 35 )  Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
(21 – 27 )  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca
PE RINGKAT MARKAH KRITERIA
• yang ketara.
 Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan
huraian tidak jelas / tidak berkembang dan
contoh tidak sesuai.
 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan
tidak seimbang.
 Unsur bahasa tidak bervariasi.
 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah.

Pencapaian 01 – 20  Keseluruhannya menunjukkan penggunaan


Minimum ( 11 – 20 ) kata dan ayat yang tidak gramatis.

( 01 – 10 )  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca


yang ketara.
 Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai
 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan
tidak seimbang dan tidak sesuai.
 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah dan tidak
menarik.
 Keseluruhan karangan sukar / tidak
difahami.

Cara menulis

K - Peringkat Markah contoh K - 75


-E - Mak. 3 markah -E - 03
-F - Mak. 2 markah -F - 02
Juml ah - Markah b ersih J - 70
CADANGAN ISI SOALAN B

Bahagian B

CADANGAN ISI SOALAN B

Soalan 1

Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan gotong-royong sejak dahulu lagi.
Bincangkan faedah-faedah amalan gotong-royong dalam masyarakat kita.

A. Format Tiada
B. Cadangan Isi :
1. Menjimatkan masa dan tenaga.
2. Memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat
3. Menimbulkan rasa tanggungjawab
4. Merapatkan silaturahim
5. Memperpecat dan meringankan kerja
6. Mewujudkan persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat.

Soalan 2

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan rakyat di negara ini.

Huraikan usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita.

A. Format Tiada
B. Cadangan Isi:
1. Memberi penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah
lagi.
2. Membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik
ini dalam kurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
3. Menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa
4. Menganjurkan kem jati diri kepada golongan remaja
5. Mengadakan program sambutan ‘Bulan Kemerdekaan’ di sekolah mahu pun institusi
pengajian tinggi
6. Menggalakkan penghasilan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong,
Leftenan Adnan dan lain-lain.
7. Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah
8. Mengenang jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuang kebangsaan
9. Mewajibkan semua pelajar IPTA dan IPTS mengambil subjek Sejarah dan wajib lulus
sebagai syarat mendapat ijazah.
10. Wajib lulus mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM sebagai syarat untuk mendapat Sijil
SPM.

Soalan 3

Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja
semakin membimbangkan semua pihak.

Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.

A. Format Tiada
B. Cadangan Isi:
1. Memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak dari kecil lagi.
2. Bertanggungjawab mengawasi pergerakan anak-anak.
3. Memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anak-anak.
4. Ibu bapa perlu sentiasa berkongsi masalah dengan anak-anak.
5. Ibu bapa perlu menjadi contoh dan teladan (role model) terbaik kepada anak-anak.

Soalan 4

Penyakit kronik amat berbahaya dan bilangan pesakitnya semakin bertambah. Hal ini amat
membimbangkan masyarakat di seluruh dunia.

Sebagai masyarakat yang peka dengan situasi ini, anda diminta menyampaikan maklumat
tentang langkah-langkah mengawal penyakit kronik.

A. Format Tiada
B. Cadangan Isi:
1. Bersenam atau beriadah
2. Menjaga amalan pemakanan seharian.
3. Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
4. Elakkan perbuatan menjejaskan kesihatan
5. Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran

Soalan 5

Anda berhasrat untuk menjadi penulis karya sastera. Apakah aspek persediaan untuk menjadi
penulis karya sastera.

Bincangkan.

A. Format tiada
B. Cadangan Isi:
1. Mempunyai disiplin yang baik
2. Mengetahui perkembangan semasa
3. Menjadi seorang pembaca yang tegar
4. Mempunyai pengetahuan semasa.
5. Mempunyai minat yang tinggi

Anda mungkin juga menyukai