Anda di halaman 1dari 9

SULIT 1103/2

SKEMA JAWAPAN BM SPM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2019

Markah penuh : 110 markah


Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan:
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 6 8 10 12 16

(iii) Isi tersirat 12 10 8 6 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20
Soalan 1 : Rumusan

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Pendahuluan :
Rumusan membincangkan mudarat/ keburukan/ akibat berkongsi maklumat di media sosial dan
cara-cara mengatasinya.

Isi- Isi Tersirat:


S1 - dapat mengundang masalah terutama berkaitan keselamatan. [2m]
S2 - menarik perhatian orang ramai untuk memanipulasikan maklumat tersebut dengan niat yang
tidak baik. [2m]
S3 - dapat mengundang kejadian jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan penculikan. [2m]
S4 - berisiko terlibat dengan penipuan yang bersifat psikologi [2m]
S5 - mendedahkan individu kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. [2m]
S6 - mendedahkan mereka kepada kegiatan jenayah siber. [2m]
S7 - maruah boleh tercemar. [2m]

Isi-Isi Tersirat:
T1 - sentiasa sederhana dan jangan terlalu ghairah berkongsi maklumat peribadi dengan semua
orang terutama di media sosial yang terbuka [2m]
T2 - menggunakan media sosial secara berhemah. [2m]
T3 - perlu sentiasa peka dengan perkara yang berlaku terhadap rakan sosial [2m]
T4 - perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial.
[2m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, perkembangan teknologi komunikasi terkini yang semakin canggih amat
memerlukan sikap berhati-hati dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna teknologi
tersebut (1m) agar tidak memudaratkan diri sendiri (1m)

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 – 20 9 – 10  Kesinambungan isi baik.


Baik 15 - 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul

12 – 14 6–7  Kesinambungan isi masih baik


8 – 11 4–6  Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana memuaskan.
 Kosa kata masih memuaskan
 Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1–4  Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan
Soalan 2: Pemahaman
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (a) : 9 markah


Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Jawapan Soalan 2 (a) – Petikan drama


i) - Maksud memanipulasikan maklumat ialah menggunakan makluman/ butir-
butir untuk berbuat sesuatu yang tidak baik.

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

[ maksimum 2 markah]

ii) Tujuan individu menggunakan media sosial:


- Sebagai tempat orang ramai meluahkan perasaan [1m]
- Untuk berkongsi maklumat [1m]
- Memuat naik gambar peribadi [1m]
[ maksimum 3 markah]

iii) Pada pendapat saya, kesan-kesan penggunaan media sosial secara berlebihan dalam
kalangan remaja:
...akan menimbulkan masalah ketagihan [1m]
...remaja yang taksub akan media sosial akan menghadapi masalah komunikasi yang
membimbangkan [1m]
...akan melahirkan masyarakat yang antisosial [1m]

[maksimum 4 markah]

Jawapan Soalan 2(b) – Pemahaman Cerpen

i) Pesanan bonda kepada Mel,


- menjaga bahasa [1m]
- agama [1m]
- maruah
[1m]
[ maksimum 2 markah]

ii) Cara membalas jasa ibu bapa;


- Menjaga mereka pada waktu susah dan senang [1m]
- membanggakan mereka dengan keputusan yang cemerlang [1m]
- menggembirakan mereka [1m]
[ maksimum 3 markah]

iii) Nilai kemanusiaan berdasarkan petikan cerpen;


- Ketaatan. Bukti : ‘Saya’ tangguhkan berkali-kali hasrat untuk menjengah
wajah kota. [2m]
- Patriotik. Bukti : Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara
bahasa ibunda dan agama. [2m]

Nilai kemanusiaan berdasarkan keseluruhan cerpen:


- Amanah. Bukti : ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan
buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar. [2m]
- Kegigihan. Bukti : Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani
meneroka hutna untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. [2m]

[ maksimum 4 markah]
Jawapan Soalan 2(c) - Prosa Tradisional

i) Maksud senantiasa beringgit

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

- sentiasa berbalah [2m]

ii) Sultan Muzaffar Syah berdukacita melihat perlakuan Paduka Raja dan Seri nara
Diraja :
- Paduka Raja dan Seri Nara Diraja tidak sehaluan [1m]
- Bimbang nasib negeri yang akan binasa sekiranya kedua-dua orang pembesar
tidak mempunyai kata sepakat. [1m]
[ maksimum 3 markah]

iii) Aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat bersatu padu dalam kalangan
masyarakat:
- menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong [1m]
- bekerjasama dalam melakukan pekerjaan [1m]

[ maksimum 3 markah]

Jawapan Soalan 2(d) - Puisi

i) Harapan penyajak :
- Berharap Tuhan mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan
perintah-Nya. [1m]
- Berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara [1m]
[ maksimum 2 markah]

ii) Setiap manusia perlu menginsafi kesalahan yang dilakukan kerana/supaya


- Tidak melakukan dosa lagi dan terlibat dengan maksiat [1m]
- Manusia merupakan insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan dan
perlu diberi peluang bertaubat. [1m]
- Kerana allah maha Pengampun walau sebesar mana kesalahan manusia
lakukan. [1m]
[ maksimum 3 markah]

iii) Huraian 2 persoalan:


- Keinsafan atas dosa-dosa lalu yang menghantui kehidupannya. [1m]
- Keikhlasan dalam memohon keampunan kepada Tuhan. [1m]
- Berserah dan memohon kemapunan hanyalah kepada Allah yang Maha esa.
[1m]
- [ maksimum 4 markah]

