Anda di halaman 1dari 4

MODUL PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

RINGKASAN
MODUL PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TEKNIK PENULISAN :

1. Panjang ringkasan tidak melebihi 100 patah perkataan.


2. Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
3. Ambil isi daripada petikan sahaja.
4. Buang huraian, contoh, peribahasa, untuk menjadikan jawapan lebih pendek.
5. Ditulis dalam 1 perenggan.
6. Pemarkahan
A) Isi : 10 markah
a) Calon diminta menyertakan sekurang-kurangnya lima isi dan menghasilkan
ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan.
b) Jumlah Isi Markah
5 isi 9-10
4 isi 7-8
3 isi 5-6
2 isi 3-4
1 isi 1-2

c) Markah isi akan ditolak jika calon mencantumkan dua isi dalam satu ayat.
d) Isi yang tidak lengkap juga akan ditolak markah.
e) Markah tidak akan diberi untuk isi yang dikemukakan dalam bentuk ayat tergantung
iaitu ayat yang tanpa subjek.

B) Bahasa : 10 markah
a) Bahasa dinilai secara impression.

7. Rangka Ringkasan

Antara ________________________( kata kunci soalan) _______iaitu/termasuklah___


________________(isi1)_______. Selain itu,______________________(isi2)____________.
Seterusnya,______________ (isi3)______________________. Di samping
itu,__________(isi 4)__________________________. Akhir sekali,_____(isi 5)
_______________.

(___ patah perkataan)


MODUL PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

8. Contoh penulisan :

JAWAPAN :

Antara kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat
meningkatkan disiplin murid (Isi 1). Selain itu, murid yang bersukan akan terdidik mengagihkan dan
menentukan masa dengan sewajarnya antara bersukan dan belajar (Isi 2.) serta mereka
memberikan perhatian sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(Isi 3) Di
samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat fizikal dan mentalnya (isi 4). Seterusnya,
sukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir(Isi 5) Akhirnya,
bersukan dapat menerapkan semangat berpasukan yang tinggi (Isi 6) dan semangat juang yang
kental sehingga berupaya menerima kegagalan secara positif.(Isi 7)

(80 patah perkataan)


MODUL PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Anda mungkin juga menyukai