Anda di halaman 1dari 5

SKEMA PEMARKAHAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU KERTAS 1


SMK LAJAU, W.P. LABUAN
2021

Bahagian A

1. C 11. B
2. C 12. B
3. A 13. D
4. B 14. D
5. A 15. C
6. B 16. D
7. C 17. D
8. D 18. C
9. B 19. C
10. B 20. B

Bahagian B

1. Kesalahan ejaan:
i. isipadu – isi padu
ii. bekteria – bakteria
iii. sepsis - spesies

2. Kesalahan Bahasa:
i. Amat senang-lenang – amat senang / senang-lenang
ii. Berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan – Berbagai-bagai jenis tumbuhan

3. Soalan pemahaman teks:

Kriteria bagi soalan 3 markah

Markah Kriteria
3 markah  Isi cukup/lengkap dan ayat gramatis
2 markah  Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
 Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah  Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah  Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
 Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

i. Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu


- Petikan 1: Rakyat tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul kerana banyak
kesalahan tatabahasa pada papan tanda.
- Petikan 2: Bahasa Melayu tercemar dengan penggunaan bahasa rojak.
*isi cukup: 2 isi: [3 markah]
ii. Fungsi Bahasa Melayu dalam Petikan 2:
- bahasa Melayu merupakan bahasa sepunya dalam kehidupan harian
warganegara.
- Sebagai bahasa rasmi di Malaysia/medium untuk menyampaikan maklumat
dalam urusan rasmi.

*isi cukup: 2 isi: [3 markah]

Kriteria bagi soalan 4 markah

Markah Kriteria
4 markah  Isi cukup dan relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 markah  Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah  Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
1 markah  Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang
gramatis
0 markah  Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
 Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

iii. Peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sukar dicapai:

- Kaum bukan Melayu tidak minat mempelajari bahasa Melayu.


- Sesetengah orang memandang remeh akan penggunaan bahasa Melayu.
- Hanya mempelajari bahasa Melayu sebagai syarat asas wajib lulus bahasa
Melayu kemasukan ke universiti atau perkhidmatan awam.
- Melebihkan bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan bahasa dunia.
- Timbul perasaan rendah diri apabila berbahasa Melayu dalam khalayak ramai.

* Isi cukup : 2 isi di atas atau isi-isi lain yang releven (4 markah)
4. Soalan novel: [10 markah]

Markah isi + huraian/contoh: 1+1


Mesti ada 3 isi dan 3 huraian/contoh = 6 markah
Markah bahasa = 4 markah

Watak: Datuk Bahaman


Perwatakan:
i. Seorang yang sangat bijak dalam mengatur strategi.
Contoh: Beliau merentap rantai yang tenggelam di dalam air sehingga tegang dan
menyebabkan perahu-perahu Inggeris terbalik dan Desborough serta mata-mata Sikh
dengan pendayung-pendayungnya tercampak ke dalam sungai. Kemudian, berpuluh-
puluh bambu runcing dibaling ke arah sungai dan ramai mata-mata Sikh dibunuh.

ii. Seorang yang sangat mementingkan agama.


Contoh: Beliau mahu semua penduduk berkumpul di masjid malam itu untuk
membaca Yasin beramai-ramai dan memohon doa kepada Ilahi semoga perjuangan
mereka mendapat pertolongan Tuhan.
iii. Seorang yang sentiasa berpegang kepada janji.
Contoh: Perkara ini dapat dilihat apabila musuh telah mencabul perjanjian semasa
peperangan di Darat Pasir Tuk Anjang, Datuk Bahaman tetap bersabar dan berpegang
janjinya dengan Sultan.

iv. Seorang yang sangat tabah.


Beliau tabah menghadapi kehidupannya di Darat Kelubi apabila tidak mendapat
pengampunan sultan serta pangkat dan kuasanya tidak dikembalikan.
Bahagian C (15 markah)

Soalan 1: Ulasan

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon:


a) Pemeriksa perlu memberikan penekanan pada idea yang ditulis oleh calon.
b) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression) berdasarkan kriteria.
c) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan jawapan karangan.
d) Meningkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Idea
- Isi tersurat dan tersirat yang relevan
dengan bahan
- Ulasan idea yang jelas dan matang
Cemerlang 13 – 15
Bahasa
- Ayat gramatis
- Kosa kata luas dan tepat
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Penanda wacana yang betul
- Kesalahan bahasa yang minimum
Idea
- Isi tersurat dan tersirat yang relevan
dengan bahan
- Ulasan idea yang jelas
Baik 09 - 12
Bahasa
- Ayat masih gramatis
- Kosa kata luas
- Ejaan dan tanda baca yang masih betul
- Penanda wacana yang masih betul
- Kesalahan bahasa yang masih minimum
Idea
- Isi tersurat dan tersirat yang masih
relevan dengan bahan
Kurang 05 - 08 - Ulasan idea yang kurang jelas
Memuaskan
Bahasa
- Ayat kurang gramatis
- Kosa kata terhad
- Kesalahan bahasa yang ketara
Penguasaan 01 – 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
Minimum penguasaan bahasa yang tidak cekap

Cara penandaan dan pemberian markah ulasan:


a) Pemeriksa dikehendaki menandakan ( / ) apabila terjumpa isi.
b) Baca dan periksa setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
c) Buat satu garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
Antara punca gejala rasuah:
i. Kurangnya didikan agama dan keteguhan iman (isi tersurat)
 Seseorang yang tidak mempunyai iman yang teguh akan mudah terpengaruh
dengan dunia hedonistik yang mementingkan kebendaan semata-mata. (isi
tersirat)

ii. Mengejar kekayaan (isi tersurat)


 Mereka akan leka mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke lembah
kejahatan dengan mengambil rasuah. (isi tersirat)
 Sanggup menghalalkan cara demi kesenangan dan kemewahan hidup. (isi
tersirat)

iii. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah (isi tersurat)


 Penguatkuasaan yang lemah menyebabkan pemberi dan penerima rasuah
mengulangi perbuatan tersebut. (isi tersirat)
 Mereka beranggapan bahawa mereka boleh terlepas daripada sabitan atau
hukuman dengan mudah. (isi tersirat)

Soalan 2: Ringkasan

Markah isi:

Markah 5 isi (1 isi = 2 markah 10 markah


Pemarkahan bahasa secara holistik 5 markah
Jumlah isi + bahasa 15 markah

Langkah-langkah meningkatkan keselamatan murid di sekolah:

i. Warga sekolah seharusnya mempraktikkan latihan kecemasan bagi menghadapi


sebarang kemalangan yang berpunca daripada pelbagai sumber.
ii. Latihan kebakaran juga sewajarnya diadakan sebanyak dua kali dalam setahun dengan
kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
iii. Pelan laluan kecemasan perlu disediakan bagi melancarkan pergerakan murid ke
tempat yang selamat.
iv. papan tanda amaran perlu diletakkan di setiap tempat yang berisiko dan berbahaya
kepada murid-murid.
v. guru-guru wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
vi. pengambilan pekerja dalam kawasan sekolah harud dititikberatkan dan elakkan
daripada mengambil pekerja asing.
vii. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) juga merupakan satu langkah efisien bagi
memastikan sesebuah sekolah itu selamat.

Anda mungkin juga menyukai