Anda di halaman 1dari 73

PENGENALAN BAHASA MELAYU KSSM SPM

1103/1

Disediakan oleh :

Puan Siti Hajar binti Ishak

Guru Bahasa Melayu

MRSM Terendak, Melaka


PANDUAN PENSKORAN
KERTAS 1

Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[30 markah]

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Karangan menepati tema bahan rangsangan.


26 – 30
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Cemerlang Atas Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
(28 – 30) Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap.
(26 – 27) Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan
Bawah menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan,
kata-kata ucapan)

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan


dengan jelas dan matang.

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

20 – 25 Bahasa gramatis dari segi kata dan


ayat. Tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Kepujian Atas Penggunaan kosa kata luas.
(23 – 25)
Wacananya lengkap.
Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
(20 – 22)
Bawah Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan
dengan jelas.
PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.


15 – 19
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.
Memuaskan Atas Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
(17 – 19) Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.


(15 – 16)
Bawah Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.
Huraian idea masih jelas.

Karangan masih/kurang menepati tema bahan rangsangan.

10 – 14 Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.


Kurang Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.
memuaskan Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi
Atas terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
(12 – 14) Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.


(10 – 11)
Bawah Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan.
Huraian kurang jelas.

Pencapaian 01 – 09 Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.


Minimum
Atas Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
(06 – 09)
Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

(01 –05)
Bawah
Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

[70 markah]

PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara Pemeriksaan

Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.

Jika karangan:

Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga perkataan ke 500.

Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Tiada
pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda

baca: ( ) = Kesalahan isi/fakta

= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca


PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.


Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
Ejaan dan tanda baca betul
Laras bahasa sesuai dengan tugasan
Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas
CEMERLANG 56 – 70 dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan
(63 – 70) sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang
(56 – 62)
jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi
Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan
kata atau frasa.

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.


Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
tetapi terdapat kesalahan yang minimum
Ejaan dan tanda baca betul
Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
KEPUJIAN 46 – 55 Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas,
(51 – 55) diserta dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan
(46 – 50) sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang
jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan kata atau frasa.
PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.


Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
Ejaan dan tanda baca masih betul.
Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
Penggunaan kosa kata umum.
BAIK 35 - 45 Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih
jelas dan contoh masih sesuai.
(40 – 45) Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih
sesuai.
(35 – 39)
Wacana masih lengkap
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.


Ayat kurang gramatis.
Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan
yang minimum.
Laras bahasa kurang sesuai.
MEMUASKAN 25 – 34 Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
Idea masih relevan mengikut tugasan,
(30 – 34) huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang
(25 – 29) sesuai.
Wacana masih / kurang lengkap
Penggunaan unsur bahasa kurang
bervariasi.
Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Penggunaan kata kurang tepat.


Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian
tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan
KURANG 14 – 24
tidak seimbang.
MEMUASKAN
(19 – 24) Unsur bahasa tidak bervariasi.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa
(14 – 18) dan penggunaan ungkapan lemah.

Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan


ayat yang tidak gramatis.
Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/
tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.
PENCAPAIAN 01 – 13 Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan
MINIMUM
tidak seimbang dan tidak sesuai.
(07 – 13)
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
(01 – 06) penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik.
Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

PAUTAN KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK BAHASA


MELAYU

https://www.slideshare.net/Harjagdeeskaur/kosa-kata-dan-
ungkapan-menarik-bahasa-melayu-spm
BENTUK KARANGAN BAHASA MELAYU

BAHAGIAN A & B

A B

4 perenggan 6 perenggan

1 perenggan – 50 patah perkataan 1 perenggan – 83 patah perkataan


(konsisten setiap perenggan)
(konsisten setiap perenggan)

Sekurang-kurangnya 1 ungkapan 2 @ lebih ungkapan menarik


menarik

- Penggunaan perenggan secara induktif


dan deduktif

AKUR jumlah patah perkataan AKUR jumlah patah perkataan


KAEDAH MENGANALISIS SOALAN KARANGAN
BAHAGIAN A

Contoh 1
Contoh 2:

Destinasi
pelancongan

BAHAGIAN B
Contoh 1
TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN

MAKSUD KOMPONEN AYAT PENDAHULUAN


AYAT BINAAN TAKRIFAN Mempunyai penanda perkataan merupakan, ialah,
adalah, definisi dibina daripada perkataan
(Tema).

Memberi definisi/maksud/penjelasan berkaitan


(Tema).
AYAT BINAAN EHWAL Merujuk kepada isu (takrifan) ehwal sesuatu isu.

AYAT TOKOH Mesti ada (Tema)

AYAT SEJARAH Ada penanda yang menunjukkan penrangan sejarah


“pada masa dahulu, ketika zaman dahulu…

AYAT SEMASA Menggunakan penanda “Belakangan ini, Kini, pada


masa kini,”

AYAT TANYA/TALA Berfungsi sebagai hala tuju kepada soalan.

Terdiri daripada 2:
1. Ayat Tanya :
Persoalanny, apakah..........?

2. Ayat Penyata :
Terdapat banyak kesan buruk akibat merokok.......

KARANGAN BAHAGIAN A KARANGAN BAHAGIAN B


WAJIB AMBIL
Ayat Binaan Takrifan WAJIB AMBIL SEMUA KOMPONEN
Ayat Binaan Ehwal
Ayat Tanya/Tala
Contoh Pendahuluan
BAHAGIAN A
Contoh 1

AYAT BINAAN Semangat patriotisme ialah...


TAKRIFAN

AYAT BINAAN EHWAL Masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memupuk semangat
patritome agar tidak memberikan kesan yang buruk.

AYAT TALA Persoalannya, apakah kesan sekiranya tidak mengamalkan patriotisme?


Contoh 2

FORMAT E-MEL
Daripad fatimah@jetmail.com
a 1 patah
perkataan
Kepada hanisah@jetmail.com
Subjek Destinasi Pelancongan Menarik

Salam sejahtera Fatimah, Salam sejahtera Hanisah,

Apa khabar saudari di sana? Saya dalam keadaan baik. Terima kasih kerana sudi mengirim e-mel
Semoga saudari sihat kepasa saya.
disamping keluarga tercinta
Bolehkan saudari berkongsi Di sini, saya akan kongsikan beberapa tempat menariak yang menjadi
tentang tenpat-tempat destinasi pelacongan di negeri kelahiran saya iaitu negeri Melaka.
menarik yang menjadi
destinasi pelancongan di
negeri saudari?
Contoh Pendahuluan BAHAGIAN B
Contoh 1

AYAT BINAAN
TAKRIFAN

AYAT BINAAN EHWAL

AYAT TOKOH

AYAT SEJARAH

AYAT SEMASA

AYAT TANYA/TALA
TEKNIK PENULISAN ISI KARANGAN

FORMULAR GG-GG (GENAP-GENAP, GANJIL-GANJIL)

CONTOH BINAAN ISI KARANGAN BAHAGIAN A

CONTOH TEKNIK PENULISAN ISI KARANGAN


1. AYAT JAWAPAN Masyarakat akan berpecah belah.

2. AYAT CONTOH Mementingkan diri sendiri atau


puak masing-masing dan melupakan
tanggngjawab terhadap negara.

3. AYAT HURAIAN Jika masyarakat tidak bersatu padu,


hal ini akan menyebabkan perpaduan
sukar dijalinkan dalam kalangan
masyarakat majmuk di negara kita.

4. AYAT SIMPUL Tuntasnya,masyarakat yang berpecah


belah merupakan kesan negatif
sekiranya semangat patriotisme
tidak
diamalkan.

Kesan buruk sekiranya semangat patriotisme tidak


diamalkan ialah masyarakat akan berpecah belah. Tamsilnya,
masyarakat akan mementingkan diri sendiri atau puak masing-
masing dan melupakan tanggngjawab terhadap negara. Jika
masyarakat tidak bersatu padu, hal ini akan menyebabkan
perpaduan sukar dijalinkan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Tuntasnya, masyarakat yang berpecah belah merupakan kesan
negatif sekiranya semangat patriotisme tidak diamalkan.

(52 patah perkataan)


LATIHAN KENDIRI :

1. AYAT JAWAPAN

2. AYAT CONTOH

3. AYAT HURAIAN

4. AYAT SIMPUL
1. AYAT JAWAPAN Kota A’Famosa

2. AYAT Kota ini dibina oleh Portugis sebaik


CONTOH/HURAIAN sahaja mereka berjaya menawan
Melaka pada tahun 1511

3. AYAT HURAIAN Seni binanya yang bercirikan Eropah


(KEISTIMEWAAN) dan sebagai tugu peperangan
membuktikan kepada pelancong
bahawa Melaka pernah dijajah.

4. AYAT SIMPUL Keunikan ini membuatkan ramai


pelancong datang ke Melaka terutama
ke Kota A’famosa.
1. AYAT JAWAPAN

2. AYAT CONTOH

3. AYAT HURAIAN

4. AYAT SIMPUL
CONTOH BINAAN ISI KARANGAN BAHAGIAN B

1. AYAT JAWAPAN Saya akan melibatkan diri secara aktif


untuk mengelakkan gangguan daripada
rakan yang malas belajar.

2. AYAT CONTOH Bertanya kepada guru, menyertai


perbincangan kumpulan..

3. AYAT HURAIAN Apabila saya melibatkan diri secara aktif


di dalam kelas, saya tidak akan melayan
perbualan kosong dan terpengaruh
dengan sikap negatif rakan-rakan yang
bersikap sambil lewa semasa sesi
pembelajaran.
4. AYAT SIMPUL Justifikasinya, saya melibatkan diri secara
aktif.
Inisiatif yang akan saya ambil ialah saya akan melibatkan
diri secara aktif untuk mengelakkan gangguan daripada rakan
yang malas belajar. Tamsilnya, saya akan bertanya kepada guru
sekiranya saya tidak memahami sesuatu topik dan menyertai
kumpulan perbincangan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
apabila saya melibatkan diri secara aktif di dalam kelas, saya
tidak akan melayan perbualan kosong dan terpengaruh dengan
sikap negatif rakan-rakan yang bersikap sambil lewa semasa sesi
pembelajaran. Justifikasinya, saya akan melibatkan diri secara
aktif kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
(77 patah perkataan)
LATIHAN KENDIRI :

1. AYAT JAWAPAN

2. AYAT CONTOH

3. AYAT HURAIAN

4. AYAT SIMPUL
TEKNIK PENULISAN PENUTUP KARANGAN

AYAT TEGASAN Cth ayat: jelas menunjukkan,


bahawa..

AYAT AJAKAN Cth ayat : perlulah,


seharusnya

AYAT HARAPAN Cth ayat: mengharapkan…

AYAT KESIMPULAN Cth ayt: Sebagai intihanya,


Sebagai kesimpulan,

*tak semestinya pereggan penutup bermula dengan ayat Kesimpulanny,….. Seelokny,


perkataan kesimpulanny, diletakkan akhir ayat.
CONTOH PENULISAN PENUTUP KARANGAN A

AYAT TEGASAN Terbuktilah bahawa perpaduan kaum di negara


ini terbentuk atas dasar bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.

AYAT AJAKAN Rakyat perlu menjaga perpaduan kaum tanpa


mengira agama dan bangsa.

AYAT HARAPAN Harapan kita agar negara dihormati dan disegani


di peringkat antarabangsa.

AYAT KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, jagalah perpaduan dan


elakkan provokasi yang boleh mencemarkan imej
negara.
CONTOH PENULISAN PENUTUP KARANGAN B

AYAT TEGASAN Jelaslah bahawa, kejayaan dalam peperiksaan


diibaratkan sebagai pelita yang menjadi
penyuluh kepada saya sebagai seorang pelajar.

AYAT AJAKAN Sesungguhnya, saya perlu belajar bersungguh-


sungguh tanpa rasa jemu untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan supaya masa
depan terjamin.

AYAT HARAPAN Oleh itu, setiap cabaran itu akan saya hadapi
dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai
seorang pelajar.

AYAT KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, setiap langkah yang


dicadangkan itu saya lakukan dengan penuh
iltizam.
1103/2

BAHAGIAN A & B

Disediakan oleh :

Siti Mahani binti Angterian

Guru Bahasa Melayu

MRSM Terendak, Melaka


SET 1

Bahagian A
Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
bagi menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas

Perbuatan rasuah dan salah guna kuasa boleh memberi impak yang besar kepada negara
kerana melibatkan integriti serta amanah. Masyarakat juga sudah mulai buka mata
mengenai rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kerana isu-isu berkenaan
banyak dipaparkan dan dibincangkan secara terbuka di media massa. Pihak kerajaan telah
menjalankan tanggungjawab dalam memberi kesedaran kepada masyarakat melalui
pelbagai kempen di televisyen dan di radio agar masyarakat memberi kerjasama serta
maklumat mengenai jenayah rasuah. Sebagai warganegara yang prihatin, masyarakat
seharusnya menyokong usaha kerajaan dalam menangani isu ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana


“Kesan Rasuah Lebih Buruk daripada Penagihan Dadah”
Sinar Harian 15 Nov 20221)
(8 markah)
KATA MAJMUK AYAT
2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tukarkan ayat dalam petikan kepada
ayat pasif tanpa menukar maksudnya.

Kementerian Pelancongan amat menggalakkan rakyat Malaysia supaya melancong di


dalam negara. Hal ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan ketika melancong. Selain itu,
melancong dalam negara juga dapat membantu perusahaan industri kecil dan sederhana
berkembang dengan baik.

(6 markah)

i.

ii.

iii.
3. Petikan 1 dan petikan 2 di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti,
senaraikan dan betulkan enam kesalahan bahasa dalam petikan 1 dan lima kesalahan bahasa
dalam petikan 2. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat
pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Pengaruh media sosial begitu tinggi kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
Setengah remaja begitu taksub dengan kemudahan Internet sehingga membawa impak seperti
masalah siber buli dan ketagihan peranti elektronik. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting di
dalam menangani masalah ini. Ibu bapa hendaklah menghadkan masa anak-anak melayari media
sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Tindakan ini dapat membentuk sifat menghargai
masa dan mengelak implikasi negatif media sosial dalam diri anak-anak.

(Dipetik dan diubah suai daripada,


“Berhemahlah dalam Bermedia Sosial”
Oleh Athma Zubur
Dewan Siswa Nov 2020)

Petikan 2

KEDAI BUKU PUSTAKA ILMU


Kedai Buku Pustaka Ilmu mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakkan dan
berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti berikut:

CARA MEMOHON
 Tahap perkhidmatan : kontrak Pemohon yang menguasai syarat
 Jawatan : Pembantu Pemasaran ditetapkan dan berminat boleh
 Syarat lantikan: pemohon memiliki menghantar resume dan dokumen
Kepujian dalam subjek Bahasa diperlukan ke alamat berikut:
Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga Pengurus
atau kelulusan yang kerajaan Kedai Buku Pustaka Ilmu
iktiraf. Persiaran Perdana
Tarikh tutup permohonan 83000 Batu pahat, Johor
25 September 2022 Atau melalui e-mail:
haritthpustakailmu@gmail.com
Maklumat lanjut hubungi:
Tel: 07 - 4155567
Petikan 1

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1

Petikan 2

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1

5
4. Baca petikan Bahasa Melayu Klasik ini dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standart tanpa mengubah bentuk kata dan maksud asalnya.

Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah
Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunyan
seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka kata
Kertala sari kepada orang itu, “siapa tuan hamba ini?”.
Dipetik daripada
“Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
(6 markah)

TEKNIK MENJAWAB:
1) Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan

2) Calon dikehendaki mengubah bahasa kalsik, manakala bahasa istana


dikekalkan.
3) Markah adalah tidak tetap dan penandaan adalah secara holistik
JAWAPAN:

5. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Sikap anak-anak yang sering bergaduh kadangkala telah menyebabkan ibu bapa mereka berasa
tertekan. Namun begitu, sebagai ibubapa yang positif , mereka perlu menunjukkan sikap yang
baik kerana lambat laun anak –anak akan mencontohi mereka. Ibubapa perlu mengingatkan
anak anak supaya berkasih sayang kerana ikatan adik beradik ini akan kekal selamanya.

( 6 markah )

i.

ii.

iii.
SET 2

Bahagian A
Sistem dan Aplikasi Bahasa

[35 markah]

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata hubung. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih bagi
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas

Selepas mendapat hadiah sehelai baju baharu, adik terus memakainya sambil
menyanyi.Ibu mengambil telefon pintar lalu merakam tingkah laku adik. Menyedari
aksinya dirakam,adik memarahi ibu,tetapi ibu tetap meneruskan rakaman tersebut.

(6 markah)
KATA HUBUNG AYAT
2. Nyatakan pola bagi ayat-ayat dalam di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama
+ Frasa Nama (FN +FN), Frasa Nama +Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama +Frasa Adjektif
(FN+FA) dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).

Azlan ditugaskan sebagai penyerang dalam satu perlawanan bola sepak. Azlan menendang
bola untuk mendapatkan gol. Semua ahli pasukan berasa gembira hasil jaringan gol
tersebut. Pasukan Azlan berjaya layak ke pusingan separuh akhir. Perlawanan separuh
akan dilansungkan di Stadium Shah Alam. Semua pemain bersedia untuk perlawanan
yang seterusnya.

( 6 markah)

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.
3. Petikan 1 dan petikan 2 di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti,
senaraikan dan betulkan empat kesalahan bahasa dalam petikan 1 dan tiga kesalahan
bahasa dalam petikan 2. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan
membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Sebanyak 103 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai program Jom Masuk Kampung di Kampung Geliga,
Kuala Kemaman, Terengganu baru-baru ini. Program selama tiga hari dua malam itu
berkonsepkan pembentukkan sahsiah diri kerana mahasiswa diberikan pendedahan untuk belajar
budaya sesuatu tempat. Pada masa yang sama, mereka turut menyumbang bakti dalam aktiviti
kesukanan. Program tersebut juga dapat menjalinkan ukhuwah antara mahasiswa dan masyarakat
kampung apabila mereka ditempatkan bersama-sama 23 buah keluarga angkat

(Dipetik dan diubah suai daripada,


“Jalinan Ukhuwah Masyarakat dan Masyarakat Kampung Geliga”
Oleh Nurul Athira Mohd Affandi
Dewan Siswa Bil 02 2020)
(4 markah)

Petikan 2
PERSATUAN PENULIS REMAJA
DAERAH JOHOR BAHRU
Pertandingan Menulis Esei
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2021

 Fon arial saiz 12


 Langkau dua baris
 Panjang teks di antara enam hingga sembilan halaman
 Sertakan gambar berkaspsyen kepunyaan sendiri, jika ada
 Sertakan maklumat peribadi yang mengandungi:
- Nama Penuh
- Alamat
- Nombor telefon
 Artikel yang tidak diterbitkan dalam tempuh enam bulan dianggap sebagai tidak
diterima.

(3 markah)
Petikan 1

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1

Petikan 2

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1

3
4. Baca petikan Bahasa Melayu Klasik ini dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standart tanpa mengubah bentuk kata dan maksud
asalnya.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaknya dia beroleh harta,maka ia kembali kepada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya raya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah. “ya tuanku, patik bermohon ampun. Adapun patik sekalian habis
kecurian tinggal sehelai sepinggang.
(6 markah)
BAHAGIAN B
(35 markah)

CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM PETIKAN


SASTERA DAN NOVEL
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting.
(2 markah)

a) Sangat mustahak.

b) Maksud rangkai kata cukup penting adalah sangat mustahak.

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor
yang menyebabkan kaedah pembelajaran Teknik Meja Bulat dan Permainan
Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas.
(3 markah)

a) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan faktor yang menyebabkan


kaedah pembelajaran Teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang
dipraktikkan di dalam kelas ialah ruang bilik darjah terhad.
Selain itu, perbezaan yang dikemukakan daripada Bahan 1 ialah
bilangan pelajar yang ramai manakala Bahan 2 pula mengemukakan
faktor ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan.

b) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persamaannya ialah ruang bilik


darjah terhad.

Manakala, perbezaan Bahan 1 ialah bilangan pelajar yang ramai,


manakala bahan 2 ketiadaan alat permainan bahasa.

c) Persamaan Bahan 1 dan Bahan 2 ialah ruang bilik darjah. Manakala


perbezaan Bahan 1 dan 2 ialah pelajar yang ramai dan ketiadaan alat.

iii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui kaedah Pembelajaran Abad ke-21


banyak memberikan faedah kepada murid.

Pada pendapat anda apakah faedah-faedah


tersebut?
(3 markah)

Contoh skema:

P1 – PdPc lebih menarik minat murid/ PdPc lebih menyeronokkan


P2 – Murid lebih berkeyakinan dalam pembelajaran, sosial komunikasi.
P3 – memberi kelebihan memahami kemahiran IT
P4 – melahirkan pemikiran kritis.
P5 – berpusatkan pelajar manakala guru sebagai fasilitator
P8 – murid dan guru mengamalkan komunikasi pelbagai hala.
a) Pada pendapat saya, faedah-faedah tersebut ialah PdPc lebih menarik
minat murid. Selain itu, pembelajaran lebih menyeronokkan. Akhir
sekali murid tidak bosan semasa sesi pembelajaran.

b) Pada pendapat saya, faedah-faedah tersebut ialah pelajar dapat


menjawab soalan KBAT. Selain itu, murid lebih yakin. Akhir
sekali,murid dapat berdikari.

c) Pada pendapat saya, faedah-faedah Pembelajaran Abad ke-21 ialah


murid akan berasa lebih seronok ketika PdPc dijalankan. Hal ini
demikian kerana, guru menggunakan cara yang kreatif untuk menarik
minat murid. Selain itu, murid lebih memahami kemahiran IT. Hal ini
demikian kerana, murid menjadi lebih bijak dalam mengendalikan IT.
Akhir sekali, murid dapat meningkatkan keyakinan diri. Hal ini dapat
dilihat apabila pelajar mampu berkomunikasi untuk pembentangan atau
aktiviti lain.

d) Pada pendapat saya, faedah-faedah Pembelajaran Abad ke-21 ialah


murid dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk menambah ilmu
pengetahuan dan pemahaman dalam pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, murid lebih berkeyakinan ketika membentangkan tugasan
yang diberi guru kerana dapat berkomunikasi dengan baik. Akhir
sekali, pemikiran kritis murid dapat dibentuk dalam mata pelajaran
yang dipelajari agar lebih memahami mata pelajaran tersebut.

iv. Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guru anda dengan
menggunakan teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan. Namun,
tugasan tersebut tidak dapat diselesaikan.
Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan tugasan
yang sama dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk
memastikan tugasan itu dapat diselesaikan.
(4 markah)

Contoh skema:
P1 - bermesyuarat / berbincang / berkerjasama dalam kumpulan
P2 - membahagikan tugasan dalam kumpulan
P3 - menetapkan sasaran / matlamat permainan / menentukan fokus
P4 - mengambil tahu perkembangan aktiviti permainan yang dijalankan
a) Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk memastikan tugasan
tersebut dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan ialah mengatur
strategi. Selain itu, mencari teknik yang berkesan. akhir sekali
menyusun jadual.

b) Langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat


dilaksanakan ialah ahli kumpulan perlu mengadakan mesyuarat terlebih
dahulu. Selain itu, ketua kumpulan memberikan tugasan sama rata.
Akhir sekali, mencari maklumat.

c) Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk memastikan tugasan


tersebut dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan ialah setiap ahli
kumpulan akan bermesyuarat terlebih dahulu untuk mendapatkan idea
dan pandangan daripada ahli kumpulan agar idea yang terbaik dapat
dijana. Selain itu, saya sebagai ketua kumpulan akan memberikan
tugasan sama rata kepada ahli kumpulan agar tugasan dapat dilakukan
bersama-sama. Akhir sekali, kami akan mencari maklumat berkaitan
tugasan untuk memastikan tugasan dapat disiapkan dengan maklumat
yang betul
CONTOH ITEM : PETIKAN SASTERA
i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga
adab. (2 markah)

a) Memelihara kelakuan/perangai

b) Maksud menjaga adab ialah memelihara kelakuan/perangai

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar


akibat aktiviti manusia.
(4 markah)

a) Berlaku bencana alam. Selain itu, kemusnahan flora dan fauna.


Tambahan pula,keindahan alam juga akan turut musnah. Akhir sekali
kehilangan nyawa.

b) Kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia


berdasarkan semua bahan ialah gempa maha dasyat berlaku. Selain itu,
pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya dan meranti tembaga di
kawasan simpan 20km dari kawasan sini sudah tiada lagi. Akhir sekali,
harta binasa,nyawa terkorban, keindahan alam turut hilang.

c) Berdasarkan semua bahan, kesan-kesan kemusnahan alam sekitar


akibat aktiviti manusia ialah akan berlakunya bencana alam seperti
gempa bumi dan rebut taufan. Selain itu, pokok-pokok balak yang
berharga juga akan musnah akibat kerakusan manusia. Akhir sekali
jika kita memusnahkan alam sekitar kita perlu bersedia untuk
menghadapi pelbagai musibah.

iii. Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi
tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan di


negara ini?
(3 markah)

Contoh skema:

P1 - sebagai sumber makanan / sumber protein kepada manusia


P2 - membekalkan oksigen kepada manusia.
P3 - melindungi kita daripada
bencana. P4 - mengurangkan kesan
rumah hijau
P5 - mengekalkan kelangsungan habitat flora dan fauna.
a) Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara hutan di
negara ini ialah sebagai sumber makanan kepada manusia. Selain itu,
udara yang segar. Akhir sekali, memberikan pendapatan kepada
masyarakat kerana mereka dapat bekerja dalam bidang perhutanan.

b) Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara hutan di


negara ini ialah mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
Selain itu, penipisan lapisan ozon dapat dikurangkan. Akhir sekali,
mengelakkan berlakunya pemanasan global.

c) Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara alam sekitar


ialah alam sekitar sebagai sumber makanan kepada manusia. Selain itu,
alam sekitar juga membekalkan oksigen kepada manusia. akhir sekali
alam sekitar dapat mengurangkan kesan rumah hijau.

Contoh skema:
P1 - melaporkan kepada pihak berwajib/ pihak berkuasa tempatan
P2 -
bekerjasama dengan NGO tertentu untuk mengadakan Kempen
Alam Sekitar / mengedarkan risalah berkaitan kepentingan sungai
P3 -
mengadakan gotong-royong bersama-sama dengan penduduk
setempat.
P4 -
menghebahkan maklumat kesan pembuangan sisa toksik ke dalam
sungai di media sosial.
a) Sebagai rakyat yang prihatin, usaha untuk membantu mengatasi masalah
ini ialah membuat laporan. Selain itu, membuat kempen. Akhir sekali,
memberikan kesedaran kepada masyarakat.

b) Sebagai rakyat yang prihatin, usaha yang dapat saya lakukan untuk
mengatasi masalah ini ialah saya akan mengadakan kempen. Selain itu
saya akan mengedarkan risalah kepada orang ramai. Akhir sekali saya
akan menyebarkan kesan buruk pembuangan sisa toksik kepada
masyarakat.

c) Sebagai rakyat yang prihatin, usaha yang dapat saya lakukan untuk
mengatasi masalah ini ialah saya akan melaporkan kepada pihak
berkuasa tempatan. Selain itu, saya akan bekerjasama dengan NGO
untuk mengadakan kempen Alam Sekitar. Akhir sekali, saya akan
menguar- uarkan kesan buruk pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
melalui Facebook, Instagram dan sebagainya.
MODUL NOVEL SPM KSSM
2021
SITI MAHANI ANGTERIAN

SEPTEMBER 5, 2021
MRSM TERENDAK
PANDUAN UMUM NOVEL

SOALAN (i)
1. Pelajar perlu membaca arahan soalan dan fahamkan kehendak soalan yang diuji.

2. Pelajar perlu membaca petikan dan fokus pada perkataan yang berkaitan dengan
kehendak jawapan
3. Pelajar memulakan ayat dengan mengambil daripada sebahagian soalan.

Contoh soalan:
Apakah yang telah dilakukan oleh Sister Felicia Landosi sehingga dia memohon maaf
kepada Doktor Raiha?

Contoh jawapan:
Perkara yang telah dilakukan oleh Sister Felicia Landosi sehingga dia memohon maaf
kepada Doktor Raiha ialah.......................................................
4. Jumlah isi merujuk kepada jumlah markah.

Contoh Soalan 8 (i)

Teknik menjawab :
Faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan adalah kerana
kedatangan pelancong yang ramai dan suara manusia serta bunyi enjin motobot. Selain itu,
pencemaran air sungai yang mengamcam pokok-pokok berembang dan pemusnahan kawasan
paya bakau. Seterusnya, cahaya lampu di jeti dan cahaya dari kawasan penempatan manusia
serta cahaya roda ferris membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
LATIHAN 1
SOALAN 8 (i)
i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Felicia mengeluh singkat. Sejurus, dia mengerling ke arah Doktor Mohammad yang baru
sahaja sampai ke pusat rawatan itu. Baru satu jam yang lalu, Doktor Mohamad yang bertugas
secara on call pada malam itu meninggalkan bangunan PRPK, dipanggil kembali untuk
menangani masalah kelahiran pramatang seorang bayi perempuan yang belum cukup masa dan
menghadapi kesukaran untuk bernafas. Bayi perempuan yang tarikh konsepsinya tidak
diketahui dengan pasti itu, beratnya kurang daripada 2.5 kg pada masa dilahirkan, kemudian
diletakkan di dalam inkubator di sisi ibunya.

Nyatakan masalah yang dihadapi oleh bayi yang dibantu oleh Doktor Muhammad. [4 markah]

LATIHAN 2
SOALAN 8 (i)
i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Bagaimana dengan ikrarmu suatu ketika dahulu Felicia? Lupakah engkau tentang
segala perkara yang pernah engkau pelajari sewaktu menjalani latihan asas secara intensif
dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya secara sinis.
Hampir tergelak Felicia apabila dia mengingati semula kata-kata Doktor Raiha.
Hatinya tertanya-tanya, apakah Doktor Raiha akan memberikan ceramah tentang mata
pelajaran Kejururawatan Asas, Anatomi dan Fisiologi, Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi
dan Etika dan sebagainya? Apakah Doktor Raiha akan terus mengingatkan dia tentang
keperibadian dan sikap murni yang perlu dan seharusnya dimiliki oleh seorang jururawat,
setiap kali bersua muka dengannya kelak? Menggesa dia agar terus berkorban untuk
memuaskan hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu? Mengingatkan dia tentang
kesungguhan, kecekapan dan juga rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap bidang tugasnya
dalam kerjaya seperti itu?
Nyatakan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kejururawatan yang dipelajari oleh
Felicia semasa latihan asas.
[4markah]
LATIHAN 3
SOALAN 8 (i)
i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Milah bangun meninggalkan suaminya. Pak Saidi hanya menggelengkan


kepalanya sejak kepulangan Adnan tempoh hari, kerisauan isterinya tidak pernah surut. Dia
mengerti perasaan isterinya itu kerana ketiga-tiga orang anaknya menceburi bidang yang amat
berbahaya ketika ini. Namun, dia amat berbangga ketiga-tiga orang anaknya berada dalam
angkatan tentera. Walau apa-apa pun yang terjadi, dia telah bersiap sedia menghadapi sebarang
kemungkinan dan meredakan segalanya kerana sudah menjadi hukum Allah, setiap manusia
akan kembali kepada- Nya. Pak Saidi pasrah.

Nyatakan perasaan yang dialami oleh Mak Milah dan Pak Saidi apabila ketiga-tiga anak
mereka menyertai tentera. [4markah]

LATIHAN 4
SOALAN 8 (i)

i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Raiha tersenyum lebar melihat gelagat anak dan anak-anak buanhnya. Dalam hati berbunga
rasa syukur yang teramat sangat melihat perubahan yang begitu ketara. Eda sudah tidak sugul
lagi. Eda sudah melupakan segala ejekan dan kata-kata orang tentang wajahnya; hidung
peseklah, mata kuyulah, keropoklah! Eda sekarang, Eda yang sudah matang. Empat tahun di
universiti seakan-akan telah mengubah pendirian tentang konsep kecantikan pada diri Eda.
Raidah menebak. Dia memang sangat bersyukur dan terharu.
(Dipetik daripada Novel Tirani

Apakah perubahan-perubahan pada diri Eda yang membuatkan Raiha rasa bersyukur? [4 markah]
PANDUAN UMUM NOVEL

SOALAN (ii)
1. Analisis soalan.

2. Kenal pasti kata tugas (KT)/ kata kunci (KK)/ kehendak soalan (KS).

3. Pastikan perkataan yang dikenal pasti sebagai kata kunci ditulis dalam setiap ayat
jawapan agar isi tidak terpesong.

Contoh Soalan 8 (ii)


ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab permulaan cerita tersebut
menarik perhatian pembaca. [6markah]

Teknik menjawab:

Peristiwa PANTAI KASIH


- Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah
dibedah oleh Doktor Uwang sebanyak lima kali tetapi
masih belum sembuh.
- Felicia yang menyelinap masuk ke ruang farmasi Pusat
Perubatan Pantai Kasih untuk mengambil ubat batuk dan
meminumnya.
BIMASAKTI MENARI
- peristiwa Nurul Hafsa yang telah menjalankan tugas
sebagai pegawai sains di Balao Cerap Kuala Selangor
dalam menerangkan rombongan pelajar dari Jepun
tentang bintang di langit Kuala Selangor.
Huraian peristiwa PANTAI KASIH
- Unong Siron dibedah kerana menjalani pembedahan
tulang sendi pinggul. Unong siron terpaksa dibedah buat
kali ke-6 dan pembedahan dilaksankan oleh Doktor Raiha
kerana Doktor Uwang mempunyai kekangan ketika itu.
- Sister Felicia Landosi telah meminum ubat batuk untuk
menghilangkan tekanan dalam hidupnya.
BIMASAKTI MENARI
- Nurul Hafsa cekap menjawab persoalan daripada pelajar
dari Jepun tersebut apabila bintang di langit pada waktu
tersebut tidak kelihatan. Nurul Hafsa juga berjanji kepada
pelajar tersebut untuk menggembalikan semula bintang
di Kuala Selangor.
Ulasan (sebab menarik PANTAI KASIH
perhatian pembaca) - Pembaca ingin mengetahui nasib Unong Siron sama ada
akan sembuh atau tidak di penghujung cerita.
- Pembaca ingin mengetahui tujuan Felicia minum ubat
batuk bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya.
BIMASAKTI MENARI
- Peristiwa ini menarik perhatian pembaca kerana bukan
sahaja memperlihatkan kecekapan seseorang individu
dalam menjawab sebarang pertanyaan tetapi individu
tersebut juga berhujah berdasarkan ilmu pengetahuan
yang
mendalam.

Novel yang saya kaji ialah Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa peristiwa permulaan cerita dalam novel ini.
Peristiwa permulaan cerita ialah peristiwa Doktor Raiha bersimpati dengan nasib
Unong Siron yang telah dibedah oleh Doktor Uwang sebanyak lima kali tetapi masih belum
sembuh. Unong Siron dibedah kerana menjalani pembedahan tulang sendi pinggul. Unong
siron terpaksa dibedah buat kali ke-6 dan pembedahan dilaksankan oleh Doktor Raiha kerana
Doktor Uwang mempunyai kekangan ketika itu. Peristiwa permulaan ini menarik perhatian
pembaca kerana pembaca ingin mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan sembuh atau
tidak di penghujung cerita.
Selain itu peristiwa Felicia yang menyelinap masuk ke ruang farmasi Pusat Perubatan
Pantai Kasih untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Felicia meminum ubat batuk
untuk menghilangkan tekanan dalam hidupnya. Peristiwa ini menarik perhatian pembaca
kerana pembaca ingin mengetahui tujuan Felicia minum ubat batuk bagi menghilangkan
tekanan yang dihadapinya.

LATIHAN 1
SOALAN 8 (ii)

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang dapat
dijadikan teladan kepada para pembaca dan ulaskan.
Peristiwa dijadikan teladan

Huraian peristiwa

Ulasan
LATIHAN 2
SOALAN 8 (ii)

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Setiap novel sentiasa memberikan mesej kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang
anda kaji, huraikan mesej yang disampaikan oleh penulis tersebut kepada pembaca.

Mesej

Peristiwa
LATIHAN 3
SOALAN 8 (ii)

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua perasaan anda selepas selesai
membaca novel tersebut. Nyatakan sebab-sebab anda berperasaan begitu.
Perasaan

Sebab
MODUL RUMUSAN SPM KSSM
2021
SITI MAHANI ANGTERIAN

SEPTEMBER , 2021
MRSM TERENDAK
PANDUAN UMUM RUMUSAN

1. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang
berbeza (contoh petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama.
2. Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.

3. Pelajar perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan.

4. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah. (pendahuluan : 2 markah, isi : 16 markah,


kesimpulan : 2 markah).

5. Pelajar perlu mengemukakan 8 isi lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan
menyentuh setiap fokus).

6. Markah bahasa dinilai secara holistik 10 markah. (cemerlang 8/10, baik 5/7, sederhana 3/4,
lemah 1/2).

7. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

8. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan.

9. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.

1. PENDAHULUAN (1 AYAT)
FORMAT RUMUSAN
PENDAHULUAN (i) Kenal pasti fokus dalam 2 atau 3 bahan yang
disertakan
(ii) Menulis semua fokus yang terdapat dalam bahan.

