Anda di halaman 1dari 2

CERPEN GERHANA MANUSIA

Baca petikan cerpen di bawah  dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini tidak pernah adil, Solehah.”  Titis air mataku
gugur di hujung jari Solehah.  “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak
diberikan.  Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu…,” sebak menyendat di dadanya.

“Dapatkan 10 pek darah sekarang!”  Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni , yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. 
“Dapatkan di hospital lain; segera.”
Untuk siapa?  Hatinya musykil sendiri.

“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu?  Korporat, teknokrat yang banyak menyumbang dana
kepada kelab elit kita.  Kita tak mahu dia mati.  Dia dermawan prihatin.  Kita begitu terhutang
budi kepadanya.  Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.”
Tekanan darah Solehah semakin rendah.  Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.  Dia
menoleh.

“Berikan gelafunden,” arahnya acuh atak acuh.


“Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.
“Kandungan gelafunden itu seakan-akan darah.”  Mata bulat berkening lebat doktor tua itu
terjegil.  “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah.  Sekurang-kurangnya dia tidak
mati untuk hari ini.”

(Dipetik daripada cerpen “Gerhana Manusia” dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn.
Bhd.)

(i)    Berdasarkan petikan cerpen di atas, jelaskan fungsi gelafunden. [2 markah]


Fungsi gelafunden ialah menggantikan darah tulen dan meningkatkan tekanan darah.

(ii)   Pada pendapat anda, mengapakah sumbangan dana daripada Tuan Besar Musa sangat penting
kepada Profesor Doktor Juaidi? [ 3 markah ]
Pada pendapat saya, sumbangan dana daripada Tuan Besar Musa sangat penting kepada
Profesor Doktor Juaidi kerana dapat menampung kos pengurusan hospital yang semakin
mahal dan dapat membiayai kos penganjuran aktiviti tahunan kelab elit hospital.

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4
markah]
Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah mempunyai nilai
kemanusiaan yang tinggi. Contohnya, Nusia berasa kasihan kepada Solehah kerana bekalan
darah yang diperlukannya tidak diberikan oleh doktor.

Anda mungkin juga menyukai