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada
Soalan 3(a) : 6 markah

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 3(b) : 6 markah


Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak 1/2 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak 1/2 markah bagi
setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai
satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Jika tidak jelas, tolak 1/2 markah bagi setiap ayat.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah

Jawapan 3(a)
i) rendang – rendang
- Makcik Rubiah memasak rendang daging untuk dihidangkan kepada tetamu
pada hari raya.
- Setelah bermain bola sepak, kami berehat di bawah sebatang pohon yang
rendang untuk melepaskan penat.

ii) perang – perang


- Kebanyakan pelarian yang tinggal di khemah tersebut merupakan mangsa
perang.
- Kebanyakan orang Eropah mempunyai rambut berwarna perang kerana
mereka berkulit putih.

iii) semak – semak


- Buku akaun itu saya semak berkali-kali untuk memastikan jumlah wang yang
dimasukkan itu betul.
- Ayam itu berlari ke arah semak apabila cuba ditangkap oleh abang.
- Biliknya ditinggalkan dalam keadaan semak dan tidak berkemas kerana dia
terlewat ke sekolah.
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(b)

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

i. Hanna bertanya kepada Fiona sebab-sebab Fiona terlewat kerana menurut Hanna dia
sudah hampir satu jam menunggu di situ.
ii. Encik Anuar mengucapkan tahniah kepada Hasyim kerana telah berjaya meraih
kemenangan dalam kejohanan badminton peringkat daerah.
iii. Encik Osman pelatih di bawah kelolaannya yang datang lewat untuk menjalani latihan.
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c)
i. Satay – Sate
berbandingkan – berbanding
ii. rukon – rukun
kewujudan – mewujudkan
iii. di denda – didenda
mempercepatkan – mempercepat [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(d)
i. Semua maklumat-maklumat – Semua maklumat/ maklumat-maklumat

disimpan – dirahsia
ii. Kebanyakan sayur-sayuran – Kebanyakan sayur/ sayur-sayuran
dipancang – dikutip
iii. terlalu sedih sekali – terlalu sedih / sedih sekali
melimpahkan – menumpahkan
[Maksimum : 6 markah]

Perhatian bagi soalan 3e)


1. Berikan 2 markah bagi setiap peribahasa yang betul
2. Berikan 0 markah jika jawapan calon tidak tepat.
3. Tolak 1/2 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan
soalan.

Jawapan 3(e) Peribahasa

i. Persahabatan Amir dan Nasrul bagai isi dengan kuku sehinggakan ramai yang
menganggap mereka adik-beradik.
ii. Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang
minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
iii. Kita hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa
keluarga Suhaila apabila rumahnya hangus dijilat api, bak kata peribahasa, berat
mata memandang berat lagi bahu memikul.
[Maksimum : 6 markah

Soalan 4

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

[Markah penuh 15 markah]

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii)Beri 2 markah untuk 1 isi – satu persoalan berserta contoh persoalan.
iv) Markah bagi 2 isi - maksimum 4 markah.
v) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada
markah isi.
vi) Markah bahasa diberi seperti berikut:

Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah

vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
viii) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum: 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Jawapan mesti menyatakan peristiwa yang menunjukkan teknik saspens beserta
contoh peristiwa.
iv) Aspek Pemarkahan: Berikan 1 markah untuk satu pengajaran.
- Berikan 2 markah untuk contoh / huraian yang lengkap / jelas
- Berikan 1 markah untuk contoh / huraian yang tidak lengkap / jelas
- Maksimum markah setiap isi = 3 markah
v) Huraian tanpa menyatakan contoh dalam novel, 0 markah
vi) Markah isi maksimum, 6 markah
vii) Markah bahasa maksimum, 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi
viii) Markah bahasa diberi seperti berikut:

Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah

ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
x) Calon tidak menjawab, 0 markah
[Maksimum: 8 markah]

Jawapan

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

4. a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.


[7 markah]
Di Sebalik Dinara
1. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya
Marylin/Medina berasa susah hati apabila anaknya, Farisha diculik oleh Amin dan
Farid. Apabila penculik membawa Farisha untuk bertemu dengannya,
Marylin/Medina mendekati Farisha dan menyatakan bahawa dia amat merindui
anaknya itu.

2. Persoalan kerajinan melaksanakan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh


Farisha rajin dan bersungguh-sungguh melaksanakan kajian untuk kerja-kerja
penggodaman system computer tanpa mengenal erti penat dan kekangan masa.

Silir Daksina

1. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya


Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwah bapanya kerana berpendapat
bahawa kehidupan seorang penulis adalah seperti hidup dengan bayang-bayang.

2. Persoalan kerajinan melaksanakan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh


Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam rajin dan bersungguh-sungguh mengajar anak-
anak muda tentang tarian Zapin. Dia juga berusaha menghidupkan Kumpulan Zapin
D’Purnama di kampung Seri Purnama.

4. b) satu peristiwa yang menunjukkan teknik saspens yang digunakan dalam novel
tersebut.

Novel Di Sebalik Dinara


Peristiwa ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak
balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengejutkan semua yang ada di bilik
pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang
kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan
terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya
kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi
sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.

Novel Silir Daksina


Peristiwa Haiqal memberitahu uminya bahawa dia akan ke kampung arwah ayahnya di Batu
Pahat Johor. Pembaca akan tertanya-tanya apakah reaksi umi apabila mendengar niat anaknya
itu kerana uminya tidak mahu Haiqal mengikut jejak langkah arwah ayahnya.

[Maksimum: 8 markah]

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT

Anda mungkin juga menyukai