FOKUS/ TUGASAN

Langkah-langkah/ usaha-usaha/ strategi/ Manfaat/ faedah/ kepentingan/ kelebihan/


kaedah-kaedah /cara-cara/ ikhtiar/ teknik/ kebaikan/ kesan positif/ keistimewaan
pendekatan/ inisiatif-inisiatif / tindakan/
cadangan

Punca-punca/ sebab/ faktor/ Potensi/ tanggungjawab/ tugas/ peranan/ fungsi


pemangkin/ pencetus

Halangan/ masalah/ cabaran/ kesulitan/ Ciri-ciri/ kriteria/ sifat


kerenah/ sekatan/ dugaan/ rintangan/
kekangan

Kesan/ akibat/ keburukan/ kelemahan/ Sumbangan/ Jasa/ Pengorbanan/ bakti


kekurangan/ natijah/impak/ implikasi/ kesan
negatif/ masalah
TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN MARKAH
Pendahuluan Rumusan membincangkan fokus 1 dan fokus 2 2
2 fokus
Rumusan membincangkan fokus 1 1

Pendahuluan Rumusan membincangkan fokus 1, fokus 2 dan fokus 3. 2


3 fokus
Rumusan membincangkan fokus 1 dan fokus 2 1

2. ISI TERSURAT
ISI TERSURAT
 Teknik mengesan isi tersurat dalam 2 @ 3 bahan yang disertakan
 Rujuk perkataan berikut sebagai penanada isi tersurat
Penanda wacana Selain itu, di samping itu, seterusnya, tambahan pula, kemudian,
dan lain-lain lagi
Langkah-langkah hendaklah, perlulah, haruslah

*menggunakan imbuhan meN-


Kepentingan- dapat, boleh
kepentingan
*menggunakan imbuhan meN-
Kesan-kesan
kesannya, akibatnya, menyebabkan, menjadikan, mendatangkan

2 FOKUS
Bil. isi BAHAN 1 Bil isi Bil. isi
calon diterima
Fokus 1: Usaha (2 isi) 2 2
Fokus 2: Halangan (6 isi) 6 5

Bil. isi BAHAN 2


Fokus 1 : Usaha (4 isi) 2 1

JUMLAH 10 isi 8 isi

3 FOKUS
Bil. isi BAHAN 1 Bil isi Bil. isi
calon diterima
Fokus 1: Punca (6 isi) 6 5
Fokus 2: Halangan (2 isi) 1 1

Bil. isi BAHAN 2


Fokus 1 : Punca (2 isi) 1 1

Bil. isi BAHAN 3


Fokus 3 : Kesan (3 isi) 2 1
JUMLAH 10 isi 8 isi
TEKNIK MENULIS ISI TERSURAT

Usaha ialah (isi 1) Selain itu, (isi 2) Di


2 fokus samping itu, (isi 3)

Halangan ialah (isi 4) Selain itu, (isi


5) Di samping itu, (isi 6) Seterusnya, (isi
7)
Akhir sekali, (isi 8) .

Punca ialah (isi 1) Selain itu, (isi 2) Di


3 fokus samping itu, (isi 3) Seterusnya, (isi 4) . Punca
seterusnya, (isi 5) Akhir sekali, (isi
6)

Halangan ialah (isi 7) Manakala kesan, (isi


8)

3. PENUTUP (1 AYAT)
CADANGAN TEMA Kata HARAPAN
SOALAN hubung (kesan
daripada
cadangan)
Kesimpulannya, - kerajaan - hendaklah Isu/ tema Isu/ tema agar…
- rakyat - mestilah (positif) (negatif) supaya..
- individu - haruslah -menggalakkan -mengelakkan untuk…
- masyarakat - perlulah -mengamalkan -menjauhi
- ibu bapa -memartabatkan -membanteras
- pihak -meningkatkan -mengatasi
sekolah -menangani
- pihak
swasta
- semua
pihak

Kesimpulannya, (subjek - semua pihak/individu/ ibu bapa/ masyarakat ) haruslah


(cadangan – tindakan yang dilakukan) agar (harapan- kesan daripada tindakan tersebut)
CONTOH SOALAN :

Bahan 1
Baca petikan dan sajak serta teliti bahan grafik di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan, sajak dan bahan.
Budaya hidup dalam keseronokan atau dikenali sebagai hedonisme merupakan amalan
hidup masyarakat Barat. Di Malaysia, budaya hedonisme ini telah meresap dalam sanubari
golongan remaja yang menyebabkan mereka lebih mementingkan diri sendiri dan bersikap
materialistik. Penyerapan budaya ini berlaku kerana kekurangan nilai dan pengamalan agama
dalam kalangan remaja.
Budaya hedonisme ini jika tidak dibendung akan membabitkan masalah yang lebih
besar seperti jenayah rogol, pembuangan bayi dan seks bebas. Remaja terjebak dalam budaya
keseronokan ini kerana mereka terpengaruh dengan budaya Barat. Tanpa pemikiran yang
matang mereka mudah menerima budaya hidup Barat yang cenderung ke arah keseronokan
dan hiburan.
Selain itu, remaja terlibat dalam budaya keseronokan ini kerana kurangnya maklumat
hedonisme yang diterima oleh mereka. Tambahan pula, kebanyakan remaja merujuk rakan sebaya
tentang persoalan hubungan sosial yang telah mendapat maklumat daripada sumber yang salah
seperti Internet.

Tidak dinafikan kebanyakan remaja yang terlibat dalam budaya ini menghadapi
tekanan dalam kehidupan mereka. Remaja juga kurang kefahaman tentang keburukan amalan
hedonisme. Pengetahuan yang cetek akibat kurang membaca menyebabkan remaja tidak
mampu menilai kesan buruk budaya tersebut terhadap diri sendiri. Lebih memburukkan
keadaan apabila sikap prihatin masyarakat semakin luntur. Masyarakat hari ini lebih
mementingkan ahli keluarga sendiri tanpa mempedulikan permasalahan yang wujud dalam
komuniti mereka.
Lantaran itu, ibu bapa haruslah memahami perkembangan jiwa anak-anak remaja dan
mengukuhkan jiwa anak-anak dengan didikan agama yang mantap sejak mereka kecil. Pada
masa yang sama, ibu bapa perlu mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan curahan kasih
sayang.
Dipetik dan diubahsuai daripada 'Hedonisme:
Mengapa Terus Hantui Remaja', oleh Dr.
Aminudin bin Mansor, Fokus SPM, Julai 2014
Bahan 2 – Sajak

Virus Dari Langit Global

Virus-virus giat mengalir

meniti pembuluh-pembuluh
darah menjengah ruang fikir

meracuni akal dan sukma


virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti

membentuk segumpal sampah di almari peribadi


menyemai benih radiasi songsang menerjah
minda.

Kontang sudah ladang yang subur


semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban
dan dibajai akhlak pekerti

diterapkan angin hitam sosial


merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi

Virus-virus ini diutus dari langit global


percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur songsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
Nur Suhada Sayuti
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar ‘Antologi Kubentang Sehelai Peta’,
atma
Dewan Bahasa dan Pustaka
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak
bangsa susila dan budaya tidak lagi bernyawa

pabila virus mazmumah terpercik mendiami


jiwa hilangnya nanti dan kupingku dinoda

menjadi puing-puing harapan ayahanda.

Bahan 3 – Grafik
PENDAHULUAN

BAHAN 1

FOKUS 1

FOKUS 2

FOKUS 3

BAHAN 2
FOKUS 1

FOKUS 2
FOKUS 3

BAHAN 3
FOKUS 1

FOKUS 2

FOKUS 3

KESIMPULAN
LATIHAN 1

Bahan 1 - Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pelancongan adalah industri ketiga terpenting negara selepas pembuatan dan komoditi. Namun
3.5 juta pekerja dalam sektor itu terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. Pada tiga
bulan pertama tahun ini sahaja, industri ini kerugian RM9 juta dan meningkat mendadak
ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Menteri Kewangan pada
satu wawancara memaklumkan pelancongan sektor pertama terkesan dengan wabak dan
terakhir dijangka pulih. Menyingkap kesan besar industri ini, kita dikejutkan penamatan
operasi beberapa hotel ternama di beberapa bandar besar seperti Melaka, Ipoh, Pulau Pinang
dan Kuala Lumpur.
Alasan utama tempoh PKP yang panjang menyebabkan mereka tidak dapat
menjalankan perniagaan. Kos operasi terpaksa ditanggung, namun tiada keuntungan berikutan
tiada pelanggan, terutama apabila sempadan negara ditutup sepenuhnya kepada pelancong
asing. Mereka juga memberi alasan tempahan dibuat pelancong asing dibatalkan. Dalam satu
laporan, pembatalan tempahan bilik hotel ketika itu mencecah RM58 juta. Pada masa sama,
ramai dibuang kerja atau disuruh mengambil cuti tanpa gaji, atau mengalami pemotongan gaji
bulanan. Dalam satu tinjauan, kos gaji pekerja sahaja satu per tiga daripada kos operasi hotel
keseluruhannya. Selain perhotelan, sektor penerbangan tidak terkecuali. Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 menjadi tempat parkir segala jenis model
kapal terbang bagi ketiga-tiga syarikat penerbangan negara. Pendekatan sama diambil, iaitu
membenarkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji atau pemotongan gaji.
Kerajaan melalui pelan rangsangan ekonomi seperti Pakej Prihatin Nasional
(PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memberi beberapa
insentif kepada sektor ini. Antaranya insentif langsung termasuk pengecualian cukai
pelancongan sehingga Disember 2020, pembayaran ansuran cukai ditangguhkan dan geran
padanan RM100 juta untuk mengekalkan pekerja mereka. Insentif tidak langsung pula
pengecualian cukai individu RM1,000 kepada pembayar cukai yang melancong dalam negara
sehingga Disember 2021 dan e-kupon untuk setiap tambang kapal terbang, tambang kereta
api dan tempat tinggal untuk pelancongan domestik sahaja.
Walaupun pelbagai insentif diberi kepada sektor ini terutama untuk rakyat Malaysia,
permintaan mereka masih diunjur kurang berbanding pelancong luar negara. Industri
pelancongan masih bergantung permintaan luar negara berbanding domestik. Rakyat kita pula
masih sangsi untuk melancong dan membawa keluarga, terutama kanak-kanak dan ibu bapa
yang berusia.
Sumber: Internet
Bahan 2 - Grafik
PENDAHULUAN

BAHAN 1
FOKUS 1

FOKUS 2

BAHAN 2
FOKUS 1

FOKUS 2

Kesimpulannya,
LATIHAN 2

Bahan 1- Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Filem pendek hasil usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menampilkan
pelakon Zahiril Adzim dan Mia Sara memberi mesej kepada ibu bapa agar melibatkan diri
sepenuhnya dalam kehidupan anak mereka. Kempen ini mampu mendidik masyarakat supaya
berganding bahu menangani masalah ini. Ibu bapa wajar memantau kehidupan anak-anak. Ibu
bapa perlulah memberikan didikan agama secukupnya supaya anak-anak dapat membezakan
perkara baik dan buruk. Penularan kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja,
seperti yang ditayangkan dalam filem berkenaan berpunca daripada pergaulan rakan sebaya.
Seterusnya, desakan hidup atau keinginan untuk memperoleh wang dengan cepat mungkin
menjadi punca kepada remaja bertindak nakal.
Terdapat beberapa factor yang dapat mempengaruhi remaja untuk berubah menjadi
remaja “nakal”. Antaranya ialah tindakan media massa memamaparkan filem yang
mengandungi gejala tidak sihat atau berunsur keganasan remaja yang mengangkat watak
remaja bermasalah sebagai “hero”. Secara tidak langsung, penonton yang terdiri dalam
kalangan remaja menyalahtafsirkannya sebagai sesuatu yang positif dan tidak salah untuk
diikuti. Teknologi di hujung jari kini menjadikan segalanya begitu mudah untuk diperoleh,
termasuklah video lucah yang pastinya dapat meracuni fikiran remaja untuk melampiaskan
nafsunya dengan cara yang salah seperti melakukan jenayah rogol.
Selain itu, permainan video berkomputer yang melibatkan perlumbaan kereta dan
motosikal, peperangan atau perlawanan fizikal, mungkin menjadi pendorong kepada remaja
untuk bersikap agresif dan mencuba perbuatan tersebut di dunia realiti seperti membentuk
kumpulan samseng. Di samping itu, terdapat banyak novel cinta dan bahan bacaan yang
mengetengahkan isu kegiatan seks luar nikah dan perhubungan sumbang. Hal ini seolah-olah
telah berleluasa dan menjadi sebahagian daripada perlakuan normal masyarakat. Perbuatan
sebegini jelas menunjukkan kurangnya didikan agama dan bimbingan ibu bapa terhadap
remaja. Dengan pendidikan agama yang minima, remaja mudah tertarik kepada gaya hidup
bebas.
(Dipetik dan diubah suai daripada Remaja “Nakal” Tidak Perlu
Disangkal oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa Disember 2012)
Bahan 2-Grafik
PENDAHULUAN

BAHAN 1
FOKUS 1

FOKUS 2

BAHAN 2
FOKUS 1

FOKUS 2

Kesimpulannya,
SEMOGA ANDA
SEMUA BERJAYA
ANAK-ANAK
CEMERLANG
SPM 2021

Anda mungkin juga menyukai