Anda di halaman 1dari 4

SKEMA MINGGU DIAGNOSTIK 2022

BAHASA MELAYU KERTAS 1 TINGKATAN 3

Markah penuh 60 markah


Bahagian A : (Objektif Aneka Pilihan) 20 markah
Bahagian B : (Objektif Pelbagai Bentuk) 5 markah
Bahagian B : (Objektif Pemahaman & Novel) 20 markah
Bahagian C : (Pilih satu) 15 markah

Bahagian A
1. A 6. B 11. D 16. B
2. D 7. C 12. B 17. D
3. A 8. A 13. C 18. D
4. B 9. B 14. D 19. B
5. B 10. C 15. C 20. D
[20 markah]

Bahagian B:
Soalan 1
i. warga negara – warganegara
ii. essei – esei
iii. kupen – kupon
[3 markah]

Bahagian B:
Soalan 2
i. sebahagian besar penduduk-penduduk – sebahagian besar penduduk
ii. sudah ibu basuh – sudah dibasuh oleh ibu
[2 markah]

Bahagian B: Soalan 3

MARKAH KRITERIA
3 markah - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramati
2 markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
- Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

MARKAH KRITERIA
3 markah - - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah - - Isi cukup tetapi  ayat  kurang  gramatis
- - Isi  tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah - - Isi tidak cukup dan  ayat  kurang  gramatis

0 markah - - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.


- - Isi tidak  tepat  dan  ayat tidak gramatis.
1. Berdasarkan Petikan 2 dan Petikan 3, peranan ibu bapa dalam mengeratkan hubungan
kekeluargaan ialah ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan bagi
memahami tanggungjawab yang harus dipikul dalam mendidik anak-anak. Selain itu, ibu
bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak dengan meluangkan
masa yang berkualiti bersama sama mereka.

2. Nilai yang terdapat dalam Petikan 1 ialah nilai kasih sayang, iaitu penyajak amat menyayangi
ibu bapanya. Selain itu, nilai tanggungjawab, iaitu ibu bapa bertanggungjawab untuk
membahagiakan anak-anak mereka.

3. Pada pendapat saya, tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka
adalah dengan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, anak-anak
hendaklah berbakti kepada ibu bapa yang telah menjaga mereka sejak kecil hingga dewasa.
*terima mana-mana jawapan relevan.

Bahagian B: Soalan 4: Novel


Pembahagian Markah
PERINCIAN MARKAH
Isi 6markah
Bahasa 4 markah
Kriteria Markah Bahasa
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 4 markah          Bahasa baik dan lancar
         Ayat gramatis
         Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik 2 – 3 markah          Bahasa masih baik dan masih lancar
         Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum
         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan 1 markah          Bahasa tidak cekap
         Ayat tidak gramatis
         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Markah Isi
1.      Maksimum                                                                            : 3 isi
2.      Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai          : 2 markah
3.      Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai       : 1 markah
Novel Destinasi Impian
 Kerajinan
-Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian
untuk menambahkan pendapatan keluarganya.
-Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak
Yusuf membuat perabot di bengkel
 Kegigihan
-Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan
Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan

-Pak Yusuf mengambil upah membuat perabot dibengkelnya yang serba kekurangan
untuk menyara keluarga.

 Kasih sayang
- Pak Yusuf sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada Zahar agar terus gigih
dalam pelajaran supaya Zahar dapat mengejar cita citanya sebagai usahawan perabot
yang berjaya pada suatu hari nanti.
*terima mana-mana jawapan relevan.

Bahagian C                 :  (Ulasan)
Soalan 1

PERINGKAT MARKA KRITERIA


H
Cemerlang 13 - 15 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
Ulasan idea  yang jelas dan matang.
Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum
Baik O9 - 12 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea  yang jelas.
Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan 05 - 08 Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan
Ulasan idea  yang kurang  jelas.
Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.
Penguasaan 01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa
Minimum yang tidak cekap
Tidak menjawab tugasan

Cara penandaan dan pemberian markah ulasan:


1.      Pemeriksa dikehendaki menandakan ( / ) apabila terjumpa isi.
2.      Baca dan periksa setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
3.      Buat satu garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
4.      Jika calon menjawab dalam perenggan, periksa seperti biasa.

Jadual menunjukkan maklumat tentang kes denggi yang terkini di seluruh Malaysia
dari 29 Disember 2019 sehingga 7 Januari 2020. Bagi kes harian yang diambil pada 7 Januari
2020, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu sebanyak 297 kes. Keadaan ini
sangat membimbangkan penduduk di Selangor, Bagi jumlah kes terkumpul pula, Selangor
masih mencatatkan kes denggi tertinggi, iaitu sebanyak 2525 kes. Oleh sebab jumlah
penduduk di Selangor yang ramai, banyak isu kebersihan seperti longgokan sampah,
longkang tersumbat dan sebagainya menjadi punca pembiakan nyamuk aedes. Seterusnya,
tiada kes harian demam denggi dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan, malah sehingga 7
Januari 2020, hanya 1 kes dicatatkan. Angka ini menunjukkan bahawa kes demam denggi di
Wilayah Persekutuan Labuan masih dapat dikawal. Konklusinya, penularan wabak denggi
dapat dicegah sekiranya kita menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

(100 patah perkataan)

Bahagian C                 :  (Ringkasan)
Soalan 2
Pembahagian Markah
PERINCIAN MARKAH
Isi 1 isi x 2 = 10markah
Bahasa 5 markah
Jumlah 15 markah
Kriteria Markah Bahasa
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 4 -5 markah          Bahasa baik dan lancar
         Ayat gramatis
         Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik 2 – 3 markah          Bahasa masih baik dan masih lancar
         Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum
         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan 1 markah          Bahasa tidak cekap
         Ayat tidak gramatis
         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Antara langkah memupuk amalan menabung ialah kerajaan perlulah mengadakan satu
kempen kesedaran tentang faedah menabung. Seterusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya.
Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi
melatih anak anak ke arah berjimat-cermat. Selain itu, pihak bank juga boleh mewujudkan
pelbagai pakej simpanan yang. menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang
yang banyak. Seperkara lagi, pihak sekolah juga boleh menggalakkan murid-murid
menabung dengan cara mewujudkan Kelab Menabung di sekolah.
(80 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai