Anda di halaman 1dari 5

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon

a) Pemeriksa perlu memberikan penekanan pada idea yang ditulis oleh calon
b) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression) berdasarkan kriteria
c) Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 13 - 15 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
Ulasan idea yang jelas dan matang.
Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum

Baik O9 - 12 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea yang jelas.
Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum

Memuaskan 05 - 08 Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan
Ulasan idea yang kurang jelas.
Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.

Penguasaan 01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak


Minimum cekap
Tidak menjawab tugasan

Cara penandaan dan pemberian markah ulasan:


1. Baca dan periksa setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
2. Kurang 80 pp bahasa baik,- Max 12 markah
3. Lebih 100 pp – Max 12 markah – tidak mematuhi arahan
4. Langsung tidak guna bahan rangsangan (isi tersirat sahaja)– Max 8 markah
5. Berdasarkan bahan rangsangan sahaja (Isi tersurat sahaja) – Max 8 markah
6. Huraian daripada bahan rangsangan itulah isi tersirat

Kaedah Pengiraan Perkataan untuk Ulasan/Karangan

RCM/BM 1
a) Dikira 1 perkataan
- Nama Khas
- Alamat Surat setiap baris
- Kata Ganda
- Peribahasa/simpulan Bahasa
- Nombor yg ditulis dengan angka cth 2003
- Nombar yg dieja cth tiga ratus dua puluh
- Tarikh
b) Dikira sebagai jumlah perkataan( 1 1)
- Kata Majmuk cth ibu bapa (2 perkataan) / air batu campur (3) kapal terbang (2)
- Penanda wacana cth walau bagaimanapun (2) / Di samping itu (2)
- Frasa Nama cth sos cili
c) Kata Sendi di dan ke tak dikira sebagai 1 perkataan.
Tips :
1. Tidak perlu ambil semua isi/maklumat daripada bahan rangsangan.
2. Mesti ada isi tersirat dan tersurat
3. Tulis dalam lingkungan 85pp-100pp

5 cara penulisan isi tersirat iaitu:


a) ayat pendahuluan
b) ayat huraian
c) ayat contoh
d) ayat penutup
e) tambahan isi penting berdasarkan kata kunci

RCM/BM 2
CONTOH SOALAN ULASAN 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Keperluan jawapan:
1. Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi tersurat dan
dua isi tersirat)
3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.

Langkah-langkah menulis ulasan:


1. Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.
Isi tersurat Isi tersirat
Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan
Menziarahi jiran tetangga
kaum.
Bertegur sapa dengan
Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang ramah.
jiran
Menolong jiran yang Kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama pada setiap
ingin berpindah masa.
Melawat jiran yang sakit Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di sekeliling kita.
2. Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.

Contoh Jawapan Lengkap

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demi
menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebati dalam
kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah
dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakat di negara ini
juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi
kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil
bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia
telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.

RCM/BM 3
CONTOH SOALAN ULASAN 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Langkah-langkah menulis ulasan:


1. Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.
Isi tersurat Isi tersirat
Tarikh Dapat meningkatkan kesedaran masyarakat.
Tempat Kesihatan lebih penting daripada kekayaan
Jenis-jenis aktiviti Hindari makanan seperti lemak, gula
Masa Dapat menghindari penyakit
2. Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.

Contoh jawapan lengkap

Kempen Cara Hidup Sihat akan diadakan pada 17 Mei 2014 bermula pukul 7.00 pagi hingga 5.00
petang. Program anjuran Taman Saujana Utama ini akan diadakan di Dewan Orang Ramai Taman
Saujana. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma
darah, demonstrasi CPR, ceramah dan pameran kesihatan. Kempen seumpama ini penting untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat supaya bersenam dan menjaga pemakanan supaya sentiasa sihat kerana
kesihatan amat berharga daripada kekayaan dan wang ringgit. Bersenam contohnya dapat mengeluarkan
peluh. Hindari makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam untuk mengekalkan kesihatan dan
menghindari penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Justeru semua
masyarakat perlu menyokong kempen cara hidup sihat. (100 patah perkataan)

RCM/BM 4
RCM/BM 5

Anda mungkin juga menyukai